Nak hidup lebih lama? Ikut panduan ni..
Kali ini saya ingin menceritakan tentang langkah2 mudah yang boleh dijadikan panduan untuk menguatkan dan menyihatkan sistem penghadaman. Kenapa nak sihatkan sistem penghadaman untuk hidup lebih lama?
Kali ini saya ingin menceritakan tentang langkah2 mudah yang boleh dijadikan panduan untuk menguatkan dan menyihatkan sistem penghadaman. Kenapa nak sihatkan sistem penghadaman untuk hidup lebih lama?
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa "Perut adalah punca segala penyakit di badan". Dan ini sememangnya terbukti melalui pelbagai kajian saintifik yang dijalankan dimana mereka mendapati kebanyakan penyakit dapat dielak jika tubuh mendapat nutrisi yang lengkap dan jika tubuh tidak gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan.
Sebenarnya saya ingin berkongsi 8 panduan
untuk tingkatkan kesihatan system penghadaman, menyembuh penyakit dan menurunkan
berat badan.
Organ penghadaman
yang terdiri daripada mulut, esofagus, perut, hati, pankreas, usus besar dan
usus kecil terpaksa berkerja keras untuk memproses, menyerap nutrisi dan zat
dari makanan dan membuang bahan-bahan yang didak dapat dihadam oleh tubuh. Apabila
kita meningkat dewasa, akan ada pelbagai toksin dan bahan-bahan lebihan dari proses
penghadaman yang tertinggal dan melekat di dinding usus kita.
8 panduan ini akan bertindak dengan mencuci
organ-organ yang terlibat dan menguatkan organ-organ tersebut bagi melancarkan
proses penyerapan nutrisi dan sat oleh tubuh. Ini sedikit demi sedikit akan
meningkatkan kesihatan, menajamkan fikiran, mengimbangkan berat badan dan memanjangkan
jangka hayat kita, Insya Allah.
Jika anda
ikhlas inginkan perubahan dan ingin meningkatkan tahap kesihatan anda sendiri,
saya yakin 8 panduan ini pasti boleh membantu. Namun anda perlulah konsisten
dan amalkannya dengan patuh dan tanpa rasa jemu atau cepat mengalah. Bukan
senang untuk lakukan perubahan dalam rutin harian…lebih-lebih lagi melibatkan
perkara seperti diet dan aktiviti harian kita.
Jadi, saya
mulakan dengan panduan-panduan tersebut…
1.
Elakkan memakan makanan atau minumam yang sejuk
2.
JANGAN memakan makanan solid selepas waktu
maghrib
3.
Makan sehingga anda 80% kenyang..kemudian BERHENTI
makan
4.
JANGAN makan ketika emosi anda terganggu (tidak
kira samada tengah marah, sedih, panic, risau, terkejut, tension, teruja atau
apa jua emosi…pastikan anda tenang ketika ingin makan)
5.
JANGAN makan sambil membuat aktiviti lain
6.
Tentukan makan yang anda alergik atau yang
meninggalkan kesan negative keatas tubuh
7.
Minum smoothies hijau setiap hari
8.
Berhubung dan ”berkomunikasi” dengan perut anda
secara spiritual
Mengapa anda perlu ikut 8 langkah ini? Dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan kesihatan anda?Mungkin juga ada
beberapa langkah yang anda tidak faham..atau
tidak tahu apa maksudnya. Nantikan entri saya yang akan datang untuk
mengetahui secara terperinci apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan setiap
panduan tersebut.
Sampai sini
sahaja entri saya buat kali ini. Yang baik-baik semuanya dating dari Allah dan
segala cacat cela adalah daripada kekurangan saya sendiri. Semoga entri ini
membawa manfaat buat anda. Insya Allah.
Lots of
Love,
Arfah Umar
0 comments:
Post a Comment