Tuesday, 4 February 2014

Jangan ambil supplement Shaklee...

Jangan ambil supplement Shaklee!!!

Ehh..apsal tetibe Arfah tak bagi amik supplement Shaklee yang semulajadi, selamat dan bagus untuk kesihatan pula??

Jangan risau...sebenarnya setiap produk Shaklee cuma menggunakan bahan semulajadi dalam setiap produkya jadi Insya Allah ia tidak akan memudharatkan kesihatan kita. Namun, ada beberapa pantang larang dalam pengambilan produk Shaklee tau. Sebenarnya dengan setiap produk pun akan ada pantang larang nya. Tak boleh main ambil ikut suka ajer. Kene tahu semua tu dulu sebelum mengambil apa-apa produk kesihatan.

Ada beberapa benda yang setiap pengguna produk Shaklee perlu tahu sebelum menggunakan produk Shaklee ni. Antaranya termasuklah...

A. Orang yang TAK BOLEH mengambil supplement-supplement tertentu..

1. Jangan ambil Alfalfa atau Vitalea sekiranya anda seorang pesakit Systemic lupus erythematosus atau selalunya dipanggil SLE atau Lupus. Ini kerana dalam kedua-dua produk ini mengandungi Alfalfa yang mungking akan menyebabkan simptom-simptom Lupus menjadi lebih teruk.

2. Jangan ambil Vitalea atau Alfalfa sekiranya anda seorang pesakit Talasemia. Ini adalah kerana kedua-dua produk ini mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi dan mungkin mengakibatkan komplikasi dalam pesakit Talasemia.

3. Jangan ambil GLA, Alfalfa, Vivix, Collagen Powder atau Vitamin E sekiranya anda sedang mengandung. Ini kerana produk-produk tersebut mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ada yang mungkin akan mengganggu paras hormon tubuh kita. Pengambilan produk-produk tersebut semasa mengandung dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran.

4. Jangan beri supplement Shaklee kepada kanak-kanak yang berusia bawah setahun. Kanak-kanak yang berusia bawah setahun sepatutnya tidak diberi makan atau minum apa-apa yang terlalu kompleks kerana sistem penghadaman mereka belum lagi berkembang sepenuhnya dan tidak mampu memproses bahan-bahan tersebut.


B. Supplement Shaklee yang tidak boleh diambil sekaligus
Bagi produk-produk yang di dalam kategori ini, perlulah kita jarakkan sekurang-kurangnya satu atau dua jam antara masa pengambilannya.

1. Jangan makan Vitamin E atau GLA sekali dengan Alfalfa pada waktu yang sama. Ini adalah kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh manusia.

2. Jangan ambil Vitalea bersama-sama produk tenusu seperti Ostematrix, ESP, susu atau keju. Ini adalah kerana Kalsium di dalam produk tenusu ini akan mengganggu penyerapan Iron dalam Vitalea ke dalam tubuh.


C. Larangan atau kesilapan dalam pengambilan supplement
Ini adalah antara kesilapan yang sering dilakukan apabila mengambil supplement. Seeloknya cubalah untuk elakkan perkara-perkara berikut...

1. Jangan makan supplement sekaligus bersama-sama sebarang ubat-ubatan doktor atau jamu. Sebenarnya boleh ambil supplement jika kita sedang dalam rawatan yang memerlukan kita mengambil ubat-ubatan doktor. Cuma, kita perlu jarakkan antara pengambilan ubat dengan pengambilan supplement tersebut. Sama seperti Larangan dalam kategori B, sebaik-baiknya jarakkan satu atau dua jam antara masa kita mengambil supplement dengan ubat.

2. Jangan makan supplement dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Seboleh-bolehnya buatlah jadual pemakanan supplement mengikut jenis supplement yang kita perlu ambil itu. Janganlah makan satu jenis supplement dalam kuantiti yang banyak atau makan pelbagai jenis supplement dalam sekali makan.

Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah apabila membancuh ESP untuk diminum. Walaupun di tong ESP itu ada ditulis minum ESP 3 sudu sehari...namun kita cuma perlu membancuh satu sudu ESP setiap kali kita minum. 3 sudu besar ESP dalam satu bancuhan akan menjadi terlalu pekat dan tubuh kita akan mengalami masalah untuk menghadam ESP tersebut. Jika dilakukan dalam tempoh yang lama, dikhuatiri akan menudharatkan pula kesihatan kita.

Sebaik-baiknya buatlah jadual untuk pemakanan supplement anda mengikut produk apa yang anda ingin amalkan. Sebagai contoh..untuk set kurus anda perlu mengambil Cinch, Alfalfa 10 biji dan Lecithin 6 biji sehari. Dan pada masa yang sama anda juga mengambil Vitamin C, B-complex dan juga Vivix, jadi buatlah jadual seperti ini:-

*Jadual seperti ini akan Arfah sediakan buat pelanggan-pelanggan Arfah. =)

3. Jangan ambil supplement tanpa meminum air kosong yang secukupnya. Air kosong atau air mineral sangat lah penting bagi tubuh kita kerana 70% dari tubuh kita sebenarnya terdiri daripada air atau bendalir. Jumlah air yang secukupnya akan memastikan kepekatan darah kita seimbang dan vitamin yang kita ambil itu akan dapat diangkut ke organ yang memerlukannya dengan sempurna. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah seperti sembelit, sakit kepala dan juga healing krisis yang teruk. Bagi wanita, kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 Liter air sehari dan lelaki pula memerlukan sekurang-kurangnya 4 hingga 5 Liter air sehari mengikut jenis aktiviti harian yang kita lakukan. Untuk memastikan kita mengambil jumlah air yang secukupnya, buatlah juga jadual meminum air seperti di atas.

4. Jangan ambil supplement dengan perut yang kosong. Kita perlulah makan sesuatu sebelum mengambil sebarang supplement. Tak perlulah nak makan sepinggan nasi setiap kali ingin makan supplement, sudah memadai sekiranya kita makan sekeping roti atau beberapa keping biskut oat. Ini ialah untuk mengelakkan perut 'terkejut' dengan semua supplement yang diambil dan juga untuk membantu perut meyerap vitamin yang diambil dengan lebih sempurna.

5. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian anda. Minuman seperti teh, kopi dan minuman berkarbonat  mengandungi kafein dan boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam tubuh kita. Bukankah sangat merugikan jika kita menghabiskan duit yang banyak untuk membeli vitamin tetapi ianya tidak dapat diserap kedalam tubuh malah di rosakkan dengan pengambilan kafien pula.

Itulah sahaja pantang larang dalam pengambilan supplement Shaklee yang saya tahu dan saya rasa anda semua patut tahu sebelum mengambil produk Shaklee. Jika ada apa-apa persoalan yang ingin dikemukakan silalah tinggalkan komen di ruang komen dan saya akan jawabkan sebaik mungkin, Insya Allah.

Sampai di sini saja posting saya untuk kali ini. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari kekurangan saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment