Assalamualaikum. Apa khabar? Harini Arfah rasa tak berapa best...cuma berdoa dan berharap peristiwa berdarah yang pernah jadi kepada Arfah tidak berulang kembali. Huhu. Apa peristiwa berdarah tu? Biar Arfah cerita dari mula lah kay.
Lebih kurang setahun yang lepas Arfah mula ambil supplement Shaklee sebab rasa letih sangat dan tak bertenaga lepas seharian jaga 3 orang hero di rumah sorang-sorang. And pada masa yang sama, alang-alang nak ambil supplement and Shaklee pula ada supplement yang boleh membantu untuk masalah resdung dan kurus, saya pun cakap nak cuba untuk semua. Jadi masa beli tu SID yang jualkan supplement tu bagi set yang ada Alfalfa, Herb-Lax, Lecithin, ESP, Vitalea dan B-complex.
Maka Arfah pun mulalah amalkan makan supplement. Tapi, masa mula-mula dulu Arfah ni susah sikit nak consistent. Ada hari yang ambil semua...ada hari yang ambil certain2 supplement jer dan ada hari yang tak makan supplement langsung. Walaupun tak consisten, after sebulan lebih mcm tu ambil supplement Shaklee ni, memang boleh rasa beza. Badan rasa better dan tak teruk macam sebelum ni. And ambil set resdung tu mmg sangat sangattttt banyak bantu kurangkan masalah resdung Arfah.
Sampai hari ini...Arfah dah ambil supplement Shaklee ni lebih kurang setahun lamanya. Walaupun mula-mula tu sangat tak konsisten...Alhamdulillah sekarang dah konsisten. Namun, Arfah dan tukar jenis supplement tu sikit...iye lah..masa mula-mula beli tu tak tahu apa fungsi supplement-supplement tu. Bila dah jadi distributor baru faham dan pandai nak beli untuk diri sendiri. So, sekarang ni Arfah amalkan ambil Alfalfa, Vitamin-C, B-complex, Lecithin, Omega Guard, Cinch Shake dan Vivivx setiap hari. Itu yang memang ambil setiap hari. Ada juga supplement yang Arfah ambil untuk bantu rawat penyakit or masalah kesihatan bila perlu sahaja. Arfah akan makan Peppermint-Ginger bila perut rasa tak sedap, gastrik, berangin atau food poisoning. Ostematrix akan Arfah ambil bila badan rasa lenguh and sengal2 or lepas buat kerja yang sangat meletihkan or banyak berjalan. Bila rasa nak demam atau selsema, Arfah akan upkan dose Vitamin C dan B-complex dan tambah NutriFeron.
Alhamdulillah Arfah memang puas hati dengan kesan daripada pengambilan Set resdung (Alfalfa, Vitamin C dan B-complex), Set Kurus (Alfalfa, Lecithin, Omega Guard dan Cinch Shake) dan Vivix tu. Memang best!! Tapi rupa-rupanya ada lagi masalah kesihatan lain yang Arfah pernah ada and dan lama tak kena (Arfah suspek) hasil pengambilan supplement-supplement tu. Sebab dah lama tak kena, Arfah terus lupa yang dulu Arfah ada masalah sembelit yang sangat teruk. 2-3 hari sekali baru buang air besar, sometimes sampai ada buasir...pernah a few times sampai berdarah2 bila buang air besar. Dan masalah buasir dan pendarahan bila buang air besar ni bukan berlaku sekali jer..tapi berkali-kali juga and hampir setiap bulan akan ada masalah ini. Siap doktor kata kalau berterusan mungkin akan perlu jalani rawatan khas untuk itu. Memang Arfah tahu yang Alfalfa, Herb-Lax dan Ostematrix bagus untuk masalah sembelit...tapi lupa yang diri sendiri pernah ada masalah tu. Dok amalkan set supplement shaklee..Arfah tak sedar juga yg masalah tu dah xde for a while.
TETAPI...sekarang ni Arfah dan 2 minggu berada di Jakarta sebab suami ada urusan disini. Dan, dah dekat 2 minggu juga Arfah tak makan supplement-supplement Shaklee macam biasa sbb terlupa nak bawak masa datang sini. Akibatnyaaaa...dah start balikkkk~~ Arghhhh tidakkk~~
Sebelum ni..lepas amalkan supplement tu, setiap hari confirm akan pergi membuang. Sekarang ni dah start ada hari yg skip..and as of now, dah dua hari tak membuang air besar. Now dah start sakit perut dan Arfah suspek sebab sembelit. Everytime nk membuang tu pula dah start kene teran, padahal sebelum ni lancar jer. Ya Allah..Arfah berdoa please...please...jangan sampai berdarah2 lagi. Tak nak peristiwa berdarah berulang kembali. Sob..sob..tersiksanya bila masalah sembelit dah menjadi buasir dan seterusnya mula berdarah-darah bila membuang air besar...Allah (dan org yang pernah kena) aje tahu.
Ada orang kata "tak makan sayur laa tu". You're wrong! Arfah ni memang sangat suka makan sayur...Arfah akan pastikan setiap meal yang Arfah makan ada sayur dalamnya. Buah-buahan pun Arfah suka makan juga. Masalah ni memang dah lama Arfah ada. Sistem pencernaan Arfah memang ada masalah sikit. Dari masa sekolah lagi, gastrik dan masalah angin tu memang dan jadi perkara biasa lah. Masa mula-mula kahwin..Arfah rasa pelik sebab husband akan membuang air besar setiap hari..tanpa fail! Sedangkan Arfah paling cepat pun dua hari sekali. Haha. Rupanya diri sendiri yang ada masalah. Tapi masa tu tak tahu lagi. Sekarang dah tahu...baru rasa risau bila sehari tak buang air besar.
Insya Allah...weekend ni hubby akan balik Malaysia sebab ada urusan kerja. Arfah dan suruh dia tlg ambilkan stok supplement-supplement Arfah tu. So, Insya allah kene tahan lebih kurang 5 hari camtu aje lagi. As of now, Arfah amalkan makan betik dan pisang dan juga minum air extra banyak untuk membantu melawaskan sistem pencernaan. Doakan semoga Arfah pulih soon yer! Ikut ni tau.."Ya Allah, aku berdoa semoga engkau sembuhkan masalah sembelit Arfah dan lindungilah dia agar masalah itu tidak menjadi teruk. Ya Rahman...Ya Raheem...kurniakanlan Arfah dengan kesihatan yang elok agar Arfah dapat tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu mithali dan isteri yang solehah. Ameeennn~" (Terima kasih untuk doa anda~~ Love all of you!)
Anyway, itu aje yang Arfah nak share buat kali ini. Semua yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan semua cacat-cela itu datangnya dari Arfah sendiri. Wallhuwalam~
Lots of Love,
Arfah Umar
0 comments:
Post a Comment