Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Sunday 23 March 2014

Lokasi branch Shaklee Pulau Pinang yang baru

Beberapa hari yang lepas Arfah ada nak beli barang urgent untuk customer dari Shaklee jadi plan nak terus beli di branch Shaklee Pulau Pinang and then dan boleh terus hantar ke customer. So drive lah pergi ke branch yang biasa pergi tu. Sekali dah tutup daa~~ Then sambil drive lagi..tetiba dah jumpa branch yang baru. Eh, tak jauh pun...dekat aje dengan branch yang lama.

Jadi, buat mereka yang tak tahu lagi...Shaklee branch Pulau Pinang dah berpindah yer! Kalau nak tahu kat mana, sila tengok peta di bawah ni.


Basically dia pindah ke area yang sama, cuma tempat baru ini di blok kedai yang lebih baru. Nak mudah, dari roundabout besar seberang jaya (yang dekat Hospital Seberang Jaya tu) ambil kiri atau 9 o'clock (kalau kita datang ikut PLUS dari arah selatan)...jangan naik flyover lepas masjid Seberang Jaya, tapi keluar ikut exit SELEPAS masjid tu. Lepas tu, ikut LKBE (Lebuhraya Kulim-Butterworth) tu sampai nampak Carltex yang ada drive-thru McDonalds. Lepas McDonalds tu (sebelum jejantas) tu ada lorong kiri..masuk lorong tu. Then, jalan straight aje lebih kurang 100m and ambil lorong kiri untuk masuk blok kedai disebelah kiri tu. Branch Shaklee itu terletak di hujung2 blok tu.

Branch Shaklee Penang yang baru

Cantik branch Shaklee yang baru ni. Lebih besar dari branch yang lama. hehe. And, branch baru ni dah ada mesin untuk ambik nombor tu, maka lebih mudah proses untuk menunggu turn untuk melakukan urusan anda. Masuk2 tu terus ambil no untuk giliran ke kaunter urusan. Tunggu sampai turn anda sampai, then buatlah pembelian or apa jua urusan anda. Jika anda ada buat pembelian dan ingin mengambil barangan yang dah dibeli tadi, kena ambil nombor untuk mengambil order pula tau. Jadi, kena ambil nombor 2 kali.

 
Semua produk-produk Shaklee yang ada di-display di sana
Bagus juga Shaklee dan pindahkan branch Pulau Pinang ini ke tempat yang baru ini. Jauh lebih mudah untuk parking kereta dan lebih besar. Ini satu improvement yang sangat-sangat dialukan.

Oklah, setakat ini saja post Arfah kali ini. Semoga bermanfaat buat semua. Yang baik-baik itu dari Allah, segala cacat cela itu daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Saturday 22 March 2014

Vitamin untuk rambut

Assalamualaikum semua. Apa khabar. Dalam entry kali ini Arfah nak cerita sikit tentang vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan rambut. Arfah tahu ramai yang ada masalah rambut. Ada yang rambut gugur, ada yang masalah rambut rapuh dan muda patah, ada masalah rambut kering dan kasar, ada masalah rambut nipis.



Sebenarnya bila bercerita masalah rambut ni ada banyak faktor yang menyumbang kepada pelbagai masalah rambut tersebut. Antaranya termasuklah:


  • Diet - diet yang tidak seimbang mungkin menyebabkan masalah kepada rambut anda. 
  • Penyakit - ada beberapa penyakit yang boleh mengakibatkan rambut gugur atau beruban. 
  • Stress - reseptor hormon stress wujud di dalam dan sekeliling folikel rambut kita. apabila kita stress, neurochemicals adrenalin dan kortisol yang dibebaskan akan menyebabkan kerosakan kepada rambut
  • Hormon - peningkatan dan penurunan tahap hormon estrogen yang berlaku ketika mengandung, menopaus dan ketika haid akan menyebabkan rambut menjadi cantik dan bersinar atau kering, rapuh dan mudah gugur.
  • Ubat-ubatan - ada beberapa jenis ubat yang mungkin memberi kesan sampingan kepada kulit kepala yang seterusnya akan mengakibatkan rambut rosak atau gugur
  • Pendedahan kepada bahan kimia dan haba yang kerap - setiap kali kita ke saloon untuk mendandan dan menggayakan rambut, pelbagai jenis bahan kimia yang digunakan. bahan-bahan kimia dan haba yang tinggi ini akan menyebabkan rabut menjadi lemah dan rosak. 
  • Genetik - antara perkara yang paling penting yang akan menentukan samada rambut kita jenis yang sihat dan lebat atau bermasalah dah gugur ialah DNA kita sendiri. 


Ada beberapa faktor yang di luar kawalan kita seperti genetik, hormon dan penyakit. Untuk masalah rambut yang berpunca dari masalah tersebut, tidak banyak yang boleh dilakukan. Tetapi untuk perkara lain seperti stress dan diet, pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk membantu rambut kita menjadi sihat dan cantik semula.



Dalam entry kali ini, Arfah cuma nak fokus kepada diet iaitu bahan-bahan atau vitamin dan mineral yang perlu kita ambil melalui pemakanan untuk menjaga kesihatan rambut. Jadi, apakah bahan-bahan, vitamin atau mineral yang diperlukan untuk kita dapatkan rambut yang sihat dan cantik??

Protin
Bahan yang paling utama sekali diperlukan untuk rambut sihat ialah protin. Protin merupakan bahan utama didalam rambut dan jika tubuh kekurangan protin, ia akan jelas terlihat di rambut. Oleh itu amatlah penting untuk kita pastikan diet kita mengandungi jumlah protin yang mencukupi. Protin hadir dalam makanan seperti soya, kekacang, ikan, daging, telur, susu dan bproduk tenusu.

Zat Besi (Iron)
Zat besi merupakan komponen penting didalam hemoglobin yang membawa bekalan oksigen ke rambut. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia, rambut rapuh dan keguguran rambut. Namun pengambilan zat besi yang berlebihan pula mungkin boleh merosakkan organ hati. Jumlah zat besi yang diperlukan oleh seseorang itu berbeza mengikut jantina, umur dan kondisi tubuh. Sumber-sumber zat besi termasuklah daging, ikan, kacang dal, bayam dan telur.

B-kompleks
Vitamin B-kompleks penting untuk menyuburkan folikel rambut dan menguatkan rambut. Kekurangan b-kompleks boleh menyebabkan rambut menjadi lemah, rapuh dan mudah gugur. Anda boleh dapatkan bekalan vitamin b-kompleks dari makanan seperti pisang, kentang, ikan, telur, bayam, broccoli dan kekacang.

Zink
Zink diperlukan untuk memastikan pembentukan sel folikel rambut yang normal dan sihat. Kekurangan zink akan menyebabkan berlakunya keguguran rambut. Untuk mendapatkan mineral yang membantu pertumbuhan rambut ini, makanlah makanan yang tinggi kandungan zink-nya seperti tiram, daging, bayam, kekacang, bijirin dan cendawan.  

Vitamin C
Vitamin C penting agar tubuh boleh menghasilkan kolagen yang hadir dalam tisu sekeliling folikel rambut. Vitamin C juga merupakan anti-oksidan yang melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas. Vitamin C akan membantu tubuh hasilkan sel-sel rambut yang sihat dan kuat. Antara sumber-sumber vitamin C termasuklah buah oren, lemon, jambu batu, lada benggala (bell pepper), kailan, tomato dan betik.

Jadi kalau anda inginkan rambut yang sihat, lebat, cantik dan berseri pastikan anda mendapat bekalan protin, zat besi, b-kompleks, zink dan vitamin C yang secukupnya melalui diet seharian anda. Makanlah makanan yang pelbagai seperti sayuran, buah-buahan, bijirin, kekacang, daging, ikan, telur dan susu. Kalau setakat makan nasik dengan kicap atau fast-food setiap hari...rambut anda mungkin akan terjejas.

Jika anda inginkan cara mudah tetapi selamat untuk dapatkan nutrisi penting tersebut untuk rambut anda, anda boleh mencuba supplement Shaklee yang dirumus khas dari sumber semulajadi dan organik. Arfah rekomenkan set supplement untuk kesihatan rambut yang mengandungi semua vitamin dan mineral lengkap untuk rambut sihat, kuat dan cantik seperti berikut:-


 Jika anda berminat, bolehlah hubungi Arfah untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja dari Arfah buat kali ini. Semua yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Thursday 20 March 2014

Info ringkas tentang Vitamin C

Assalamualaikum semua. Harini saya tergerak untuk share sedikit info ringkas tentang Vitamin C yang saya rasa penting buat semua. Vitamin C atau juga dikenali sebagai Ascorbic Acid ialah nutrien larut air yang boleh didapati dalam makanan kita.



Vitamin C bertindak sebagai anti-oksidan didalam tubuh yang melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas. Radikal bebas ini berleluasa di sekeliling kita akibat dari pencemaran, asap rokok, air yang tercemar dan juga dari sinar ultra-violet matahari. Tapi, tahukah anda radikal bebas ini juga dihasilkan oleh tubuh kita apabila tubuh menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga yang digunakan seharian. Radikal bebas ini berbahaya kerana ianya akan menyababkan kerosakan diperingkat DNA kita. Kerosakan ini sekiranya berlaku secara berterusan dan berlanjutan mungkin menyebabkan penyakit kronik lain seperti canser.

Tubuh kita memerlukan Vitamin C untuk menghasilkan kolagen secara semulajadi. Kolagen ialah sejenis protin yang diperlukan untuk membantu mengekalkan dinding sel dan juga untuk menyembuhkan luka. Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi tubuh dari makanan yang berunsurkan tumbuhan. Antara fungsi penting Vitamin C yang lain juga termasuk membantu sistem imunisasi tubuh berfugsi melindungi tubuh dari penyakit.

Jumlah Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh berbeza mengikut jantina dan umur seseorang. Menurut National Institutes of Health, USA; secara amnya Kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun memerlukan 15mg Vitamin C manakala kanak-kanak 9-13 tahun memerlukan 45mg. Seorang lelaki dewasa memerlukan 90mg manakala wanita dewasa memerlukan 75mg Vitamin C. Wanita yang mengandung pula memerlukan 85mg Vitamin c manakala wanita menyusu memerlukan 120mg Vitamin C.



Sumber Vitamin C wujud dalam pelbagai jenis makanan harian kita. Antara makanan yang mengandungi sumber Vitamin C termasuklah buah-buahan citrus seperti oren dan limau serta buah-buahan tempatan seperti jambu batu, betik, mangga, manggis dan juga nanas. Vitamin C juga boleh didapati dalam sayur-sayuran seperti bayam, brocolli, lada benggala (bell pepper), tomato dan cili.

Jika tubuh tidak mendapat bekalan Vitamin C yang secukupnya, kita terdedah kepada penyakit scurvy. Penyakit ini akan mengakibatkan tubuh terasa lemah, gusi yang membengkak, bintik-bintik merah di tubuh, sakit sendi dan luka yang lambat untuk sembuh. Scurvy juga boleh mengakibatkan berlakunya depression atau kemurungan dan anemia. Kekurangan Vitamin C yang berlanjutan sehingga berminggu-minggu mungkin boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat.

Vitamin C sememangnya penting untuk tubuh kita. Pastikan anda mendapat jumlah Vitamin C secukupnya dalam diet seharian anda. Memakan makanan yang pelbagai akan membolehkan tubuh mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari.

Sekian saja dari Arfah. Semoga info ini berguna buat anda! Yang baik-baik itu datangnya daripada Allah dan segala cacat cela itu adalah daripada kesilapan saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Friday 7 March 2014

Resepi Spaghetti Bolognaise Bersayur

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah makan dah? Harini Arfah nak share dengan semua resepi Spaghetti Bolognaise bersayur yang bila Arfah masak sering mendapat pujian dari mereka yang makan tu. Resepi ini juga sangat sangat digemari oleh anak-anak Arfah dan merupakan cara yang mudah untuk masukkan sayur-sayuran kedalam diet anak-anak. Selamat mencuba~


Spaghetti Bolognaise Bersayur
Bahan-Bahan:
1 peket spaghetti kering
1 biji Bawang besar
2 ulas bawang putih
300 gram daging cincang
3 biji lada benggala / bell pepper (merah, hijau dan kuning)
3 biji tomato
1 pack/bekas cendawan
3/4 botol kecil Sos tomato
1 sudu besar tomato paste/puree
Rempah2 (oregano, Thyme, Basil, Rosemary)
Sedikit cili kering serbuk (mengikut cita rasa sendiri)
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit gula

Cara-cara:
1. Potong bawang besar menjadi dadu kecil dan potong bawang putih menjadi halus seperti dalam gambar di bawah.

2.  Tumis bawang besar dalam minyak dahulu sehingga menjadi lembut dan keluar bau wangi. Kemudian baru masukkan bawang putih. (Saya tumis bawang besar dahulu sebab bawang besar ambil masa lebih lama untuk masak..kalau masukkan bawang putih dulu nanti bawang putih itu akan hangit sebelum bawang besar sempat masak sepenuhnya)

3. Pastikan daging cincang atau minced meat yang anda gunakan tidak frozen tau. Kalau frozen, keluarkan dan biarkan daging itu defrost dahulu dan mencapai suhu bilik sebelum memasak. Kalau tak ada daging cincang (minced meat)...anda boleh beli daging yang seketul tu dan cincang aje sendiri.  

4. Apabila kedua2 bawng putih dan bawang besar dah wangi kaw2 dan sedikit keperangan, masukkan pula daging cincang tadi. 

5. Masak sambil mengacau selalu daging dan bawang tadi sampai daging itu 2/3 masak dan berubah warna menjadi koko pucat seperti dibawah ini.

6. Sementara menunggu daging masak, pastikan lada benggala atau bell pepper anda dah dipotong dadu seperti dalam gambar dibawah. Saya suka gunakan 3 jenis bell pepper ini (merah, kuning dan hijau) sebab bila masak akan nampak menarik dengan pelbagai warna. Kalau tak ada 3 warna pun tak apa...mana2 pun ok aje. 

7. Apabila daging tu dah masak, tuangkankan bell papper di atas daging tu tapi jangan terus kacau dulu. Terus tutupkan periuk lepas masukkan sayur tu. Saya suka biarkan sayuran itu stim diatas daging tu dulu.

8. Hiris cendawan butang macam ni.

 9. Lepas 2 minit masukkan cendawan pula atas longgokan bell pepper tadi. Tutup tudung periuk kembali dan stimkan cendawan pula.

 10. Lepas 2 minit lagi masukkan tomato yang telah dipotong dadu macam ni.

11. Lepas masukkan tomato tu pun saya suka biarkan ia stim dalam seminit dulu sebelum mengacau semua bahan2 dalam periuk tu.

12. Once semua sayur dan daging dah sebati, masukkan pula rempah ratus bolognaise. Anda boleh beli sebotol rempah yang dah siap dicampur. Tapi time cari tadi tak jumpa pula..mungkin dah kehabisan stok. Jadi saya beli Rosemary, Thyme, Oregano dan Chilli Flakes. Selalunya saya masukkan juga Basil leaves tapi tak ada pula tadi. Chilli flakes tu orang putih selalunya tak letak pun. Tapi biasalah...tekak melayu ni kalau tak pedas memang rasa macam tak sedap...jadi saya letakkan sekali utk kasi ummphhh~
 

 13. Masukkan semua rempah ratus tadi bersama-sama sesudu besar tomato paste, 3/4 botol kecil sos tomato, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Saya juga masukkan lebih kurang satu sudu gula kedalam ni. Fungsi gula itu ialah untuk potong rasa masam tomato paste dan tomato paste yang kita guna. Jangan sampai terasa manis pula kerana memang tak sesuai kottt sos bolognaise ni rasa manis.

14. Gaulkan semua bahan-bahan dalam periuk tadi sehingga sebati. Tadaaa~~ Dah siap sos bolognaise anda.

15. Rebuskan spaghetti anda dalam air yang diletakkan garam dan minyak. Garam untuk menambah rasa dan minyak untuk elakkan spaghetti itu melekat sesama sendiri. Pastikan anda kerap kacau semasa memasak spaghetti untuk elakkan dia melekat menjadi berketul-ketul. Masak spaghetti ni sampai dia jadi lembut tapi tidak lembik. Ikut arahan di bungkusan spaghetti tu yer...tapi bila masak angkat sehelai dan cuba potong dengan jari...kalau masih rasa keras...sambung masak. kalau dah lembut tu dah boleh toskan.

 16. Letakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan sosnya diatas. Kalau nak, anda boleh taburkan keju parut diatas atau letakkan sekeping cheese cheesedale tu. Tapi pastikan spaghetti dan sos tu masih panas bila letakkan cheese. Baru ianya cair dan meleleh. Terbaikkk~~


Anak-anak Arfah semua memang suka sangat makan spaghetti ni. Kalau time2 derang tak berapa nak ada selera untuk makan, Arfah akan masakkan spaghetti ni. Insya Allah derang akan pulun. Ini juga salah satu cara untuk beri anak-anak makan sayur. Kalau nak boleh juga tambah sayuran seperti bayam, carrot atau kubis untuk tambah kandungan sayuran dalam menu ni.

Ini muka senyum anak ke-tiga saya sambil makan spaghetti. Habis comot mulut, tangan dan pakaian dia. Hehehe. Tak apa lah..kotoran itu boleh dicuci. Tapi, kebahagiaan dan kesihatan anak-anak itu tidak ternilai. 

Arfah harap semoga anda boleh mencuba resipi ini dengan berjaya. Yang baik-baik itu dari Allah manakala segala cacat cela itu ialah daripada Arfah sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

Wednesday 5 March 2014

Isu phytoestrogen dalam ESP lagi???

Bulan March 2014 ini Shaklee buat promosi untuk ESP. Dan, sebab bulan ni promo ESP, merata-rata tempat SID akan ceritakan tentang ESP. Bila sebut tentang kebaikan ESP pula ada saja yang nak sangkal dan ckp ianya tak bagus utk kesihatan. Antara alasan yang paling kerap didengar ialah kerana terdapatnya phytoestrogen dalam soya yang kononnya tak baik untuk tubuh.

Buat mereka yang pandai Kimia, ini ialah struktur kimia phytoestrogen dalam tumbuhan

Bagi yang kata phytoestrogen tu tak baik dan bahaya untuk tubuh..sila jagan makan juga flaxseed, pistachio, kuaci, kacang merah, kacang dal, brocolli, gandum, epal, buah pic, strawberry, kacang buncis dan pelbagai lagi sayuran dan kekacang lain yer. Sebab semua bahan-bahan tersebut mengandungi phytoestrogen. Boikot juga makanan-makanan tersebut dan produk daripada bahan-bahan tersebut yer!


Phytoestrogen ni sebenarnya hadir dalam pelbagai tumbuh-tumbuhan secara semulajadi. Phytoestrogen ni suatu bahan dalam tumbuhan yang menerupai hormon estrogen di dalam tubuh. Namun, kesannya jika dibandingkan dengan hormon kita tersangatlah lemah sebenarnya. Untuk phytoestrogen itu bertindak seperti estrogen, ia perlu diambil dalam jumlah yang sangat sangat banyak. Jadi, ianya sebenarnya tidaklah berbahaya sekiranya diambil dalam jumlah yang berpatutan. Malah mengikut kajian, phytoestrogen boleh membantu mencegah penyakit canser dan merawat kesan sampingan menapaus dan osteoporosis.

Sebenarnya, bahan apa pun kalau diambil secara berlebihan mungkin boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan. Asalkan diambil dalam dose yang sepatutnya tiada sebab mengapa ESP akan membahayakan kesihatan. Kalau dah beratus malah beribu orang mengamalkan ESP setiap hari dan ternyata ianya bagus untuk kesihatan mereka...mengapa nak sangkalkan lagi? Mungkinkah cuma nak memburukkan produk itu semata-mata sebab perasaan dengki?

Kalau ESP tu tak bagus dan membahayakan kesihatan, manakan ianya akan menjadi antara produk paling laris dalam Shaklee? Setiap kali promosi ESP aje, berpusu-pusu orang serbu untuk dapatkan ESP dengan harga murah. Kalau produk ESP ini tidak berkesan..mana mungkin pelanggan-pelanggan yang membeli ESP ini akan repear order again and again, betul tak?

Apa-apa pun, benda yang ingin Arfah tekankan disini ialah jangan lah asyik nak kutuk sesuatu itu berdasarkan satu isu yang dibangkitkan semata-mata untuk memburukkan produk itu. Kalau asyik nak korek perkara negatif, memang tiada apa pun yang sempurna di dunia ini. Ok lah, sampai sini aje ngomelan Arfah hari ini. Tak berapa ada mood nak type panjang-panjang. huhu.

Yang baik-baik itu daripada Allah dan semua cacat cela itu datangnya daripada diri saya sendiri. Wallahuwallam.

Anda mungkin kekurangan protin...



Adakah anda mengalami simptom2 berikut :
1. Kulit wajah yang kusam?
2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4. Rambut sering gugur?
5. Lemah dan tidak bertenaga?


Tahukah anda ia antara tanda-tanda kekurangan protien?


Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
1. 
Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. 
Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3.
 Liver (penyakit hati)
4. 
High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5.
 Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. 
Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. 
Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. 
Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. 
Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. 
Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. 
Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. 
Irritability (Badan menggeletar)
13. 
Fatigue (Letih lesu)
14. 
Weakness (Lemah)
15. 
Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. 
Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17.
 Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitana

Jangan biarkan diri anda terdedah kepada risiko-risiko tersebut! Dapatkan bekalan protin anda melalui ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee sekarang!
Fakta ringkas ESP:
  • Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 
  • ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 
  • ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  •  Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. 
  • Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet
Jika anda ingin cuba ESP hari ni, sila hubungi Arfah melalui whatsapp/SMS/Tel di nombor - 012-5927912, melalui Facebook Arfah - https://www.facebook.com/sitinoorarfah atau email Arfah - sayanak.sayanak@gmail.com

Yang baik-baik itu semua datangnya daripada Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari saya sendiri. Wallahuwalam.

Lots of Love,
Arfah Umar 

Tuesday 4 March 2014

Ishkk...geli tgk bangla jalan pegang tangan

Pernah tak anda pergi jalan-jalan di luar dan ternampak dua atau lebih lelaki Bangladesh atau Pakistan yang berjalan sambil berpegangan tangan? Apakah perasaan anda bila melihat perbuatan itu? Dalam hati (atau sambil mulut mengomel) mesti anda berkata.."Ishkk..geli laa tengok mat bangla dok berjalan sambil pegang tangan. Gay ke apa??" Betul tak??



TAPI, in the first place...HARAM ker dua orang lelaki berpegangan tangan? Rasanya dari segi Islam tak ada pulak cakap yang dua lelaki tidak boleh berpegangan tangan. Yang Arfah tahu..dalam islam kalau lelaki dan perempuan yang bukan muhrin berpegangan tangan iyer lah haram dan patut dianggap sesuatu yang taboo dan negatif. Kalau kita nampak dua orang lelaki Bangladesh berjalan pegang tangan mesti akan nak kutuk. Lepas tu nampak pula seorang lelaki dan perempuan pegang tangan kita rasa ok jer walaupun tak sure derang tu muhrim ke tidak. Siap rasa "alaa...schweeetnyerrr~~". Betul tak? Betul tak?? Nampak tak kat situ permainan orang kafir??

Kita dah di brainwash untuk fikir kemesraan dan kasih sayang sesama saudara (yang tiada unsur nafsu) itu sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan sedangkan berkasih sayang dan bermesra sesama lelaki dan perempuan (yang bukan muhrim) itu perkara yang sweet dan bagus. Nauzubillahhiminzaalik!

Sebenarnya budaya memegang tangan sesama sahabat atau orang yang rapat adalah satu budaya di Bangladesh, Pakistan dan beberapa negara timur tengah. Apabila sorang ayah berjalan sambil berpegang tangan dengan anak lelakinya yang masih kecil...apa yang kita fikirkan? Itu tanda seorang ayah menunjukkan rasa kasih dan sayangnya kepada anak lelakinya tu..betul tak?



Sebenarnya..samalah juga dengan lelaki Bangladesh yang berjalan bersama rakan mereka berpegang tangan. Bukannya bermaksud mereka itu pasangan kekasih atau sedang bercinta. Mereka cuma kasihkan sahabat mereka itu dan ingin memupuk kemesraan sesama sahabat. Fullstop!



Bila fikir balik...Arfah rasa perasaan geli tengok dua lelaki berjalan berpegangan tangan ini timbul sebab kita terlalu terpengaruh dengan media barat. Bagi orang barat, seorang lelaki seharusnya maskulin, "tough" dan macho...tidak boleh menunjukkan rasa kasih sayang atau berlembut sesama sendiri. Bila berjumpa sesama sendiri akan saling bertampar, menumbuk, berkata-kata kesat atau membuat sesuatu yang "maskulin". Sedangkan dalam Islam kita disarankan untuk berlembut, senyum dan bersalaman sesama sendiri sambil mendoakan perkara-perkara yang baik-baik buat sahabat kita.

Melalui media barat pula kita di"brainwash" untuk merasakan bahawa apa-apa tindakan antara dua lelaki yang menunjukkan kasih sesama sendiri itu cuma dikukan sekiranya mereka itu gay atau homo-seksual. Mengapa perlu begitu??? Apa salahnya jika dua orang sahabat berlembut dan berbaik sesama sendiri? Seriously, Arfah tak faham apa yang buruk sangat kalau seorang lelaki itu baik dan menunjukkan rasa kasihnya. Kenapa lelaki perlu sentiasa "control macho"?? Kalau orang barat tak suka menunjukkan rasa kasih dan membanggakan keganasan...mengapa kita perlu ikut sekali?

Jadi, next time kita nampak dua orang lelaki Bangladesh atau Pakistan atau dari timur tengah berpegangan tangan sambil berjalan atau saling mencium pipi sesama sendiri...sila jangan anggap perkara itu negatif. Kalaupun tak rasa benda tu baik...sekurang-kurangnya janganlah kita mengutuk dan bersangka buruk kepada mereka. Dan JANGANNN sesekali kita bisikkan kepada kawan di sebelah kita pula "mesti derang ni gay!". Sudahlah kita berdosa sendiri sebab bersangka buruk dan mengutuk orang tu...kita babitkan pula kawan kita dengan menyebar fitnah tentang orang tu. Astagfirullah~

Rasanya cuma ini sahaja ngomelan Arfah buat kali ini. Hehe. Maafkan Arfah kalau ada yang terguris hati atau perasaan...bukan niat Arfah nak sakitkan sesiapa. Cuma ingin meluahkan perkara yang tetiba timbul di dalam kepala otak ni. OK lah, sampai di sini sahaja. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar


Sunday 2 March 2014

MAUWL5KBEOF..upss~ Adjust sikit....

Assalamualaikum. Kalau ada yang pernah baca post Arfah about sebulan setengah yang lepas...ada Arfah buat post tentang misi Arfah Umar untuk turunkan berat badan sebanyak 5kg by end of February. Well, harini dah 2 Mac...dan harus saya akui...misi itu belum berjaya dilaksanakan. =( Walaupun sedikit sedih dan kecewa dengan diri sendiri...Arfah masih belum give-up!!



Dalam peperangan untuk memperbaiki diri sendiri memang sometimes kita tak boleh nak meet target kita mengikut yang dirancang. Namun, tak bermakna kita harus give-up dan berhenti mencuba. Misi ini ialah sesuatu yang dibuat bukan untuk niat lain selain untuk memastikan Arfah sendiri sihat dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit berbahaya yang mungkin terjadi sekiranya tubuh terlebih berat badan.

Kenapa misi ni tak berjaya? Hmmm..macam-macam sebab boleh diberi...tapi at the end of the day, semuanya alasan semata-mata..betul tak?? Jadi, Arfah taknak buang masa fikir kenapa misi nak turunkan 5kg ni tak dapat dicapai. Arfah salahkan diri sendiri yang tak cukup berusaha...and let it go~

So, what's next? Seterusnya..Arfah lancarkan misi baru.....muahahaha~ Misi Arfah Umar Will Lose 5Kg By End Of March or MAUWL5KBEOM!! Hehehehe. Kita adjust sikit. Cuba lagi bulan ini. No reason why not betul tak? You can do it Arfah!!



Ok lah...setakat ini ajelah entry kali ini. Perut dah lapar..nak pergi cari something untuk isi perut ni. Doakan semoga Arfah berjaya dalam misi ini pula yer! Thanks semua~~

Semua yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan semua cacat cela itu adalah daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar