Assalamualaikum. Apa khabar semua? Tadi Arfah tengah browse-browse internet tetiba terjumpa satu gambar ni...rasa terkejut tengok gambar tu sebab macam...wow~ macam tu sekali derang buat. hehe. Ok lah...gambar yang Arfah tengok tu is gambar ni...
Gambar sebuah 'kandang' yang dipasang di luar tingkap apartment dengan tujuan untuk memastikan anak tersebut mendapat sinaran daripada matahari. Jangan risau...ini bukan berlaku sekarang, tapi pada tahun 1930-an di London, England.
Pada masa itu ramai keluarga yang tinggal di rumah flat atau apartment risau anak-anak mereka tidak mendapat sinaran matahari yang mencukupi jadi mereka memasang 'kandang' ini di luar tingkap dan meletakkan anak mereka di situ.
Hari ini, saya rasa jika ada ibu bapa yang cuba buat begini pasti akan ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas kerana membahayakan anak-anak. Betul tak??
Bila tengok gambar ni saya terfikir...macam itu sekali mereka ni buat kepada anak mereka untuk dapatkan cahaya matahari. Maksudnya cahaya matahari ni sangatlah penting untuk kita. Jadi kenapa matahari ni penting untuk kita?
Sebenarnya, apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari ia akan menghasilkan Vitamin D. Vitamin D ialah sejenis hormon steroid yang mempengaruhi hampir setiap sel dalam tubuh kita. Reseptor yang bertindak balas kepada Vitamin D telah ditemui di hampir setiap sel dalam tubuh kita - dari sel tulang hingga ke sel-sel otak.
Vitamin D diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang normal, penyerapan kalsium dan fosforus oleh usus dan penyimpanannya di buah pinggang. Kekurangan Vitamin D juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit riket dan kecacatan tulang. Kajian terbaru juga mendapati bahawa Vitamin D mampu mencegah beberapa jenis penyakit kanser.
taken from google image |
Satu kajian yang dijalankan oleh Dr. William Grant (saintis penyelidikan yang diiktiraf antarabangsa) mendapati bahawa 30% kematian seluruh dunia (lebih kurang 2 juta orang) yang disebabkan oleh kanser mungkin boleh dielak dengan meningkatkan paras Vitamin D dalam tubuh.
Orang di negara barat punya lah susah payah nak dapatkan cahaya matahari...kita di Malaysia ni memang hampir setiap hari dapat dengan banyaknya. Tapi mungkin cahaya matahari yang kita dapat boleh jejaskan kesihatan pula kerana sinaran UV nya yang terlampau tinggi. Sinar UV ini jika dalam kuantiti yang kecil memang membantu menghasilkan Vitamin D. Tetapi sinaran UV yang berpanjangan dan berlebihan akan merosakkan sel kita sehingga ke peringkat DNA.
Bahaya juga kan? Sinaran matahari ni jika berlebihan menyebabkan radiasi sel. Jika kurang pun boleh membawa masalah. Hehe. Jangan risau. Kalau nak Vitamin D yang mencukupi, anda boleh mendapatkannya daripada makanan seperti ikan, susu, bijirin dan produk tenusu seperti mentega dan keju. Nak lagi mudah, ambil aje supplement yang mengandungi Vitamin D. Jika ingin mencari supplement untuk memenuhi keperluan Vitamin D, pilihlah yang mengandungi Vitamin D3 (cholecalciferol) dan bukan D2. D3 lebih berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan konsentrasi Vitamin D dalam sel berbanding D2.
Nak tahu produk Shaklee yang mengandungi Vitamin D?? Antaranya termasuklah Ostematrix, Meal Shakes dan juga Cinch Shakes. Inginkan maklumat lanjut? Cepat hubungi Arfah melalui Whatsapp/SMS/Tel - 012-5927912 atau email ke sayanak.sayanak@gmail.com.
Ok lah. Setakat ini dari Arfah. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu dari saya sendiri.
Lots of Love,
Arfah Umar
0 comments:
Post a Comment