Salam Sejahtera.
Bertemu kita lagi di blog arfahumar.com. Dah rasa lain macam? Betul la tu. Saya bukan Arfah, Saya suami kepada Arfah, Ahmad.
Isteri saya ni tak tahu pun saya duk sibuk kacau blog dia ni. Tunggu sampai dia post entry baru dia nantilah. Saya nak cerita tentang masalah saya.
Saya ni menderita penyakit psoriasis ( sebutannya ‘suh-rah-sus’). Apakah psoriasis ni?
Psoriasis ni merupakan penyakit kulit jangka panjang yang kronik. Penyakit ni terjadi sebab pembentukan semula sel kulit yang terlalu cepat. Kesannya ada macam kuping tebal, kelabu dan tompokan merah di kulit. Selalunya terjadi di bahagian belakang telinga .
Saya nak tunjukkan gambar-gambar penderita psiorasis ini macam saya. Yang pastinya gambar itu bukan gambar saya. Siapa-siapa yang agak tidak tahan dengan imej yang saya nak tunjukkan ini lebih baik jangan lihat ya. Maaf ya.
Kebiasaannya sel kulit tumbuh perlahan dan bersalin dengan sel baru setiap 4 minggu. Sel kulit baru akan menggantikan sel kulit lama yang telah mati. Tapi untuk pesakit psoriasis, sel kulit baru bersemangat nak gantikan sel kulit lama yang masih aktif dalam masa beberapa hari sahaja sedangkan tempoh normal sepatutnya beberapa minggu. Jadi terhasil kepingan tebal yang disebut plak.
Kebiasaannya ianya terjadi pada kalangan orang dewasa sahaja. Walau bagaimanapun terdapat juga kes psoriasis yang terjadi pada kanak-kanak dan remaja. Memang memalukan dan menjerihkan penderita penyakit ini, kerana ramai yang sangka golongan kami kurang menjaga kebersihan diri. Kelemumur, kudis dan sebagainya yang dilihat oleh orang umum. Tambahan pula saya sudah kurang gemar memakai baju bewarna gelap kerana sel –sel kulit dari kepala akan jatuh ke atas baju.
Faktor penyebab psoriasis?
Sebelum tu apa kata kita sebut je penyakit ini sebagai penyakit P .. susah tu nak sebut. Tergeliat lidah. Pakar-pakar telah membuat kajian dan percaya bahawa penyakit ini penyakit keturunan. Penyakit ini terjadi disebabkan sikap proaktif sel kulit dan usaha yang terlebih dari system imun yang menyebabkan pembetukan plak. Ni masalah dia bila bukan doctor yang terangkan. Tak kisahlah janji anda semua faham.
Macam saya sendiri, saya rasa tahap penyakit P saya ni dah kronik. Kulit- kulit di kaki saya dah sampai tahap melecur. Sakit jugaklah. Yang lebih menarik kalau saya stress memang mencanak-canak lah saya punya penyakit P ni.
Tanda-tanda penyakit P ini?
Macam-macam tanda penyakit ini. Boleh jadi ruam yang sedikit, boleh jadi macam kulit melepuh dan macam kudis, luka-luka dan gatal. Semua kegatalan-kegatalan kecil ni boleh bercamtum menjadi satu tompokan besar macam dekat belakang badan, kaki dan sebagainya. Adakalanya penyakit P ini hilang dengan sendirinya , lepas tu tiba-tiba dating balik dengan banyaknya walaupun tanpa rawatan.
Apakah rawatan untuk Penyakit P?
Kena makan dan sapu ubat berterusan. Macam kes saya setiap bulan kena keluarkan belanja dalam kira-kira 400-500 ringgit untuk konsultasi dan bayaran ubat. Nasib baik insurans syarikat yang menanggung. Macam saya saya dah penat sebab kenyang makan ubat. JAdi bila teruk saya makan , kalau tak teruk dan saya boleh tahan saya tak makan.
Bayangkan la kalau sehari 3 kali kena sapu dan gunakan syampu dan losyen dengan 2 3 produk berbeza. Makan ubat 3 kali sehari dengan 4 ubat berbeza, memang kenyang makan ubat . Badan pun dah bau macam ubat. Bila makan ubat meang penyakit P ini reda. Tapi ada satu kes saya kena kesan sampingan sebab ubat tu. Bila makan memang penyakit P hilang, tapi saya pun jadi lesu dan tak bermaya sehingga asyik nak tidur dan tak boleh nak bekerja dan bawa kereta.
Sejak tu saya berhentikan ubat makan dan bila perlu sahaja baru saya ambil. Sejak tahun lepas isteri saya ni sertai Shaklee. Pada awalnya saya sokong-sokong biasa-biasa jelah. Seronok tengok dia seronok jual barang Shaklee dekat pelanggan. Dia suruh saya cuba produk VIVIX dari Shaklee. Saya malas sebab mahal. Satu dalam RM 400 kut. Sekarang ni dah lebih kurang 6 bulan dia buat bisnes Shaklee ni, dia pun dah boleh beli VIVIX sendiri, Saya tumpang ‘pau’ je VIVIX dia. Sebab benda tu macam air, senang nak telan, sehari pun sesudu jer. Dia lagilah siap buat ‘mask’ muka lagi. Huhu. Tapi Alhamdulillah lepas cuba makan VIVIX Shaklee tu hari-hari dah sangat kurang dah penyakit P saya ni.
Yang saya seronok sebab tak payah nak makan ubat macam makan nasi dah. Jadi siapa-siapa lagi yang mengalami masalah sama macam saya ni bolehla cuba jugak. Kalau yang ada penyakit lain pun boleh sebab VIVIX ni banyak khasiatnya. Kalau anda kena makan banyak ubat cuba dulu berhenti dan focus pada VIVIX Shaklee ni. Sehari sekali makan je.
Jadi dengan sewenang-wenangnya saya mengundur diri. Kalau ‘free’ nanti saya curi-curi tulis lagi dekat blog isteri saya ni. =p
0 comments:
Post a Comment