Thursday 19 December 2013

Kita adalah apa yg kita makan

Kita adalah apa yang kita makan...betul ke?

Assalamualaikum. Korang dah bersarapan ke? Makan apa pepagi ni? Ada org mmg tak makan sarapan. Ada yg makan light2 aja. Ada juga yg suka mulakan hari dgn makanan berat terus.

"Makanlah ikut pekerjaan yang bakal kita lakukan pada hari itu.."

Sebenarnya pemakanan kita setiap hari perlulah mengikut jenis pekerjaan yang bakal kita lakukan sepanjang hari. Jika kita akan membuat kerja yg berat-berat seperti banyak berjalan, mengangkut barangan berat, berkebun dan sebagainya, sarapan pagi kita juga perlulah berat agar kita mendapat bekalan tenaga secukupnya.

Namun, kebanyakan dari kita jarang melakukan kerja2 berat ini. Sepanjang hari, kita lebih banyak dalam posisi duduk sambil membuat kerja. Jadi sarapan pagi yang kita ambil tidak perlulah terlalu berat.
Untuk kita yang cuma melakukan sedikit pergerakan atau aktiviti seharian, nasihat pemakanan yg saya rasa plg bagus pernah saya dengar ialah -"bersarapanlah macam permaisuri, mkn tengah hari bagaikan raja dan mkn malam bagaikan pengemis"

Di pagi hari..makanlah dgn bersederhana..cukup sekadar memberi tenaga untuk mulakan hari. Makanan seperti buah-buahan dan yoghurt atau roti bakar atau sandwich sudah memadai. Makanan seperti nasi lemak rasanya tidak lagi relevan dgn aktiviti yang kita lakukan. Nenek moyang kita suatu masa dahulu kebanyakannya mengerjakan sawah atau berkebun dan juga kerja-kerja lain yang sangat banyak menggunakan tenaga. Jadi mereka telah mencipta sarapan seperti nasi lemak yang sangat banyak karbohidrat dan lemak kerana mereka memerlukan semua nutrisi tersebut. Kita sebaliknya tidak memerlukan karbohidrat yang banyak kerana kurang melakukan aktiviti berat tetapi masih mengamalkan memakan nasi lemak setiap pagi. Adakah ini anda rasakan sesuai??

Seterusnya, time lunch..inilah time untuk mengambil makanan berat yg terdiri dari 1/4 karbohidrat, 1/4 protin, 1/2 sayur-sayuran dan buah-buahan. Walaupun disini disebut makanan berat, namun kita tidak seharusnya makan sehingga terlebih kenyang sampai rasa sengkak dan senak. Makan berat yang disebut disini adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrisi lengkap dalam kuantiti yang mengenyangkan seperti sepinggan nasi berserta ikan dan sayur ataupun ayam bakar berserta kentang dan salad.

Di waktu malam pula..makanlah sekadar untuk hilangkan rasa lapar tapi bukan sehingga kenyang. Diwaktu malam kita kurang melakukan aktiviti malah kita cuma akan tidur yang langsung tidak melibatkan sebarang pergerakan. Sekiranya kita makan terlalu banyak di waktu malam, perut dan organ penghadaman lain perlu berkerja keras untuk memproses makanan yang kita makan tadi waktu kita tidur. Semasa kita tidur pula organ penghadaman kita akan beroperasi dengan kurang efektif jadi akan berlaku ketidakhadaman. Jika ketidakhadaman berlaku dengan kerap, ini akan menjejaskan organ penghadaman kita dan seterusnya akan menjurus kepada pelagai jenis penyakit lain. Nabi juga pernah bersabda bahawa "punca kebanyakan penyakit adalah dari perut".

Kita adalah apa yg kita makan jadi menjaga pemakanan adalah sangat penting! Sebenarnya apabila kita menjaga pemakanan kita dan bersenam sedikit setiap hari, itu sudah memadai untuk menjamin kesihatan tubuh. Mengelak dari terkena penyakit adalah jauh lebih mudah dari merawatnya.

Health is wealth atau boleh ditranslatekan sebagai kesihatan itu adalah kekayaan. Jika kita ada harta kekayaan setinggi gunung everest pun tetapi kita tidak dapat merasai nikmat tersebut akibat merana menanggung penyakit...apa gunanya??

Semoga entri ini boleh membantu anda dalam usaha menjadi lebih sihat. Semua yang baik-baik itu dari Allah dan semua kekurangan itu adalah dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment