Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Saturday 26 April 2014

Letak anak dalam kandang di luar tingkap apartment...

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Tadi Arfah tengah browse-browse internet tetiba terjumpa satu gambar ni...rasa terkejut tengok gambar tu sebab macam...wow~ macam tu sekali derang buat. hehe. Ok lah...gambar yang Arfah tengok tu is gambar ni...


Gambar sebuah 'kandang' yang dipasang di luar tingkap apartment dengan tujuan untuk memastikan anak tersebut mendapat sinaran daripada matahari. Jangan risau...ini bukan berlaku sekarang, tapi pada tahun 1930-an di London, England.

Pada masa itu ramai keluarga yang tinggal di rumah flat atau apartment risau anak-anak mereka tidak mendapat sinaran matahari yang mencukupi jadi mereka memasang 'kandang' ini di luar tingkap dan meletakkan anak mereka di situ.

Hari ini, saya rasa jika ada ibu bapa yang cuba buat begini pasti akan ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas kerana membahayakan anak-anak. Betul tak??

Bila tengok gambar ni saya terfikir...macam itu sekali mereka ni buat kepada anak mereka untuk dapatkan cahaya matahari. Maksudnya cahaya matahari ni sangatlah penting untuk kita. Jadi kenapa matahari ni penting untuk kita?

Sebenarnya, apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari ia akan menghasilkan Vitamin D. Vitamin D ialah sejenis hormon steroid yang mempengaruhi hampir setiap sel dalam tubuh kita. Reseptor yang bertindak balas kepada Vitamin D telah ditemui di hampir setiap sel dalam tubuh kita - dari sel tulang hingga ke sel-sel otak.

Vitamin D diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang normal, penyerapan kalsium dan fosforus oleh usus dan penyimpanannya di buah pinggang. Kekurangan Vitamin D juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit riket dan kecacatan tulang. Kajian terbaru juga mendapati bahawa Vitamin D mampu mencegah beberapa jenis penyakit kanser.

taken from google image

Satu kajian yang dijalankan oleh Dr. William Grant (saintis penyelidikan yang diiktiraf antarabangsa) mendapati bahawa 30% kematian seluruh dunia (lebih kurang 2 juta orang) yang disebabkan oleh kanser mungkin boleh dielak dengan meningkatkan paras Vitamin D dalam tubuh.

Orang di negara barat punya lah susah payah nak dapatkan cahaya matahari...kita di Malaysia ni memang hampir setiap hari dapat dengan banyaknya. Tapi mungkin cahaya matahari yang kita dapat boleh jejaskan kesihatan pula kerana sinaran UV nya yang terlampau tinggi. Sinar UV ini jika dalam kuantiti yang kecil memang membantu menghasilkan Vitamin D. Tetapi sinaran UV yang berpanjangan dan berlebihan akan merosakkan sel kita sehingga ke peringkat DNA.

Bahaya juga kan? Sinaran matahari ni jika berlebihan menyebabkan radiasi sel. Jika kurang pun boleh membawa masalah. Hehe. Jangan risau. Kalau nak Vitamin D yang mencukupi, anda boleh mendapatkannya daripada makanan seperti ikan, susu, bijirin dan produk tenusu seperti mentega dan keju. Nak lagi mudah, ambil aje supplement yang mengandungi Vitamin D. Jika ingin mencari supplement untuk memenuhi keperluan Vitamin D, pilihlah yang mengandungi Vitamin D3 (cholecalciferol) dan bukan D2. D3 lebih berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan konsentrasi Vitamin D dalam sel berbanding D2.

Nak tahu produk Shaklee yang mengandungi Vitamin D?? Antaranya termasuklah Ostematrix, Meal Shakes dan juga Cinch Shakes. Inginkan maklumat lanjut? Cepat hubungi Arfah melalui Whatsapp/SMS/Tel - 012-5927912 atau email ke sayanak.sayanak@gmail.com.

Ok lah. Setakat ini dari Arfah. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Friday 25 April 2014

Reward diri sendiri dengan pahala

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Tajuk entry Arfah kali ini maybe lari sedikit dari tajuk biasa iaitu health and lifestyle. Reward diri sendiri dengan pahala. Mesti ramai yang dah terfikir macam-macam kan?



Bila kita dapat duit hasil dari usaha kita seperti gaji atau hasil dari bisnes atau apa-apa lah. Sebaiknya kita dah bahagi siap-siap sebelum kita dapat duit itu bagaimana kita akan menggunakan duit itu.

Kalau ikutkan Arfah, sebaik-baiknya 30% lagi digunakan untuk perbelanjaan harian seperti untuk makanan, transport, pakaian dan perkara-perkara lain yang penting. 20% duit itu kita gunakan untuk membayar semua hutang-hutang dan bayaran tertunggak yang kita ada. 25% dari gaji kita pula kita peruntukkan untuk digunakan untuk diberi kepada ibu bapa kita atau diinfakkan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, fakir miskin, badan-badan amal ataupun sesiapa yang memerlukan bantuan kita. 15% pula kita masukkan ke dalam tabungan atau jadikan sebagai simpanan untuk keperluan di masa depan atau apabila kita betul-betul memerlukannya. Yang balance lagi 10% tu boleh lah kita guna untuk reward diri kita untuk beli apa yang kita mahu.


Bagaimana anda bahagikan pendapatan anda terpulanglah. Ini cuma berdasarkan pendapat Arfah jer kay. Arfah tak nak diskas isu bagaimana membahagikan pendapatan. Dalam post kali ini Arfah cuma nak berikan satu cadangan tentang bagaimana untuk belanjakan yang 10% (atau berapa jua yang anda peruntukkan) untuk self reward tu.

Sebenarnya Arfah tergerak untuk tulis entry sebab dok fikir nak bagi reward apa untuk diri sendiri dengan hasil dari bisnes Shaklee ni. Selalunya bila sebut reward ni mesti kita nak bagi benda best-best yang kita dah lama inginkan tapi rasa mahal untuk beli time-time biasa. Betul tak? Tapi apa kata starting dari sekarang kita ubah sikit pemikiran tu?

Reward untuk diri sendiri tidak semestinya bermaksud kita membeli barangan untuk diri sendiri. Apa kata kita reward diri kita dengan pahala pula. Bagaimana tu? Well, instead of menggunakan wang yang telah kita peruntukkan untuk reward diri tu dengan membeli barang untuk diri sendiri, apa kata kita gunakan wang itu untuk membantu orang lain. Dengan kata lain, kita gunakan duit itu untuk dapatkan pahala instead of barangan duniawi.

Bukan kah kita hidup di dunia ini untuk mencukupkan bekalan ke syurga? Jadi apa salahnya kita lebihkan sedikit porsi yang sudah kita tetapkan untuk diinfakkan? Bukan lah maksud Arfah jangan beli apa-apa untuk diri sendiri..cuma mungkin sekali sekala bila kita tidak ada benda yang perlu atau ingin dibeli untuk diri sendiri.

Anyway, saya cuma cuba mencetus idea untuk menambah saham di akhirat. Di sanalah tujuan kita yang sebenar...dunia ini cuma satu perjalanan untuk mengumpul bekalan di sana. Insya Allah.

Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu daripada saya sendiri. Wallahuwalam.

Lots of Love,
Arfah Umar




Thursday 24 April 2014

Ohh NO!...tulang rapuh!

Tahukah anda??
Jumlah keperluan kalsium utk seorang lelaki adalah 1000mg, manakala wanita adalah 1500mg* sehari.
Adalah sukar memperoleh jumlah kalsium ini menerusi diet harian kerana kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya yang tinggi. Rata-rata pengambilan purata bagi wanita hari ini kurang dari 600mg kalsium sehari, dan inilah punca wanita dilanda wabak osteoporosis!

**1500mg utk wanita pasca putus haid
**wanita biasa sama seperti lelaki iaitu 1000mg sehari



Antara tanda kurang kalsium:
- kebas-kebas kaki dan tgn
- kejang otot
- mudah marah
- letih
- rambut kasar
- kuku rapuh
- sukar tidur
- sakit sendi
- tekanan darah tinggi
- gigi reput

Kalsium juga paling baik jika diambil bersama magnesium. Ini kerana penyerapan kalsium akan jadi paling baik dgn kehadiran magnesium. Kalsium sahaja tidak cukup tanpa magnesium. Tetapi awas! Pngambilan kalsium dan magnesium yg tidak seimbang boleh mmbawa kpd batu karang..

Tahukah anda??
> Ostematrix Shaklee lengkap degan unsur Kalsium, magnesium & vitamin D
> sebiji ostematrix = 250mg kalsium, maka 4 biji oste = 1000mg kalsium

Mengapa perlu mengambil 4 biji ostematrix sebelum tidur??
>> Penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang buang air kecil, jadi tubuh lebih mudah mnyerap lebih banyak kalsium.

Bonusnya: kita akan bangun keesokan hari dgn lebih mudah, tiada cramp atau rasa sengal-sengal badan & badan rasa lebih ringan!

Buat yg ada masalah senggugut ketika dtg haid, ostematrix juga mmbantu mengurangkan rasa kesakitan tersebut!

Buat yg mnghadapi masalah sembelit, ostematrix adalah solusinya!
Selamat mencuba!

Lots of Love,
Arfah Umar

Wednesday 16 April 2014

Tips hilangkan rasa panas cili di kulit

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah a few days Arfah dok teringin nak makan sambal belacan dengan ulam timun dan ikan kembung goreng. Benda simple je kan? Tapi itu lah...itu yang dok teringin dan actually dah lama gilaaaaa tak buat. Maka setelah pergi beli barang-barang untuk masak tu semalam..pagi ni mulalah aktiviti menggoreng dan menumbuk.

Ikan tu Arfah goreng dengan garam dan kunyit ajer. Nak buat sambal belacan tu pula cuma tumbukkan cili merah besar, cili padi (kalau tak nak pedas tak perlu letak), belacan dan garam kasar. Simple sangat sangat..tapi sekarang baru teringat kenapa dulu-dulu Arfah tak suka nak menumbuk sambal. Ya Allah....panasnyerrrrr bila terkena percikan cili tu kat kulit!!

Kulit Arfah memang sangat sensitif. Silap sikit jer akan jadi merah-merah, melupas dan pedih atau gatal-gatal. Tadi pula, masa menumbuk sambal tu pipi terasa gatal-gatal. Tanpa fikir panjang terus gosok guna jari. Arghhhhh...big mistake!! Rupanya jari Arfah tu penuh dengan percikan cili sebab menumbuk tadi tu. Maka serta-merta kulit rasa macam terbakar.

Sambil panick sebab rasa muka terbakar..tetiba teringat adik Arfah pernah cakap ada satu benda yang sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas terkena cili iaitu SUSU. Maka terus buka peti ais sebab teringat ada susu segar dalam kotak yang guna untuk bancuh dengan Cinch Shake Shaklee.

Tuang susu tu dalam mangkuk besar then guna tangan untuk sapu susu tu ke seluruh muka. Arfah ambil susu tu and splash ke seluruh muka macam masa kita cuci muka tu. Splash dalam 4-5 kali then rasa lega sangat. Alhamdulillah. Masih ada sedikit rasa pedih tapi dah tak teruk dan bearable lah. Splash splash lagi susu ke muka lagi sampai rasa panas tu hilang sepenuhnya. Lepas splash-splash muka tu Arfah tak basuh pun susu tu...biarkan aja sampai susu kering di muka.

Kenapa susu tu berjaya hilangkan rasa panas cili tu? Jom kita tengok sains disebalik cerita ini. Sebenarnya benda dalam cili yang buatkan rasa panas dan terbakar itu ialah sejenis molekul lemak yang dipanggil capsaicin. Susu pula mengandungi casein iaitu sejenis bahan yang lipofilik atau menarik lemak. Apabila kita "menyapu" susu ke tempat yang terkena cili tadi, casein dalam susu itu akan menarik/mencuci capsaicin yang ada di kulit kita sepertimana air akan mencuci sabun.

Lepas ni kalau ada yang memotong cili atau menumbuk sambal dan terkena percikan cili tu, cepat-cepatlah capai susu and cuci kawasan yang terkena cili tu dengan susu tu tadi. Tetapi Arfah tak sure pula apa jenis-jenis susu yang bagus samada susu segar, susu full cream atau susu low fat. Kali ini Arfah guna susu yang Fresh Milk tu. So kalau ada yang rajin, boleh lah buat experiment and share dengan semua. Hehe.

Semoga entry kali ini boleh membantu anda, Insya Allah. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar  


Saturday 12 April 2014

Lokasi Branch Baru Shaklee di Taman Sri Rampai

Minggu lepas Arfah ada nak beli barang dari Shaklee and since time tu ada di KL saje lah nak gi cari branch Shaklee di Taman Sri Rampai yang baru dibuka. Tengok alamat yang diberi, No. 32, Jalan Rampai Maju 3, Taman Sri Rampai.

Arfah pergi dengan suami dan bawa semua anak-anak bersama. Suami cakap dia tahu area tu jadi based on alamat tu kami pergi ajelah ke Sri Rampai. Katanya Sri Rampai tu area pejabat immigresen wangsa maju tu lah. So, since dia macam confident jer...kami pon pergi area immigresen tu. Pusing punya pusing punya pusing blok tu tak derrrrrr pun branch Shaklee nyer. So jalan depan sikit macam ada blok baru. Sri Rampai Business Park kalau tak silap area tu. Pusing lagi di situ..pun tak jumpa gak.

Last last saya whatsapp di group Shaklee saya and tanya kalau ada orang yang dah pernah pergi branch baru tu. Owhhhhhh...rupanya branch tu seberang sana jalan besar tu~~~ haha silap side rupanya.

Kire dari main road dari Setiawangsa tu, ambil kiri di traffic light. Jalan straight dan akan nampak Wisma Rampai sebelah kanan and depan sikit ada Megan Setapak sebelah kiri. Lepas Megan Setapak tu ada tasik sebelah kiri juga. Lepas tasik tu kene masuk kiri...ada blok kedai yang baru siap yang ada Wahab Cendol kat row depan tu. Branch Shaklee tu ada di Jalan Rampai Maju 3...dia kedai yang paling hujungggggg sekali.

Arfah cuba cari di Google Maps tapi malangnya sebab area ni blok baru so masih belum ada dalam tu. Tapi boleh agak2 kot based on gambar di atas yer? Basically lepas nampak tasik sebelah kiri tu ambil kiri di blok kedai yang baru. Masuk and cari Jalan Rampai Maju 3. Insya Allah, tak susah pun.

Semoga post kali ini akan membantu anda. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat ela itu datangnya dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Friday 11 April 2014

Anak demam...tangani dengan cara yang selamat dan semulajadi

Assalamualaikum semua. Lama betul Arfah tak update blog ni yer. Arfah minta maaf banyak-banyak. Lately asyik sibuk dan anak pula semua dah pandai nak layan games dan video di fon, tab dan juga computer jadi nak guna alat-alat tu semua kena beperang dengan derang dulu. hehehe. 

So kali ini topik yang Arfah nak share is tentang apa nak buat bila anak-anak demam atau more specifically macam nak demam. Anyway, Arfah tergerak nak tulis entry ni sebab semalam semasa tengah pegang/peluk/main2 dengan anak Arfah yang no dua yang bernama Hassan, Arfah rasa badan dia macam suam-suam. Mungkin nak demam agaknya. Hassan ni dilahirkan dengan masalah G6PD dan memang antara ketiga-tiga anak Arfah, dia yang paling senang kena penyakit dan yang paling lambat/susah sembuh. So kalau dia macam nak demam tu, Arfah dah start risau dah. 

From pengalaman Arfah as full time housewife dengan 3 org anak. Takde lah pengalaman yang boleh kire macam veteren tapi ada lah sikit-sikit pengalaman tu kannnn. Hehe. Actually time2 ceni (yg baru start and belum sampai stage demam betul2) yang kita kena ambil tindakan terus. Dan apa yang Arfah akan buat is Arfah mmg akan tempek siap2 cool fever and bagi dia minum Nutriferon Shaklee. 

Nutriferon ni datang dalam bentuk serbuk dalam sachet-sachet kecil. Ini rupa sachet2 tu. 

Ini pula rupa serbuk yang ada dalam sachet tu.

Kalau dibancuh dengan air kosong, ini rupa dia.


Dulu Arfah selalu bancuh dengan dua atau tiga sudu besar air kosong dan bagi anak minum dalam cawan ajer. Rasanya manis-manis dan ada rasa macam "woody" sikit. Tapi lately derang dah taknak minum macam tu, jadi semalam tu Arfah tuang aje serbuk tu dalam susu Hassan. 

Bagi Arfah, Arfah akan sentiasa pilih cara yang Arfah yakin takkan ada tinggal side effect pada dia. Sebagai ibu bapa memang kita risau sangat bila anak2 demam atau sakit. Tapi kerap kalinya bila sakit aje, kita sumbat dengan pelbagai jenis ubat-ubatan. Sedarkah kita yang ubat2 tu semua sintetik dan akan meninggalkan kesan buruk keatas tubuh anak kita tu? Paling tidak pun organ hati dan buah pinggang memang akan dibebankan. Kalau kerap sangat makan ubat, dikhuatiri kedua-dua organ tersebut mungkin akan rosak.

Bagi Arfah, sebaiknya cuba cari kaedah yang semulajadi atau natural remedies untuk rawat mereka. Sebagai contoh...asam jawa untuk kawal demam, kunyit hidup untuk hidung selsema, madu atau minyak kayu putih untuk kahak dan batuk. Ada juga cara lain seperti percussion atau tepukan untuk longgarkan kahak ataupun dengan memberi anak-anak yang selsema dan berkahak menghidu stim dari air panas untuk cairkan mukusnya. 

Sometimes dengan cara ni nampak macam anak-anak kita tu macam lebih teruk...sebagai contoh, kalau kita beri anak-anak hidu stim air tu..memang hingus akan keluar banyak dan kadang-kadang anak itu akan sampai memuntahkan lendir. Tapi, jangan risau. Ini bagus sebenarnya kerana ini cara semulajadi tubuh untuk singkirkan mukus atau lendiran yang selama ini tersekat di saluran pernafasan mereka. Percayalah..selepas keluar lendir-lendir itu anak kita akan kelihatan dan rasa lebih selesa dan lega.

Anyway, back to cerita asal saya. Cara yang saya gunakan bila anak-anak macam nak demam (macam nak yer...bukan dah demam panas yang tinggi) ialah dengan tempak Cool Fever dan beri anak saya Nutriferon dari Shaklee. Nutriferon ni dibuat oleh pakar imun terkenal jepun. Dan bahan2 yg digunakan semuanya 100% bahan semulajadi macam bunga-bungaan, daun dan lain-lain bahagian tumbuh-tumbuhan terpilih. Insya Allah selamat buat tubuh anak yang masih kecil.

Ini rupa kotak Nutriferon tu

Ini tulisan di belakang kotak tadi

Saya percaya dan yakin dengan produk shaklee sebab itu janji utama shaklee. Moto Shaklee dalam penghasilan setiap produknya ialah Always safe! Always Works! Always Green!. Bahan2 yg digunakan untuk setiap produk Shaklee semua dari sumber tumbuhan atau haiwan yang berkualiti tinggi dan organik sahaja.

Ada sesetengah produk yang sering kehabisan stok dan lama juga perlu tunggu untuk stok baru. Sebabnya ialah ada bahan yang diperlukan dalam pembikinan produk tu yang susah nak didapati atau kualiti bahan yang sedia ada tidak memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Dalam setiap produk Shaklee cuma bahan2 yang paling elok akan diguna. Kalau bahan itu tak ada atau yang ada itu tak 'up to standard', mereka lebih sanggup tunggu sehingga ada bahan yang elok dahulu. 

Eh...melalut lagi Arfah ni. Minta maaf lah yer. Arfah bila cerita bab Shaklee ni memang bersemangat sikit. hehe. OKlah sambung lagi...Pagi ni, Alhamdulillah..hassan mcm tak jadi demam. Syukurrrrr. Dengan izin Allah, tempek cool fever dan bagi dia Nutriferon mmg berkesan. Badan masih suam sedikit tapi rasanya tak akan jadi serious kot. Nanti lepas mandi should be ok, Insya Allah. 

Moral of the story, sebagai ibu bapa, pandai-pandailah kita menilai yang mana yang terbaik untuk anak-anak. Nak cara mudah dan senang dengan harapkan ubat doktor atau nak cari cara yang maybe makan masa lama sedikit untuk betul-betul pulih dan yang memerlukan kita untuk usaha lebih sedikit...tetapi cara yang selamat dan semulajadi. Jangan sesekali kita pandang rendah dengan kebolehan tubuh kita untuk membaikpulih dan melawan penyakit. Apa yang penting, kita ikhtiar...selebihnya serahkan kepada Allah untuk sembuhkan. Insya Allah.

Itu saya buat kali ini, Insya Allah semoga entri kali ini memberi kebaikan buat anda. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya daripada saya sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar