Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Friday, 16 May 2014

Kisah makcik urut dan Shaklee

Ada seorang customer Shaklee Arfah ni sangat konsisten beli Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) untuk mak dia yang dah berumur. Katanya gabungan kedua-dua tu alhamdulillah banyak membantu mak dia yang dah berumur dan biasalah sakit-sakit sendi dan selalu lenguh-lenguh. Bila ada orang sebut pasal kebaikan Ostematrix dan AJHT ni tetiba Arfah teringat satu insiden yang berlaku masa Arfah pergi ke branch Shaklee di Ipoh satu hari dulu.

Masa tu Arfah balik kampung suami di Kuala Kangsar dan ada nak beli produk Shaklee untuk customer. Internet tak ada...maka pujuk lah suami Arfah untuk gi branch Shaklee di Ipoh untuk beli barang. Nasib baik suami Arfah ni memang supportive dan penyayang. hehe. Walaupun keberatan dia bawa juga kami sekeluarga ke Ipoh untuk mencari branch Shaklee.

Sampai sana sebelum tengah hari tapi Subhanallahhhh...orang dan penuhhhhh menunggu turn untuk beli barang. Adeiiih~ Arfah pun ambil nombor dan cari tempat untuk duduk. Nasib baik ada tempat. 

Masa Arfah tengah tunggu turn tu, ada seorang makcik ni masuk. Dia nampak agak berumur dan pakai baju kurung lusuh. [Bukan nak mengutuk yer..cuma nak describe] Gayanya sedikit kekampungan. Lepas dah masuk branch Shaklee tu gaya dia macam sedikit 'lost'. Dia masuk..tengok-tengok artikel yang dilekat di dinding dan lepas tu duduk sebelah Arfah. 

Dengan niat nak tolong, Arfah pun tanya lah..."makcik ni dah ambil nombor ke?"

"Dah". Jawab dia. 

Saya tanya lagi.. "Makcik ni dah jadi ahli ke?"

"Dah". Dia jawab sambil senyum. 

Ok. Fine. Maksudnya dia tahulah apa yang dia buat dan tak 'lost'. hehe. Maka saya sambung mengelamun sambil tunggu nombor giliran saya naik.

Tetiba Makcik tu tanya pula "Adik ni nak beli apa kat sini?"

"Nak beli vivix untuk mak dan bapa mertua". Saya jawab ringkas. Sebab memang itu antara benda yang saya nak beli tadi ada tambahan lagi untuk pelanggan-pelanggan. Malas nak cerita panjang so itu jer yang saya jawab.

Tetiba makcik tu macam bersemangat dan cerita dengan Arfah. "Adik beli lah Ostematrix dengan AJHT tu untuk mak ayah adik. Bagus sangat dua tu."

"Ye ke? Makcik ambil dua tu ke?" Arfah memang dah belikan pun dua tu untuk mak dan ayah mertua. Tapi sebab malas nak cerita panjang, Arfah layan aje Makcik tu cerita. 

"Makcik ni tukang urut kampung. Memang makcik suruh semua palanggan-pelanggan makcik ambil dua tu kalau yang sakit tulang, sakit sendi, lenguh-lenguh, patah tulang, strok ke...alhamdulillah, dengan izin Allah memang bagus."

Arfah angguk jer.

"Mula dulu suami makcik kena strok. Sebelah badan dia tak boleh gerak. Lepas tu ada orang rekomen suruh bagi Ostematrix dengan AJHT tu. Makcik pun beli dari orang tu, bagi pada suami. Alhamdulillah sekarang dah boleh jalan dah suami makcik tu. Tapi, masih tak sempurna lah. Ada lagi sikit-sikit yang tak boleh buat tapi dah banyak dah perubahan pada dia. Lepas tu memang untuk orang-orang yang makcik urut pun semua makcik suruh makan ubat Shaklee ni. Ramai kata bagus"

"Wahh..Alhamdulillah laa Makcik. Tapi makcik pakai dua tu aje ke untuk semua? Tak cuba benda lain?" Saya tanya sebab dah tertarik dengar cerita makcik tu.

"Makcik bagi dua tu aje. Hehe. Makcik tak pandai sangat tentang ubat-ubat Shaklee yang lain tu" Makcik tu jawab sambil tersengih-sengih.

Lepas tu anak-anak saya dah datang minta attention. Suami saya pula ajak keluar sebab anak-anak dah tak nak duduk diam. Maka, dah tak dapat sambung sembang dengan makcik urut tu. 

Tapi, dalam hati saya bercakap sendiri..."Wahhhh...sekarang ni makcik urut kampung pon dah pandai rekomen supplement kepada pesakit dia.". Sebelum ni kalau sebut makcik urut jer...mesti terbayang makcik yang berusut cara tradisional sambil rekomen minyak akar kayu atau minyak-minyak tradisional ni. Nah, amik kau...jumpa dah makcik urut yang rekomen supplement Shaklee pula kepada pelanggan dia. 

Selalunya orang yang mengamalkan perubatan tradisional macam berurut ni skeptikal tentang perubatan moden. Pernah saya dengan orang yang patah tulang tapi taknak dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor tapi cuma ikut nasihat dan berurut dengan tukang urut tradisional. Tapi, alhamdulillah...makcik urut yang saya jumpa tu dah maju.  Saya doakan semoga makcik urut tu diberkati dan di rahmati Allah. Pekerjaan dia sangat berat sebenarnya. Mengurut orang ni bukan kerja ringan. 

OKlah. Setakat ini aje cerita Arfah kali ini. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

PS...kalau berminat untuk dapatkan Ostematrix atau AJHT bolehlah hubungi Arfah melalui Whatsapp/SMS/Tel di 012-592 7912 atau FB Siti Noor Arfah. 

Friday, 11 April 2014

Anak demam...tangani dengan cara yang selamat dan semulajadi

Assalamualaikum semua. Lama betul Arfah tak update blog ni yer. Arfah minta maaf banyak-banyak. Lately asyik sibuk dan anak pula semua dah pandai nak layan games dan video di fon, tab dan juga computer jadi nak guna alat-alat tu semua kena beperang dengan derang dulu. hehehe. 

So kali ini topik yang Arfah nak share is tentang apa nak buat bila anak-anak demam atau more specifically macam nak demam. Anyway, Arfah tergerak nak tulis entry ni sebab semalam semasa tengah pegang/peluk/main2 dengan anak Arfah yang no dua yang bernama Hassan, Arfah rasa badan dia macam suam-suam. Mungkin nak demam agaknya. Hassan ni dilahirkan dengan masalah G6PD dan memang antara ketiga-tiga anak Arfah, dia yang paling senang kena penyakit dan yang paling lambat/susah sembuh. So kalau dia macam nak demam tu, Arfah dah start risau dah. 

From pengalaman Arfah as full time housewife dengan 3 org anak. Takde lah pengalaman yang boleh kire macam veteren tapi ada lah sikit-sikit pengalaman tu kannnn. Hehe. Actually time2 ceni (yg baru start and belum sampai stage demam betul2) yang kita kena ambil tindakan terus. Dan apa yang Arfah akan buat is Arfah mmg akan tempek siap2 cool fever and bagi dia minum Nutriferon Shaklee. 

Nutriferon ni datang dalam bentuk serbuk dalam sachet-sachet kecil. Ini rupa sachet2 tu. 

Ini pula rupa serbuk yang ada dalam sachet tu.

Kalau dibancuh dengan air kosong, ini rupa dia.


Dulu Arfah selalu bancuh dengan dua atau tiga sudu besar air kosong dan bagi anak minum dalam cawan ajer. Rasanya manis-manis dan ada rasa macam "woody" sikit. Tapi lately derang dah taknak minum macam tu, jadi semalam tu Arfah tuang aje serbuk tu dalam susu Hassan. 

Bagi Arfah, Arfah akan sentiasa pilih cara yang Arfah yakin takkan ada tinggal side effect pada dia. Sebagai ibu bapa memang kita risau sangat bila anak2 demam atau sakit. Tapi kerap kalinya bila sakit aje, kita sumbat dengan pelbagai jenis ubat-ubatan. Sedarkah kita yang ubat2 tu semua sintetik dan akan meninggalkan kesan buruk keatas tubuh anak kita tu? Paling tidak pun organ hati dan buah pinggang memang akan dibebankan. Kalau kerap sangat makan ubat, dikhuatiri kedua-dua organ tersebut mungkin akan rosak.

Bagi Arfah, sebaiknya cuba cari kaedah yang semulajadi atau natural remedies untuk rawat mereka. Sebagai contoh...asam jawa untuk kawal demam, kunyit hidup untuk hidung selsema, madu atau minyak kayu putih untuk kahak dan batuk. Ada juga cara lain seperti percussion atau tepukan untuk longgarkan kahak ataupun dengan memberi anak-anak yang selsema dan berkahak menghidu stim dari air panas untuk cairkan mukusnya. 

Sometimes dengan cara ni nampak macam anak-anak kita tu macam lebih teruk...sebagai contoh, kalau kita beri anak-anak hidu stim air tu..memang hingus akan keluar banyak dan kadang-kadang anak itu akan sampai memuntahkan lendir. Tapi, jangan risau. Ini bagus sebenarnya kerana ini cara semulajadi tubuh untuk singkirkan mukus atau lendiran yang selama ini tersekat di saluran pernafasan mereka. Percayalah..selepas keluar lendir-lendir itu anak kita akan kelihatan dan rasa lebih selesa dan lega.

Anyway, back to cerita asal saya. Cara yang saya gunakan bila anak-anak macam nak demam (macam nak yer...bukan dah demam panas yang tinggi) ialah dengan tempak Cool Fever dan beri anak saya Nutriferon dari Shaklee. Nutriferon ni dibuat oleh pakar imun terkenal jepun. Dan bahan2 yg digunakan semuanya 100% bahan semulajadi macam bunga-bungaan, daun dan lain-lain bahagian tumbuh-tumbuhan terpilih. Insya Allah selamat buat tubuh anak yang masih kecil.

Ini rupa kotak Nutriferon tu

Ini tulisan di belakang kotak tadi

Saya percaya dan yakin dengan produk shaklee sebab itu janji utama shaklee. Moto Shaklee dalam penghasilan setiap produknya ialah Always safe! Always Works! Always Green!. Bahan2 yg digunakan untuk setiap produk Shaklee semua dari sumber tumbuhan atau haiwan yang berkualiti tinggi dan organik sahaja.

Ada sesetengah produk yang sering kehabisan stok dan lama juga perlu tunggu untuk stok baru. Sebabnya ialah ada bahan yang diperlukan dalam pembikinan produk tu yang susah nak didapati atau kualiti bahan yang sedia ada tidak memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Dalam setiap produk Shaklee cuma bahan2 yang paling elok akan diguna. Kalau bahan itu tak ada atau yang ada itu tak 'up to standard', mereka lebih sanggup tunggu sehingga ada bahan yang elok dahulu. 

Eh...melalut lagi Arfah ni. Minta maaf lah yer. Arfah bila cerita bab Shaklee ni memang bersemangat sikit. hehe. OKlah sambung lagi...Pagi ni, Alhamdulillah..hassan mcm tak jadi demam. Syukurrrrr. Dengan izin Allah, tempek cool fever dan bagi dia Nutriferon mmg berkesan. Badan masih suam sedikit tapi rasanya tak akan jadi serious kot. Nanti lepas mandi should be ok, Insya Allah. 

Moral of the story, sebagai ibu bapa, pandai-pandailah kita menilai yang mana yang terbaik untuk anak-anak. Nak cara mudah dan senang dengan harapkan ubat doktor atau nak cari cara yang maybe makan masa lama sedikit untuk betul-betul pulih dan yang memerlukan kita untuk usaha lebih sedikit...tetapi cara yang selamat dan semulajadi. Jangan sesekali kita pandang rendah dengan kebolehan tubuh kita untuk membaikpulih dan melawan penyakit. Apa yang penting, kita ikhtiar...selebihnya serahkan kepada Allah untuk sembuhkan. Insya Allah.

Itu saya buat kali ini, Insya Allah semoga entri kali ini memberi kebaikan buat anda. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya daripada saya sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

Friday, 31 January 2014

Produk Killer Shaklee - Vitalea

TAHUKAH ANDA..VITALEA salah satu killer produk shaklee?? Bermulanya cerita, pada 1915, Dr Forrest C. Shaklee telah mencipta Vitalized Minerals iaitu salah satu multivitamin tertua didunia. Haa..kalau anda nak tahu, ITULAH DIA VITALEA. Bukan produk yang baru sehari dua dicipta dan terus masuk market tau...ini bukan sebarang multivitamin biasa kerana Vitalea telah menjalani 340 ujian kawal mutu. Produk ni dah season...boleh kata dah veteren lah sebagai multivitamin. Kalau peribahasa melayunya dah lama makan garam lah si Vitalea ni. Hehe.


Inilah rupa sebotol Vitalea Shaklee


Kalau awak tu jenis yang malas nak mkn  vitamin banyak2 atau memang tak sukelah vitamin2 ni...ye lah vitamin c sebiji, b-complex sebiji, zink sebiji (ni contoh aje). Sambil2 nak telan vitamin sebijik-sebijik sambil tekak dah kembang..nak termuntah..takleh nak terima banyak2 pil nih....HAAAAA..ambil lah VITALEA~~ sehari 2 biji je...dah cukup semua keperluan vitamin dan mineral yang penting2 untuk awak! Vitalea mengandungi 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian utama bg membantu memastikan keperluan mikronutrien tubuh dipenuhi.



Ini pula rupa tablet Vitalea


Vitalea ni pula memang multifunction tau. Pendek kata...nak cantik, nak kurus, nak energy, nak gemuk, masalah rambut, maslah kolestrol, gout...dan macam-macam lagi lah. Senang cakap Vitalea ialah untuk kesihatan menyeluruh. Bila amik Vitalea rasa bertenaga jer kerana dlm Vitalea ade complete vitamin B termasuk biotin dan folic asid. Vitalea penting utk membekalkan nutrisi kepada sel dan memastikan sel sihat. Ia juga mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin yang penting utk pembentukan sel dan darah. Vitalea ini mempunyai 'sistem penyerapan bioactivated' berpatent utk pastikan penyerapan vitamin dan mineral lain berlaku secara optimum. Analoginya..pengambilan 2 biji vitalea ni dikatakan bersamaan dgn 40 jenis lauk.


Secara ringkasnya ini ialah bagaimana Vitalea dapat membantu:

- memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dgn lebih efektif
- mencantikkan dan menegangkan kulit
- kuku yang licin dan kuat 
- menguatkan akar rambut 
- membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan tulang yang kuat
- mencegah penyakit tiroid@ beguk (yang berlaku sebab kurang iodin..dan dlm vitalea ada iodin)
- penting utk diet (bagi yang kurang makan, vitalea bantu beri bertenaga agar tidak lesu)
- preggy dan bf perlu ambil vitalea kerana mineral dan vitamin serta iron penting utk tumbesaran anak. Jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam

- membantu mereka yg ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yg alah kpd mknan laut.

Hebat kan Vitalea ini?? Awak mesti dah terfikir dalam kepala...benda yang hebat macam ni mesti harga pun 'hebat' kan??? Sebenarnya..harga dia memang hebat!! Hebat bukan sebab mahal giler tapi sebab murah je sebenarnya. Harga sebotol Vitalea hanyalah RM88 untuk 120biji...dan makan 2 biji sehari. Tapi ini harga runcit yang Shaklee tetapkan. Sebagai orang Asia kita beli apa pun mesti nak diskaun kan?? Haaa...kalau awak contact Arfah...tak kisah lah nak whatsapp/sms/tel 012-5927912 ataupun nak PM di facebook -Siti Noor Arfah ataupun nak email di sayanak.sayanak@gmail.com...Arfah bagi harga DISKAUN...tapi shuhhh...jangan bising2.  


OKlah..setakat ini sahaja cerita Arfah tentang Vitalea Shaklee ni. Yang baik-baik semuanya datang dari Allah dan semua cacat cela itu datangnya dari saya sendiri. Insya Allah. Semoga anda memperoleh manfaat dari post ini.


Lots of Love,

Arfah Umar

Wednesday, 23 October 2013

Wow..income 6-angka setiap bulan!

Income 6-angka setiap bulan...mungkinkah??

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Saya doakan semoga semua sihat sejahtera. Hari ini saya nak cerita tentang sesuatu yang selalu buat saya teruja. Apa lagi? Mestilah bisness Shaklee saya. hehe.

Sebenarnya bulan lepas (September) terasa agak perit bagi saya dalam perjuangan menjayakan bisnes Shaklee ini. Saya baru lagi dalam Shaklee dan masih banyak yang saya tak tahu dan pengalaman masih lagi kurang. Tambahan pula, suami saya berkerja jenis yang banyak travel..jadi saya sebagai stay-at-home-mum ni pun kerja nya mengikut suami aje lah. Bila travel tu pula..tahu2 aje la..letih dan asyik perlukan rehat aje.

Walau apa-apa pun..Alhamdulillah..Allah maha pemurah. Saya masih mampu menjana pendapatan 4-angka dari bisnes Shaklee ini. Sesungguhnya bila kita berdoa dan berusaha..Allah takkan sia-siakan..setiap perkara yang kita lakukan dengan ikhlas akan dibalas dengan balasan setimpal.

Tapi ada beberapa ketika memang rasa perit. Memang rasa macam nak give-up...nak ambil jalan mudah dan lari aje dari semua masalah ni. Tapi Alhamdulilah..Allah kuatkan semangat saya. Dan bila saya rasa teruk dan susah..selalunya"mummy" saya dalam Shaklee (atau upline saya) lah jadi tempat mengadu. Saya rasa memang saya mungkin surrender juga kot kalau bukan sebab dia yang banyak bagi semangat dan motivasi untuk saya teruskan sampai berjaya.

Anyway, baru-baru ini "mummy" saya tu ada sharekan dengan saya berapa bonus atau income yang dia dan upline2 di atas kami boleh generate setiap bulan. WOWWWW!! Terbeliak biji mata saya!

Mana tak nya.."mummy" saya ni pon baru join Shaklee dalam setahun..dan bonus yang dia terima dari Shaklee untuk bulan September dan mencecah 5-angka! 5-angka uolss!! Kalau kita kerja dengan company cop duit sekali pun..belun tentu boleh dapat income 5-angka setiap bulan dalam masa setahun bermula kerja betul tak??

Yang buat mata saya lagiiii terbeliak sampai macam nak terkeluar dari soket mata ni ialah bonus salah sorang dari upline kami (dia 5-step atas "mummy" saya) yang dapat RM500k++ untuk bulan September lepas. Setengah juta tuuuuu~ untuk sebulan...maksudnya setiap dua bulan dia dapat sejuta lah kan?? RM1,000,000!!! Banyak tu kosong dia. huhu.

Kita ni dari kecik mesti teringin sangat nak jadi jutawan..tapi in reality, bila dah mula kerja kita akan mula rasa itu cuma mimpi yang rasa macam mustahil untuk kita kecapi. Tapi, ini sudah realiti bagi salah seorang upline saya dalam Shaklee. Dia sudah jadi jutawan melalui bisness Shaklee-nya.

Ini buat saya terfikir panjang. Kalau dia yang join Shaklee lebih kurang 4 tahun macam tu dah boleh jadi jutawan..dan "mummy" saya yang baru join setahun pon dan dapat income 5-angka sebulan...secara logiknya, saya pun mesti boleh juga kalau saya ikut apa yang mereka buat. Tak gitu??

Macam yang upline2 saya selalu cakapkan...nak berjaya mesti ada 5 perkara penting..

  1. Target..apa yang ingin kita kecapi
  2. Usaha yang tak pernah jemu
  3. Doa yang tak pernah putus
  4. Tawakkal dan letakkan takdir kita pada Allah
  5. Redha dengan semua yang kita dapat


Insya Allah...saya yakin dengan ketentuan Allah. Insya Allah..saya yakin saya juga mampu berjaya..saya juga mampu jadi seorang JUTAWAN!

p/s..jadi jutawan tu bukan semata2 untuk hidup mewah dan berjoli..Niat utama saya untuk dapat income yang banyak ialah semoga saya boleh pastikan hidup kami sekeluarga lengkap dan selesa..dan juga agar saya boleh senangkan hidup ibu bapa saya yang susah payah besarkan dan menjaga saya sejak kecil. Saya nak balas jasa ibu bapa saya! Yang selebihnya semua saya nak bantu umat Islam yang kurang bernasib baik..Insya Allah.

Lots of Love,
Arfah Umar

Friday, 13 September 2013

Kepentingan air untuk tubuh

Kita selalu diberitahu bahawa minum air itu penting untuk tubuh kita. Namun, mesti ramai yang masih tertanya2 kenapa? Bagi sesetengah orang, bila minum air banyak asyik nak ke toilet atau pun ada juga yang akan mengalami kembung perut. Jadi, kenapa perlu kita minum air yang banyak setiap hari?



Sebenarnya air sangat penting bagi tubuh kita kerana di dalam tubuh kita ini, air merangkumi lebih kurang 55-65% air. Betul ke ada air sebanyak tu dalam badan? Betullll...sebagai contoh..otak kita adalah 70% air, darah kita 82% dan paru-paru 90% air. Tapi bagaimana air boleh ada sebanyak itu dalam tubuh? Kita mungkin tidak nampak jumlah air yang banyak ini kerana jumlah air itu sendiri berada didalam setiap sel tubuh kita. Sel kita adalah seperti satu bekas yang berisi air dan protin didalamnya. Airlah yang membolehkan nutrisi dan protin disebarkan dan dihantar ke setiap anggota tubuh yang memerlukannya. Sebab itulah, bila kita mengambil supplement Shaklee ini, kita akan disuruh minum air sekurang2nya 2 liter setiap hari. Kekurangan air ini akan menyebabkan tubuh kita sukar untuk memposes supplement tersebut dan menyerap nutrisi dan mineral yang kita perlu.

Fungsi-fungsi air untuk tubuh:-
- sebagai pelawas
- bahan asas semua jenis cecair didalam tubuh seperti air mata, peluh, darah, enzim dan sebagainya
- membantu mengawal suhu asas badan melalui proses peluh (dan ketika tubuh sakit, melalui muntah)
- membantu melarutkan makanan untuk memudahkan penyerapan nutrisi dan mineral
- membuang toksin dari tubuh melalui air kencing dan peluh
- melancarkan peredaran darah dan dapat mencegah masalah jantung dan penyakit darah tinggi
- meningkatkan metabolisma badan
- melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit
- memberi kelembapan untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat
- mengekalkan keanjalan diantara lapisan kulit dan otot
- meningkatkan kebolehan tubuh untuk melawan penyakit

Jumlah air yang diperlukan oleh setiap orang pula berbeza mengikut jantina, berat badan, diet dan aktiviti harian masing2. Secara amnya, kita di Malaysia disarankan untuk meminum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari. Namun seboleh-bolehnya cubalah untuk meminum sehingga 3 atau 4 liter sekiranya kita bertubuh besar atau membuat aktiviti yang banyak berpeluh. Janganlah takut atau risau akan kerap ke bilik air. Sebenarnya membuang air itu adalah bagus untuk badan kerana melalui proses kumbahan ini sangat banyak toksin yang akan dibuang melalui proses kumbahan ini. Lebih-lebih lagi bagi yang ingin kuruskan badan..air akan sangat banyak membantu anda mengurangkan berat badan anda.

Seelok-eloknya minumlah air kosong atau air putih setiap hari. Sebaik mungkin, cuba kurangkan pengambilan air manis dan yang mengandungi perasa dan pewarna tambahan seperti air soda. Air jus yang dibuat dengan buah-buahan segar juga sangat bagus untuk tubuh kerana ia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang berguna untuk tubuh. Cara tubuh kita untuk memberitahu bahawa kita kekurangan air ialah dengan berasa haus. Apabila tekak terasa haus, minumlah air sengan segera.

Antara tanda-tanda tubuh kekurang air termasukah:-

- mulut menjadi kering dan sukar menelan
- air kencing berwarna kuning pekat
- sukar membuang air besar
- kulit terasa kering dan kurang anjal
- jantung sering terasa berdebar-debar tanpa sebab
- sering kekejangan otot
- sering terasa pening dan pitam
- mudah penat
- mata terasa kering dan tiada berair mata
- tubuh terasa panas didalam

Jadi, ingatlah bahawa air itu memang sangat penting untuk tubuh. Pastikan kita meminum air yang secukupnya setiap hari.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912


Thursday, 12 September 2013

First dream come true!

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa sesungguhnya saya berasa sungguh2 bersyukur dan berterima kasih pada Allah S.W.T yang telah memurahkan rezeki saya dan telah memberikan kepada saya segala2 yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah syukur.

Harini saya check balance dalam akaun saya dan muka saya begini...

Mana tak nya, rupe-rupenye bonus bulan ogos dari Shaklee dah masuk!!!

Happy sangat2. Tapi kalau semua nak tahu..saya bukan happy sebab dapat duit. Happy tu happy laa sebab dapat duit. Tapi benda yang paling membuatkan saya rasa gembira tak terkira ialah sebab saya dah berjaya mencapai impian saya yang pertama dalam Vision Board yang telah saya buat masa mula2 join Shaklee dulu.
Kalau ada yang tak pernah tgk vision board saya tu ha ni dia..

Benda pertama yang saya impikan masa tu ialah untuk naik rank sebagai supervisor pada bulan ogos 2013 dan untuk mendapat income 4-angka buat pertama kali dari bisnes Shaklee saya ini. Masa buat ni, saya tak confident mana pun yang impian saya tu boleh tercapai. Yer lah..saya baru join dan terus aktif dengan Shaklee ni baru 3 bulan kotttt. Tapi alhamdulillah..rupa2nya memang rezeki saya telah tertulis dan syukur impian saya dah tercapai. Ini dia print screen bonus 4-angka saya yang pertama dari Shaklee..
Kalau nak di ikutkan takde lah banyak sangat pun..baru seribu lebih. Tapi bukan jumlah tu yang buat saya gembira. Tapi, the fact yang saya berjaya kecapi something yang saya set untuk dapatkan. Hehe. 

Oleh kerana impian saya yang pertama dah tercapai. Saya dah update Vision Board saya. Haaa..ini dia vision board saya yang updated. Version 2 laa kiranya. hehe. Jeng Jeng Jeng...


Alright Arfah...vision board updated! Hehe..so new target is for a 5-figure income from Shaklee by July 2014. Exactly one year dari tarikh saya join Shaklee. Cam susah jerrr nak naik gaji dari 4-angka ke 5-angka dalam masa setahun kan? Tak peduli! Itu yang hati saya nak. Insya allah saya akan berusaha dengan sedaya upaya untuk capai cita2 saya itu. Tapi sebelum itu...next in the list is for my KIA Forte in Feb 2014!!! I can do it! Saya yakin dengan diri sendiri. Be positive! Insya allah..nothing is impossible. 

Lots of Love,
Arfah Umar



Tuesday, 3 September 2013

Bagaimana memilih kolagen?

Assalamualaikum. Maaflah, lama sungguh tak menaip di blog saya ini. Sedikit sibuk sebab adik saya baru bersalin dan tgh berpantang kat rumah ni. Memang meriah! hehe

Oklah, topik yang saya nak sembang harini ialah pasal kolagen. Sekarang ni banyak sungguh org jual kolagen yer. Jadi bagaimana nak pilih kolagen yang terbaik supaya kesannya keatas kulit kita pun terbaik juga?

Ada yang suruh makan rumpai laut..masa jual siap cakap marine kolagen .las2 sepeket rumpai laut jer sampai! huhu..bukan nak mengata tapi just rasa cam tertipu laa sikit kan. dahtu..keluar pulak statement dalam paper.."Rumpai laut tidak mengandungi kolagen". erkkk..tercekik terus. dah dah..tak baik kutuk2 org..astagfirullah.

Anyway, saya ni bukan lah expert dalam kolagen ni. Tapi sebab saya pun perlu guna sebab kulit dan mule menunjukkan tanda2 kurang muda..itu yang mula cari kolagen tu. hehe. Setelah belek2 google, buat comparison sikit..search lagi... saya yakin kolagen shaklee adalah yang terbaik untuk saya. Kenapa? sebab..

1. Shaklee Collagen Powder ialah hasil dari kajian yang memakan masa bertahun lamanya dan mengambil kos berjuta2 untuk mendapat kolagen yang terbaik..yang paling efektif dan juga selamat.

2.Sumbernya ialah dari kolagen marin premium (bukan rumpai laut ya) iaitu ekstrak sisik ikan merah yang diketahui tinggal di laut jauh paling dalam, paling jauh dari pencemaran

3. Berat molekularnya yang paling rendah - 1,000 Dalton yg menyebabkan ia mudah dan pantas diserap ke dalam tubuh. Kebayakan struktur molekul kolagen lain adalah sangat besar.

4. Cara pengambilannya - kena makan/minum kolagen tu. kebanyakan struktur kolagen adalah sgt besar molekulnya jadi kalau takat sapu je atas kulit kolagen tu tak boleh nak tembus masuk.

5. Kesan keatas keseluruhan tubuh - termasuk rambut dan kuku yang akan jadi semakin kuat dan juga akan mengurangkan kesan parut.

6. 7 ramuan tambahan untuk tambah ummphh collagen tersebut seperti vitamin C (utk menggalakkan penghasilan kolagen tubuh dgn semulajadi), vitamin b (untuk tenaga yang diperlukan dalam menghasilkan kolagen oleh tubuh) dan juga lactobasillus acidophilus (untuk menggalakkan penyerapan kolagen plus bagus untuk kesihatan usus)

7. Shaklee sememangnya produk yang dibuat dari 100% bahan semulaji..takde pengawet, takde pewarna tiruan dan takde perasa tiruan. Ini penting untuk memastikan supplement yang kita makan tu tak akan menjadi racun yang boleh mendatangkan kesan buruk di kemudian hari.

8. Sememangnya Shaklee sudah disahkan selamat oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan juga mendapat pengesahan HALAL oleh ISlamic Services of America (ISA) yang telah diikhtifar oleh JAKIM sebagai badan pengeluar sijil Halal yang sah.



Jadi, kenapa masih nak guna produk yang tak pernah dikaji dengan terperinci, dibuat dengan bahan2 sintetik, tidak mendapat kelulusan KKM dan juga tidak pernah disahkan status Halal nya? Semua sebab nak murah? Pada pendapat saya, daripada menggunakan produk2 yang meragukan sebab harganya yang murah...lebih baik tak guna apa2 produk. Confirm takkan jadi racun dalam tubuh kita. Tapi, kulit makin berkedut, berjeragat, kasar, kusam dan semamangnya tak best. hehe. Apa-apa pun, buatlah pilihan bijak semasa memilih produk kecantikan..tak kira lah kolagen ke..cream ke apa. Sentiasa ingit, tubuh badan kita adalah amanah dari Allah..adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya sebaik mungkin. Insya allah!

Eh, laa saya ada buat promosi untuk kolagen rupenya? Hehe. Memang berbaloi harga promosi ni tau. Rugiiii sangat kalau tak ambil peluang ni untuk mencuba Shaklee Collagen Powder. Digabungkan pula dengan ESP, perghhh..memang mantap kesannya. Terus jadi awek muda! 

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Tuesday, 20 August 2013

Saya nak sendi yang sihat!!

Lebih sejuta orang menderita dari penyakit yang berkaitan dengan sendi. Diet seharian kita tidak mampu membekalkan semua nutrisi yang diperlukan untuk sendi yang sihat. Semakin hari, sedikit demi sedikit badan kita hilang kebolehannya untuk memperbaharui struktur "cartilage" atau rawan yang menyelaputi sendi dan tulang. 

Sendi yang Sihat:

  • Menyerap hentakan - membantu memelihara rawan dan tulang
  • memelihara tisu penghubung yang sihat 
  • memberi kekuatan kepada struktur rawan, sendi dan tulang


Sendi yang bermasalah:

  • Rawan menjadi lemah dan rapuh
  • Berlakunya geseran antara tulang yang menyebabkan ketidakselesaan
  • Mengekang pergerakan dan menghadkan mobiliti


Bagaimana menjaga sendi untuk lebih baik dan tahan lama 

  • Menjaga dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Melakukan aktiviti senaman fizikal
  • Berehat bila diperlukan, jangan melakukan kerja yang membebankan sendi
  • Makan makanan yang sihat
  • Mengambil supplemen seperti Advanced Joint Health Tablet


Advanced Joint Health Tablet telah diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang berkesan mengurangkan kesakitan dan masalah-masalah yang dikaitkan dengan kesihatan sendi dan rawan. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi. Ia mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

Advanced Joint Health Tablet telah berjaya membantu ramai orang dengan memberi keselesaan dan kelegaan untuk kesakitan yang dialami. Mengapa anda mahu tunggu lagi? Mengapa anda perlu menderita kesakitan lagi? Cubalah sekarang untuk keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian anda!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912



Sunday, 18 August 2013

Saya nak ibu dan bapa saya bebas dari sakit sendi dan tulang

Sesekali balik kampung baru kita boleh lihat dengan mata sendiri dan tahu bahawa sebenarnya ibu bapa kita semakin tua dan tubuh badannya semakin lemah. Sakit-sakit seperti sakit lutut, sakit belakang, sakit sendi, sakit tulang dan sebagainya sudah menjadi lumrah. Sebagai anak yang telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mereka, hati kita menjadi sedih melihat mereka terpaksa mengharungi seharian dengan penuh kesakitan.



Jangan biarkan mereka terus menerus menahan kesakitan setiap hari. Bantulah mereka ringankan kesakitan mereka dengan set sendi dan tulang dari Shaklee.


Mengapa anda perlu mencuba set sendi dan tulang ini?? Bagaimana is membantu memulihkan dan manjaga kesihatan sendi dan tulang??

1.Ostematrix 
Ostematrix dari Shaklee mengandungi Kalsium yang sangat penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Ianya juga mengandungi Magnesium yang diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

2.Advanced Joint Health Tablet
Advanced Joint Health Tablet telah direka khas untuk membantu memulihkan dan menjaga kesihatan sendi. Ia bertindak dengan menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung yang sihat dan juga meningkatkan kesan kusyen.

3.Omega Guard 
Omega Guard Shaklee pula mengandungi Omega3 yang sangat berkesan melawan degradasi tulang rawan. Fungsinya islah untuk membantu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan juga bertindak sebagai pelincir. 

Gabungan ketiga-tiga produk ini insya allah mampu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu dan bapa anda. Kita perlu berikhtiar disamping berdoa kepada Allah agar membantu ibu bapa kita dan memberikan mereka kesihatan tubuh badan.

Untuk harga istimewa atau untuk sebarang pertanyaan hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) di email - sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/tel di nombor 012-5927912