Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label AJHT. Show all posts
Showing posts with label AJHT. Show all posts

Friday, 16 May 2014

Kisah makcik urut dan Shaklee

Ada seorang customer Shaklee Arfah ni sangat konsisten beli Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) untuk mak dia yang dah berumur. Katanya gabungan kedua-dua tu alhamdulillah banyak membantu mak dia yang dah berumur dan biasalah sakit-sakit sendi dan selalu lenguh-lenguh. Bila ada orang sebut pasal kebaikan Ostematrix dan AJHT ni tetiba Arfah teringat satu insiden yang berlaku masa Arfah pergi ke branch Shaklee di Ipoh satu hari dulu.

Masa tu Arfah balik kampung suami di Kuala Kangsar dan ada nak beli produk Shaklee untuk customer. Internet tak ada...maka pujuk lah suami Arfah untuk gi branch Shaklee di Ipoh untuk beli barang. Nasib baik suami Arfah ni memang supportive dan penyayang. hehe. Walaupun keberatan dia bawa juga kami sekeluarga ke Ipoh untuk mencari branch Shaklee.

Sampai sana sebelum tengah hari tapi Subhanallahhhh...orang dan penuhhhhh menunggu turn untuk beli barang. Adeiiih~ Arfah pun ambil nombor dan cari tempat untuk duduk. Nasib baik ada tempat. 

Masa Arfah tengah tunggu turn tu, ada seorang makcik ni masuk. Dia nampak agak berumur dan pakai baju kurung lusuh. [Bukan nak mengutuk yer..cuma nak describe] Gayanya sedikit kekampungan. Lepas dah masuk branch Shaklee tu gaya dia macam sedikit 'lost'. Dia masuk..tengok-tengok artikel yang dilekat di dinding dan lepas tu duduk sebelah Arfah. 

Dengan niat nak tolong, Arfah pun tanya lah..."makcik ni dah ambil nombor ke?"

"Dah". Jawab dia. 

Saya tanya lagi.. "Makcik ni dah jadi ahli ke?"

"Dah". Dia jawab sambil senyum. 

Ok. Fine. Maksudnya dia tahulah apa yang dia buat dan tak 'lost'. hehe. Maka saya sambung mengelamun sambil tunggu nombor giliran saya naik.

Tetiba Makcik tu tanya pula "Adik ni nak beli apa kat sini?"

"Nak beli vivix untuk mak dan bapa mertua". Saya jawab ringkas. Sebab memang itu antara benda yang saya nak beli tadi ada tambahan lagi untuk pelanggan-pelanggan. Malas nak cerita panjang so itu jer yang saya jawab.

Tetiba makcik tu macam bersemangat dan cerita dengan Arfah. "Adik beli lah Ostematrix dengan AJHT tu untuk mak ayah adik. Bagus sangat dua tu."

"Ye ke? Makcik ambil dua tu ke?" Arfah memang dah belikan pun dua tu untuk mak dan ayah mertua. Tapi sebab malas nak cerita panjang, Arfah layan aje Makcik tu cerita. 

"Makcik ni tukang urut kampung. Memang makcik suruh semua palanggan-pelanggan makcik ambil dua tu kalau yang sakit tulang, sakit sendi, lenguh-lenguh, patah tulang, strok ke...alhamdulillah, dengan izin Allah memang bagus."

Arfah angguk jer.

"Mula dulu suami makcik kena strok. Sebelah badan dia tak boleh gerak. Lepas tu ada orang rekomen suruh bagi Ostematrix dengan AJHT tu. Makcik pun beli dari orang tu, bagi pada suami. Alhamdulillah sekarang dah boleh jalan dah suami makcik tu. Tapi, masih tak sempurna lah. Ada lagi sikit-sikit yang tak boleh buat tapi dah banyak dah perubahan pada dia. Lepas tu memang untuk orang-orang yang makcik urut pun semua makcik suruh makan ubat Shaklee ni. Ramai kata bagus"

"Wahh..Alhamdulillah laa Makcik. Tapi makcik pakai dua tu aje ke untuk semua? Tak cuba benda lain?" Saya tanya sebab dah tertarik dengar cerita makcik tu.

"Makcik bagi dua tu aje. Hehe. Makcik tak pandai sangat tentang ubat-ubat Shaklee yang lain tu" Makcik tu jawab sambil tersengih-sengih.

Lepas tu anak-anak saya dah datang minta attention. Suami saya pula ajak keluar sebab anak-anak dah tak nak duduk diam. Maka, dah tak dapat sambung sembang dengan makcik urut tu. 

Tapi, dalam hati saya bercakap sendiri..."Wahhhh...sekarang ni makcik urut kampung pon dah pandai rekomen supplement kepada pesakit dia.". Sebelum ni kalau sebut makcik urut jer...mesti terbayang makcik yang berusut cara tradisional sambil rekomen minyak akar kayu atau minyak-minyak tradisional ni. Nah, amik kau...jumpa dah makcik urut yang rekomen supplement Shaklee pula kepada pelanggan dia. 

Selalunya orang yang mengamalkan perubatan tradisional macam berurut ni skeptikal tentang perubatan moden. Pernah saya dengan orang yang patah tulang tapi taknak dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor tapi cuma ikut nasihat dan berurut dengan tukang urut tradisional. Tapi, alhamdulillah...makcik urut yang saya jumpa tu dah maju.  Saya doakan semoga makcik urut tu diberkati dan di rahmati Allah. Pekerjaan dia sangat berat sebenarnya. Mengurut orang ni bukan kerja ringan. 

OKlah. Setakat ini aje cerita Arfah kali ini. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

PS...kalau berminat untuk dapatkan Ostematrix atau AJHT bolehlah hubungi Arfah melalui Whatsapp/SMS/Tel di 012-592 7912 atau FB Siti Noor Arfah. 

Thursday, 12 September 2013

Cabaran wajah berseri dalam 30 hari!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sedar tak sedar Syawal pun dah hampir habis..namun sempat lagi bagi mereka yang belum lakukan untuk berpuasa 6 hari di bulan syawal. Hadis mengatakan bahawa berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah seperti berpuasa selama setahun. Masya allah...besarnya ganjaran yang allah nak beri pada kita. Jadi janganlah disia-siakan yer semua.

Kembali pada topik yang ingin saya bincangkan hari ni. Sebenarnya ada kaitan juga dengan intro tadi. hehe. Sebenarnya sejak raya nih saya asyik makan, makan dan makan lagi. Makan benda2 yang tak berapa sihat pulak tu. Time-time raya ni faham2 aje lah...rumah terbuka memang ada merata2. Makanan yang dihidangkan pula mesti ada ketupat, lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang dan macam2 lagi laa makanan standard time raya. 

Masa makan tu best aje kan...layan jer. Sumbat macam dah takkan dapat makanan dah. hehe. Takyah malu2..same jer kebanyakan orang kat Malaysia nih. TAPI, lepas seminggu melahap...arghhhhhh apa dah jadi dengan kulit muka saya??!! Dah mula naik jerawat, berminyak dan nampak kusam. Homaigodd. Kesan kesemua makanan tu sungguh drastik dan extreme. 

Sebab itulah saya bercadang nak buat cabaran wajah berseri 30 hari ni. Kenapa 30 hari? Entah lah..saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab kebanyakan sel2 dalam tubuh kita ambil masa lebih kurang 30 hari untuk regenerate ataupun bertukar baru.

Jadi kepada semua yang dah ada ESP dan Shaklee Collagen Powder. Mari cabar diri sendiri untuk dapatkan kulit yang cantik, licin dan lembut. Camne nak buat? Haa..senang aje...pagi2 pastikan anda minum secawan ESP. Ambil sesudu ESP dan bancuh dengan air kosong ataupun air susu..pastu minum. Malam2 pula sebelum tido tu..bancuh stgh sudu teh collagen powder dengan air ataupun yoghurt...pastu tempek tebal2 kat muka tu. Biar dia kering..tunggu laa dalam sejam camtu ke..pastu cuci muka tu. Amalkan tetiap hari untuk 30 hari berturut2. Insya allah..memang akan rasa dan nampak perbezaan pada kulit anda. Selamat mencuba!



Eh..ada yang tak ada ESP dan Shaklee Collagen Powder ke? Haa..kalau takde hubungi lah saya. Saya bagi harga cun punyer utk anda! =)

Jika anda inginkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Tuesday, 20 August 2013

Saya nak sendi yang sihat!!

Lebih sejuta orang menderita dari penyakit yang berkaitan dengan sendi. Diet seharian kita tidak mampu membekalkan semua nutrisi yang diperlukan untuk sendi yang sihat. Semakin hari, sedikit demi sedikit badan kita hilang kebolehannya untuk memperbaharui struktur "cartilage" atau rawan yang menyelaputi sendi dan tulang. 

Sendi yang Sihat:

  • Menyerap hentakan - membantu memelihara rawan dan tulang
  • memelihara tisu penghubung yang sihat 
  • memberi kekuatan kepada struktur rawan, sendi dan tulang


Sendi yang bermasalah:

  • Rawan menjadi lemah dan rapuh
  • Berlakunya geseran antara tulang yang menyebabkan ketidakselesaan
  • Mengekang pergerakan dan menghadkan mobiliti


Bagaimana menjaga sendi untuk lebih baik dan tahan lama 

  • Menjaga dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Melakukan aktiviti senaman fizikal
  • Berehat bila diperlukan, jangan melakukan kerja yang membebankan sendi
  • Makan makanan yang sihat
  • Mengambil supplemen seperti Advanced Joint Health Tablet


Advanced Joint Health Tablet telah diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang berkesan mengurangkan kesakitan dan masalah-masalah yang dikaitkan dengan kesihatan sendi dan rawan. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi. Ia mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

Advanced Joint Health Tablet telah berjaya membantu ramai orang dengan memberi keselesaan dan kelegaan untuk kesakitan yang dialami. Mengapa anda mahu tunggu lagi? Mengapa anda perlu menderita kesakitan lagi? Cubalah sekarang untuk keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian anda!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912



Sunday, 18 August 2013

Saya nak ibu dan bapa saya bebas dari sakit sendi dan tulang

Sesekali balik kampung baru kita boleh lihat dengan mata sendiri dan tahu bahawa sebenarnya ibu bapa kita semakin tua dan tubuh badannya semakin lemah. Sakit-sakit seperti sakit lutut, sakit belakang, sakit sendi, sakit tulang dan sebagainya sudah menjadi lumrah. Sebagai anak yang telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mereka, hati kita menjadi sedih melihat mereka terpaksa mengharungi seharian dengan penuh kesakitan.



Jangan biarkan mereka terus menerus menahan kesakitan setiap hari. Bantulah mereka ringankan kesakitan mereka dengan set sendi dan tulang dari Shaklee.


Mengapa anda perlu mencuba set sendi dan tulang ini?? Bagaimana is membantu memulihkan dan manjaga kesihatan sendi dan tulang??

1.Ostematrix 
Ostematrix dari Shaklee mengandungi Kalsium yang sangat penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Ianya juga mengandungi Magnesium yang diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

2.Advanced Joint Health Tablet
Advanced Joint Health Tablet telah direka khas untuk membantu memulihkan dan menjaga kesihatan sendi. Ia bertindak dengan menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung yang sihat dan juga meningkatkan kesan kusyen.

3.Omega Guard 
Omega Guard Shaklee pula mengandungi Omega3 yang sangat berkesan melawan degradasi tulang rawan. Fungsinya islah untuk membantu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan juga bertindak sebagai pelincir. 

Gabungan ketiga-tiga produk ini insya allah mampu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu dan bapa anda. Kita perlu berikhtiar disamping berdoa kepada Allah agar membantu ibu bapa kita dan memberikan mereka kesihatan tubuh badan.

Untuk harga istimewa atau untuk sebarang pertanyaan hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) di email - sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/tel di nombor 012-5927912