Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label produk shaklee. Show all posts
Showing posts with label produk shaklee. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Info ringkas tentang B-Complex

Vitamin B merupakan sekumpulan vitamin larut dalam air yang penting dalam metabolisma sel.

Supplement B-complex merupakan gabungan beberapa vitamin yang penting untuk tubuh seperti B1(thiamin), B2(riboflovin), B3(niacin), B5(pantothenic acid), B6(pyridoxine), B12(cobalamine), Folic Acid dan Biotin.

Kesemua Vitamin-B ini boleh didapati dalam makanan-makanan seperti:-
- sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, asparagus, tomato dan sawi
- lembu dan ayam
- ikan
- yis dan produk berasaskan yis
- aprikot, kurma dan buah tiin
- susu, keju dan yogurt
- telur
- kekacang
- gandum dan beras

Fungsi dan kebaikan B-Complex termasuklah:-
- Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
- Mengelakkan penyakit beri-beri.
- Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
- Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
- Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
- Mencegah stress.
- Menguatkan antibodi tubuh.
- Amat penting untuk aktiviti metabolisma sel.
- Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
- Diperlukan untuk memproses dan pemulihan sel-sel darah merah.
- Mencegah anemia.

Kekurangan B-Complex pula boleh mengakibatkan simptom2 seperti
- beriberi
- degupan jantung tidak sekata
- edema atau bengkak2
- insomnia
- dermatitis
- depresi atau kemurungan
- anemia (kurang darah merah)
- kurang konsentrasi
- pembetukan sel abnormal

Shaklee menawarkan tablet Vitamin B-Complex yang mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. B-Complex Shaklee ini diperbuat dari sumber semulajadi dan tidak ditambah dengan pengawet, pewarna atau perisa tiruan.



Supplement B-complex ini perlu diambil selepas makan kerana jika diambil ketika perut kosong, is akan terus dibuang melalui air kencing kerana vitamin ini sangat larut di dalam air. Pengguna yang mengambil supplement B-Complex ini juga perlu minum air kosong atau air putih yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3 liter sehari) untuk memastikan tubuh dapat memproses dan menyerap vitamin ini secara efektif.

Antara set-set kesihatan yang melibatkan B-Complex termasuklah set kesuburan wanita, set mengandung, set berpantang, set menyusu, set kesihatan kulit, set alergik dan resdung, set migrain dan juga set kesihatan optima.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Vitamin B-Complex Shakee atau untuk membuat pembelian, hubungi saya sekarang!

Arfah Umar, 
Pengedar Sah Shaklee. ID#: 959091 | Email: sayanak.sayanak@gmail.com | Whatsapp/sms/tel: 0125927912 | FB page: ShakleeAndI | FB account: siti noor arfah

Saturday, 12 October 2013

Kolagen paling HOT di pasaran!

Assalamualaikum. Lama sungguh saya tidak tambah entry baru di si ya. Minta maaf lah semua..lately tersangat lah busy. Dok jadi jetsetter pula kami sekeluarga...asyik travel aje. Harini baru sempat nak meng-update blog. Sempena promosi Shaklee Collagen Powder buy 6 FREE 1 yang shaklee buat untuk bulan Oktober 2013 ini, saya nak cerita sedikit tentang produk ini lah yer.

Mula2..apa itu Shaklee Collagen Powder?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)


Jadi, apa kandungan dalam Shaklee Collagen Powder yang menjadikan produk ni hebat sangat?
Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu nsumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. 
Selain itu, ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu :-
--> Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, 
--> Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal, 
--> Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, 
--> Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata, 
--> Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, 
--> Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

Seterusnya, siapakah yang perlu menggunakan Shaklee Collagen Powder ni?
Semua orang yang berumur 25 tahun ke-atas perlu mula menggunakan Shaklee Collagen Powder tak kira lelaki atau wanita. Ini kerana bermula dari umur itu, tubuh kita sudah tidak efficient dalam menghasilkan kolagen sendiri secara semulajadi. Apa bila ini berlaku, maka berlakulah kesan-kesan penuaan. 

Tanda-tanda bagi orang yang perlu mengambil kolagen termasuklah:-
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
Sempena bulan oktober ini, Shaklee membuat promosi untuk produk Shaklee Collagen Powder ini. Promosinya beli 6 kotak, Percuma 1 kotak. Kalau di ikutkan, harga runcit biasa bagi sekotak kolagen ini ialah RM298. Kini, dengan promosi ini akan akan dapat harga yang melampau-lampau murah! 



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Shaklee Collagen Powder atau untuk membuat pembelian, hubungi saya sekarang!

Arfah Umar, 
Pengedar Sah Shaklee. ID#: 959091Email: sayanak.sayanak@gmail.comWhatsapp/sms/tel: 0125927912FB page: ShakleeAndIFB account: siti noor arfah


Monday, 23 September 2013

Menziarah kebun di syurga

Dari Tsauban r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "barangsiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada di 'Kharfah' sehinggalah dia pulang." Baginda ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan 'Kharfah' itu?" Rasulullah saw bersabda: "Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)". (Riwayat Muslim)

Masya Allah...begitu indahnya Islam, perkara sekecil ini pun ada ganjaran dan hikmah yang besar.

Antara adab-adab yang baik ketika menziarah termasuklah:
1. Berniat menziarahi org sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
2. Memberi nasihat kepadanya agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
3. Bertanyakan tentang ibadatnya: solat dan lain2. Sekiranya dia tidak mampu atau tidak tahu, ajarkan mereka atau bertanyakan kepada org yang pandai.
4. Memendekkan dan menjarakkan waktu ziarah.
5. Menyampaikan ucapan yg baik supaya dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya serta mendoakannya agar lekas sembuh.
Dipetik dari: Majalah i (Sept 2013)

Alang2 kita nk pergi melawat org sakit, apa kata kita bawa sekali supplement shaklee yg mungkin boleh membantu. Shaklee ni supplement..bukan ubat. Jadi kalau tgh makan ubat doktor pun insya allah still boleh ambil. TAPI..sila consult dulu dgn doktor utk memastikan takkan ada conflict atau side effect.

Supplement apa yg boleh bantu org sakit? Ada banyak..

>>kalau org tu ada penyakit kronik mcm canser, diabetes kronik, tekanan darah tinggi teruk, strok, sakit jantung, penyakit2 org berumur dan mcm2 lagi - vivix lah yg terbaik.
>>penyakit jantung atau arteri tersumbat - CoQHealth plus
>>sakit sendi dan tulang - advanced joint health & ostematrix
>>baru lepas operation - zinc, vit-c, vita-lea
>>penyakit kulit - b-complex & vit-e
>>baru lepas bersalin - vita-lea, zinc, vit-c, b-conplex, alfalfa
>>imuniti lemah - vit-c dan nutriferon

Macam2 lagi masalah kesihatan yg boleh dibantu dgn supplement shaklee. Kita cuma perlu ikhtiar..insya allah, tiada penyakit yg tidak dpt diubati selain mati.

Kalau ingin mendapatkan supplement shaklee anda, hubungilah saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee.
ID#: 959091
Email: sayanak.sayanak@gmail.com
Whatsapp/sms/tel: 0125927912
FB page: ShakleeAndI
FB account: siti noor arfah

Saturday, 21 September 2013

Pengambilan ubat vs pengambilan supplement

Kenapa mengambil supplement secara konsisten untuk tempoh berbulan2 atau bertahun2 adalah lebih baik dari mengambil ubat yang boleh melegakan kesakitan dalam masa beberapa minit atau jam? Mari kita lihat kesan dari penggunaan kedua2 nya..

Apabila kita mengambil supplement..

1. Penyerapan vitamin oleh sel akan memakan masa untuk stimulate dan menghasilkan sel baru yang kuat dan membentuk antibodi.

2. Supplement akan memenuhi kekurangan nutrisi yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian.

3. Tindakbalas yang berlaku dalam badan untuk proses penyembuhan adalah secara semulajadi oleh sistem antibodi badan yang secara perlahan2 dibentuk dari pemakanan dan yang dilengkapi melalui makanan tambahan.

kalau ubat pula?..efeknye cepat…(mcm telan panadol tu..cepat surut panas and sakit kepala...jadi bagaimana ubat boleh ade kelemahannya walaupun efeknye cepat?

Apabila kita mengambil ubat..

1. Proses penyembuhan berlaku adalah secara paksaan melalui suntikan ubat kedalam sistem antibodi tubuh.

2. Imuniti tubuh akan menjadi lemah kerana terlalu bergantung dengan ubat.

3. Dalam jangka panjang, sistem limfa (yang berfungsi untuk melawan penyakit) kita akan mula lali dengan ubat tersebut maka dos yang lebih tinggi diperlukan oleh memastikan penyembuhan dapat berlaku dengan cepat.

4. Boleh memberi kesan negatif dan impak yang besar kepada buah pinggang serta hati.

Jadi kenapa kita selalu cepat je nak telan ubat walaupun berjenis2 sekali makan tapi takut sangat nak ambil supplement setiap hari? Memang sebelum kita mengambil ubat tu sendiri kita akan diberitahu bahawa setiap ubat itu ada kesan sampingannya. Antara kesan sampingan yang sering kita alami termasuklah mengantuk, kepala terasa berat, sakit ulu hati, kembung perut dan macam2 lagi. Itu yang kita boleh rasa dengan segera...belum lagi kita dapat tengok apa kesannya keatas sel2 dalam tubuh kita. Sungguh ngeri~

Sebenarnya supplement tidak menyembuh sesuatu penyakit itu secara langsung. Supplement cuma memastikan tubuh mempunyai zat2 dan mineral lengkap yang diperlukan oleh sel2 dan organ2 dalam tubuh untuk berfungsi dengan normal. Kebanyakan penyakit sebenarnya bermula akibat kekurangan atau terlebih sesuatu bahan..tak kire lah zat atau mineral didalam tubuh. Apabila ini berlaku, sel2 tidak dapat berfungsi dan bertukar ganti dengan sempurna dan ini akan mengakibatkan organ2 kita turut tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Dengan penggunaam supplement ini penyakit yang dialami memang tidak akan sembuh dalam masa yang singkat. Mungkin akan mengambil masa berbulan..malah bertahun untuk tubuh memulihkan segala cacat cela yang telah berlaku dan untuk kembali ke keadaan normal. Pengambilan air putih atau air kosong yang secukupnya juga sangat penting kerana vitamin2 dan mineral2 yang kita ambil melalui supplement ini memerlukan air untuk diserap ke dalam tubuh. Jika tubuh kekurangan air, vitamin yang kita ambil itu susah untuk diserap dan akhirnya akan dibuang kembali melalui proses kumbahan. Jadi apabila mengambil supplement, minumlah segelas air kosong sejurus selepas and makan supplement itu. Kemudian pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk memastikan tubuh kita mendapat bekalan air yang diperlukan.

Sekian saja dari saya untuk kali ini. Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam memilih antara mengambil ubat-ubatan ataupun mengamalkan supplement. Jika anda ingin mencuba untuk pulihkan tubuh anda dengan supplement, hubungilah saya dan saya akan bantu anda tentukan supplement apakah yang sesuai bagi kondisi anda. Setiap konsultasi adalah percuma dan saya tak kisah pun kalau in the end tiada pembelian dilakukan. Saya cuma ingin berkongsi pengetahuan yang saya ada tentang supplement Shaklee. Semoga anda semua kekal sihat sentiasa!

Arfah Umar
Shaklee Independent Distributor
ID# 959091
whatsapp/sms/tel: +60125927912
email: sayanak.sayanak@gmail.com
FB Page: Shakee And I 

Friday, 20 September 2013

Orang yang sakit tenat sudah kian pulih...alhamdulillah

Lebih kurang sebulan yang lepas, saya ada menziarah saudara sebelah husband masa raya aidilfitri. Biasa lah time raya laa nak pergi menjenguk saudara mara yang dah lama tak jumpa. Ada sepasang tok ni yang memang semua orang suka diorang. Time raya aja mesti rumah tu penuh dgn orang. Pergi lah time bila pun mesti ada org kat rumah diorang tu. Diorang husband and wife mmg sangat baik dan sangat mesra dengan org lain. Yer lah, saya ni yg cuma kira anak saudara-in-law pun memang senang dan suka dengan diorang.

Tapi masa kami pergi ziarah mereka, rupa2nya yang si husband ni tak sihat. Kesian sgt saya tgk dia. Dia ni umur dah dekat 80 or dah lebih 80 tahun rasanya and dia memang seorang yg ceria dan aktif. Tapi bila tgk dia lemah sgt dan memang terbaring aje atas katil memang rasa sebak. Rupa2nya dia telah di-diagnose dengan kanser. Yang membuatkan keadaan lagi teruk ialah sebab dia memang ada kencing manis tapi sebab dah teruk dah sampai jadi hypo-glycemic. Maksudnya, boleh jadi tetiba tahap gula dalam badan dia jadi terlalu rendah sampai dia jadi lembik even sampai pengsan. Dahtu dia ni dah berumur, jadi faham2lah bab makan ni memang dah susah. Sampai doktor kata memang dah takleh nk buat anything, so just duduk rumah aje and kalau ada something happen baru bawak gi jumpa doktor balik. Memang kesian dan sedih keadaan dia.

Kebetulan time tu, saya ada bawak sekali beberapa produk Shaklee balik kampung sbb nk promote dgn saudara mara. Dahtu, teringat yang Vivix dari Shaklee yang sangat bagus untuk org yang ada penyakit kronik. Especially utk org berumur yang sistem penghadaman dah tak berapa lancar dan susah nak hadam anything dalam bentuk pill. Jadi terfikir nak bagi dia cuba Vivix ni. Tapi time tu tak bawak pula Vivix tu masa pergi ziarah. So, diskas dgn husband and dia agree utk datang semula hari esok tu utk bawakan Vivix kepada tok saudara dia tu.

Next, day tu saya and husband pun pergi semula rumah saudara dia tu membawa Vivix sebotol dengan niat nak bagi dia cuba. Saya pun bagitahu, Vivix ni minum sehari satu sudu teh aje setiap pagi. Tak perlu banyak pun sebab Vivix ni dah concentrated. Satu sudu teh sehari dah cukup untuk mengganti semua supplement2 lain..jadi x perlu dah nak ambil supplement lain walaupun yg dari Shaklee. Dia pun cakap terima kasih dan kami pun pergi ke destinasi lain.

Sekarang ni dah lebih kurang sebulan laa lepas kami pergi ziarah tok saudara suami saya tu. Dan, baru2 ni dok teringatkan pasal dia jadi saya tanya suami saya, tak ada berita apa2 ke pasal tok saudara saya tu. Jawab suami, ahamdulillah haritu mak ada bgtahu dia yang tok saudara dia ni alhamdulillah dan lega sikit. Dengar khabarnya dah boleh jalan2 and takde lah terbungkang atas katil aje. Bila dengar berita tu rasa sejuk sikit...rasa lega. Alhamdulillah tok saudara suami saya tu dah tak teruk mcm masa kitorang pergi ziarah dulu. Saya rasa syukur sebab saya rasa orang yang baik mcm tu memang layak dan patut dipermudahkan semua urusan mereka. Kasihan sangat tgk org yang menderita dan dah sampai tahap tak boleh nak buat apa camtu. Saya doakan semoga tok saudara kami itu dibantu Allah dan dipermudahkan semua urusan dia. Semoga dia dikurniakan kesihatan tubuh badan dan semoga dia boleh bebas dari penderitaan dan musibah..Insya Allah, Amin.

Thursday, 19 September 2013

Memelihara kesihatan jantung

Sedarkah anda 1 daripada 6 kematian di negara ini berpunca daripada penyakit jantung? 

Penyakit jantung ini merbahaya kerana bila mula terkena penyakit ini, kita takkan sedar bahawa jantung kita mula bermasalah. Apabila penyakit jantung ni dah kronik barulah ia mula menyerang dan selalunya ia akan membawa kesan yang sangat drastik.

Jangan biarkan diri anda dan keluarga dikejutkan dengan kematian secara tiba2 akibat penyakit jantung. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan seperti:

- banyakkan bersenam
- elakkan atau kurangkan makanan berkolesterol tinggi
- hentikan tabiat buruk seperti merokok, minum arak dan sebagainya
- lakukan perubahan dalam gaya hidup sedikit demi sedikit (mulakan dengan menggunakan tangga apabila ingin naik ke tingkat atas)
- lakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali
- banyakkan makanan yang sihat untuk jantung seperti oat, almond, ikan (seperti salmon dan tuna), bayam, carrot, betik, teh dan banyak lagi

Anda juga boleh mengambil supplement dari Shaklee yang membantu meningkatkan kesihatan jantung seperti Omega Guard, COQHealth Lecithin dan Vivix. Supplement2 ini membantu menyihatkan jantung dengan mengawal tahap kolesterol dalam badan dan dengan membantu pemuliharaan sel2 badan yang mengawal sistem kardiovaskular badan.

Jika inginkan maklumat lanjut, hubungi saya!

Arfah Umar
Shaklee Independent Distributor
ID#: 959091

Wednesday, 18 September 2013

Proses kuruskan badan dengan set kurus shaklee

Bagaimanakah anda boleh kuruskan badan dengan produk Shaklee? Ada pelbagai produk yang ditawarkan oleh Shaklee untuk tujuan menguruskan badan. Bagi Arfah, cara terbaik kurus dengan produk Shaklee ialah dengan kombinasi Omega Guard, Alfalfa dan ESP. Ini ialah kombinasi yang Arfah amalkan sejak lebih kurang sebulan yang lepas. Masa itu lepas raya, faham2 laa..pergi sana..makan....pergi sini..makannn~ tak sampai seminggu berat dah lebih dari berat asal sebelum berpuasa sebulan untuk Ramadhan. Jadi, untuk bantu turunkan berat badan, saya start ambil set kurus shaklee ini.

Jadi, bagaimana set ini boleh berfungsi? 
Sebenarnya Shaklee menawarkan enam produk yang boleh dipilih untuk menguruskan badan. Lecithin atau Omega Guard untuk proses membakar lemak, Alfalfa Complex atau Herb-Lax untuk tujuan menyingkirkan toksin dari tubuh dan Energizing Soy Protein (ESP) atau Cinch untuk menambah protin. Arfah lebih prefer set omega guard, alfalfa dan ESP kerana Arfah rasa kombinasi ini yang paling efektif dan value for money.

3 proses yang berlaku dalam proses menurunkan berat badan dengan set kurus shaklee ini ialah 1 - membakar lemak. 2 - membuang toksin dari badan dan 3 - membina otot. Jadi dengan 3 produk yang Arfah pilih dalam set kurus ini...omega guard ialah pembakar lemak nya, alfalfa bertindak sebagai detoks dan ESP sebagai penambah protin untuk membina otot.

Mari kita lihat dengan lebih dekat apa sebenarnya yang berlaku apabila kita menggunakan set kurus shaklee ini..

Omega Guard - Pembakar lemak dalam badan
Omega Guard Shaklee ini diekstrak dari ikan laut air sejuk diperairan negara Jepun. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari tetumpatan hati minyak ikan. Berbanding dgn produk omega dipasaran, Omega Guard adalah yg paling tulen  didunia. Mengandungi asid lemak Omega 3  semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA  dll.

Pengambilan 3 biji sehari selepas sarapan/ lunch mampu memberi rasa kurang lapar kepada anda. Secara ringkasnya, Omega Guard ini berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisma dan ini secara langsung akan membantu masalah perut buncit dan obesiti. kajian dilakukan di Jepun & Czech Republic mencadangkan bahawa omega 3 mampu menghalang pembentukan lemak badan & menggalakkan  pembakaran lemak dengan cepat.

Satu kajian di Australia menunjukkan pembakaran lemak yg lebih tinggi semasa senaman dilakukan  apabila mengambil omega 3 berbanding mereka yg tidak mengambilnya semasa bersukan.kesimpulannya omega mampu mengurangkan selera makan disamping membakar lemak dengan cepat.

Alfalfa - membuang toksin didalam badan (detoks)
Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.

Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. 

Jadi, setelah kita bakar lemak2 dalam badan dengan omega guard..kita buang pula lemak2 dan toksin2 itu dengan alfalfa complex shaklee ini. Kalau setakat asyik nak bakar lemak tapi lemak tu tak boleh keluar dari badan..tubuh still takkan sihat juga..ye tak? Lepas dah buang lemak2 dan toksin2 dari badan kita..kita perlu pula mengambil protin untuk menambahkan otot supaya bentuk tubuh menjadi cantik dengan semulajadi.

Energizing Soy Protein (ESP) - sumber protin untuk pembentukan otot
ESP penting kerana terdapat 9 amino asid penting yang tidak dapat dibuat oleh badan. ESP juga merupakan bahan soya yang terbaik berbanding protein yang diperoleh daripada daging. Selain itu, esp juga bebas kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat minimum. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengambilan ESP adalah ESP ini mempunyai kadar penghadaman yang tinggi dan dapat menyerap terus ke dalam darah. Dan juga ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. ESP juga dapat membantu meyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Sesetengah org, bila ingin menguruskan badan, akan fokus semata2 kepada proses membakar lemak. Ini mungkin boleh menguruskan badan..tetapi ini bukan lah cara yang sihat untuk dapatkan tubuh yang ideal. Protin adalah bahan asas yang diperlukan dalam pembinaan sel. Fungsi protin adalah untuk membina dan membaiki sel, hormon dan enzim. Jika baik dan sihat sel kita, maka baik dan sihatlah tisu, organ, sistem dan tubuh badan kita. Sebab itulah kalau nak kurus dengan sihat, proses terakhir ini iaitu pengambilan protin adalah sangat penting. 

Secara kesimpulannya, set kurus Shaklee ini memang lengkap dari setiap segi dan insya Allah boleh membantu anda mendapatkan tubuh yang ideal dan sihat. Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang mempunyai penduduk paling gemuk di asia tenggara. Bila tahu fakta ini, perasaan yang sepatutnya timbul dalam diri setiap warga Malaysia ialah takut. Kenapa takut? Sebab apabila seseorang itu gemuk atau sudah sampai tahap obes, pelbagai jenis penyakit merbahaya akan timbul disebabkan keadaan tubuh yang tidak sihat itu. Ambillah tindakan sebelum terlewat..adalah lebih mudah dan murah untuk mengelak dari terkenanya penyakit berbanding merawat penyakit. Insya Allah, kita khtiar!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi Arfah - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email -sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912


Tuesday, 17 September 2013

GLA Complex

Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. Apa itu GLA? GLA ialah ( gamma linolic acid). GLA ialah kandungan utama produk terkenal di pasaran iaitu EPO (evening primrose oil). GLA di dalam EPO di ekstrak dari evening primrose. Manakala GLA di dalam Shaklee GLA complex diekstrak dari Borage seed.

Apa beza Shaklee GLA complex & EPO? GLA di dalam Borage seed mengandungi lebih 2X ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3X lebih dari segi bioavailability & 3X lebih efektif dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari Borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

GLA berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6 yang digunakan oleh badan untuk membentuk prostagladin yang merupakan bahan yang berupa hormon yang membantu mengawal proses2 badan yang normal. Ia mengandungi Vitamin E asli yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem inum dengan memelihara integriti sel. bagi wanita, GLA dikenali sebagai supplemen yang membantu memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid. . Ianya digabung pula dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.



Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan
Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
Membantu dalam menangani menopus
Menguatkan kuku dan rambut
Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Membantu menangai ekzema
Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Menguatkan imuniti tubuh
Memperlahankan proses penuaan
Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Mengawal kolesterol
Untuk fungsi saraf

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email -sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Friday, 13 September 2013

Kepentingan air untuk tubuh

Kita selalu diberitahu bahawa minum air itu penting untuk tubuh kita. Namun, mesti ramai yang masih tertanya2 kenapa? Bagi sesetengah orang, bila minum air banyak asyik nak ke toilet atau pun ada juga yang akan mengalami kembung perut. Jadi, kenapa perlu kita minum air yang banyak setiap hari?



Sebenarnya air sangat penting bagi tubuh kita kerana di dalam tubuh kita ini, air merangkumi lebih kurang 55-65% air. Betul ke ada air sebanyak tu dalam badan? Betullll...sebagai contoh..otak kita adalah 70% air, darah kita 82% dan paru-paru 90% air. Tapi bagaimana air boleh ada sebanyak itu dalam tubuh? Kita mungkin tidak nampak jumlah air yang banyak ini kerana jumlah air itu sendiri berada didalam setiap sel tubuh kita. Sel kita adalah seperti satu bekas yang berisi air dan protin didalamnya. Airlah yang membolehkan nutrisi dan protin disebarkan dan dihantar ke setiap anggota tubuh yang memerlukannya. Sebab itulah, bila kita mengambil supplement Shaklee ini, kita akan disuruh minum air sekurang2nya 2 liter setiap hari. Kekurangan air ini akan menyebabkan tubuh kita sukar untuk memposes supplement tersebut dan menyerap nutrisi dan mineral yang kita perlu.

Fungsi-fungsi air untuk tubuh:-
- sebagai pelawas
- bahan asas semua jenis cecair didalam tubuh seperti air mata, peluh, darah, enzim dan sebagainya
- membantu mengawal suhu asas badan melalui proses peluh (dan ketika tubuh sakit, melalui muntah)
- membantu melarutkan makanan untuk memudahkan penyerapan nutrisi dan mineral
- membuang toksin dari tubuh melalui air kencing dan peluh
- melancarkan peredaran darah dan dapat mencegah masalah jantung dan penyakit darah tinggi
- meningkatkan metabolisma badan
- melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit
- memberi kelembapan untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat
- mengekalkan keanjalan diantara lapisan kulit dan otot
- meningkatkan kebolehan tubuh untuk melawan penyakit

Jumlah air yang diperlukan oleh setiap orang pula berbeza mengikut jantina, berat badan, diet dan aktiviti harian masing2. Secara amnya, kita di Malaysia disarankan untuk meminum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari. Namun seboleh-bolehnya cubalah untuk meminum sehingga 3 atau 4 liter sekiranya kita bertubuh besar atau membuat aktiviti yang banyak berpeluh. Janganlah takut atau risau akan kerap ke bilik air. Sebenarnya membuang air itu adalah bagus untuk badan kerana melalui proses kumbahan ini sangat banyak toksin yang akan dibuang melalui proses kumbahan ini. Lebih-lebih lagi bagi yang ingin kuruskan badan..air akan sangat banyak membantu anda mengurangkan berat badan anda.

Seelok-eloknya minumlah air kosong atau air putih setiap hari. Sebaik mungkin, cuba kurangkan pengambilan air manis dan yang mengandungi perasa dan pewarna tambahan seperti air soda. Air jus yang dibuat dengan buah-buahan segar juga sangat bagus untuk tubuh kerana ia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang berguna untuk tubuh. Cara tubuh kita untuk memberitahu bahawa kita kekurangan air ialah dengan berasa haus. Apabila tekak terasa haus, minumlah air sengan segera.

Antara tanda-tanda tubuh kekurang air termasukah:-

- mulut menjadi kering dan sukar menelan
- air kencing berwarna kuning pekat
- sukar membuang air besar
- kulit terasa kering dan kurang anjal
- jantung sering terasa berdebar-debar tanpa sebab
- sering kekejangan otot
- sering terasa pening dan pitam
- mudah penat
- mata terasa kering dan tiada berair mata
- tubuh terasa panas didalam

Jadi, ingatlah bahawa air itu memang sangat penting untuk tubuh. Pastikan kita meminum air yang secukupnya setiap hari.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912


Wednesday, 11 September 2013

Keperluan nutrisi anak-anak

Cubalah fikirkan situasi ni...

"anak slalu demam selsema dan batuk pastu kene g klinik neb. Dah berapa dah kos nak dapatkan rawatan tu? Paling kurang pun mahu RM50++ juga sekali pergi.

Kalau nak gi klinik kerjaan pulak anak dah suhu 39..dok terketar2..meraung2..misi suruh bersabar tunggu giliran lagi..tak sedih ke..."

Bila anak2 kita kerap sakit dah tentu kita beri dia ubat sebagai rawatan. Sebenarnya ubat-ubat ini sangat tidak elok untuk tubuh anak2. Ubat-ubatan tersebut akan ada side-effect kepada anak2 kita yang mungking akan membuat penyakit lain pula timbul.

Seeloknya, anak2 kita diberi makanan seimbang dan sihat yang tidak mengandungi bahan penagawet atau perasa dan pewarna tambahan. Namun bila anak2 dihantar ke nursery dan pusat pengasuhan kanak-kanak...entah apa makanan yang diberi. Bila di rumah pula..kita dah masak makanan seimbang..yang dia nak makan nasi dengan telur dan kicap...ataupun cuma nak sosej dan nugget. Terfikir tak kita yang anak2 kita ni tak cukup zat dan nutrisi yang perlu untuk dia membesar dengan sihat dan kuat.

Sebab tu saya nasihatkan bila ada org buat promosi jual vitamin atau supplement untuk kanak-kanak. ambillah kesempatan tu untuk dapatkan supplement yang boleh bantu melengkapkan keperluan zat dan nutrisi anak-anak anda. Kenapa? Sebab bila org cakap itu satu promosi bermaksud harga akan dikurangkan jadi time ni lah nak dapatkan produk2 yang murah kalau nak dibandingkan time2 lain.

Bila cari supplement untuk anak2 kita pula, pastikan produk2 tersebut dibuat dari bahan2 semulajadi dan tidak mengandungi sebarang pengawet, perasa atau pewarna tiruan. Seringkali supplement atau vitamin yang dijual dengan harga murah di kedai2 itu mengandungi bahan2 sintetik. Sebab itu harga yang diletak itu murah kerana bahan sintetik ini boleh dibuat sendiri dengan bahan2 kimia. Mahukah anda memberi anak2 anda vitamin yang mengandungi bahan sintetik? Benda ini bukan sahaja tidak elok malah mungkin juga boleh meracuni tubuh anak2 anda.

Sebab ini lah saya dengan yakin memberikan anak2 saya vitamin dan supplement Shaklee. Produk2 Shaklee ini telah dibuat dari bahan2 semulajadi 100% dan tidak mengandungi bahan2 pengawet, perasa atau pewarna tambahan. Tambahan pula produk ini sudah mendapat pengesahan halal oleh badan pensijilan yang disahkan oleh JAKIM.

Bila kita cakap sayang anak bukan bermaksud kita cuma perlu melayan mereka dengan baik. Tugas kita juga termasuk memberikan mereka semua nutrisi dan mineral yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat dan aktif. Lengkapkanlah keperluan nutrisi mereka dengan bijak. Pilihlah supplement dari Shaklee!

Shaklee menyediakan set kesihatan lengkap untuk kanak-kanak.

 Jika anda inginkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Tuesday, 10 September 2013

"Fastfood" yang sihat dan penuh nutrisi untuk kanak-kanak!

Sebagai ibu, saya risau sgt sebab anak2 saya makan sometimes macam tak cukup zat dan nutrisi. Makan tu memilih pulak..nak nasi dgn kicap aje..tanak sayur..nak benda2 manis. Mana nak datang zat dan nutrisinya? Sebab tu saya beri anak2 saya MealShakes dari Shaklee.

Saya gelarkannya fastfood yg sihat.Tapi, jangan keliru...kalau fast food biasanya makanan segera yg kurang sihat. Tetapi Mealshakes ni minuman segera yg sangat berkhasiat! Ianya berperisa french vanila..sungguh creamy dan lazat sekali. Tetapi kenapa fastfood atau makanan segera? Sebenarnya, 'segera' disini bermaksud ianya segera diserap dan membekalkan protin berkualiti tinggi yang mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak2 sehingga dewasa



MealShakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin dan mineral penting. Dlm per serving MealShakes ada Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc. 

MealShakes ini sangat sesuai sekiranya anak2 anda jenis yang:
- cerewet dan memilih makanan
- tiada selera makan
- kurang makan sayur dan buah-buahan
- kurang berat badan atau terlalu kurus
- ada masalah kulit seperti eczema dan berparut
- ada masalah sembelit




Namun, mealshake ini tidak disarankan untuk diberi kepada anak2 berusia di bawah umur setahun. Sejak dilahirkan sehingga umur setahun saya tetap sarankan susu ibu sebagai makanan terbaik untuk kanak2 tersebut. Mealshake boleh diberi seminggu 2 atau 3 kali kebapa kanak2 berusia setahun hingga 3 tahun dengan satu sudu teh sekali hidangan. Bagi kanak2 berusia 3 tahun ke atas pula boleh diberi mealshake setiap hari dengan sukatan satu atau dua sudu sekali bancuhan.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Tuesday, 3 September 2013

Bagaimana memilih kolagen?

Assalamualaikum. Maaflah, lama sungguh tak menaip di blog saya ini. Sedikit sibuk sebab adik saya baru bersalin dan tgh berpantang kat rumah ni. Memang meriah! hehe

Oklah, topik yang saya nak sembang harini ialah pasal kolagen. Sekarang ni banyak sungguh org jual kolagen yer. Jadi bagaimana nak pilih kolagen yang terbaik supaya kesannya keatas kulit kita pun terbaik juga?

Ada yang suruh makan rumpai laut..masa jual siap cakap marine kolagen .las2 sepeket rumpai laut jer sampai! huhu..bukan nak mengata tapi just rasa cam tertipu laa sikit kan. dahtu..keluar pulak statement dalam paper.."Rumpai laut tidak mengandungi kolagen". erkkk..tercekik terus. dah dah..tak baik kutuk2 org..astagfirullah.

Anyway, saya ni bukan lah expert dalam kolagen ni. Tapi sebab saya pun perlu guna sebab kulit dan mule menunjukkan tanda2 kurang muda..itu yang mula cari kolagen tu. hehe. Setelah belek2 google, buat comparison sikit..search lagi... saya yakin kolagen shaklee adalah yang terbaik untuk saya. Kenapa? sebab..

1. Shaklee Collagen Powder ialah hasil dari kajian yang memakan masa bertahun lamanya dan mengambil kos berjuta2 untuk mendapat kolagen yang terbaik..yang paling efektif dan juga selamat.

2.Sumbernya ialah dari kolagen marin premium (bukan rumpai laut ya) iaitu ekstrak sisik ikan merah yang diketahui tinggal di laut jauh paling dalam, paling jauh dari pencemaran

3. Berat molekularnya yang paling rendah - 1,000 Dalton yg menyebabkan ia mudah dan pantas diserap ke dalam tubuh. Kebayakan struktur molekul kolagen lain adalah sangat besar.

4. Cara pengambilannya - kena makan/minum kolagen tu. kebanyakan struktur kolagen adalah sgt besar molekulnya jadi kalau takat sapu je atas kulit kolagen tu tak boleh nak tembus masuk.

5. Kesan keatas keseluruhan tubuh - termasuk rambut dan kuku yang akan jadi semakin kuat dan juga akan mengurangkan kesan parut.

6. 7 ramuan tambahan untuk tambah ummphh collagen tersebut seperti vitamin C (utk menggalakkan penghasilan kolagen tubuh dgn semulajadi), vitamin b (untuk tenaga yang diperlukan dalam menghasilkan kolagen oleh tubuh) dan juga lactobasillus acidophilus (untuk menggalakkan penyerapan kolagen plus bagus untuk kesihatan usus)

7. Shaklee sememangnya produk yang dibuat dari 100% bahan semulaji..takde pengawet, takde pewarna tiruan dan takde perasa tiruan. Ini penting untuk memastikan supplement yang kita makan tu tak akan menjadi racun yang boleh mendatangkan kesan buruk di kemudian hari.

8. Sememangnya Shaklee sudah disahkan selamat oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan juga mendapat pengesahan HALAL oleh ISlamic Services of America (ISA) yang telah diikhtifar oleh JAKIM sebagai badan pengeluar sijil Halal yang sah.



Jadi, kenapa masih nak guna produk yang tak pernah dikaji dengan terperinci, dibuat dengan bahan2 sintetik, tidak mendapat kelulusan KKM dan juga tidak pernah disahkan status Halal nya? Semua sebab nak murah? Pada pendapat saya, daripada menggunakan produk2 yang meragukan sebab harganya yang murah...lebih baik tak guna apa2 produk. Confirm takkan jadi racun dalam tubuh kita. Tapi, kulit makin berkedut, berjeragat, kasar, kusam dan semamangnya tak best. hehe. Apa-apa pun, buatlah pilihan bijak semasa memilih produk kecantikan..tak kira lah kolagen ke..cream ke apa. Sentiasa ingit, tubuh badan kita adalah amanah dari Allah..adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya sebaik mungkin. Insya allah!

Eh, laa saya ada buat promosi untuk kolagen rupenya? Hehe. Memang berbaloi harga promosi ni tau. Rugiiii sangat kalau tak ambil peluang ni untuk mencuba Shaklee Collagen Powder. Digabungkan pula dengan ESP, perghhh..memang mantap kesannya. Terus jadi awek muda! 

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Tuesday, 27 August 2013

Ikhtiarlah buat mereka yang menderita penyakit kronik.

Anda atau orang yang anda sayangi menderita penyakit kronik? Doktor pun sudah angkat bendera putih? Ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana? Mari kita ikhtiar...



Apa itu keadaan kronik? Keadaan kronik merujuk kepada kondisi kesihatan atau penyakit yang sukar disembuhkan ataupun mempunya kesan jangka panjang. Perkataan kronik selalunya digunakan sekitanya sesuatu penyakit itu berlanjutan selama lebih dari 3 bulan. Contoh-contoh penyakit kronik termasuklah kanser, serangan jantung, strok, arthritis, serangan asma, kencing manis dan banyak lagi.

Penyakit kronik adalah penyebab utama jumlah kematian di seluruh dunia. Berjuta kematian setiap tahun adalah disebabkan penyakit-penyakit kronik ini. Antara penyakit yang paling tinggi penghidapnya termasuklah canser, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Merawat penyakit-penyakit seperti ini adalah sangat sukar dan mungkin memakan kos yang sangat tinggi. Oleh ini, cara terbaik menangani masalah penyakit kronik ini ialah melalui pencegahan. Sebelum sesuatu kondisi kesihatan menjadi kronik, rawatlah dahulu sebelum ia berlarutan. Setiap benda yang besar itu bermula dari sesuatu yang kecil. Jika dibiarkan..benda yang kecil itu akan membesar dan besar kemungkinan akan menular dan bercambah menyebabkan kemungkinan penyakit lain menjangkiti tubuh kita.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mencegah dari terkena penyakit kronik ini? Pelbagai jenis perubahan boleh dilakukan oleh setiap individu untuk mencegah penyakit kronik. Kebanyakannya merangkumi penukaran cara hidup kearah yang lebih sihat. Perkara-perkara seperti berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan juga melakukan aktiviti senaman secara konsisten secara langsung akan menjadikan tubuh kita lebih sihat dan boleh mencegah penyakit kronik.

Jadi, apa yang shaklee boleh tawarkan kepada anda dalam perjuangan menentang penyakit kronik???

Ada macam-macam produk shaklee yang boleh membantu mencegah dan juga merawat penyakit kronik. Dengan pengambilan supplement yang konsisten, kita boleh membantu tubuh kita dengan mencukupkan semua nutrisi, zat-zat dan mineral yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Ini akan meningkatkan kebolehan tubuh untuk melawan penyakit yang melanda diri.

Namun, kali ini saya ingin menceritakan tentang satu produk yang dipanggil Vivix dari Shaklee. Apa istimewanya vivix ni? Haa..memang banyak keistimewaan Vivix!

Kalau nak diikutkan, Vivix ini kirenya seperti "anak emas" Shaklee lah sebenarnya. Kalau ada orang bertanya apakah produk shaklee yang paling bagus...jawapannya ialah VIVIX!!!!



Vivix sangat disyorkan untuk warga emas yang susah untuk menelan pill dan yang juga fungsi penghadamannya semakin kurang efisien. Ia senang dihadam dan diserap oleh tubuh badan. Pesakit-pesakit bagi penyakit kronik lain seperti strok (membaiki sel otak yang rosak dan mengaktifkan neufon dan saraf bagi pemulihan pergerakan), kencing manis, kanser (merencat sel kanser dari menular), penyakit kardiovaskular (melindungi jantung) dan juga pesakit yang menderita dari kesan penuaan akan memperoleh sangat banyak manafaat dari produk ini.

Jika anda atau orang yang anda sayangi ada menderita dari penyakit kronik ini...cubalah ikhtiar dengan menggunakan vivix. insya allah, jika ramai org lain yang berjaya sembuh dengan pengambilan vivix ini..anda juga pasti boleh. Insya allah..setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati (sabda Nabi Muhammad SAW).

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Thursday, 22 August 2013

Bantuan bagi penghidap penyakit serious atau susah diubati



KEBAIKAN VIVIX!

  • Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan 
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius 
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung 
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf 
  • Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk 
  • Membantu dlm proses penurunan berat badan 
  • Menyokong kesihatan mata 
  • Meningkatkan kesihatan imum badan 
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan



Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912



Tuesday, 20 August 2013

Saya nak sendi yang sihat!!

Lebih sejuta orang menderita dari penyakit yang berkaitan dengan sendi. Diet seharian kita tidak mampu membekalkan semua nutrisi yang diperlukan untuk sendi yang sihat. Semakin hari, sedikit demi sedikit badan kita hilang kebolehannya untuk memperbaharui struktur "cartilage" atau rawan yang menyelaputi sendi dan tulang. 

Sendi yang Sihat:

  • Menyerap hentakan - membantu memelihara rawan dan tulang
  • memelihara tisu penghubung yang sihat 
  • memberi kekuatan kepada struktur rawan, sendi dan tulang


Sendi yang bermasalah:

  • Rawan menjadi lemah dan rapuh
  • Berlakunya geseran antara tulang yang menyebabkan ketidakselesaan
  • Mengekang pergerakan dan menghadkan mobiliti


Bagaimana menjaga sendi untuk lebih baik dan tahan lama 

  • Menjaga dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Melakukan aktiviti senaman fizikal
  • Berehat bila diperlukan, jangan melakukan kerja yang membebankan sendi
  • Makan makanan yang sihat
  • Mengambil supplemen seperti Advanced Joint Health Tablet


Advanced Joint Health Tablet telah diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang berkesan mengurangkan kesakitan dan masalah-masalah yang dikaitkan dengan kesihatan sendi dan rawan. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi. Ia mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

Advanced Joint Health Tablet telah berjaya membantu ramai orang dengan memberi keselesaan dan kelegaan untuk kesakitan yang dialami. Mengapa anda mahu tunggu lagi? Mengapa anda perlu menderita kesakitan lagi? Cubalah sekarang untuk keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian anda!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912



Sunday, 18 August 2013

Jangan kurus sebab ingin cantik..kurus sebab nak sihat!

Berat badan anda semakin meningkat? BMI anda sudah jauh terkeluar dari tahap sihat? Anda mengalami obesiti? Sudah cuba berdiet tetapi langsung tidak berkesan? Apa kata anda cuba dengan cara sihat?

Cubalah set kurus dari shaklee!! Shaklee diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, TANPA sebarang pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Ianya juga dijamin HALAL dan mendapat pengiktirafan dari Islamic Services of America (yang tersenarai dalam list badan yang diikhtiraf JAKIM).



Dengan Shaklee, anda boleh kurus melalui 3 proses penting iaitu dengan membakar lemak, membuang toksin dan membina otot. Untuk membakar lemak-lemak dalam badan dengan selamat, anda boleh memilih samada produk Omega Guard ataupun Lecithin. Untuk membuang toksin yang telah lama terkumpul dalam badan kita, pilihlah samada produk Alfalfa Complex ataupun Herb-Lax. Akhir sekali, anda perlukan otot-otot di tubuh anda untuk kelihatan sihat dan dengan itu, produk Cinch ataupun ESP adalah produk yang tepat sekali untuk anda. 

Selain dari mengamalkan set kuruskan badan ini, anda juga perlu minum air dengan kuantiti yang cukup. Bagi kita yang tinggal di negara yang beriklim panas, kita sering kehilangan air melalui peluh. Kita perlu minum air sebanyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari semalam. Air sangat penting untuk melawas dan menyingkirkan toksin dalam badan. Lemak-lemak dalam badan juga dapat dikeluarkan melalui air kencing secara semulajadi. Untuk memastikan anda minum air yang mencukupi, saya sarankan anda membeli botol air 2 liter dan pastikan anda habiskan semua air tersebut dalam sehari. 

Tabiat pemakanan anda juga perlulah diubah. Disini bukanlah maksud saya anda perlu makan sayur sahaja atau terus berpantang dari makan nasi atau benda2 berat. Cuma, kurangkanlah sedikit kuantiti makanan ringan dan makanan yang tidak elok untuk badan anda. Makanan yang terlalu berlemak, mengandungi pengawet, pewarna dan perisa tambahan dan yang tidak berkhasiat sememangnya boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh kita. Jadi, kurangkanlah atau buanglah terus makanan tersebut dari menu anda. 

Tubuh badan kita ini ialah amanah kita dari Tuhan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga tubuh badan kita sendiri. Berdoalah dan yang paling penting jangan berhenti berusaha dan berjuang kearah mencapai kesihatan tubuh badan. Insya allah kita semua boleh sihat!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Saya nak bebas dari resdung!!

Assalamualaikum semua! Lama sungguh saya tidak menulis entry baru. Maklumlah, sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Asyik travel dan makan. hehe. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pemabca.

Di peluang yang ada ni saya ingin bercerita pula tentang bagaimana anda boleh bebas dari kegatalan, hidung asyik berair, asyik bersin2, sering sakit kepala dan macam-macam lagi yang sering dikaitkan dengan RESDUNG.

Pertama sekali...apa itu resdung??? Seringkali kita terdengar penyakit ini dikaitkan dengan org yang sering mengalami simptom-simptom seperti gatal-gatal, tersumbat hidung, hidung berair, sakit kepala, berkahak dan macam-macam lagi..namun apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita bertindak sedemikian?

Sebenarnya, resdung itu sendiri ialah tindak balas badan kita terhadap bahan-bahan yang sebenarnya kita alah dengannya. Ya, sebenarnya apa yang kita alami itu ialah simptom-simptom alahan. Antara benda-benda yang mungkin "trigger" atau menyebabkan alahan tersebut mungkin terdiri daripada:
- makanan laut
- bijirin dan kekacang
- habuk
- bulu binatang
- asap 
- debu dan hama
- parasit
- kutu



Bagaimana pula untuk mencegah penyakit ini?? Sebelum ini, antara perkara-perkara yang selalu dicadangkan ialah dengan mengelak/menjauhkan diri dari perkara-perkara yang menyebabkan kita alergik itu. Ini bermakna, jangan pelihara haiwan berbulu, jangan makan seafood, jangan makan kekacang dan perlu berwaspada dengan setiap yang kita lakukan agar tidak berdekatan, tersentuh atau termakan dengannya.

Namun kini, anda tidak perlu lagi terlalu fobia dan trauma dengan perkara2 yang menyebabkan tindakan alergik ini. Apa kata anda cuba set resdung/alergik dari Shaklee?? Sudah ramai mencubanya dan hasilnya sungguh menakjubkan. Yang tidak boleh makan udang dan sotong...sekarang boleh makan tanpa perlu risau kesannya! Yang tidak boleh terkena habuk..sekarang tidak perlu fobia lagi!

Untuk sebarang pertanyaan atau untuk harga istimewa, hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel : 012-5927912



Monday, 5 August 2013

Mustahil untuk kita kurus!!

Sudah terlalu banyak tip berdiet dan produk slimming yang anda cuba..namun tiada hasilnya?

Mungkin ada produk yang berjaya membuat anda kurus..tetapi berat badan naik mendadak selepas anda berhenti menggunakan produk tersebut?

Kian lama berat badan semakin naik. Figure juga sudah seperti ubi kentang...



Kadangkala terasa seperti mustahil untuk kita menjadi kurus. Pada pendapat saya, ini adalah kerana kebanyakan dari kita terlalu yakin bahawa dengan hanya mengikut satu plan diet atau dengan mengambil satu produk pelansingan boleh menjadikan kita kurus serta merta.

Kebanyakan plan diet dan produk pelansingan memberi jaminan pasti kurus namun tidak semua yang berkesan. Malah banyak yang memberi kesan negatif ke atas kesihatan pengguna.Kebanyakan diet meletakkan larangan yang melampau dan terlalu mengutamakan bahan makanan dari barat. "jangan makan nasi..makan roti sahaja!" "makan cuma sebiji epal untuk satu sajian!" "Cuma minum shakes sebagai pengganti makanan!"

Kita sebagai rakyat malaysia, tidak perlu mengikut 100% diet seperti yang disarankan media barat. Ini kerana makanan yang mereka sarankan adalah mengikut makanan yang mudah didapati di negara barat. Antara makanan yang sering disebut dalam tips berdiet termasuklah buah epal, ikan salmon, strawberry, blueberry, daun2 salad dan sebagainya yang harganya di Malaysia SANGAT mahal.



Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk kuruskan badan?
1. Makan mengikut piramid makanan dan dalam kuantiti yang sihat. 

Setiap hari kita perlukan 3 sajian lengkap untuk memberi tubuh badan kita nutrisi yang cukup untuk kita berkerja dan melakukan aktiviti harian kita dengan sempurna. Ikutlah porsi makanan seperti di atas setiap kali kita makan.

Pastikan separuh dari pinggan kita itu dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Bijirin seperti nasi atau roti hanya 1/4 dari pinggan kita dan baki 1/4 lagi perlu diisi dengan protein seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya. Makanan kita juga perlu mengandungi minyak yang sihat seperti minyak zaitun ataupun minyak kelapa sawit (seperti minyak carotino).

Pilihlah bahan-bahan yang sememangnya sedia ada di negara kita bila memasak. Sayur-sayuran seperti bayam, kobis, kangkung, dan kailan serta buah-buahan tempatan seperti manggis, pisang, betik, mangga dan tembikai juga SANGAT bagus untuk badan. Manakala ikan seperti ikan siakap, ikan patin, ikan merah dan ikan kembung juga berkhasiat tinggi dan cukup untuk memberi nutrien. Bahan-bahan ini jauh lebih murah harganya berbanding makanan yang diimpot dari negara barat sepeti salads, avocado, apple, strawberry, salmon dan sebagainya.

Akhir sekali, antara bahan yang paling penting untuk kita kuruskan badan namun seringkali dipandang ringan ialah minum air secukupnya. Badan kita memerlukan air untuk proses kumbuhan dan oleh kerana cuaca kita di Malaysia ini adalah panas sepanjang tahun, kita perlukan lebih banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.




2. Bersenam secara konsisten
Kebanyakan kita akan terfikir untuk ke gim bila terdengar perkataan bersenam. Setidak-tidaknya pun fikir untuk ke taman rekreasi untuk jogging. Itu akan membuat kita lebih malas untuk bersenam kerana keahlian gim yang mahal dan masa terluang yang diperlukan untuk pegi ke taman rekreasi tersebut.

Sebenarnya, untuk sihat kita cuma perlu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari. Bunyi mcm banyak jerrrr... sebenarnya tidak! Bayangkan, ketika kita bershopping kita berjalan dari kedai ke kedai lain dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Sebenarnya, dari situ sahaja kita mungkin sudah berjalan sehingga 3500 langkah dalam sejam. Untuk menjadikan aktiviti shopping anda lebih sihat, letakkan kereta anda jauh sedikit dari pasaraya yang ingin anda kunjungi dan gunakan tangga bila ingin naik atau turun ke tingkat yang lain.

Namun, untuk kurus kita perlulah bersenam lebih sedikit. Cuma berjalan setiap hari tidak cukup untuk kurus..cuma untuk sihat. Untuk kurus, jadikan pula aktiviti harian kita sebagai senamam. Yang ada anak, boleh bermain dengan anak anda dengan mangangkat mereka berulang-ulang kali atau ketika keluar berjalan-jalan, janganlah diletakkan anak di dalam stroller. Sebaiknya, dukunglah anak anda. Selain kita bersenam secara tidak langsung, kita juga boleh memupuk hubungan yang lebih erat dengan anak.



3. Pastikan nutrisi didalam badan mencukupi
Tahukah anda, apabila kita memasak bahan mentah seperti sayur-sayuran banyak nutrisinya akan hilang sebelum kita sempat memakannya. Suhu tinggi, waktu memasak yang lama dan kuantiti air yang banyak akan menyebabkan pelbagai nutrisi hilang. Vitamin seperti vitamin C, thiamin, riboflavin, vitamin B-6 dan B-12, niacin dan folate akan larut didalam air dengan mudah. Oleh itu, kita juga perlu mengambil nutrisi tambahan dalam bentuk supplements.

Kebolehan badan untuk menyerap nutrien juga akan berkurangan semakin umur kita meningkat. Jadi kita perlukan supplement yang senang diserap badan dan yang tidak mengandungi pengawet, pewarna atau perasa tiruan.



4. Tidur yang cukup
Badan kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan sempurna. Apabila kita kekurangan tidur, fungsi badan akan terjejas kerana kita tidak cukup tenaga dan kekurangan tidur akan menambah stress kepada tubuh kita. Apabila kita tidur, organ-organ di dalam tubuh akan berehat dan sel-sel badan boleh bertukar ganti dengan sempurna. Tidurlah selama 7 hingga 9 jam sehari.



Saya doakan semoga penulisan saya kali ini boleh membantu anda untuk menjadi lebih sihat, insya allah. Badan kita adalah amanah Allah untuk dijaga dengan baik. Marilah kita berusaha untuk menjadi lebih sihat!

[PESANAN PENAJA]

Shaklee ialah jenama produk supplement yang sememangnya menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa bahan pengawet mahupun pewarna dan perasa tiruan.

Untuk membantu anda menguruskan badan, terdapat beberapa produk shaklee yang boleh anda cuba.


Jika orang lain boleh kurus kenapa anda masih mahu gemuk dan obes???

Hubungi saya, Arfah Umar ID #: 959091 Pengedar sah produk Shaklee dengan email: sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/telefon saya di nombor 012-5927912.



Sunday, 4 August 2013

Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 3

Di sini saya akan menceritakan tentang rawatan dan usaha yang telah mak saya lakukan untuk kembali sihat setelah disahkah menghidap penyakit canser. Jika anda ingin baca dari awal cerita ini, sila klik disini.

Mak saya telah disahkan menghidap canser dan telah disarankan agar menjalani rawatan chemoteraphy, radioteraphy dan juga masectomy untuk membuang tumor yang ada.

Apa yang telah kami lakukan?
Pertama sekali, kami mengikut rawatan yang telah disarankan oleh doktor. Sehebat mana pun kita membuat kajian di internet, doktor-doktor ini jauh lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam melawan penyakit canser ini. Jadi, ikutlah rawatan yang telah doktor sarankan.

Namun begitu, kita juga perlu usaha habis-habisan dan berikhtiar mencuba setiap jalan yang ada untuk sembuh. Jangan berserah kepada doktor semata-mata. Biarkan doktor buat apa yang dia pandai buat, kita ikhtiar pula cari lain untuk membantu proses rawatan.

Setelah membuat sedikit kajian di internet, saya mendapati bahawa terdapat makanan yang perlu dijauhi kerana makanan ini menjadi "makanan" kepada sel canser dan boleh membuat sel canser ini bercambah. Dan, terdapat juga makanan yang perlu dimakan kerap kerana makanan ini mengandungi elemen-elemen yang boleh membunuh sel-sel canser.

Jadi, langkah pertama dalam melawan canser..JAGA PEMAKANAN.

Makanan yang PERLU dijauhi:- 

1. Gula
2. Daging merah (daging lembu, kambing dan sebagainya)
3. Susu
Makanan yang boleh juga dijauhi:-
4. Makanan ringan dan "fast food"
5. Makanan yang dijeruk atau diperam
6. Makanan yang telah dipanaskan berulang kali
7. Makanan yang mengandungi yis (seperti roti)
8. Makanan yang dicuci dengan peluntur (bleached food) untuk memutihkannya

Makanan yang PERLU dimakan dengan kerap:-

1. *Sayur-sayuran seperti:
     - brocolli
     - carrot
     - kubis
     - ubi bit (beetroot)
     - bunga kubis (cauliflower)
     - bawang putih
     - bayam
     - cili
     - tomato
     **apa-apa sayuran yang berwarna terang adalah sangat bagus
2. *Buah-buahan seperti:
     - buah naga
     - delima
     - pisang
     - apple
     - limau
     - buah beri (strawberry, blueberry, blackberry dan sebagainya)
     - tin
     - kurma
     - mangga
     - manggis
     - betik
(*pastikan anda mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut dengan elok kerana kebenyakannya dipenuhi racun perosak dan baja yang merbahaya)
3. Rumpai laut (seaweed)
4. Kekacang (almond, hazelnut, pistachio dan sebagainya)
5. Produk soya (tauhu, fuchuk, air soya dan sebagainya)
6. Teh hijau
7. Ikan (salmon, kembung, haruan..se-eloknya carilah ikan yang organis dan bukan dibela)

Selain makanan yang telah saya sebutkan di atas, saya juga telah membeli produk Vivix dari Shaklee. Untuk membaca sedikit penerangan tentang Vivix, sila klik disini. Setelah beratus testimoni yang telah saya baca di internet tentang Vivix, saya membuat keputusan untuk membeli produk ini sebagai ikhtiar demi merawat penyakit canser mak saya. Harganya saya akui agak mahal tetapi saya sanggup mencuba kerana rata2 testimoni menceritakan bagaimana Vivix membantu menyambuhkan pelbagai jenis penyakit.

Vivix ini adalah satu formula konsentrasi yang mengandungi anti-oksida yang saaaaangat tinggi. Satu hari cuma perlu meminum satu sudu teh dan sebotol boleh bertahan lebih kurang sebulan. Memang berbaloi membeli vivix kerana produk ini sangat bagus dalam membantu sel2 badan "regenerate".

Langkah kedua dalam melawan canser ialah BERSENAM.
Kita sebenarnya sangat kurang bersenam. Antara alasannya ialan tiada masa untuk bersenam dan ada juga yang menjadikan alasan yuran gim yang mahal membuatnya tidak bersenam. Sebenarnya, bersenam itu sesuatu yang sangat penting. Tidak perlu ke gim untuk bersenam. Malahan tidak perlu berlari maraton mahupun mengangkat berat untuk bersenam. Cuma perlu berjalan...Ya! BERJALAN dengan perlahan setiap hari sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari sudah cukup untuk menyihatkan tubuh badan kita. Tiada alasan untuk kita tidak berjalan (kecuali kalau kita tiada kaki atau lumpuh kakinya).

Langkah ketiga dan yang saya rasa PALING PENTING ialah....BERDOA! Tuhan lah yang telah menguji kita dengan penyakit ini dan hanya Dia yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut. Jika sebelum ini kita tidak pernah solat...ambillah air wudhuk dan bersolat lah. Masih tidak terlambat untuk kita mengadu dan berserah kepada-Nya. Rajin-rajin lah melakukan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, bersedekah, membaca al-quran dan sebagainya. Insya allah, setial amalan tersebut akan membantu kita dalam proses penyembuhan dari penyakit.

Alhamdulillah, sekarang mak saya makin pulih dan harapan untuk dia muncul sebagai wira dalam perjuangan melawan canser ini sangat cerah. Saya harap pengalaman kami sekeluarga melawan penyakit canser ini dapat membantu anda. Segala yang baik-baik itu dari Allah dan segala kekurangan itu adalah dari saya sendiri.

Jika anda berminat untuk mencuba Vivix, sila hubungi saya, Arfah Umar di email - sayanak.sayanak@gmail.com atau hubungi menerusi whatsapp/sms/telefon di nombor 012-5927912.