Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label set kurus. Show all posts
Showing posts with label set kurus. Show all posts

Monday, 17 February 2014

Cara pengambilan set slimming Shaklee yang betul

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah makan? Ke tengah diet? Hehe...diet tu bagus tapi diet tak bermaksud perlu berlapar setiap masa tau. Bagi saya, diet yang terbaik ialah diet yang mengandungi nutrisi yang seimbang seperti yang diperlukan oleh tubuh tetapi dalam kuantiti yang berpatutan. Diet tak bermaksud tak boleh makan nasi atau roti canai atau apa-apa makanan yang biasa kita makan setiap hari. Cuma, bila makan tu biar porsi yang betul.

Eh..melalut pula cik Arfah ni. Hehe..maaf yer. Sebenarnya dalam post ini Arfah nak cerita tentang cara pengambilan set slimming Shaklee yang betul. Sebabnya, ada beberapa orang yang katanya dah beli set slimming shaklee dari SID (Shaklee Independent Distributor) yang lain tetapi tidak diajar cara yang betul untuk consume atau makan supplement-supplement tersebut. Yang buat saya risau..ada yang makan cara yang salah yang kalau diteruskan buat jangka masa yang panjang...mungkin menyebabkan timbul masalah kesihatan lain. Jangan risau..bukan Arfah nak kata produk Shaklee ni bahaya...tidak! Tetapi walau apa pun benda yang kita makan (walaupun yang normal dan biasa seperti nasi atau roti), jika salah caranya - mungkin boleh menyebabkan masalah buat tubuh dalam jangka masa yang lama.

Sebelum saya ceritakan cara pengambilan, biar saya cerita sedikit tentang produk-produk yang ada dalam set slimming Shaklee ni dulu yer. Manalah tahu...ada pembaca yang baru nak mengenali produk Shaklee ini dan belum tahu tentang produk-produk dalam set slimming ni.



Seperti dalam poster di atas, produk dalam set slimming ini sebenarnya boleh dibahagi kepada 3. Yang pertama fungsinya ialah untuk membakar lemak atau sebagai fat emulsifier. Dalam kategori ini anda boleh pilih samada ingin menggunakan Omega Guard (yang bersumberkan minyak ikan) atau Lecithin (yang bersumberkan minyak kacan soya non-GMO). Dalam kategori produk untuk membuang toksin pula ada Alfalfa Complex dan Herb-Lax yang berfungsi untuk mencuci saluran penghadaman serta membuang toksin dan lemak yang telah diemulsifi dari tubuh. Fungsi ESP dan Cinch Shake dalam kategori ketiga pula ialah untuk membina otot dan bantu membendung rasa lapar.

Jadi untuk set slimming yang lengkap anda boleh pilih salah satu dari dua produk dalam setiap kategori. Sebagai contoh, Arfah sekarang pun tengah consume set ini, dan Arfah tengah amalkan Lecithin, Omega Guard, Alfalfa dan Cinch Shake Vanilla. Aikkk...kenapa Arfah ambil kedua-dua (Omega Guard dan Lecithin) dalam kategori bakar lemak?? Sebabnya ialah Omega Guard merupakan minyak ikan iaitu salah satu supplement yang sangat disarankan untuk kita...dan lecithin pula sangat berkesan sebagai pengemulsi yang dapat membakar lemak. Jika ambil dua-dua (bayangkan dalam kepala) rasa macam boleh dapat double fat burning action~ hehehe

OK. Dah selesai cerita pasal set slimming ni. Lepas dah ada set slimming lengkap ni mesti tahu pula macam mana cara pemakanan yang terbaik kan? Baiklah, tak susah pun sebenarnya. Anda boleh ikut jadual pemakanan seperti yang Arfah dah buat di bawah ini...


Jangan lupa minum air kosong atau air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari apabila mengambil supplement-supplement ini. Ini penting tau! Ramai sangat yang pandang ringan bab minum air kosong ni. Air ini yang akan bantu bawa semua nutrien-nutrien dalam supplement itu ke seluruh tubuh kita. Baru tubuh dapat menyerap semua nutrien yang diperlukan. Kalau tak minum air secukupnya rugi sangat sebab nanti tubuh tak dapat nak serap nutrisi dalam supplement yang kita makan.

OK lah...rasanya setakat ini sahaja entry Arfah kali ini. Yang baik-baik itu semua datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari diri saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar


Wednesday, 18 September 2013

Proses kuruskan badan dengan set kurus shaklee

Bagaimanakah anda boleh kuruskan badan dengan produk Shaklee? Ada pelbagai produk yang ditawarkan oleh Shaklee untuk tujuan menguruskan badan. Bagi Arfah, cara terbaik kurus dengan produk Shaklee ialah dengan kombinasi Omega Guard, Alfalfa dan ESP. Ini ialah kombinasi yang Arfah amalkan sejak lebih kurang sebulan yang lepas. Masa itu lepas raya, faham2 laa..pergi sana..makan....pergi sini..makannn~ tak sampai seminggu berat dah lebih dari berat asal sebelum berpuasa sebulan untuk Ramadhan. Jadi, untuk bantu turunkan berat badan, saya start ambil set kurus shaklee ini.

Jadi, bagaimana set ini boleh berfungsi? 
Sebenarnya Shaklee menawarkan enam produk yang boleh dipilih untuk menguruskan badan. Lecithin atau Omega Guard untuk proses membakar lemak, Alfalfa Complex atau Herb-Lax untuk tujuan menyingkirkan toksin dari tubuh dan Energizing Soy Protein (ESP) atau Cinch untuk menambah protin. Arfah lebih prefer set omega guard, alfalfa dan ESP kerana Arfah rasa kombinasi ini yang paling efektif dan value for money.

3 proses yang berlaku dalam proses menurunkan berat badan dengan set kurus shaklee ini ialah 1 - membakar lemak. 2 - membuang toksin dari badan dan 3 - membina otot. Jadi dengan 3 produk yang Arfah pilih dalam set kurus ini...omega guard ialah pembakar lemak nya, alfalfa bertindak sebagai detoks dan ESP sebagai penambah protin untuk membina otot.

Mari kita lihat dengan lebih dekat apa sebenarnya yang berlaku apabila kita menggunakan set kurus shaklee ini..

Omega Guard - Pembakar lemak dalam badan
Omega Guard Shaklee ini diekstrak dari ikan laut air sejuk diperairan negara Jepun. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari tetumpatan hati minyak ikan. Berbanding dgn produk omega dipasaran, Omega Guard adalah yg paling tulen  didunia. Mengandungi asid lemak Omega 3  semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA  dll.

Pengambilan 3 biji sehari selepas sarapan/ lunch mampu memberi rasa kurang lapar kepada anda. Secara ringkasnya, Omega Guard ini berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisma dan ini secara langsung akan membantu masalah perut buncit dan obesiti. kajian dilakukan di Jepun & Czech Republic mencadangkan bahawa omega 3 mampu menghalang pembentukan lemak badan & menggalakkan  pembakaran lemak dengan cepat.

Satu kajian di Australia menunjukkan pembakaran lemak yg lebih tinggi semasa senaman dilakukan  apabila mengambil omega 3 berbanding mereka yg tidak mengambilnya semasa bersukan.kesimpulannya omega mampu mengurangkan selera makan disamping membakar lemak dengan cepat.

Alfalfa - membuang toksin didalam badan (detoks)
Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.

Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. 

Jadi, setelah kita bakar lemak2 dalam badan dengan omega guard..kita buang pula lemak2 dan toksin2 itu dengan alfalfa complex shaklee ini. Kalau setakat asyik nak bakar lemak tapi lemak tu tak boleh keluar dari badan..tubuh still takkan sihat juga..ye tak? Lepas dah buang lemak2 dan toksin2 dari badan kita..kita perlu pula mengambil protin untuk menambahkan otot supaya bentuk tubuh menjadi cantik dengan semulajadi.

Energizing Soy Protein (ESP) - sumber protin untuk pembentukan otot
ESP penting kerana terdapat 9 amino asid penting yang tidak dapat dibuat oleh badan. ESP juga merupakan bahan soya yang terbaik berbanding protein yang diperoleh daripada daging. Selain itu, esp juga bebas kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat minimum. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengambilan ESP adalah ESP ini mempunyai kadar penghadaman yang tinggi dan dapat menyerap terus ke dalam darah. Dan juga ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. ESP juga dapat membantu meyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Sesetengah org, bila ingin menguruskan badan, akan fokus semata2 kepada proses membakar lemak. Ini mungkin boleh menguruskan badan..tetapi ini bukan lah cara yang sihat untuk dapatkan tubuh yang ideal. Protin adalah bahan asas yang diperlukan dalam pembinaan sel. Fungsi protin adalah untuk membina dan membaiki sel, hormon dan enzim. Jika baik dan sihat sel kita, maka baik dan sihatlah tisu, organ, sistem dan tubuh badan kita. Sebab itulah kalau nak kurus dengan sihat, proses terakhir ini iaitu pengambilan protin adalah sangat penting. 

Secara kesimpulannya, set kurus Shaklee ini memang lengkap dari setiap segi dan insya Allah boleh membantu anda mendapatkan tubuh yang ideal dan sihat. Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang mempunyai penduduk paling gemuk di asia tenggara. Bila tahu fakta ini, perasaan yang sepatutnya timbul dalam diri setiap warga Malaysia ialah takut. Kenapa takut? Sebab apabila seseorang itu gemuk atau sudah sampai tahap obes, pelbagai jenis penyakit merbahaya akan timbul disebabkan keadaan tubuh yang tidak sihat itu. Ambillah tindakan sebelum terlewat..adalah lebih mudah dan murah untuk mengelak dari terkenanya penyakit berbanding merawat penyakit. Insya Allah, kita khtiar!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi Arfah - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email -sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912


Sunday, 18 August 2013

Jangan kurus sebab ingin cantik..kurus sebab nak sihat!

Berat badan anda semakin meningkat? BMI anda sudah jauh terkeluar dari tahap sihat? Anda mengalami obesiti? Sudah cuba berdiet tetapi langsung tidak berkesan? Apa kata anda cuba dengan cara sihat?

Cubalah set kurus dari shaklee!! Shaklee diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, TANPA sebarang pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Ianya juga dijamin HALAL dan mendapat pengiktirafan dari Islamic Services of America (yang tersenarai dalam list badan yang diikhtiraf JAKIM).



Dengan Shaklee, anda boleh kurus melalui 3 proses penting iaitu dengan membakar lemak, membuang toksin dan membina otot. Untuk membakar lemak-lemak dalam badan dengan selamat, anda boleh memilih samada produk Omega Guard ataupun Lecithin. Untuk membuang toksin yang telah lama terkumpul dalam badan kita, pilihlah samada produk Alfalfa Complex ataupun Herb-Lax. Akhir sekali, anda perlukan otot-otot di tubuh anda untuk kelihatan sihat dan dengan itu, produk Cinch ataupun ESP adalah produk yang tepat sekali untuk anda. 

Selain dari mengamalkan set kuruskan badan ini, anda juga perlu minum air dengan kuantiti yang cukup. Bagi kita yang tinggal di negara yang beriklim panas, kita sering kehilangan air melalui peluh. Kita perlu minum air sebanyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari semalam. Air sangat penting untuk melawas dan menyingkirkan toksin dalam badan. Lemak-lemak dalam badan juga dapat dikeluarkan melalui air kencing secara semulajadi. Untuk memastikan anda minum air yang mencukupi, saya sarankan anda membeli botol air 2 liter dan pastikan anda habiskan semua air tersebut dalam sehari. 

Tabiat pemakanan anda juga perlulah diubah. Disini bukanlah maksud saya anda perlu makan sayur sahaja atau terus berpantang dari makan nasi atau benda2 berat. Cuma, kurangkanlah sedikit kuantiti makanan ringan dan makanan yang tidak elok untuk badan anda. Makanan yang terlalu berlemak, mengandungi pengawet, pewarna dan perisa tambahan dan yang tidak berkhasiat sememangnya boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh kita. Jadi, kurangkanlah atau buanglah terus makanan tersebut dari menu anda. 

Tubuh badan kita ini ialah amanah kita dari Tuhan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga tubuh badan kita sendiri. Berdoalah dan yang paling penting jangan berhenti berusaha dan berjuang kearah mencapai kesihatan tubuh badan. Insya allah kita semua boleh sihat!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912