Monday, 17 February 2014

Cara pengambilan set slimming Shaklee yang betul

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah makan? Ke tengah diet? Hehe...diet tu bagus tapi diet tak bermaksud perlu berlapar setiap masa tau. Bagi saya, diet yang terbaik ialah diet yang mengandungi nutrisi yang seimbang seperti yang diperlukan oleh tubuh tetapi dalam kuantiti yang berpatutan. Diet tak bermaksud tak boleh makan nasi atau roti canai atau apa-apa makanan yang biasa kita makan setiap hari. Cuma, bila makan tu biar porsi yang betul.

Eh..melalut pula cik Arfah ni. Hehe..maaf yer. Sebenarnya dalam post ini Arfah nak cerita tentang cara pengambilan set slimming Shaklee yang betul. Sebabnya, ada beberapa orang yang katanya dah beli set slimming shaklee dari SID (Shaklee Independent Distributor) yang lain tetapi tidak diajar cara yang betul untuk consume atau makan supplement-supplement tersebut. Yang buat saya risau..ada yang makan cara yang salah yang kalau diteruskan buat jangka masa yang panjang...mungkin menyebabkan timbul masalah kesihatan lain. Jangan risau..bukan Arfah nak kata produk Shaklee ni bahaya...tidak! Tetapi walau apa pun benda yang kita makan (walaupun yang normal dan biasa seperti nasi atau roti), jika salah caranya - mungkin boleh menyebabkan masalah buat tubuh dalam jangka masa yang lama.

Sebelum saya ceritakan cara pengambilan, biar saya cerita sedikit tentang produk-produk yang ada dalam set slimming Shaklee ni dulu yer. Manalah tahu...ada pembaca yang baru nak mengenali produk Shaklee ini dan belum tahu tentang produk-produk dalam set slimming ni.



Seperti dalam poster di atas, produk dalam set slimming ini sebenarnya boleh dibahagi kepada 3. Yang pertama fungsinya ialah untuk membakar lemak atau sebagai fat emulsifier. Dalam kategori ini anda boleh pilih samada ingin menggunakan Omega Guard (yang bersumberkan minyak ikan) atau Lecithin (yang bersumberkan minyak kacan soya non-GMO). Dalam kategori produk untuk membuang toksin pula ada Alfalfa Complex dan Herb-Lax yang berfungsi untuk mencuci saluran penghadaman serta membuang toksin dan lemak yang telah diemulsifi dari tubuh. Fungsi ESP dan Cinch Shake dalam kategori ketiga pula ialah untuk membina otot dan bantu membendung rasa lapar.

Jadi untuk set slimming yang lengkap anda boleh pilih salah satu dari dua produk dalam setiap kategori. Sebagai contoh, Arfah sekarang pun tengah consume set ini, dan Arfah tengah amalkan Lecithin, Omega Guard, Alfalfa dan Cinch Shake Vanilla. Aikkk...kenapa Arfah ambil kedua-dua (Omega Guard dan Lecithin) dalam kategori bakar lemak?? Sebabnya ialah Omega Guard merupakan minyak ikan iaitu salah satu supplement yang sangat disarankan untuk kita...dan lecithin pula sangat berkesan sebagai pengemulsi yang dapat membakar lemak. Jika ambil dua-dua (bayangkan dalam kepala) rasa macam boleh dapat double fat burning action~ hehehe

OK. Dah selesai cerita pasal set slimming ni. Lepas dah ada set slimming lengkap ni mesti tahu pula macam mana cara pemakanan yang terbaik kan? Baiklah, tak susah pun sebenarnya. Anda boleh ikut jadual pemakanan seperti yang Arfah dah buat di bawah ini...


Jangan lupa minum air kosong atau air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari apabila mengambil supplement-supplement ini. Ini penting tau! Ramai sangat yang pandang ringan bab minum air kosong ni. Air ini yang akan bantu bawa semua nutrien-nutrien dalam supplement itu ke seluruh tubuh kita. Baru tubuh dapat menyerap semua nutrien yang diperlukan. Kalau tak minum air secukupnya rugi sangat sebab nanti tubuh tak dapat nak serap nutrisi dalam supplement yang kita makan.

OK lah...rasanya setakat ini sahaja entry Arfah kali ini. Yang baik-baik itu semua datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari diri saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar


0 comments:

Post a Comment