Friday, 7 February 2014

Turun 5 kilo dalam 1 hari sahaja!!!

Pernahkah anda dengar iklan2 penjual supplement atau ubat kurus yang buat statement bahawa produk mereka boleh membuatkan anda Turunkan 5 Kilo dalam 1 Hari...atau 10 kilo dalam seminggu!! Betul ke boleh turunkan berat badan sebanyak tu dalam masa sehari atau seminggu sahaja?? Jawapannya BOLEH...kalau anda potong kaki sebelah atau kedua-dua belah tangan anda. Hehe. Main-main jer. Sebenarnya agak impossible untuk tubuh manusia menurunkan berat badan dengan begitu cepat dalam masa yang begitu singkat.


Kenapa Arfah kata agak impossible untuk turunkan berat sehingga 10 kilo seminggu? Ada penjual claim yang produknya tu mampu buat begitu...siap ada testimoni lagi tau. 

Biasalah..orang nak menjual, sesetengah tu boleh cakap apa saja yang manis-manis dan bunga-bunga untuk buat produk dia nampak laris. Even ada yang sampai sunggup menipu secara terang-terangan demi melariskan produk. Tak baik tau buat cengitu. Mungkin boleh jual banyak..tapi tak berkat dapat duit cara menipu. Nak cari rezeki, biarlah berkat setiap sen yang kita dapat tu. Insya Allah.

Ok. Back to cerita kenapa Arfah kata agak impossible untuk turunkan sampai 10 kilo seminggu. Actually kalau nak turunkan 1kg seminggu pun sebenarnya bukan senang. 

Tahukah anda bagaimana sebenarnya kita boleh turunkan berat badan kita? Sebenarnya, dalam tubuh kita ni ada macam-macam benda. Ada tulang, ada organ2, ada otot, ada darah, ada lemak dan macam-macam lagi lah benda yang membuatkan tubuh kita berfungsi setiap hari. Bila kita turunkan berat badan sebenarnya kita tengah menukarkan sel-sel lemak didalam tubuh kita kepada tenaga yang digunakan untuk melakukan setiap aktiviti harian kita. Maka, lebih banyak tenaga yang kita guna, lebih banyak sel lemak itu dibakar dan seterusnya lebih banyak berat badan kita yang turun. 

Namun, setiap benda yang kita masukkan kedalam tubuh melalui pemakanan kita akan ditukarkan pula menjadi sel-sel lemak yang akan di simpan. Maka jika jumlah lemak yang dihasilkan dengan makanan yang kita ambil itu lebih banyak dari jumlah lemak yang ditukarkan kepada tenaga, kita akan menambahkan berat badan kita selari dengan penambahan sel lemak yang terhasil. 

Keyword di sini untuk menurunkan berat badan dengan efektif ialah dengan memastikan jumlah lemak yang ditukarkan menjadi tenaga sentiasa melebihi jumlah lemak yang dihasilkan daripada makanan kita.

Perkataan yang digunakan untuk menentukan jumlah tenaga ini ialah kalori. Secara saintifiknya kalori ialah jumlah tenaga atau haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah celsius. Tahukah anda untuk menurunkan berat badan kita sebanyak 1 kilogram, kita perlu membakar sebanyak 7700 kalori?  Jadi apa aktiviti yang oleh dilakukan untuk membakar sebanyak 7700 kalori ini? Banyak sebenarnya. Jumlah kalori yang dibakar pula bergantung kepada saiz tubuh..lebih besar tubuh kita, lebih banyak kalori yang dibakar mengikut aktiviti yang dilakukan. Anda boleh membuat anggaran tentang aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kalori tersebut mengikut jadual di bawah ini:-


Tak faham lah tengok carta ni. Apa maksud semua nombor-nombor tu? Tak susah pun sebenarnya. Carta ini dibuat mengikut 3 kategori berat badan 1- bagi yang beratnya 73kg, 2 - bagi yang beratnya 91 kg dan 3 - bagi yang beratnya 109 kg. Jadi, sekiranya anda mempunyai berat badan sebanyak 91kg dan anda melakukan high-impact Aerobics selama satu jam, anda akan membakar sebanyak 664 kalori. Maka untuk anda turunkan berat sebanyak  1kg yang memerlukan 7700 kalori dibakar, anda perlu membuat senaman ini selama lebih kurang 11 jam. Itu pun jika anda tidak menambah langsung kalori dalam bentuk makanan kedalam tubuh anda. 

Jadi, bagi yang claim boleh membuat anda turunkan 1kg setiap hari tanpa diet dan senaman...bermaksud dia claim produknya boleh membakar kalori sebanyak 7700 dalam sehari sambil anda terus makan dan duduk diam jer. Logik ke?? Nak bakar 664 kalori pun perlu senam aerobik impak tinggi selama sejam..inikan pula 7700 kalori. Jadi, janganlah terpedaya yer!

Kalau macam ni bermaksud Arfah cuba cakap yang nak turunkan berat badan ni susah sangat lah?? Bukan begitu... Maksud Arfah disini ialah untuk turunkan berat badan, anda tak boleh laa nak makan macam biasa dan duduk senang lenang tanpa melakukan senaman dan expect berat badan akan turun macam itu aja. 

Apa yang boleh anda lakukan dan expect? Well, first and foremost anda kena lah kawal pemakanan anda. Pastikan jumlah kalori yang and ambil setiap hari adalah tidak melebihi aktiviti yang anda lakukan. Pilihlah makanan yang mempunyai kalori rendah tetapi boleh membuat tubuh rasa tidak lapar seperti makanan yang berprotin tinggi. Kemudian pastikan aktiviti yang kita lakukan setiap hari membakar lebih kalori dari apa yang kita makan itu. Kalau kita seorang yang aktif..yang sentiasa bergerak dan melakukan aktivi sepanjang hari, kita sebenarnya sudah membakar kalori yang banyak tanpa melakukan apa-apa senaman. 

Sebagai panduan, jika kita ingin turunkan satu kilo berat badan dalam sebulan (iaitu satu target yang boleh dikecapi) mungkin kita boleh cuba pastikan yang dalam seminggu kita turunkan 250g. Dalam erti kata yang lain, kita cuba membakar sebanyak 1925 kalori lebih banyak dari yang kita makan dalam masa seminggu. Nak lebih mudah, bakar 275 kalori sehari lebih dari yang kita makan. Tak susah pun kan kalau nak bakar 275 kalori tu. Yang penting jaga intake kalori dan pastikan kita lakukan aktiviti yang boleh membakar lebih banyak kalori dari itu.

Semoga entri kali ini boleh membantu anda semua dalam misi menurunkan berat badan anda untuk menjadi lebih sihat, bukan sekadar kurus semata-mata. Yang baik itu semuanya dari Allah dan segala cacat cela itu adalah dari kesilapan saya sendiri. Wallahhuwalam.

Lots of Love,
Arfah Umar



0 comments:

Post a Comment