Tuesday 11 February 2014

Salah pilih SID, kesihatan anda mungkin terancam.

Sekarang ni Shaklee Independent Distributor (atau dipendekkan menjadi SID) memang ada dimana-mana saja kita pergi. Di Facebook memang terlalu banyak, di website-website dan blog pun memang tak terkira...malah kalau keluar berjalan-jalan pun merata boleh kita lihat banner dan bunting dari SID. Kalau nak beli produk Shaklee boleh pilih aje mana-mana no fon atau email yang ada di iklan-iklan mereka. Namun dalam memilih SID ramai yang tidak tahu bahawa tidak semua SID sama dan jika silap memilih, kesihatan anda mungkn terancam.

Wah..serious betul topik kali ni. Biar betul, takkan sampai kesihatan boleh terancam Arfah oii??

Betul dik, memang kesihatan boleh terancam kalau tersilap pilih SID. Bukan niat Arfah nak mengata orang bila buat topik macam ni tau. Cuma Arfah nak para pelanggan dan pengguna supplement Shaklee ni berhati-hati.

Kenapa? Bagaimana kesihatan boleh terancam?

Sebenarnya dah banyak kes pengguna Shaklee ada masalah kesihatan akibat dari penggunaan produk Shaklee. Eh, produk Shaklee ni bahaya ker?? Tidak! Supplement Shaklee memang dibuat 100% menggunakan bahan semulajadi...dari tumbuh-tumbuhan, mineral dan sumber haiwan sahaja. Malah tidak mengandungi sebarang pengawet, perasa ataupun pewarna tiruan. Jadi Insya Allah tidak akan memudharatkan kesihatan anda...jika diambil dengan cara yang betul.

Isu yang ingin Arfah bangkitkan hari ini ialah kerana saban hari Arfah dengar atau terbaca berita yang makin ramai pengguna supplement Shaklee perlu dapatkan rawatan di hospital akibat dari pengambilan supplement Shaklee yang salah. Ada kes seperti masalah perut akibat pengambilan ESP, keguguran akibat pengambilan GLA, kanak-kanak yang ada masalah akibat pengambilan Meal Shakes, sembelit akibat pengambilan Alfalfa dan macam-macam lagi lah.

Kenapa kes-kes seperti ini berlaku? Terlalu ramai pengguna Shaklee dan kebanyakan dari mereka, dengan izin Allah berjaya meningkatkan kesihatan mereka dengan supplement Shaklee. Jadi, apa punca sesetengah pengguna supplement ini hadapi masalah kesihatan pula? Sebenarnya, apabila ditanya dan dikaji balik, rupa-rupanya mereka yang ada masalah ini telah mengambil supplement Shaklee tanpa mengikut dos atau cara pengambilan yang betul. Bila ditanya, SID tidak ajar kah bagaimana untuk menggunakan supplement Shaklee yang mereka beli itu kebanyakannya menjawab tidak ataupun SID mereka telah mengajar cara yang salah untuk mengambil produk-produk tersebut.

Apabila seseorang itu menjadi Shaklee Independent Distributor bukanlah bererti dia mendapat latihan atau akan diberi kursus tentang cara menggunakan, cara untuk memilih produk bagi masalah kesihatan yang dialami malah apa fungsi setiap produk tersebut. Sebenarnya kebanyakan SID perlu belajar sendiri setiap aspek supplement Shaklee yang mereka jual itu. Arfah sendiri pun setiap hari masih belajar macam-macam benda baru tentang produk Shaklee. Jadi, tidak mustahil lah ada SID yang tiada pengetahuan langsung tentang setiap produk yang dijualnya. Apabila ini berlaku, mereka ini tidak dapat nak ajarkan cara betul untuk menggunakan atau mengambil supplement Shaklee yang mereka jual. Jadi, pengguna yang membeli daripada mereka ini akan hadapi masalah kerana tidak mendapat cara pemakanan yang betul.

Antara kesilapan yang sering saya dengar dilakukan oleh pengguna ialah..

  • ESP - membancuh 3 sudu makan ESP setiap kali mengambil supplement ini (Cuma satu sudu ESP bagi  setiap cawan ESP yang diminum...jika bancuhan begitu pun terlalu pekat, perlu tambahkan air. Minuman ESP tidak perlu terlalu pekat kerana jika terlalu pekat perut kita tidak dapat mencerna dan memproses serbuk-serbuk ESP itu dan ini boleh mengakibatkan masalah dalam perut)
  • Meal Shakes - diberi kepada bayi bawah umur dua tahun beberapa sudu setiap hari (bagi bayi dibawah umur 2 tahun tidak disarankan memberi Meal Shakes sebenarnya..tetapi jika mereka mengalami masalah seperti eczema atau kekurangan zat boleh diberi cuma dua atau tiga sudu TEH dalam seminggu...jangan lebih dari itu.)
  • GLA - untuk kesuburan dimakan setiap hari (GLA cuma boleh dimakan setiap hari jika anda memang tidak mencuba untuk mengandung atau betul-betul yakin anda tidak mengandung bagi mereka yang ada masalah hormon atau ada cyst kerana dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya keguguran. Jika diambil bagi tujuan kesuburan, cuma boleh diambil separuh period-cycle sahaja...ini ada pengiraannya yang perlu setiap SID ajarkan)
  • Alfalfa - makan 10 biji setiap hari tanpa mengambil kira jika pengambilan air kosong yang diambil cukup atau tidak (Alfalfa sangat sangat banyak khasiatnya tetapi tidak semua orang mampu mengambil sehingga 10 biji sehari dan pengambilan Alfalfa perlu dilakukan sambil meminum air kosong yang secukupnya. Jika tidak, mungkin tubuh akan kekurangan air dan mengakibatkan sembelit, kencing kotor dan macam-macam simptom kekurangan air yang lain.)
Arfah pernah buat entry sebelum ini tentang beberapa pantang larang dalam pengambilan supplement-supplement Shaklee yang perlu setiap pengguna tahu dan amalkan atau elakkan. Anda boleh baca entry tersebut dengan click disini. Perkara-perkara ini adalah perkara basic yang setiap SID perlu tahu sebelum boleh memberi konsultasi tentang produk supplement Shaklee. 

Sebenarnya walau sebagus manapun sesuatu benda itu, jika dimakan dalam dos yang silap atau dalam kuantiti yang terlalu banyak - akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah. Bukan supplement atau ubat aja...bahkan nasi iaitu benda yang selamat dimakan dan tiada side-effect pun jika diambil secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai masalah. Itu nasi...benda yang basic dan simple. Bayangkan jika ubat atau supplement yang mengandungi pelbagai bahan didalamnya itu diambil secara berlebihan. Tidak mustahil boleh bahayakan kesihatan dan mengakibatkan penyakit berbahaya. 

Jadi, nasihat saya ialah pilihlah SID yang betul. Sebelum membeli tanya dahulu cara pemakanan dan pantang larang dalam mengambil produk tersebut. Tanya aje pelbagai soalan tentang produk yang anda ingin mencuba itu. Jika SID itu mampu menjawabnya dan memberikan jawapan yang memuaskan hati, barulah beli daripada dia. Jika dia tidak mahu menjawab atau tidak tahu jawapannya...lebih baik cari SID lain. Ramai lagi SID yang ada di merata-rata. Buatlah pilihan yang bijak yer semua! Semoga dengan izin Allah, anda semua dapat meningkatkan tahap kesihatan anda dengan supplement Shaklee. Tapi, sentiasa beringat bahawa walaupun sehebat mana sesuatu produk itu, kuasa untuk menyembuhkan cuma ada pada Allah jadi iringilah dengan doa yang tak putus-putus. Insya Allah.

Jika ada sesiapa yang ada persoalan tentang apa-apa produk Shaklee atau ingin membuat pembelian, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp/sms/tel di no 012-5927912 atau email ke sayanak.sayanak@gmail.com . Yang baik-baik itu semuanya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya daripada saya sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment