Tuesday, 4 March 2014

Ishkk...geli tgk bangla jalan pegang tangan

Pernah tak anda pergi jalan-jalan di luar dan ternampak dua atau lebih lelaki Bangladesh atau Pakistan yang berjalan sambil berpegangan tangan? Apakah perasaan anda bila melihat perbuatan itu? Dalam hati (atau sambil mulut mengomel) mesti anda berkata.."Ishkk..geli laa tengok mat bangla dok berjalan sambil pegang tangan. Gay ke apa??" Betul tak??



TAPI, in the first place...HARAM ker dua orang lelaki berpegangan tangan? Rasanya dari segi Islam tak ada pulak cakap yang dua lelaki tidak boleh berpegangan tangan. Yang Arfah tahu..dalam islam kalau lelaki dan perempuan yang bukan muhrin berpegangan tangan iyer lah haram dan patut dianggap sesuatu yang taboo dan negatif. Kalau kita nampak dua orang lelaki Bangladesh berjalan pegang tangan mesti akan nak kutuk. Lepas tu nampak pula seorang lelaki dan perempuan pegang tangan kita rasa ok jer walaupun tak sure derang tu muhrim ke tidak. Siap rasa "alaa...schweeetnyerrr~~". Betul tak? Betul tak?? Nampak tak kat situ permainan orang kafir??

Kita dah di brainwash untuk fikir kemesraan dan kasih sayang sesama saudara (yang tiada unsur nafsu) itu sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan sedangkan berkasih sayang dan bermesra sesama lelaki dan perempuan (yang bukan muhrim) itu perkara yang sweet dan bagus. Nauzubillahhiminzaalik!

Sebenarnya budaya memegang tangan sesama sahabat atau orang yang rapat adalah satu budaya di Bangladesh, Pakistan dan beberapa negara timur tengah. Apabila sorang ayah berjalan sambil berpegang tangan dengan anak lelakinya yang masih kecil...apa yang kita fikirkan? Itu tanda seorang ayah menunjukkan rasa kasih dan sayangnya kepada anak lelakinya tu..betul tak?



Sebenarnya..samalah juga dengan lelaki Bangladesh yang berjalan bersama rakan mereka berpegang tangan. Bukannya bermaksud mereka itu pasangan kekasih atau sedang bercinta. Mereka cuma kasihkan sahabat mereka itu dan ingin memupuk kemesraan sesama sahabat. Fullstop!



Bila fikir balik...Arfah rasa perasaan geli tengok dua lelaki berjalan berpegangan tangan ini timbul sebab kita terlalu terpengaruh dengan media barat. Bagi orang barat, seorang lelaki seharusnya maskulin, "tough" dan macho...tidak boleh menunjukkan rasa kasih sayang atau berlembut sesama sendiri. Bila berjumpa sesama sendiri akan saling bertampar, menumbuk, berkata-kata kesat atau membuat sesuatu yang "maskulin". Sedangkan dalam Islam kita disarankan untuk berlembut, senyum dan bersalaman sesama sendiri sambil mendoakan perkara-perkara yang baik-baik buat sahabat kita.

Melalui media barat pula kita di"brainwash" untuk merasakan bahawa apa-apa tindakan antara dua lelaki yang menunjukkan kasih sesama sendiri itu cuma dikukan sekiranya mereka itu gay atau homo-seksual. Mengapa perlu begitu??? Apa salahnya jika dua orang sahabat berlembut dan berbaik sesama sendiri? Seriously, Arfah tak faham apa yang buruk sangat kalau seorang lelaki itu baik dan menunjukkan rasa kasihnya. Kenapa lelaki perlu sentiasa "control macho"?? Kalau orang barat tak suka menunjukkan rasa kasih dan membanggakan keganasan...mengapa kita perlu ikut sekali?

Jadi, next time kita nampak dua orang lelaki Bangladesh atau Pakistan atau dari timur tengah berpegangan tangan sambil berjalan atau saling mencium pipi sesama sendiri...sila jangan anggap perkara itu negatif. Kalaupun tak rasa benda tu baik...sekurang-kurangnya janganlah kita mengutuk dan bersangka buruk kepada mereka. Dan JANGANNN sesekali kita bisikkan kepada kawan di sebelah kita pula "mesti derang ni gay!". Sudahlah kita berdosa sendiri sebab bersangka buruk dan mengutuk orang tu...kita babitkan pula kawan kita dengan menyebar fitnah tentang orang tu. Astagfirullah~

Rasanya cuma ini sahaja ngomelan Arfah buat kali ini. Hehe. Maafkan Arfah kalau ada yang terguris hati atau perasaan...bukan niat Arfah nak sakitkan sesiapa. Cuma ingin meluahkan perkara yang tetiba timbul di dalam kepala otak ni. OK lah, sampai di sini sahaja. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar


0 comments:

Post a Comment