Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Friday 31 January 2014

Produk Killer Shaklee - Vitalea

TAHUKAH ANDA..VITALEA salah satu killer produk shaklee?? Bermulanya cerita, pada 1915, Dr Forrest C. Shaklee telah mencipta Vitalized Minerals iaitu salah satu multivitamin tertua didunia. Haa..kalau anda nak tahu, ITULAH DIA VITALEA. Bukan produk yang baru sehari dua dicipta dan terus masuk market tau...ini bukan sebarang multivitamin biasa kerana Vitalea telah menjalani 340 ujian kawal mutu. Produk ni dah season...boleh kata dah veteren lah sebagai multivitamin. Kalau peribahasa melayunya dah lama makan garam lah si Vitalea ni. Hehe.


Inilah rupa sebotol Vitalea Shaklee


Kalau awak tu jenis yang malas nak mkn  vitamin banyak2 atau memang tak sukelah vitamin2 ni...ye lah vitamin c sebiji, b-complex sebiji, zink sebiji (ni contoh aje). Sambil2 nak telan vitamin sebijik-sebijik sambil tekak dah kembang..nak termuntah..takleh nak terima banyak2 pil nih....HAAAAA..ambil lah VITALEA~~ sehari 2 biji je...dah cukup semua keperluan vitamin dan mineral yang penting2 untuk awak! Vitalea mengandungi 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian utama bg membantu memastikan keperluan mikronutrien tubuh dipenuhi.



Ini pula rupa tablet Vitalea


Vitalea ni pula memang multifunction tau. Pendek kata...nak cantik, nak kurus, nak energy, nak gemuk, masalah rambut, maslah kolestrol, gout...dan macam-macam lagi lah. Senang cakap Vitalea ialah untuk kesihatan menyeluruh. Bila amik Vitalea rasa bertenaga jer kerana dlm Vitalea ade complete vitamin B termasuk biotin dan folic asid. Vitalea penting utk membekalkan nutrisi kepada sel dan memastikan sel sihat. Ia juga mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin yang penting utk pembentukan sel dan darah. Vitalea ini mempunyai 'sistem penyerapan bioactivated' berpatent utk pastikan penyerapan vitamin dan mineral lain berlaku secara optimum. Analoginya..pengambilan 2 biji vitalea ni dikatakan bersamaan dgn 40 jenis lauk.


Secara ringkasnya ini ialah bagaimana Vitalea dapat membantu:

- memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dgn lebih efektif
- mencantikkan dan menegangkan kulit
- kuku yang licin dan kuat 
- menguatkan akar rambut 
- membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan tulang yang kuat
- mencegah penyakit tiroid@ beguk (yang berlaku sebab kurang iodin..dan dlm vitalea ada iodin)
- penting utk diet (bagi yang kurang makan, vitalea bantu beri bertenaga agar tidak lesu)
- preggy dan bf perlu ambil vitalea kerana mineral dan vitamin serta iron penting utk tumbesaran anak. Jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam

- membantu mereka yg ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yg alah kpd mknan laut.

Hebat kan Vitalea ini?? Awak mesti dah terfikir dalam kepala...benda yang hebat macam ni mesti harga pun 'hebat' kan??? Sebenarnya..harga dia memang hebat!! Hebat bukan sebab mahal giler tapi sebab murah je sebenarnya. Harga sebotol Vitalea hanyalah RM88 untuk 120biji...dan makan 2 biji sehari. Tapi ini harga runcit yang Shaklee tetapkan. Sebagai orang Asia kita beli apa pun mesti nak diskaun kan?? Haaa...kalau awak contact Arfah...tak kisah lah nak whatsapp/sms/tel 012-5927912 ataupun nak PM di facebook -Siti Noor Arfah ataupun nak email di sayanak.sayanak@gmail.com...Arfah bagi harga DISKAUN...tapi shuhhh...jangan bising2.  


OKlah..setakat ini sahaja cerita Arfah tentang Vitalea Shaklee ni. Yang baik-baik semuanya datang dari Allah dan semua cacat cela itu datangnya dari saya sendiri. Insya Allah. Semoga anda memperoleh manfaat dari post ini.


Lots of Love,

Arfah Umar

Wednesday 29 January 2014

Madu untuk kurus??

Madu seringkali disebut sebagai makanan semulajadi yang mempunyai seribu satu khasiat. Namun, tahukah anda madu juga boleh membantu mereka yang ingin turunkan berat badan?



Madu mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan ayurvedik untuk membantu pelbagai jenis penyakit.
Khasiat madu juga telah dinyatakan di dalam Al-Quran dalam surah An-Nahl (yang namanya itu bermaksud lebah) -
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: 'Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu'.
(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." Surah An-Nahl (ayat 68-69)

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu setiap hari. Baginda akan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Dan sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Mesti ramai yang tertanya-tanya, "bagaimanakah pula madu boleh membantu saya dalam misi menurunkan berat badan?". Sebenarnya madu membantu mereka yang ingin turunkan berat badan dengan membendung rasa lapar, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh. 

Sebuah kajian telah dilakukan keatas mereka yang sedang ber'diet' dengan cara mengurangkan kuantiti makanan dalam setiap hidangan. Kajian tersebut mendapati bahawa mereka yang mengambil satu sudu teh madu selepas setiap hidangan merasa lebih kenyang dan tidak terasa keinginan untuk makan lagi walaupon cuma makan dalam porsi kecil. Apabila ini berlaku, proses membakar lemak akan menjadi lebih efektif kerana anda mampu makan dalam jumlah yang sedikit tanpa memberikan rasa tidak puas atau rasa lapar lagi. Dengan ini badan anda perlu menggunakan lemak yang tersimpan untuk tenaga dan bukannya menyimpan makanan yang berlebihan sebagai lemak.

Ujian keatas atlit-atlit yang memerlukan tenaga yang banyak sepanjang hari, madu telah didapati mampu memberi tenaga berterusan tanpa membuat atlit tersebut merasa lemau di waktu tengah hari. Madu adalah sangat disyorkan sebagai 'energy booster' buat semua yang menjalani kehidupan yang aktif dan juga buat mereka yang menggunakan tenaga yang banyak sepanjang hari. Apabila ingin bersenam, cubalah amalkan meminum air yang dicampur madu. Ia mampu membekalkan tenaga yang diperlukan tanpa membebankan tubuh dengan rasa senak jika dibandingkan dengan makanan lain.

Puak Amish telah berkurun lamanya menggunakan madu bagi meningkatkan metabolisma tubuh. Mereka menggantikan gula dengan madu dalam setiap makanan atau minuman yang memerlukan pemanis. Berbanding gula, madu akan menyebabkan tubuh menggunakan lebih banyak tenaga untuk diproses dan dicerna. Apabila metabolisma tubuh meningkat, tubuh akan lebih banyak membakar lemak yang terkumpul untuk ditukarkan kepada tenaga jadi inilah yang mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Jadi, cara pengambilan madu bagi mereka yang ingin turunkan berat badan ialah dengan mencampurkan sesudu madu bersama setengan sudu teh serbuk kayu manis kedalam segelas air suam dan minum setiap pagi setengah jam sebelum makan dan juga pada waktu malam sebelum tidur. Amalkan juga tabiat meminum air yang dicampur madu setiap pagi walaupun anda tidak berniat untuk turunkan berat badan kerana ia sangatlah bagus untuk tubuh.

Semoga kita semua akan memperoleh khasiat yang terdapat dalam salah satu bahan semulajadi yang terhebat yang diciptakan oleh Allah ini. Sehingga bertemu kembali. Yang baik-baik itu semuanya dari Allah dan yang serba kekurangan itu datangnya dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Monday 27 January 2014

Bersama famili ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

Percutian familiku ke Ho Chi Minh City, Vietnam - Part 1

Alhamdulillah pada bulan Disember 2014 yang lepas Arfah serta seisi keluarga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam.


Ahli keluarga kami yang sedang menunggu utk boarding di LCCT

Kami book tiket semasa AirAsia buat promosi free tickets, jadi kami cuma perlu bayar airport tax, baggage dan makanan. Memang berbaloi beli tiket time promosi mcm tu. Utk transport pergi dan balik ke airport dan ke beberapa tempat menarik di HCM, kami mengupah tour company muslim milik .... yang disertakan dengan tour guide sekali.

Setibanya kami di Airport Tan Son Nhat, Ho Chi Minh City, Vietnam, tour guide kami tu dan menunggu di luar bersama kertas yang tertulis nama suami Arfah. Dia yang berurusan dengan company tour tu jadi dia aje yang uruskan semua. hehe. Kami diangkut ke hotel kami iaitu Hotel An Tam yang beralamat 22 Nguyen An Ninh St., District 1. Hotel ni sangat selesa dan yang paling best ialah Salima Restaurant iaitu restoren yang ada di hotel ini adalah sebuah restoren halal. Jadi kami boleh makan sarapan yang diberi percuma tanpa rasa ragu2.


Ini rupa Hotel An Tam dari luar di waktu malam. 
Ini view dalam bilik di hotel An Tam 
Sijil pengesahan halal di Salima Restaurant, Hotel An Tam
Hotel ini terletak di lorong bersebelahan Ben Than Market jadi memang senan nak pergi shopping di sana. Di sekeliling hotel ni, sepanjang jalan tu pula memang terletak banyak kedai2 yang menjual kain serta pakaian. Nak shopping pakaian tu cuma perlu keluar hotel aje..semua dah ada berdekatan. Memang mudah! Yang paling best pula kebanyakan kedai di sini memang terima pembayaran dalam Ringgit Malaysia. Jadi tak perlu susah2 nak tukar duit banyak2 jika ingin shopping pakaian di sini.

Tips Arfah, shopping pakaian tu better dibuat pada waktu malam. Time ni memang kedai2 sepanjang jalan ni akan keluarkan baju2 dan diletakkan di luar kedai dengan harga yang sangat murah. Masa saya pergi ni Disember 2013 dan baju cotton biasa boleh dapat dalam RM25++, baju cotton manik pula dalam RM35++ baju lycra manik dalam RM40++. Tudung seakan-akan tudung fareeda juga banyak dijual disini dengan harga yang jauhhhhhh lebih murah dari tudung fareeda yang sebenar. Sama cantik jer Arfah tengok.

Ahh..dah panjang lebar intro Arfah tentang percutian famili kami ke Ho Chi Minh City, Vietnam ni. Sebenarnya ada macam-macam lagi yang nak Arfah kongsikan tentang percutian ini tetapi rasanya kali ni tidak sempat nak cerita semua. Nantikan post yang akan datang pula yer.

Lots of Love,
Arfah Umar


MAUWL5KBEOF...apekah?

MAUWL5KBEOF...ishkk..apekebendenyetuh??

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua. Sebelum ni Arfah ada buat entry disini tentang MAUWL5KBEOF atau misi Arfah untuk turunkan berat badan. Dan saya ada janji yang saya akan buat post untuk menceritakan bagaimana Arfah nak jayakan misi tersebut. Maka entry Arfah kali ini ialah untuk menceritakan semua strategi-strategi yang akan digunakan dalam misi ini.

MAUWL5KBEOF...bagaimanakah??

Ada pelbagai cara dan tips untuk turunkan berat badan sebenarnya. Setiap orang berbeza kondisi tubuhnya, cara tubuhnya bertindak dan tahap metabolismanya. Ini bermaksud setiap orang perlu mengetahui dan mencari apakah kaedah yang paling sesuai untuk dirinya sendiri. Ada orang yang boleh turun berat badan dengan berdiet sahaja, ada yang cuma perlu bersenam, ada pula yang perlu bersenam dan juga berdiet untuk turunkan berat badan dan ada juga yang dan diet dan bersenam pun tak turun2 juga.

Pada pendapat Arfah, selain berdiet dan bersenam, ada lagi beberapa perkara lain yang perlu kita ketahui untuk memastikan kita dapat turunkan berat badan dengan berkesan dan juga mengekalkan berat badan yang sihat itu setelah berjaya menurunkan berat badan tersebut. Ini kerana jika kita cuma fokus kepada diet semata-mata, ada kemungkinan besar kita akan kembali kepada berat badan asal malah mungkin juga lebih berat dari itu selepas kita berhenti berdiet.

Bagi Arfah, dalam misi untuk menurunkan berat badan ini, Arfah akan cuba lakukan 7 perkara berikut:-

- Jaga pemakanan (ni tetap no 1)
- Senaman yang konsisten
- Intake air kosong yang secukupnya
- Protein intake (utk tambah otot...sebab otot akan membakar lebih banyak lemak)
- Tidur yang cukup
- Kurangkan stress dlm kehidupan
- Dan kalau nak...agen pembakar lemak seperti Lecithin Shaklee.

Jaga Pemakanan
Sebenarnya punca utama kebanyakan orang menjadi gemuk ialah disebabkan diet yang tak seimbang ataupun makan berlebihan. Kalau org tu tak bersenam tapi sentiasa jaga pemakanan, elak makanan ringan atau fast-food dan makan makanan yang cukup kadar nutrisinya, Insya Allah dia tidak akan gemuk (melainkan dia ada penyakit seperti thyroid atau masalah hormon). Antara tips2 bagi memastikan diet yang kita makan setiap hari itu seimbang termasuklah:

  • pastikan porsi makanan yang betul (1/4 karbohidrat, 1/4 protin dan 1/2 sayuran dan buah-buahan)
  • makan dengan porsi yang kecil tetapi lebih kerap (makan 5 kali sehari tetapi kecilkan porsi)
  • ikut guide Eat Breakfast Like a Queen, Lunch Like a King and Dinner Like a Slave (bersarapan dengan makanan yang ringan tetapi berkhasiat, makan tengah hari dengan makanan yang mengenyangkan dan makan malam dengan makanan yang sangat ringan atau kalau boleh cuma buah-buahan, sayur-sayuran atau minuman seperti jus.)
  • elakkan atau kurangkan makanan yang digoreng..sebaliknya pilih yang dimasak dengan cara yang sihat seperti merebus, stim, membakar, menyalai ataupun cuma stir-fry.
  • amalkan memakan ulam-ulaman atau salad...basically apa2 sayuran mentah setiap kali kita makan
  • kunyahlah makanan yang kita makan itu sehingga lumat sebelum menelan. Ada yang kata 30 kali ada yang kata 44...tapi yang penting kunyah sehingga lumat
  • cuma makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang


Senaman yang konsisten
Apa bila bercakap mengenai bersenam sangat ramai yang cuma akan bersenam bila ingin turunkan berat badan atapun apabila merasa tubuh mereka semakin kurang sihat. Sebenarnya kita PERLU bersenam dengan konsisten...dan jika boleh, setiap hari. Dengan senaman aje ramai yang hanya fikir untuk pergi berjogging di taman atau menggangkat berat di gym.

Sebenarnya banyak benda yang boleh dilakukan untuk bersenam ketika berada di rumah. Senaman pula tidak perlu yang berat2 sangat yang akan membebankan tubuh. Pelbagai senaman ringan boleh dilakukan dengan syarat ia dilakukan dengan konsisten. Senaman yang dilakukan selama 20minit setiap hari adalah sudah mencukupi untuk kita kekal sihat.

Antara benda2 yang boleh dilakukan untuk bersenam:-


Memandangkan masa agak suntuk dan anak2 Arfah dah meraung2 minta attention, Arfah terpaksa berhenti setakat ini buat kali ini. Dalam post yang akan datang, Insya Allah Arfah akan sambung lagi mengenai tips2 yang akan Arfah amalkan dalam misi untuk turunkan berat badan ini.

Sehingga bertemu lagi. Yang baik2 itu semuanya datang dari Allah dan yang serba kekurangan itu datangnya dari Arfah. Minta Maaf yer kalau ada yang terkurang atau tak berapa best. =)

Lots of Love,
Arfah Umar

Thursday 23 January 2014

Ujian oh ujian

Assalamualaikum. Pernah tak korang melalui hari di mana semua benda tak jadi atau semua benda bermasalah buat anda? Harini saya melalui hari yang sebegitu...sangat menguji kesabaran dan ketabahan.

Dari pagi bangun dah macam2 hal. Semua benda rasa negatif aje..semua benda tak menjadi. Dah laa urusan tak kesampaian...diuji pula dengan kesakitan. Makan char koay teow...lepas tu sakit perut dan muntah. Nasib baik lahhh ada pill peppermint-ginger shaklee. Lega sikit rasa tak selesa dan kembung akibat masalah perut. Ramai yang ingat peppermint-ginger ni utk membantu masalah angin jer. Sebenarnya ramuan dalamnya juga bagus untuk masalah perut seperti food poisoning, diarrhea, gastrik dan juga heart-burn.

Ehh..ehhhh...lari tajuk pulak. Selamber sempat iklan pasal peppermint-ginger...padahal nak buat entey topik ujian. Hehe. Sorry lah yer...saya ni mmg senang distracted dan lari tajuk. Ya ampunnnn~ huhu

Anyway, back to topik sebenar...hari yang penuh ujian dimana segala-galanya rasa tak menjadi.
Sebenarnya walaupun kita nampak dan rasa cuma benda negatif aje berlaku kepada kita...sebenarnya banyak lagi benda yang elok-elok berlaku. Cuma kita jarang nak perasan benda yang baik-baik jika ianya bukan sesuatu yang significant.

Di penghujung hari yang penuh ujian...cuba renung balik dan ingat benda-benda yang baik yang berlaku. Sebenarnya benda baik yang berlaku jauh lebih banyak dari uang buruk walaupun benda kecil-kecil. Tapi sebab kita fokus kepada perkara negatif yang kita rasa penting, kita terus overlook benda-benda elok.
Jadi, sebagai peringatan dan muhasabah diri...jom kita cuba amalkan sikap positif setiap waktu. Kalau benda tu negatif...lupakan. Kita ingat yang positif-positif aje.

- pagi tadi mak tolong mandikan anak2 saya
- pagi tadi mak masak bihun goreng yang sgt sedap
- pagi tadi ada customer yang dah tergerak hati untuk join jadi member shaklee sebagai downline saya
- pergi branch shaklee org tak ramai so tak perlu tunggu lama
- produk yg saya nak tapi dah lama takde stok dah ada
- dapat makan nasi ayam yang sedap

....macam-macam lagi lah perkara baik-baik berlaku kepada saya harini. Bagaimana dengan awak pula?

Bila kita cuma nampak positif-side dalam setiap perkara Insya Allah hidup kita akan sangat kurang stress dan lebih happy. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya...kita perlu pegang teguh dengan perkara ini. Baru hidup lebih ceria~

Lots of Love,
Arfah Umar

Saturday 18 January 2014

Arfah Umar dan misinya untuk turunkan berat badan

Misi Arfah Umar Turunkan Berat Badan

Assalamualikum semua. Apa khabar? Semoga sihat sentiasa. Speaking of which, baru-baru ni Arfah ada timbang berat badan...OMG I AM 7KGS OVERWEIGHT!!!

Arfah ni bukan jenis yang pentingkan kecantikan. Selama ni pun tak pernah nak hiraukan pasal berat badan sebab saya rasa saya memang tak gemuk. Saya rasa saya masih boleh dikira sebagai sihat. Takde maknanya Arfah nak gi timbang berat and ukur lilit badan setiap hari.

Jadi kenapa nak turunkan berat Badan???

Tapi lately mmg Arfah perasan banyak juga pakaian especially seluar yang dah ketat sangat sampai button dan zip pun dah macam nyawa-nyawa ikan bila pakai. Siap ada yang memang dah tak boleh pakai. Oh NO!! Could it be?? Adakah?? Mungkinkah? Ishkkk..takkan kottt?? Haha...self-denial Arfah mmg sgt melampau (dan penuh drama  =P~)

Itu lah sebab utama Arfah akhirnya tergerak hati untuk timbang berat sendiri. Rasanya last timbang berat is tahun lepas kottt. Tu pun saje suke suki nak cuba penimbang dlm bilik hotel tu yang nampak mcm bestttt jer. Ekeekeke

Anyway, utk ketinggian Arfah, 153cm (yer..saya tahu saya ketot! Haihhh) berat ideal mengikut BMI should be around 51-53kgs. So Arfah selalu ingat dlm kepala ideal weight saya is 53kg. Kita amik yg plg berat yer...ahaks! And hasil timbangan kali ini..beratku sekarang ialah 60KG!!! Lebih 7 kilo uolls!!

Oh..satu lagi benda yang Arfah selalu ingat dlm kepala...ikut BMI juga..kalau berat lebih dari 55kg saya dah masuk ke kategori OVERWEIGHT! Kuang kuang kuang. Berat badan Arfah confirm laa tak pernah underweight. Arfah ni mmg alergik sikit bab makanan...kene selalu pantang. PANTANG NAMPAK or PANTANG TERINGAT. Haha. Ni memang kriptonite Arfah laa. Saya mmg suka makan. Tapi selama ni alhamdulillah..Allah bagi Arfah metabolisma yang agak hebat yang boleh kawal berat and jarang sangat berat melebihi 55kg.

But how now?? Dah 60 kilo beb! Kalau nak masuk kategori acceptable weight pun kene turun 5 kilo. Nak ideal weight kalau, kene turun minima 7kg ok! Rasa cam banyakkkk jer. Cam susah jer...cam kene gila2 diet jerrrr.

Haaa..sebab tu Arfah dah declare war. Arfah lancarkan Misi Arfah Umar Will Lose 5kg By End Of February....or nama pendek dia MAUWL5KBEOF! Erkkk...awat mcm tak berapa pendek jer. Haha. Belasah ajelah labuuu~~

Anyway..mcm nama dia lah...basically Arfah akan cuba utk buang 5kilo lemak (dan bahan2 lain yg akan terbuang bila kita lose weight..apa dia?? Arfah pon tak tau. Sila google sendiri yer. Hehe) by end of February 2014.

Mesti ada yang dok fikir "apsal 5 kilo jer?? Kalau nak berat ideal kan kena turun 7 kilo." Haaa...jawapannya ialah suke hati Arfah lah. Arfah yang nak buat misi ni dan Arfah berniat nak turunkan 5 kilo dulu. Bila set target tu make sure ia something yang kita confident boleh buat. Sebabnya takut nanti tak dapat result yang kita nak pastu down...rasa nak give up jer sebab hasil kurang best.

For now Arfah nak keluar dari zon overweight dulu. So Arfah tekad untuk turun 5 kilo dulu sebagai first mission. Lepas dah berjaya capai target ni..Arfah akan buat misi baru pula for further weight reduction.
Nak tahu apa Arfah buat utk jayakan misi ini?? Ikuti perkembangannya dalam post akan datang. Kalau ada sesiapa yang nak join misi ini Arfah sangat mengalu-alukan anda. Jom kita sama2 turunkan berat badan untuk memastikan tubuh kita sihat dan untuk elak dari pelbagai penyakit merbahaya!!!

Anyway...as of now, Arfah dengan segala hormatnya melancarkan MAUWL5KBEOF!!! Hehehe.

Lots of Love,
Arfah Umar

Saturday 4 January 2014

Alfalfa - Raja Segala Tumbuhan

Mengapa alfalfa digelar sebagai raja segala tumbuhan?

Ini kerana alfalfa merupakan akar herba yang tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi.

Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol.

Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunyai kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

Lots of Love,
Arfah Umar