Percutian familiku ke Ho Chi Minh City, Vietnam - Part 1
Alhamdulillah pada bulan Disember 2014 yang lepas Arfah serta seisi keluarga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam.
Ahli keluarga kami yang sedang menunggu utk boarding di LCCT |
Kami book tiket semasa AirAsia buat promosi free tickets, jadi kami cuma perlu bayar airport tax, baggage dan makanan. Memang berbaloi beli tiket time promosi mcm tu. Utk transport pergi dan balik ke airport dan ke beberapa tempat menarik di HCM, kami mengupah tour company muslim milik .... yang disertakan dengan tour guide sekali.
Setibanya kami di Airport Tan Son Nhat, Ho Chi Minh City, Vietnam, tour guide kami tu dan menunggu di luar bersama kertas yang tertulis nama suami Arfah. Dia yang berurusan dengan company tour tu jadi dia aje yang uruskan semua. hehe. Kami diangkut ke hotel kami iaitu Hotel An Tam yang beralamat 22 Nguyen An Ninh St., District 1. Hotel ni sangat selesa dan yang paling best ialah Salima Restaurant iaitu restoren yang ada di hotel ini adalah sebuah restoren halal. Jadi kami boleh makan sarapan yang diberi percuma tanpa rasa ragu2.
Ini rupa Hotel An Tam dari luar di waktu malam. |
Ini view dalam bilik di hotel An Tam |
Sijil pengesahan halal di Salima Restaurant, Hotel An Tam |
Tips Arfah, shopping pakaian tu better dibuat pada waktu malam. Time ni memang kedai2 sepanjang jalan ni akan keluarkan baju2 dan diletakkan di luar kedai dengan harga yang sangat murah. Masa saya pergi ni Disember 2013 dan baju cotton biasa boleh dapat dalam RM25++, baju cotton manik pula dalam RM35++ baju lycra manik dalam RM40++. Tudung seakan-akan tudung fareeda juga banyak dijual disini dengan harga yang jauhhhhhh lebih murah dari tudung fareeda yang sebenar. Sama cantik jer Arfah tengok.
Ahh..dah panjang lebar intro Arfah tentang percutian famili kami ke Ho Chi Minh City, Vietnam ni. Sebenarnya ada macam-macam lagi yang nak Arfah kongsikan tentang percutian ini tetapi rasanya kali ni tidak sempat nak cerita semua. Nantikan post yang akan datang pula yer.
Lots of Love,
Arfah Umar
0 comments:
Post a Comment