Wednesday 29 January 2014

Madu untuk kurus??

Madu seringkali disebut sebagai makanan semulajadi yang mempunyai seribu satu khasiat. Namun, tahukah anda madu juga boleh membantu mereka yang ingin turunkan berat badan?



Madu mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan ayurvedik untuk membantu pelbagai jenis penyakit.
Khasiat madu juga telah dinyatakan di dalam Al-Quran dalam surah An-Nahl (yang namanya itu bermaksud lebah) -
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: 'Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu'.
(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." Surah An-Nahl (ayat 68-69)

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu setiap hari. Baginda akan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Dan sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Mesti ramai yang tertanya-tanya, "bagaimanakah pula madu boleh membantu saya dalam misi menurunkan berat badan?". Sebenarnya madu membantu mereka yang ingin turunkan berat badan dengan membendung rasa lapar, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh. 

Sebuah kajian telah dilakukan keatas mereka yang sedang ber'diet' dengan cara mengurangkan kuantiti makanan dalam setiap hidangan. Kajian tersebut mendapati bahawa mereka yang mengambil satu sudu teh madu selepas setiap hidangan merasa lebih kenyang dan tidak terasa keinginan untuk makan lagi walaupon cuma makan dalam porsi kecil. Apabila ini berlaku, proses membakar lemak akan menjadi lebih efektif kerana anda mampu makan dalam jumlah yang sedikit tanpa memberikan rasa tidak puas atau rasa lapar lagi. Dengan ini badan anda perlu menggunakan lemak yang tersimpan untuk tenaga dan bukannya menyimpan makanan yang berlebihan sebagai lemak.

Ujian keatas atlit-atlit yang memerlukan tenaga yang banyak sepanjang hari, madu telah didapati mampu memberi tenaga berterusan tanpa membuat atlit tersebut merasa lemau di waktu tengah hari. Madu adalah sangat disyorkan sebagai 'energy booster' buat semua yang menjalani kehidupan yang aktif dan juga buat mereka yang menggunakan tenaga yang banyak sepanjang hari. Apabila ingin bersenam, cubalah amalkan meminum air yang dicampur madu. Ia mampu membekalkan tenaga yang diperlukan tanpa membebankan tubuh dengan rasa senak jika dibandingkan dengan makanan lain.

Puak Amish telah berkurun lamanya menggunakan madu bagi meningkatkan metabolisma tubuh. Mereka menggantikan gula dengan madu dalam setiap makanan atau minuman yang memerlukan pemanis. Berbanding gula, madu akan menyebabkan tubuh menggunakan lebih banyak tenaga untuk diproses dan dicerna. Apabila metabolisma tubuh meningkat, tubuh akan lebih banyak membakar lemak yang terkumpul untuk ditukarkan kepada tenaga jadi inilah yang mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Jadi, cara pengambilan madu bagi mereka yang ingin turunkan berat badan ialah dengan mencampurkan sesudu madu bersama setengan sudu teh serbuk kayu manis kedalam segelas air suam dan minum setiap pagi setengah jam sebelum makan dan juga pada waktu malam sebelum tidur. Amalkan juga tabiat meminum air yang dicampur madu setiap pagi walaupun anda tidak berniat untuk turunkan berat badan kerana ia sangatlah bagus untuk tubuh.

Semoga kita semua akan memperoleh khasiat yang terdapat dalam salah satu bahan semulajadi yang terhebat yang diciptakan oleh Allah ini. Sehingga bertemu kembali. Yang baik-baik itu semuanya dari Allah dan yang serba kekurangan itu datangnya dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment