Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Tuesday 27 August 2013

Ikhtiarlah buat mereka yang menderita penyakit kronik.

Anda atau orang yang anda sayangi menderita penyakit kronik? Doktor pun sudah angkat bendera putih? Ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana? Mari kita ikhtiar...



Apa itu keadaan kronik? Keadaan kronik merujuk kepada kondisi kesihatan atau penyakit yang sukar disembuhkan ataupun mempunya kesan jangka panjang. Perkataan kronik selalunya digunakan sekitanya sesuatu penyakit itu berlanjutan selama lebih dari 3 bulan. Contoh-contoh penyakit kronik termasuklah kanser, serangan jantung, strok, arthritis, serangan asma, kencing manis dan banyak lagi.

Penyakit kronik adalah penyebab utama jumlah kematian di seluruh dunia. Berjuta kematian setiap tahun adalah disebabkan penyakit-penyakit kronik ini. Antara penyakit yang paling tinggi penghidapnya termasuklah canser, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Merawat penyakit-penyakit seperti ini adalah sangat sukar dan mungkin memakan kos yang sangat tinggi. Oleh ini, cara terbaik menangani masalah penyakit kronik ini ialah melalui pencegahan. Sebelum sesuatu kondisi kesihatan menjadi kronik, rawatlah dahulu sebelum ia berlarutan. Setiap benda yang besar itu bermula dari sesuatu yang kecil. Jika dibiarkan..benda yang kecil itu akan membesar dan besar kemungkinan akan menular dan bercambah menyebabkan kemungkinan penyakit lain menjangkiti tubuh kita.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mencegah dari terkena penyakit kronik ini? Pelbagai jenis perubahan boleh dilakukan oleh setiap individu untuk mencegah penyakit kronik. Kebanyakannya merangkumi penukaran cara hidup kearah yang lebih sihat. Perkara-perkara seperti berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan juga melakukan aktiviti senaman secara konsisten secara langsung akan menjadikan tubuh kita lebih sihat dan boleh mencegah penyakit kronik.

Jadi, apa yang shaklee boleh tawarkan kepada anda dalam perjuangan menentang penyakit kronik???

Ada macam-macam produk shaklee yang boleh membantu mencegah dan juga merawat penyakit kronik. Dengan pengambilan supplement yang konsisten, kita boleh membantu tubuh kita dengan mencukupkan semua nutrisi, zat-zat dan mineral yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Ini akan meningkatkan kebolehan tubuh untuk melawan penyakit yang melanda diri.

Namun, kali ini saya ingin menceritakan tentang satu produk yang dipanggil Vivix dari Shaklee. Apa istimewanya vivix ni? Haa..memang banyak keistimewaan Vivix!

Kalau nak diikutkan, Vivix ini kirenya seperti "anak emas" Shaklee lah sebenarnya. Kalau ada orang bertanya apakah produk shaklee yang paling bagus...jawapannya ialah VIVIX!!!!



Vivix sangat disyorkan untuk warga emas yang susah untuk menelan pill dan yang juga fungsi penghadamannya semakin kurang efisien. Ia senang dihadam dan diserap oleh tubuh badan. Pesakit-pesakit bagi penyakit kronik lain seperti strok (membaiki sel otak yang rosak dan mengaktifkan neufon dan saraf bagi pemulihan pergerakan), kencing manis, kanser (merencat sel kanser dari menular), penyakit kardiovaskular (melindungi jantung) dan juga pesakit yang menderita dari kesan penuaan akan memperoleh sangat banyak manafaat dari produk ini.

Jika anda atau orang yang anda sayangi ada menderita dari penyakit kronik ini...cubalah ikhtiar dengan menggunakan vivix. insya allah, jika ramai org lain yang berjaya sembuh dengan pengambilan vivix ini..anda juga pasti boleh. Insya allah..setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati (sabda Nabi Muhammad SAW).

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Thursday 22 August 2013

Bantuan bagi penghidap penyakit serious atau susah diubati



KEBAIKAN VIVIX!

  • Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan 
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius 
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung 
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf 
  • Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk 
  • Membantu dlm proses penurunan berat badan 
  • Menyokong kesihatan mata 
  • Meningkatkan kesihatan imum badan 
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan



Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912



Tuesday 20 August 2013

Saya nak sendi yang sihat!!

Lebih sejuta orang menderita dari penyakit yang berkaitan dengan sendi. Diet seharian kita tidak mampu membekalkan semua nutrisi yang diperlukan untuk sendi yang sihat. Semakin hari, sedikit demi sedikit badan kita hilang kebolehannya untuk memperbaharui struktur "cartilage" atau rawan yang menyelaputi sendi dan tulang. 

Sendi yang Sihat:

  • Menyerap hentakan - membantu memelihara rawan dan tulang
  • memelihara tisu penghubung yang sihat 
  • memberi kekuatan kepada struktur rawan, sendi dan tulang


Sendi yang bermasalah:

  • Rawan menjadi lemah dan rapuh
  • Berlakunya geseran antara tulang yang menyebabkan ketidakselesaan
  • Mengekang pergerakan dan menghadkan mobiliti


Bagaimana menjaga sendi untuk lebih baik dan tahan lama 

  • Menjaga dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Melakukan aktiviti senaman fizikal
  • Berehat bila diperlukan, jangan melakukan kerja yang membebankan sendi
  • Makan makanan yang sihat
  • Mengambil supplemen seperti Advanced Joint Health Tablet


Advanced Joint Health Tablet telah diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang berkesan mengurangkan kesakitan dan masalah-masalah yang dikaitkan dengan kesihatan sendi dan rawan. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi. Ia mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

Advanced Joint Health Tablet telah berjaya membantu ramai orang dengan memberi keselesaan dan kelegaan untuk kesakitan yang dialami. Mengapa anda mahu tunggu lagi? Mengapa anda perlu menderita kesakitan lagi? Cubalah sekarang untuk keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian anda!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912



Sunday 18 August 2013

Jangan kurus sebab ingin cantik..kurus sebab nak sihat!

Berat badan anda semakin meningkat? BMI anda sudah jauh terkeluar dari tahap sihat? Anda mengalami obesiti? Sudah cuba berdiet tetapi langsung tidak berkesan? Apa kata anda cuba dengan cara sihat?

Cubalah set kurus dari shaklee!! Shaklee diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, TANPA sebarang pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Ianya juga dijamin HALAL dan mendapat pengiktirafan dari Islamic Services of America (yang tersenarai dalam list badan yang diikhtiraf JAKIM).



Dengan Shaklee, anda boleh kurus melalui 3 proses penting iaitu dengan membakar lemak, membuang toksin dan membina otot. Untuk membakar lemak-lemak dalam badan dengan selamat, anda boleh memilih samada produk Omega Guard ataupun Lecithin. Untuk membuang toksin yang telah lama terkumpul dalam badan kita, pilihlah samada produk Alfalfa Complex ataupun Herb-Lax. Akhir sekali, anda perlukan otot-otot di tubuh anda untuk kelihatan sihat dan dengan itu, produk Cinch ataupun ESP adalah produk yang tepat sekali untuk anda. 

Selain dari mengamalkan set kuruskan badan ini, anda juga perlu minum air dengan kuantiti yang cukup. Bagi kita yang tinggal di negara yang beriklim panas, kita sering kehilangan air melalui peluh. Kita perlu minum air sebanyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari semalam. Air sangat penting untuk melawas dan menyingkirkan toksin dalam badan. Lemak-lemak dalam badan juga dapat dikeluarkan melalui air kencing secara semulajadi. Untuk memastikan anda minum air yang mencukupi, saya sarankan anda membeli botol air 2 liter dan pastikan anda habiskan semua air tersebut dalam sehari. 

Tabiat pemakanan anda juga perlulah diubah. Disini bukanlah maksud saya anda perlu makan sayur sahaja atau terus berpantang dari makan nasi atau benda2 berat. Cuma, kurangkanlah sedikit kuantiti makanan ringan dan makanan yang tidak elok untuk badan anda. Makanan yang terlalu berlemak, mengandungi pengawet, pewarna dan perisa tambahan dan yang tidak berkhasiat sememangnya boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh kita. Jadi, kurangkanlah atau buanglah terus makanan tersebut dari menu anda. 

Tubuh badan kita ini ialah amanah kita dari Tuhan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga tubuh badan kita sendiri. Berdoalah dan yang paling penting jangan berhenti berusaha dan berjuang kearah mencapai kesihatan tubuh badan. Insya allah kita semua boleh sihat!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Saya nak ibu dan bapa saya bebas dari sakit sendi dan tulang

Sesekali balik kampung baru kita boleh lihat dengan mata sendiri dan tahu bahawa sebenarnya ibu bapa kita semakin tua dan tubuh badannya semakin lemah. Sakit-sakit seperti sakit lutut, sakit belakang, sakit sendi, sakit tulang dan sebagainya sudah menjadi lumrah. Sebagai anak yang telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mereka, hati kita menjadi sedih melihat mereka terpaksa mengharungi seharian dengan penuh kesakitan.



Jangan biarkan mereka terus menerus menahan kesakitan setiap hari. Bantulah mereka ringankan kesakitan mereka dengan set sendi dan tulang dari Shaklee.


Mengapa anda perlu mencuba set sendi dan tulang ini?? Bagaimana is membantu memulihkan dan manjaga kesihatan sendi dan tulang??

1.Ostematrix 
Ostematrix dari Shaklee mengandungi Kalsium yang sangat penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Ianya juga mengandungi Magnesium yang diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

2.Advanced Joint Health Tablet
Advanced Joint Health Tablet telah direka khas untuk membantu memulihkan dan menjaga kesihatan sendi. Ia bertindak dengan menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung yang sihat dan juga meningkatkan kesan kusyen.

3.Omega Guard 
Omega Guard Shaklee pula mengandungi Omega3 yang sangat berkesan melawan degradasi tulang rawan. Fungsinya islah untuk membantu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan juga bertindak sebagai pelincir. 

Gabungan ketiga-tiga produk ini insya allah mampu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu dan bapa anda. Kita perlu berikhtiar disamping berdoa kepada Allah agar membantu ibu bapa kita dan memberikan mereka kesihatan tubuh badan.

Untuk harga istimewa atau untuk sebarang pertanyaan hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) di email - sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/tel di nombor 012-5927912

Saya nak bebas dari resdung!!

Assalamualaikum semua! Lama sungguh saya tidak menulis entry baru. Maklumlah, sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Asyik travel dan makan. hehe. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pemabca.

Di peluang yang ada ni saya ingin bercerita pula tentang bagaimana anda boleh bebas dari kegatalan, hidung asyik berair, asyik bersin2, sering sakit kepala dan macam-macam lagi yang sering dikaitkan dengan RESDUNG.

Pertama sekali...apa itu resdung??? Seringkali kita terdengar penyakit ini dikaitkan dengan org yang sering mengalami simptom-simptom seperti gatal-gatal, tersumbat hidung, hidung berair, sakit kepala, berkahak dan macam-macam lagi..namun apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita bertindak sedemikian?

Sebenarnya, resdung itu sendiri ialah tindak balas badan kita terhadap bahan-bahan yang sebenarnya kita alah dengannya. Ya, sebenarnya apa yang kita alami itu ialah simptom-simptom alahan. Antara benda-benda yang mungkin "trigger" atau menyebabkan alahan tersebut mungkin terdiri daripada:
- makanan laut
- bijirin dan kekacang
- habuk
- bulu binatang
- asap 
- debu dan hama
- parasit
- kutu



Bagaimana pula untuk mencegah penyakit ini?? Sebelum ini, antara perkara-perkara yang selalu dicadangkan ialah dengan mengelak/menjauhkan diri dari perkara-perkara yang menyebabkan kita alergik itu. Ini bermakna, jangan pelihara haiwan berbulu, jangan makan seafood, jangan makan kekacang dan perlu berwaspada dengan setiap yang kita lakukan agar tidak berdekatan, tersentuh atau termakan dengannya.

Namun kini, anda tidak perlu lagi terlalu fobia dan trauma dengan perkara2 yang menyebabkan tindakan alergik ini. Apa kata anda cuba set resdung/alergik dari Shaklee?? Sudah ramai mencubanya dan hasilnya sungguh menakjubkan. Yang tidak boleh makan udang dan sotong...sekarang boleh makan tanpa perlu risau kesannya! Yang tidak boleh terkena habuk..sekarang tidak perlu fobia lagi!

Untuk sebarang pertanyaan atau untuk harga istimewa, hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel : 012-5927912



Monday 5 August 2013

Mustahil untuk kita kurus!!

Sudah terlalu banyak tip berdiet dan produk slimming yang anda cuba..namun tiada hasilnya?

Mungkin ada produk yang berjaya membuat anda kurus..tetapi berat badan naik mendadak selepas anda berhenti menggunakan produk tersebut?

Kian lama berat badan semakin naik. Figure juga sudah seperti ubi kentang...



Kadangkala terasa seperti mustahil untuk kita menjadi kurus. Pada pendapat saya, ini adalah kerana kebanyakan dari kita terlalu yakin bahawa dengan hanya mengikut satu plan diet atau dengan mengambil satu produk pelansingan boleh menjadikan kita kurus serta merta.

Kebanyakan plan diet dan produk pelansingan memberi jaminan pasti kurus namun tidak semua yang berkesan. Malah banyak yang memberi kesan negatif ke atas kesihatan pengguna.Kebanyakan diet meletakkan larangan yang melampau dan terlalu mengutamakan bahan makanan dari barat. "jangan makan nasi..makan roti sahaja!" "makan cuma sebiji epal untuk satu sajian!" "Cuma minum shakes sebagai pengganti makanan!"

Kita sebagai rakyat malaysia, tidak perlu mengikut 100% diet seperti yang disarankan media barat. Ini kerana makanan yang mereka sarankan adalah mengikut makanan yang mudah didapati di negara barat. Antara makanan yang sering disebut dalam tips berdiet termasuklah buah epal, ikan salmon, strawberry, blueberry, daun2 salad dan sebagainya yang harganya di Malaysia SANGAT mahal.



Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk kuruskan badan?
1. Makan mengikut piramid makanan dan dalam kuantiti yang sihat. 

Setiap hari kita perlukan 3 sajian lengkap untuk memberi tubuh badan kita nutrisi yang cukup untuk kita berkerja dan melakukan aktiviti harian kita dengan sempurna. Ikutlah porsi makanan seperti di atas setiap kali kita makan.

Pastikan separuh dari pinggan kita itu dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Bijirin seperti nasi atau roti hanya 1/4 dari pinggan kita dan baki 1/4 lagi perlu diisi dengan protein seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya. Makanan kita juga perlu mengandungi minyak yang sihat seperti minyak zaitun ataupun minyak kelapa sawit (seperti minyak carotino).

Pilihlah bahan-bahan yang sememangnya sedia ada di negara kita bila memasak. Sayur-sayuran seperti bayam, kobis, kangkung, dan kailan serta buah-buahan tempatan seperti manggis, pisang, betik, mangga dan tembikai juga SANGAT bagus untuk badan. Manakala ikan seperti ikan siakap, ikan patin, ikan merah dan ikan kembung juga berkhasiat tinggi dan cukup untuk memberi nutrien. Bahan-bahan ini jauh lebih murah harganya berbanding makanan yang diimpot dari negara barat sepeti salads, avocado, apple, strawberry, salmon dan sebagainya.

Akhir sekali, antara bahan yang paling penting untuk kita kuruskan badan namun seringkali dipandang ringan ialah minum air secukupnya. Badan kita memerlukan air untuk proses kumbuhan dan oleh kerana cuaca kita di Malaysia ini adalah panas sepanjang tahun, kita perlukan lebih banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.




2. Bersenam secara konsisten
Kebanyakan kita akan terfikir untuk ke gim bila terdengar perkataan bersenam. Setidak-tidaknya pun fikir untuk ke taman rekreasi untuk jogging. Itu akan membuat kita lebih malas untuk bersenam kerana keahlian gim yang mahal dan masa terluang yang diperlukan untuk pegi ke taman rekreasi tersebut.

Sebenarnya, untuk sihat kita cuma perlu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari. Bunyi mcm banyak jerrrr... sebenarnya tidak! Bayangkan, ketika kita bershopping kita berjalan dari kedai ke kedai lain dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Sebenarnya, dari situ sahaja kita mungkin sudah berjalan sehingga 3500 langkah dalam sejam. Untuk menjadikan aktiviti shopping anda lebih sihat, letakkan kereta anda jauh sedikit dari pasaraya yang ingin anda kunjungi dan gunakan tangga bila ingin naik atau turun ke tingkat yang lain.

Namun, untuk kurus kita perlulah bersenam lebih sedikit. Cuma berjalan setiap hari tidak cukup untuk kurus..cuma untuk sihat. Untuk kurus, jadikan pula aktiviti harian kita sebagai senamam. Yang ada anak, boleh bermain dengan anak anda dengan mangangkat mereka berulang-ulang kali atau ketika keluar berjalan-jalan, janganlah diletakkan anak di dalam stroller. Sebaiknya, dukunglah anak anda. Selain kita bersenam secara tidak langsung, kita juga boleh memupuk hubungan yang lebih erat dengan anak.



3. Pastikan nutrisi didalam badan mencukupi
Tahukah anda, apabila kita memasak bahan mentah seperti sayur-sayuran banyak nutrisinya akan hilang sebelum kita sempat memakannya. Suhu tinggi, waktu memasak yang lama dan kuantiti air yang banyak akan menyebabkan pelbagai nutrisi hilang. Vitamin seperti vitamin C, thiamin, riboflavin, vitamin B-6 dan B-12, niacin dan folate akan larut didalam air dengan mudah. Oleh itu, kita juga perlu mengambil nutrisi tambahan dalam bentuk supplements.

Kebolehan badan untuk menyerap nutrien juga akan berkurangan semakin umur kita meningkat. Jadi kita perlukan supplement yang senang diserap badan dan yang tidak mengandungi pengawet, pewarna atau perasa tiruan.



4. Tidur yang cukup
Badan kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan sempurna. Apabila kita kekurangan tidur, fungsi badan akan terjejas kerana kita tidak cukup tenaga dan kekurangan tidur akan menambah stress kepada tubuh kita. Apabila kita tidur, organ-organ di dalam tubuh akan berehat dan sel-sel badan boleh bertukar ganti dengan sempurna. Tidurlah selama 7 hingga 9 jam sehari.



Saya doakan semoga penulisan saya kali ini boleh membantu anda untuk menjadi lebih sihat, insya allah. Badan kita adalah amanah Allah untuk dijaga dengan baik. Marilah kita berusaha untuk menjadi lebih sihat!

[PESANAN PENAJA]

Shaklee ialah jenama produk supplement yang sememangnya menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa bahan pengawet mahupun pewarna dan perasa tiruan.

Untuk membantu anda menguruskan badan, terdapat beberapa produk shaklee yang boleh anda cuba.


Jika orang lain boleh kurus kenapa anda masih mahu gemuk dan obes???

Hubungi saya, Arfah Umar ID #: 959091 Pengedar sah produk Shaklee dengan email: sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/telefon saya di nombor 012-5927912.



Sunday 4 August 2013

Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 3

Di sini saya akan menceritakan tentang rawatan dan usaha yang telah mak saya lakukan untuk kembali sihat setelah disahkah menghidap penyakit canser. Jika anda ingin baca dari awal cerita ini, sila klik disini.

Mak saya telah disahkan menghidap canser dan telah disarankan agar menjalani rawatan chemoteraphy, radioteraphy dan juga masectomy untuk membuang tumor yang ada.

Apa yang telah kami lakukan?
Pertama sekali, kami mengikut rawatan yang telah disarankan oleh doktor. Sehebat mana pun kita membuat kajian di internet, doktor-doktor ini jauh lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam melawan penyakit canser ini. Jadi, ikutlah rawatan yang telah doktor sarankan.

Namun begitu, kita juga perlu usaha habis-habisan dan berikhtiar mencuba setiap jalan yang ada untuk sembuh. Jangan berserah kepada doktor semata-mata. Biarkan doktor buat apa yang dia pandai buat, kita ikhtiar pula cari lain untuk membantu proses rawatan.

Setelah membuat sedikit kajian di internet, saya mendapati bahawa terdapat makanan yang perlu dijauhi kerana makanan ini menjadi "makanan" kepada sel canser dan boleh membuat sel canser ini bercambah. Dan, terdapat juga makanan yang perlu dimakan kerap kerana makanan ini mengandungi elemen-elemen yang boleh membunuh sel-sel canser.

Jadi, langkah pertama dalam melawan canser..JAGA PEMAKANAN.

Makanan yang PERLU dijauhi:- 

1. Gula
2. Daging merah (daging lembu, kambing dan sebagainya)
3. Susu
Makanan yang boleh juga dijauhi:-
4. Makanan ringan dan "fast food"
5. Makanan yang dijeruk atau diperam
6. Makanan yang telah dipanaskan berulang kali
7. Makanan yang mengandungi yis (seperti roti)
8. Makanan yang dicuci dengan peluntur (bleached food) untuk memutihkannya

Makanan yang PERLU dimakan dengan kerap:-

1. *Sayur-sayuran seperti:
     - brocolli
     - carrot
     - kubis
     - ubi bit (beetroot)
     - bunga kubis (cauliflower)
     - bawang putih
     - bayam
     - cili
     - tomato
     **apa-apa sayuran yang berwarna terang adalah sangat bagus
2. *Buah-buahan seperti:
     - buah naga
     - delima
     - pisang
     - apple
     - limau
     - buah beri (strawberry, blueberry, blackberry dan sebagainya)
     - tin
     - kurma
     - mangga
     - manggis
     - betik
(*pastikan anda mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut dengan elok kerana kebenyakannya dipenuhi racun perosak dan baja yang merbahaya)
3. Rumpai laut (seaweed)
4. Kekacang (almond, hazelnut, pistachio dan sebagainya)
5. Produk soya (tauhu, fuchuk, air soya dan sebagainya)
6. Teh hijau
7. Ikan (salmon, kembung, haruan..se-eloknya carilah ikan yang organis dan bukan dibela)

Selain makanan yang telah saya sebutkan di atas, saya juga telah membeli produk Vivix dari Shaklee. Untuk membaca sedikit penerangan tentang Vivix, sila klik disini. Setelah beratus testimoni yang telah saya baca di internet tentang Vivix, saya membuat keputusan untuk membeli produk ini sebagai ikhtiar demi merawat penyakit canser mak saya. Harganya saya akui agak mahal tetapi saya sanggup mencuba kerana rata2 testimoni menceritakan bagaimana Vivix membantu menyambuhkan pelbagai jenis penyakit.

Vivix ini adalah satu formula konsentrasi yang mengandungi anti-oksida yang saaaaangat tinggi. Satu hari cuma perlu meminum satu sudu teh dan sebotol boleh bertahan lebih kurang sebulan. Memang berbaloi membeli vivix kerana produk ini sangat bagus dalam membantu sel2 badan "regenerate".

Langkah kedua dalam melawan canser ialah BERSENAM.
Kita sebenarnya sangat kurang bersenam. Antara alasannya ialan tiada masa untuk bersenam dan ada juga yang menjadikan alasan yuran gim yang mahal membuatnya tidak bersenam. Sebenarnya, bersenam itu sesuatu yang sangat penting. Tidak perlu ke gim untuk bersenam. Malahan tidak perlu berlari maraton mahupun mengangkat berat untuk bersenam. Cuma perlu berjalan...Ya! BERJALAN dengan perlahan setiap hari sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari sudah cukup untuk menyihatkan tubuh badan kita. Tiada alasan untuk kita tidak berjalan (kecuali kalau kita tiada kaki atau lumpuh kakinya).

Langkah ketiga dan yang saya rasa PALING PENTING ialah....BERDOA! Tuhan lah yang telah menguji kita dengan penyakit ini dan hanya Dia yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut. Jika sebelum ini kita tidak pernah solat...ambillah air wudhuk dan bersolat lah. Masih tidak terlambat untuk kita mengadu dan berserah kepada-Nya. Rajin-rajin lah melakukan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, bersedekah, membaca al-quran dan sebagainya. Insya allah, setial amalan tersebut akan membantu kita dalam proses penyembuhan dari penyakit.

Alhamdulillah, sekarang mak saya makin pulih dan harapan untuk dia muncul sebagai wira dalam perjuangan melawan canser ini sangat cerah. Saya harap pengalaman kami sekeluarga melawan penyakit canser ini dapat membantu anda. Segala yang baik-baik itu dari Allah dan segala kekurangan itu adalah dari saya sendiri.

Jika anda berminat untuk mencuba Vivix, sila hubungi saya, Arfah Umar di email - sayanak.sayanak@gmail.com atau hubungi menerusi whatsapp/sms/telefon di nombor 012-5927912.





Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 2

Mari saya sambung kisah kami sekeluarga melawan canser. Ya, kami sekeluarga...walaupun cuma seorang yang terkena penyakit canser..tetapi bila nak lawan penyakit ini, memang SEMUA ahli keluarga perlu berganding bahu melawan penyakit ini.

Di mana saya..oh ya, kami sekeluarga dapat tahu yang mak menghidap kanser payudara..malignant! Belum baca cerita ini dari mula? Baca disini.

Apa saya sebagai anak, boleh lakukan?
Pertama sekali...walau macam mana sedih dan takut dan hancur perasaan kita...TOLONGLAH jangan tunjukkan sangat perasaan kita kepada pesakit canser tersebut. Kita yang kena sentiasa positif..kena pasang niat dan yakin bahawa dia (mak saya) akan sembuh dari penyakit ini. Saya tahu, walaupun mak saya tak tunjukkan perasaan dia, di dalam hati betapa takutnya dia. Jadi kitalah yang kena extra strong dan yakinkan dia bahawa dia tentu boleh sembuh. Jika beratus ribu orang lain boleh sembuh dan boleh menyambung kehidupan selepas terkena canser..mengapa mak kita tak boleh?? Selalulah cakap pada dia dan yakinkan dia, penyakit ini bukan lah penamat..this is not the end.

Kedua, buat penyelidikan sendiri tentang penyakit canser tersebut. Walaupun kita ni bukan doktor dan tiada pengetahuan dalam bidang perubatan, tak bermakna kita boleh lepas tangan macam tu aje. Cuba google dan cari sedikit sebanyak tentang penyakit canser ni. Sedikit sebanyak kita tahu apa yang berlaku, apa yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan bagi membantu pesakit.

Apa itu canser?
Canser terjadi akibat mutasi atau perubahan abnormal yang berlaku di dalam gen yang bertanggungjawab memastikan sel tubuh berkembang dan membesar dengan sihat. Sepatutnya sel2 kita berkembang dan silih berganti apabila sel lama mati. Namun, apabila berlaku mutasi sel, sel2 yang sepatutnya dibuang, masih lagi membesar dan bertambah manakala sel2 yang sepatutnya berkembang, menjadi terbantut. Sel2 yang rosal tersebut bercambah dan inilah yang membentuk tumor atau ketumbuhan.

Apakah rawatan yang perlu dijalani?
Doktor telah menasihati mak saya agar menjalani rawatan chemoteraphy dahulu bagi mengecilkan sedikit tumor mak saya kerana saiznya agak besar dan terdapat beberapa ketulan yang bebeza saiznya. Mak saya juga akan dibedah untuk membuang sebahagian besar tumornya itu dan kemudiannya dia juga perlu menjalani radiotherapy. 

Apakah rawatan yang mak saya jalani untuk sihat semula? Nantikan pula di post yang seterusnya - Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 3.

Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 1

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak sharekan cerita bagaimana ibunda tercinta saya melawan canser payudara dan alhamdulillah semakin hari semakin sembuh.

Bagaimana dapat tahu? 
Mak saya mula perasan bahawa payudaranya sebelah kanan sedikit membesar berbanding payudara kirinya. pada mulanya dia abaikan aje sebab kalau diikutkan memang sejak asal lagi payudara memang tidak sama saiz. Setelah beberapa ketika makin membesar pula payudara kanannya itu. Dia mula rasa pelik dan mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

Apa yang doktor buat?
Mula-mula doktor suruh buat mammogram. Keputusannya menunjukkan ada kawasan yg seperti ada ketulan. "Ini yang kita tak suka ni.." keluh doktor tersebut. Mak saya dah mula rasa risau. Doktor suruh pula mak saya buat ultrasound untuk ketahui saiz sebenar dan sejauh mana ketulan itu merebak.

Gambar sekadar hiasan..ini bukan mak saya. 
Keputusannya???
Keputusannya menunjukkan bahawa terdapat beberapa ketulan tumor didalam payudara mak saya. kemudiannya doktor membuat biopsy untuk mengambil sedikit sel2 dari tumor tersebut untuk melihat jika tumor itu merbahaya atau tidak.

Setelah lebih kurang seminggu, mak saya diberitahu untuk pergi mengambil keputusan biopsi dan bertemu dengan doktor. Keputusannya SANGAT mengejutkan kami sekeluarga. Tumor mak saya itu malignant..atau bahasa senang faham...sel yang bahaya dan boleh merebak dengan cepat.

Hancur perasaan saya dan adik-adik. tak pernah kami bayangkan perkara sebegini berlaku kepada kami sekeluarga. Sebelum ini, memang keluarga kami tidak pernah ada orang yang terkena penyakit canser ini. Darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung..ya, pernah ahli keluarga diuji dengan penyakit tersebut. tetapi kanser memang tak pernah terlintas pun dalam pemikiran kami sekeluarga.

Apa berlaku seterusnya? Akan saya sambung didalam Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 2

Saturday 3 August 2013

Saya nak rasai kehebatan Vivix

Apa itu Vivix?
Produk Vivix™ dari Shaklee merupakan satu penemuan menakjubkan bagi membantu melambatkan penuaan di peringkat sel. Saintis dari Shaklee telah menghabiskan masa bertahun lamanya untuk menyelidik dan mencipta formula khas Vivix yang mengandungi kandungan Resveratrol tinggi.




Apakah bahan utama Vivix?
Antara ramuan istimewa vivix ini ialah anggur Muscadine dari eropah yang mengandunyi kandungan Polyphenol yang tinggi. Pasti anda sering dengar org barat yang mengagungkan "red wine" dan sering mengatakan bahawa ianya bagus untuk kesihatan badan. Nah..dengan Vivix ini, kita juga dapat memperoleh khasiat seperti mereka namun tidak perlu meminum walau sedeguk pun arak tersebut. Anggur Muscadine ini mengandungi 6 kali ganda kandungan Resveratrol (bahan penting dalam Polyphenol) berbanding anggur biasa yang bertindak sebagai anti-oksida.
















Apakah kebaikan Vivix?
- ianya bertindak ke-atas sel-sel badan dengan melindungi DNA sel tubuh kita dari radikal bebas dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Dengan ini ianya secara langsung membantu melambatkan proses penuaan dari peringkat sel.

- membantu meingkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular badan. (sangat bagus bagi pesakit jantung)

- melindungi badan dari penyakit dan melawan penyakit dengan kandungan anti-oksida yang tinggi. (membantu pesakit kanser melawan sel-sel kanser)

- senang diserap kedalam sel badan kerana ianya dalam bentuk cecair berbanding menelan pill yang mengambil masa yang lama untuk diurai. (sangat bagus untuk warga tua kerana sistem pencernaan mereka semakin lemah)

JIka anda ingin mencuba vivix, jangan segan silu..hubungi saya - Arfah Umar melalui email sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/telefon saya di 012-5927912.


My Dreams


Ini adalah antara perkara yang ingin saya kecapi dalam hidup. Saya yakin saya boleh kecapinya dengan usaha dan doa..insya allah.

Marilah kita sama-sama gambarkan apa yang ingin kita kecapi atau apa yang kita inginkan dalam hidup ini. semoga dengan ini kita akan lebih berusaha untuk berjaya.

Friday 2 August 2013

Saya nak kulit sihat!!!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Saya doakan semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya..insya Allah. Baiklah, produk pertama yang ingin saya perkenalkan kepada anda ialah Shaklee Collagen Powder.




Kenapa saya promote produk ini? Sebab utamanya ialah saya pun guna produk ini dan ternyata ia berkesan untuk saya. Kulit saya mmg bermasalah...kering, tona tak sekata dan sering terkupas dan berkuping. Banyak produk saya guna tapi sebab kulit saya sensitif, selalunya akan jadi ok sekejap tapi after a while akan jadi laaaagi teruk. Kulit jadi nipis dan mula pedih2..pecah2 dan memang tak selesa. Sebab tu, saya memang tak guna produk kecantikan walaupun banyak dah beli dan ada dirumah.

Tak tahu kenapa, saya terbuka hati untuk mencuba collagen Shaklee ini. Setelah 3 hari guna produk ini saya sudah boleh rasa dan nampak perbezaannya. Kulit saya jadi licin dan lembut. Kalau dulu di sekeliling hidung dan tepi mulut saya sedikit gelap..sekarang tona dan sekata. Alhamdulillah Shaklee Collgen Powder berkesan membuat kulit saya lebih sihat. Bagi saya itu yang lebih penting..kulit yang sihat.

Kalau ada sesiapa yang ingin merasai kehebatan Shaklee Collagen powder ini sila hubungi saya melalui facebook saya siti noor arfah, email saya sayanak.sayanak@gmail.com ataupun whatsapp/telefon saya dengan nombor 012-5927912.

Semoga kulit anda juga insya allah menjadi lebih cerah, licin, gebu dan yang paling penting..lebih sihat!

Lots of Love,
Arfah Umar

Thursday 1 August 2013

Assalamu'alaikum dan selamat datang!




Assalamu'alaikum dan selamat datang ke blog saya. Tujuan utama saya mulakan blog ini ialah untuk berkongsi maklumat tentang tips-tips dan cara-cara yang boleh dilakukan untuk menyihatkan tubuh badan kita. Insya allah..kita wajib berikhtiar dan berdoa agar tuhan membantu kita.

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"  (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali tua dan mati. Itu adalah pasti. Oleh itu marilah kita berusaha untuk menyihatkan tubuh badan kita dan sekiranya kita diuji dengan penyakit perlulah kita berusaha pula untuk menyembuhkan diri.