Thursday, 1 August 2013

Assalamu'alaikum dan selamat datang!




Assalamu'alaikum dan selamat datang ke blog saya. Tujuan utama saya mulakan blog ini ialah untuk berkongsi maklumat tentang tips-tips dan cara-cara yang boleh dilakukan untuk menyihatkan tubuh badan kita. Insya allah..kita wajib berikhtiar dan berdoa agar tuhan membantu kita.

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"  (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali tua dan mati. Itu adalah pasti. Oleh itu marilah kita berusaha untuk menyihatkan tubuh badan kita dan sekiranya kita diuji dengan penyakit perlulah kita berusaha pula untuk menyembuhkan diri.

0 comments:

Post a Comment