Tuesday 27 August 2013

Ikhtiarlah buat mereka yang menderita penyakit kronik.

Anda atau orang yang anda sayangi menderita penyakit kronik? Doktor pun sudah angkat bendera putih? Ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana? Mari kita ikhtiar...



Apa itu keadaan kronik? Keadaan kronik merujuk kepada kondisi kesihatan atau penyakit yang sukar disembuhkan ataupun mempunya kesan jangka panjang. Perkataan kronik selalunya digunakan sekitanya sesuatu penyakit itu berlanjutan selama lebih dari 3 bulan. Contoh-contoh penyakit kronik termasuklah kanser, serangan jantung, strok, arthritis, serangan asma, kencing manis dan banyak lagi.

Penyakit kronik adalah penyebab utama jumlah kematian di seluruh dunia. Berjuta kematian setiap tahun adalah disebabkan penyakit-penyakit kronik ini. Antara penyakit yang paling tinggi penghidapnya termasuklah canser, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Merawat penyakit-penyakit seperti ini adalah sangat sukar dan mungkin memakan kos yang sangat tinggi. Oleh ini, cara terbaik menangani masalah penyakit kronik ini ialah melalui pencegahan. Sebelum sesuatu kondisi kesihatan menjadi kronik, rawatlah dahulu sebelum ia berlarutan. Setiap benda yang besar itu bermula dari sesuatu yang kecil. Jika dibiarkan..benda yang kecil itu akan membesar dan besar kemungkinan akan menular dan bercambah menyebabkan kemungkinan penyakit lain menjangkiti tubuh kita.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mencegah dari terkena penyakit kronik ini? Pelbagai jenis perubahan boleh dilakukan oleh setiap individu untuk mencegah penyakit kronik. Kebanyakannya merangkumi penukaran cara hidup kearah yang lebih sihat. Perkara-perkara seperti berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan juga melakukan aktiviti senaman secara konsisten secara langsung akan menjadikan tubuh kita lebih sihat dan boleh mencegah penyakit kronik.

Jadi, apa yang shaklee boleh tawarkan kepada anda dalam perjuangan menentang penyakit kronik???

Ada macam-macam produk shaklee yang boleh membantu mencegah dan juga merawat penyakit kronik. Dengan pengambilan supplement yang konsisten, kita boleh membantu tubuh kita dengan mencukupkan semua nutrisi, zat-zat dan mineral yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Ini akan meningkatkan kebolehan tubuh untuk melawan penyakit yang melanda diri.

Namun, kali ini saya ingin menceritakan tentang satu produk yang dipanggil Vivix dari Shaklee. Apa istimewanya vivix ni? Haa..memang banyak keistimewaan Vivix!

Kalau nak diikutkan, Vivix ini kirenya seperti "anak emas" Shaklee lah sebenarnya. Kalau ada orang bertanya apakah produk shaklee yang paling bagus...jawapannya ialah VIVIX!!!!



Vivix sangat disyorkan untuk warga emas yang susah untuk menelan pill dan yang juga fungsi penghadamannya semakin kurang efisien. Ia senang dihadam dan diserap oleh tubuh badan. Pesakit-pesakit bagi penyakit kronik lain seperti strok (membaiki sel otak yang rosak dan mengaktifkan neufon dan saraf bagi pemulihan pergerakan), kencing manis, kanser (merencat sel kanser dari menular), penyakit kardiovaskular (melindungi jantung) dan juga pesakit yang menderita dari kesan penuaan akan memperoleh sangat banyak manafaat dari produk ini.

Jika anda atau orang yang anda sayangi ada menderita dari penyakit kronik ini...cubalah ikhtiar dengan menggunakan vivix. insya allah, jika ramai org lain yang berjaya sembuh dengan pengambilan vivix ini..anda juga pasti boleh. Insya allah..setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati (sabda Nabi Muhammad SAW).

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

0 comments:

Post a Comment