Sudah terlalu banyak tip berdiet dan produk slimming yang anda cuba..namun tiada hasilnya?
Mungkin ada produk yang berjaya membuat anda kurus..tetapi berat badan naik mendadak selepas anda berhenti menggunakan produk tersebut?
Kian lama berat badan semakin naik. Figure juga sudah seperti ubi kentang...
Kadangkala terasa seperti mustahil untuk kita menjadi kurus. Pada pendapat saya, ini adalah kerana kebanyakan dari kita terlalu yakin bahawa dengan hanya mengikut satu plan diet atau dengan mengambil satu produk pelansingan boleh menjadikan kita kurus serta merta.
Kebanyakan plan diet dan produk pelansingan memberi jaminan pasti kurus namun tidak semua yang berkesan. Malah banyak yang memberi kesan negatif ke atas kesihatan pengguna.Kebanyakan diet meletakkan larangan yang melampau dan terlalu mengutamakan bahan makanan dari barat. "jangan makan nasi..makan roti sahaja!" "makan cuma sebiji epal untuk satu sajian!" "Cuma minum shakes sebagai pengganti makanan!"
Kita sebagai rakyat malaysia, tidak perlu mengikut 100% diet seperti yang disarankan media barat. Ini kerana makanan yang mereka sarankan adalah mengikut makanan yang mudah didapati di negara barat. Antara makanan yang sering disebut dalam tips berdiet termasuklah buah epal, ikan salmon, strawberry, blueberry, daun2 salad dan sebagainya yang harganya di Malaysia SANGAT mahal.
Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk kuruskan badan?
1. Makan mengikut piramid makanan dan dalam kuantiti yang sihat.
Pastikan separuh dari pinggan kita itu dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Bijirin seperti nasi atau roti hanya 1/4 dari pinggan kita dan baki 1/4 lagi perlu diisi dengan protein seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya. Makanan kita juga perlu mengandungi minyak yang sihat seperti minyak zaitun ataupun minyak kelapa sawit (seperti minyak carotino).
Pilihlah bahan-bahan yang sememangnya sedia ada di negara kita bila memasak. Sayur-sayuran seperti bayam, kobis, kangkung, dan kailan serta buah-buahan tempatan seperti manggis, pisang, betik, mangga dan tembikai juga SANGAT bagus untuk badan. Manakala ikan seperti ikan siakap, ikan patin, ikan merah dan ikan kembung juga berkhasiat tinggi dan cukup untuk memberi nutrien. Bahan-bahan ini jauh lebih murah harganya berbanding makanan yang diimpot dari negara barat sepeti salads, avocado, apple, strawberry, salmon dan sebagainya.
Akhir sekali, antara bahan yang paling penting untuk kita kuruskan badan namun seringkali dipandang ringan ialah minum air secukupnya. Badan kita memerlukan air untuk proses kumbuhan dan oleh kerana cuaca kita di Malaysia ini adalah panas sepanjang tahun, kita perlukan lebih banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.
2. Bersenam secara konsisten
Kebanyakan kita akan terfikir untuk ke gim bila terdengar perkataan bersenam. Setidak-tidaknya pun fikir untuk ke taman rekreasi untuk jogging. Itu akan membuat kita lebih malas untuk bersenam kerana keahlian gim yang mahal dan masa terluang yang diperlukan untuk pegi ke taman rekreasi tersebut.
Sebenarnya, untuk sihat kita cuma perlu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari. Bunyi mcm banyak jerrrr... sebenarnya tidak! Bayangkan, ketika kita bershopping kita berjalan dari kedai ke kedai lain dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Sebenarnya, dari situ sahaja kita mungkin sudah berjalan sehingga 3500 langkah dalam sejam. Untuk menjadikan aktiviti shopping anda lebih sihat, letakkan kereta anda jauh sedikit dari pasaraya yang ingin anda kunjungi dan gunakan tangga bila ingin naik atau turun ke tingkat yang lain.
Namun, untuk kurus kita perlulah bersenam lebih sedikit. Cuma berjalan setiap hari tidak cukup untuk kurus..cuma untuk sihat. Untuk kurus, jadikan pula aktiviti harian kita sebagai senamam. Yang ada anak, boleh bermain dengan anak anda dengan mangangkat mereka berulang-ulang kali atau ketika keluar berjalan-jalan, janganlah diletakkan anak di dalam stroller. Sebaiknya, dukunglah anak anda. Selain kita bersenam secara tidak langsung, kita juga boleh memupuk hubungan yang lebih erat dengan anak.
3. Pastikan nutrisi didalam badan mencukupi
Tahukah anda, apabila kita memasak bahan mentah seperti sayur-sayuran banyak nutrisinya akan hilang sebelum kita sempat memakannya. Suhu tinggi, waktu memasak yang lama dan kuantiti air yang banyak akan menyebabkan pelbagai nutrisi hilang. Vitamin seperti vitamin C, thiamin, riboflavin, vitamin B-6 dan B-12, niacin dan folate akan larut didalam air dengan mudah. Oleh itu, kita juga perlu mengambil nutrisi tambahan dalam bentuk supplements.
Kebolehan badan untuk menyerap nutrien juga akan berkurangan semakin umur kita meningkat. Jadi kita perlukan supplement yang senang diserap badan dan yang tidak mengandungi pengawet, pewarna atau perasa tiruan.
4. Tidur yang cukup
Badan kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan sempurna. Apabila kita kekurangan tidur, fungsi badan akan terjejas kerana kita tidak cukup tenaga dan kekurangan tidur akan menambah stress kepada tubuh kita. Apabila kita tidur, organ-organ di dalam tubuh akan berehat dan sel-sel badan boleh bertukar ganti dengan sempurna. Tidurlah selama 7 hingga 9 jam sehari.
Saya doakan semoga penulisan saya kali ini boleh membantu anda untuk menjadi lebih sihat, insya allah. Badan kita adalah amanah Allah untuk dijaga dengan baik. Marilah kita berusaha untuk menjadi lebih sihat!
[PESANAN PENAJA]
Shaklee ialah jenama produk supplement yang sememangnya menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa bahan pengawet mahupun pewarna dan perasa tiruan.
Untuk membantu anda menguruskan badan, terdapat beberapa produk shaklee yang boleh anda cuba.
Jika orang lain boleh kurus kenapa anda masih mahu gemuk dan obes???
Hubungi saya, Arfah Umar ID #: 959091 Pengedar sah produk Shaklee dengan email: sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/telefon saya di nombor 012-5927912.
0 comments:
Post a Comment