Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label herb-lax. Show all posts
Showing posts with label herb-lax. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

Cabaran wajah berseri dalam 30 hari!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sedar tak sedar Syawal pun dah hampir habis..namun sempat lagi bagi mereka yang belum lakukan untuk berpuasa 6 hari di bulan syawal. Hadis mengatakan bahawa berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah seperti berpuasa selama setahun. Masya allah...besarnya ganjaran yang allah nak beri pada kita. Jadi janganlah disia-siakan yer semua.

Kembali pada topik yang ingin saya bincangkan hari ni. Sebenarnya ada kaitan juga dengan intro tadi. hehe. Sebenarnya sejak raya nih saya asyik makan, makan dan makan lagi. Makan benda2 yang tak berapa sihat pulak tu. Time-time raya ni faham2 aje lah...rumah terbuka memang ada merata2. Makanan yang dihidangkan pula mesti ada ketupat, lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang dan macam2 lagi laa makanan standard time raya. 

Masa makan tu best aje kan...layan jer. Sumbat macam dah takkan dapat makanan dah. hehe. Takyah malu2..same jer kebanyakan orang kat Malaysia nih. TAPI, lepas seminggu melahap...arghhhhhh apa dah jadi dengan kulit muka saya??!! Dah mula naik jerawat, berminyak dan nampak kusam. Homaigodd. Kesan kesemua makanan tu sungguh drastik dan extreme. 

Sebab itulah saya bercadang nak buat cabaran wajah berseri 30 hari ni. Kenapa 30 hari? Entah lah..saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab kebanyakan sel2 dalam tubuh kita ambil masa lebih kurang 30 hari untuk regenerate ataupun bertukar baru.

Jadi kepada semua yang dah ada ESP dan Shaklee Collagen Powder. Mari cabar diri sendiri untuk dapatkan kulit yang cantik, licin dan lembut. Camne nak buat? Haa..senang aje...pagi2 pastikan anda minum secawan ESP. Ambil sesudu ESP dan bancuh dengan air kosong ataupun air susu..pastu minum. Malam2 pula sebelum tido tu..bancuh stgh sudu teh collagen powder dengan air ataupun yoghurt...pastu tempek tebal2 kat muka tu. Biar dia kering..tunggu laa dalam sejam camtu ke..pastu cuci muka tu. Amalkan tetiap hari untuk 30 hari berturut2. Insya allah..memang akan rasa dan nampak perbezaan pada kulit anda. Selamat mencuba!



Eh..ada yang tak ada ESP dan Shaklee Collagen Powder ke? Haa..kalau takde hubungi lah saya. Saya bagi harga cun punyer utk anda! =)

Jika anda inginkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Sunday, 18 August 2013

Jangan kurus sebab ingin cantik..kurus sebab nak sihat!

Berat badan anda semakin meningkat? BMI anda sudah jauh terkeluar dari tahap sihat? Anda mengalami obesiti? Sudah cuba berdiet tetapi langsung tidak berkesan? Apa kata anda cuba dengan cara sihat?

Cubalah set kurus dari shaklee!! Shaklee diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, TANPA sebarang pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Ianya juga dijamin HALAL dan mendapat pengiktirafan dari Islamic Services of America (yang tersenarai dalam list badan yang diikhtiraf JAKIM).



Dengan Shaklee, anda boleh kurus melalui 3 proses penting iaitu dengan membakar lemak, membuang toksin dan membina otot. Untuk membakar lemak-lemak dalam badan dengan selamat, anda boleh memilih samada produk Omega Guard ataupun Lecithin. Untuk membuang toksin yang telah lama terkumpul dalam badan kita, pilihlah samada produk Alfalfa Complex ataupun Herb-Lax. Akhir sekali, anda perlukan otot-otot di tubuh anda untuk kelihatan sihat dan dengan itu, produk Cinch ataupun ESP adalah produk yang tepat sekali untuk anda. 

Selain dari mengamalkan set kuruskan badan ini, anda juga perlu minum air dengan kuantiti yang cukup. Bagi kita yang tinggal di negara yang beriklim panas, kita sering kehilangan air melalui peluh. Kita perlu minum air sebanyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari semalam. Air sangat penting untuk melawas dan menyingkirkan toksin dalam badan. Lemak-lemak dalam badan juga dapat dikeluarkan melalui air kencing secara semulajadi. Untuk memastikan anda minum air yang mencukupi, saya sarankan anda membeli botol air 2 liter dan pastikan anda habiskan semua air tersebut dalam sehari. 

Tabiat pemakanan anda juga perlulah diubah. Disini bukanlah maksud saya anda perlu makan sayur sahaja atau terus berpantang dari makan nasi atau benda2 berat. Cuma, kurangkanlah sedikit kuantiti makanan ringan dan makanan yang tidak elok untuk badan anda. Makanan yang terlalu berlemak, mengandungi pengawet, pewarna dan perisa tambahan dan yang tidak berkhasiat sememangnya boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh kita. Jadi, kurangkanlah atau buanglah terus makanan tersebut dari menu anda. 

Tubuh badan kita ini ialah amanah kita dari Tuhan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga tubuh badan kita sendiri. Berdoalah dan yang paling penting jangan berhenti berusaha dan berjuang kearah mencapai kesihatan tubuh badan. Insya allah kita semua boleh sihat!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Monday, 5 August 2013

Mustahil untuk kita kurus!!

Sudah terlalu banyak tip berdiet dan produk slimming yang anda cuba..namun tiada hasilnya?

Mungkin ada produk yang berjaya membuat anda kurus..tetapi berat badan naik mendadak selepas anda berhenti menggunakan produk tersebut?

Kian lama berat badan semakin naik. Figure juga sudah seperti ubi kentang...



Kadangkala terasa seperti mustahil untuk kita menjadi kurus. Pada pendapat saya, ini adalah kerana kebanyakan dari kita terlalu yakin bahawa dengan hanya mengikut satu plan diet atau dengan mengambil satu produk pelansingan boleh menjadikan kita kurus serta merta.

Kebanyakan plan diet dan produk pelansingan memberi jaminan pasti kurus namun tidak semua yang berkesan. Malah banyak yang memberi kesan negatif ke atas kesihatan pengguna.Kebanyakan diet meletakkan larangan yang melampau dan terlalu mengutamakan bahan makanan dari barat. "jangan makan nasi..makan roti sahaja!" "makan cuma sebiji epal untuk satu sajian!" "Cuma minum shakes sebagai pengganti makanan!"

Kita sebagai rakyat malaysia, tidak perlu mengikut 100% diet seperti yang disarankan media barat. Ini kerana makanan yang mereka sarankan adalah mengikut makanan yang mudah didapati di negara barat. Antara makanan yang sering disebut dalam tips berdiet termasuklah buah epal, ikan salmon, strawberry, blueberry, daun2 salad dan sebagainya yang harganya di Malaysia SANGAT mahal.



Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk kuruskan badan?
1. Makan mengikut piramid makanan dan dalam kuantiti yang sihat. 

Setiap hari kita perlukan 3 sajian lengkap untuk memberi tubuh badan kita nutrisi yang cukup untuk kita berkerja dan melakukan aktiviti harian kita dengan sempurna. Ikutlah porsi makanan seperti di atas setiap kali kita makan.

Pastikan separuh dari pinggan kita itu dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Bijirin seperti nasi atau roti hanya 1/4 dari pinggan kita dan baki 1/4 lagi perlu diisi dengan protein seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya. Makanan kita juga perlu mengandungi minyak yang sihat seperti minyak zaitun ataupun minyak kelapa sawit (seperti minyak carotino).

Pilihlah bahan-bahan yang sememangnya sedia ada di negara kita bila memasak. Sayur-sayuran seperti bayam, kobis, kangkung, dan kailan serta buah-buahan tempatan seperti manggis, pisang, betik, mangga dan tembikai juga SANGAT bagus untuk badan. Manakala ikan seperti ikan siakap, ikan patin, ikan merah dan ikan kembung juga berkhasiat tinggi dan cukup untuk memberi nutrien. Bahan-bahan ini jauh lebih murah harganya berbanding makanan yang diimpot dari negara barat sepeti salads, avocado, apple, strawberry, salmon dan sebagainya.

Akhir sekali, antara bahan yang paling penting untuk kita kuruskan badan namun seringkali dipandang ringan ialah minum air secukupnya. Badan kita memerlukan air untuk proses kumbuhan dan oleh kerana cuaca kita di Malaysia ini adalah panas sepanjang tahun, kita perlukan lebih banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.




2. Bersenam secara konsisten
Kebanyakan kita akan terfikir untuk ke gim bila terdengar perkataan bersenam. Setidak-tidaknya pun fikir untuk ke taman rekreasi untuk jogging. Itu akan membuat kita lebih malas untuk bersenam kerana keahlian gim yang mahal dan masa terluang yang diperlukan untuk pegi ke taman rekreasi tersebut.

Sebenarnya, untuk sihat kita cuma perlu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari. Bunyi mcm banyak jerrrr... sebenarnya tidak! Bayangkan, ketika kita bershopping kita berjalan dari kedai ke kedai lain dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Sebenarnya, dari situ sahaja kita mungkin sudah berjalan sehingga 3500 langkah dalam sejam. Untuk menjadikan aktiviti shopping anda lebih sihat, letakkan kereta anda jauh sedikit dari pasaraya yang ingin anda kunjungi dan gunakan tangga bila ingin naik atau turun ke tingkat yang lain.

Namun, untuk kurus kita perlulah bersenam lebih sedikit. Cuma berjalan setiap hari tidak cukup untuk kurus..cuma untuk sihat. Untuk kurus, jadikan pula aktiviti harian kita sebagai senamam. Yang ada anak, boleh bermain dengan anak anda dengan mangangkat mereka berulang-ulang kali atau ketika keluar berjalan-jalan, janganlah diletakkan anak di dalam stroller. Sebaiknya, dukunglah anak anda. Selain kita bersenam secara tidak langsung, kita juga boleh memupuk hubungan yang lebih erat dengan anak.



3. Pastikan nutrisi didalam badan mencukupi
Tahukah anda, apabila kita memasak bahan mentah seperti sayur-sayuran banyak nutrisinya akan hilang sebelum kita sempat memakannya. Suhu tinggi, waktu memasak yang lama dan kuantiti air yang banyak akan menyebabkan pelbagai nutrisi hilang. Vitamin seperti vitamin C, thiamin, riboflavin, vitamin B-6 dan B-12, niacin dan folate akan larut didalam air dengan mudah. Oleh itu, kita juga perlu mengambil nutrisi tambahan dalam bentuk supplements.

Kebolehan badan untuk menyerap nutrien juga akan berkurangan semakin umur kita meningkat. Jadi kita perlukan supplement yang senang diserap badan dan yang tidak mengandungi pengawet, pewarna atau perasa tiruan.



4. Tidur yang cukup
Badan kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan sempurna. Apabila kita kekurangan tidur, fungsi badan akan terjejas kerana kita tidak cukup tenaga dan kekurangan tidur akan menambah stress kepada tubuh kita. Apabila kita tidur, organ-organ di dalam tubuh akan berehat dan sel-sel badan boleh bertukar ganti dengan sempurna. Tidurlah selama 7 hingga 9 jam sehari.



Saya doakan semoga penulisan saya kali ini boleh membantu anda untuk menjadi lebih sihat, insya allah. Badan kita adalah amanah Allah untuk dijaga dengan baik. Marilah kita berusaha untuk menjadi lebih sihat!

[PESANAN PENAJA]

Shaklee ialah jenama produk supplement yang sememangnya menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa bahan pengawet mahupun pewarna dan perasa tiruan.

Untuk membantu anda menguruskan badan, terdapat beberapa produk shaklee yang boleh anda cuba.


Jika orang lain boleh kurus kenapa anda masih mahu gemuk dan obes???

Hubungi saya, Arfah Umar ID #: 959091 Pengedar sah produk Shaklee dengan email: sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/telefon saya di nombor 012-5927912.