Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label shaklee vitamin. Show all posts
Showing posts with label shaklee vitamin. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Info ringkas tentang B-Complex

Vitamin B merupakan sekumpulan vitamin larut dalam air yang penting dalam metabolisma sel.

Supplement B-complex merupakan gabungan beberapa vitamin yang penting untuk tubuh seperti B1(thiamin), B2(riboflovin), B3(niacin), B5(pantothenic acid), B6(pyridoxine), B12(cobalamine), Folic Acid dan Biotin.

Kesemua Vitamin-B ini boleh didapati dalam makanan-makanan seperti:-
- sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, asparagus, tomato dan sawi
- lembu dan ayam
- ikan
- yis dan produk berasaskan yis
- aprikot, kurma dan buah tiin
- susu, keju dan yogurt
- telur
- kekacang
- gandum dan beras

Fungsi dan kebaikan B-Complex termasuklah:-
- Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
- Mengelakkan penyakit beri-beri.
- Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
- Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
- Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
- Mencegah stress.
- Menguatkan antibodi tubuh.
- Amat penting untuk aktiviti metabolisma sel.
- Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
- Diperlukan untuk memproses dan pemulihan sel-sel darah merah.
- Mencegah anemia.

Kekurangan B-Complex pula boleh mengakibatkan simptom2 seperti
- beriberi
- degupan jantung tidak sekata
- edema atau bengkak2
- insomnia
- dermatitis
- depresi atau kemurungan
- anemia (kurang darah merah)
- kurang konsentrasi
- pembetukan sel abnormal

Shaklee menawarkan tablet Vitamin B-Complex yang mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. B-Complex Shaklee ini diperbuat dari sumber semulajadi dan tidak ditambah dengan pengawet, pewarna atau perisa tiruan.



Supplement B-complex ini perlu diambil selepas makan kerana jika diambil ketika perut kosong, is akan terus dibuang melalui air kencing kerana vitamin ini sangat larut di dalam air. Pengguna yang mengambil supplement B-Complex ini juga perlu minum air kosong atau air putih yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3 liter sehari) untuk memastikan tubuh dapat memproses dan menyerap vitamin ini secara efektif.

Antara set-set kesihatan yang melibatkan B-Complex termasuklah set kesuburan wanita, set mengandung, set berpantang, set menyusu, set kesihatan kulit, set alergik dan resdung, set migrain dan juga set kesihatan optima.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Vitamin B-Complex Shakee atau untuk membuat pembelian, hubungi saya sekarang!

Arfah Umar, 
Pengedar Sah Shaklee. ID#: 959091 | Email: sayanak.sayanak@gmail.com | Whatsapp/sms/tel: 0125927912 | FB page: ShakleeAndI | FB account: siti noor arfah

Saturday, 12 October 2013

Kolagen paling HOT di pasaran!

Assalamualaikum. Lama sungguh saya tidak tambah entry baru di si ya. Minta maaf lah semua..lately tersangat lah busy. Dok jadi jetsetter pula kami sekeluarga...asyik travel aje. Harini baru sempat nak meng-update blog. Sempena promosi Shaklee Collagen Powder buy 6 FREE 1 yang shaklee buat untuk bulan Oktober 2013 ini, saya nak cerita sedikit tentang produk ini lah yer.

Mula2..apa itu Shaklee Collagen Powder?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)


Jadi, apa kandungan dalam Shaklee Collagen Powder yang menjadikan produk ni hebat sangat?
Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu nsumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. 
Selain itu, ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu :-
--> Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, 
--> Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal, 
--> Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, 
--> Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata, 
--> Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, 
--> Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

Seterusnya, siapakah yang perlu menggunakan Shaklee Collagen Powder ni?
Semua orang yang berumur 25 tahun ke-atas perlu mula menggunakan Shaklee Collagen Powder tak kira lelaki atau wanita. Ini kerana bermula dari umur itu, tubuh kita sudah tidak efficient dalam menghasilkan kolagen sendiri secara semulajadi. Apa bila ini berlaku, maka berlakulah kesan-kesan penuaan. 

Tanda-tanda bagi orang yang perlu mengambil kolagen termasuklah:-
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
Sempena bulan oktober ini, Shaklee membuat promosi untuk produk Shaklee Collagen Powder ini. Promosinya beli 6 kotak, Percuma 1 kotak. Kalau di ikutkan, harga runcit biasa bagi sekotak kolagen ini ialah RM298. Kini, dengan promosi ini akan akan dapat harga yang melampau-lampau murah! 



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Shaklee Collagen Powder atau untuk membuat pembelian, hubungi saya sekarang!

Arfah Umar, 
Pengedar Sah Shaklee. ID#: 959091Email: sayanak.sayanak@gmail.comWhatsapp/sms/tel: 0125927912FB page: ShakleeAndIFB account: siti noor arfah


Monday, 23 September 2013

Menziarah kebun di syurga

Dari Tsauban r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "barangsiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada di 'Kharfah' sehinggalah dia pulang." Baginda ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan 'Kharfah' itu?" Rasulullah saw bersabda: "Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)". (Riwayat Muslim)

Masya Allah...begitu indahnya Islam, perkara sekecil ini pun ada ganjaran dan hikmah yang besar.

Antara adab-adab yang baik ketika menziarah termasuklah:
1. Berniat menziarahi org sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
2. Memberi nasihat kepadanya agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
3. Bertanyakan tentang ibadatnya: solat dan lain2. Sekiranya dia tidak mampu atau tidak tahu, ajarkan mereka atau bertanyakan kepada org yang pandai.
4. Memendekkan dan menjarakkan waktu ziarah.
5. Menyampaikan ucapan yg baik supaya dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya serta mendoakannya agar lekas sembuh.
Dipetik dari: Majalah i (Sept 2013)

Alang2 kita nk pergi melawat org sakit, apa kata kita bawa sekali supplement shaklee yg mungkin boleh membantu. Shaklee ni supplement..bukan ubat. Jadi kalau tgh makan ubat doktor pun insya allah still boleh ambil. TAPI..sila consult dulu dgn doktor utk memastikan takkan ada conflict atau side effect.

Supplement apa yg boleh bantu org sakit? Ada banyak..

>>kalau org tu ada penyakit kronik mcm canser, diabetes kronik, tekanan darah tinggi teruk, strok, sakit jantung, penyakit2 org berumur dan mcm2 lagi - vivix lah yg terbaik.
>>penyakit jantung atau arteri tersumbat - CoQHealth plus
>>sakit sendi dan tulang - advanced joint health & ostematrix
>>baru lepas operation - zinc, vit-c, vita-lea
>>penyakit kulit - b-complex & vit-e
>>baru lepas bersalin - vita-lea, zinc, vit-c, b-conplex, alfalfa
>>imuniti lemah - vit-c dan nutriferon

Macam2 lagi masalah kesihatan yg boleh dibantu dgn supplement shaklee. Kita cuma perlu ikhtiar..insya allah, tiada penyakit yg tidak dpt diubati selain mati.

Kalau ingin mendapatkan supplement shaklee anda, hubungilah saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee.
ID#: 959091
Email: sayanak.sayanak@gmail.com
Whatsapp/sms/tel: 0125927912
FB page: ShakleeAndI
FB account: siti noor arfah

Tuesday, 10 September 2013

"Fastfood" yang sihat dan penuh nutrisi untuk kanak-kanak!

Sebagai ibu, saya risau sgt sebab anak2 saya makan sometimes macam tak cukup zat dan nutrisi. Makan tu memilih pulak..nak nasi dgn kicap aje..tanak sayur..nak benda2 manis. Mana nak datang zat dan nutrisinya? Sebab tu saya beri anak2 saya MealShakes dari Shaklee.

Saya gelarkannya fastfood yg sihat.Tapi, jangan keliru...kalau fast food biasanya makanan segera yg kurang sihat. Tetapi Mealshakes ni minuman segera yg sangat berkhasiat! Ianya berperisa french vanila..sungguh creamy dan lazat sekali. Tetapi kenapa fastfood atau makanan segera? Sebenarnya, 'segera' disini bermaksud ianya segera diserap dan membekalkan protin berkualiti tinggi yang mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak2 sehingga dewasa



MealShakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin dan mineral penting. Dlm per serving MealShakes ada Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc. 

MealShakes ini sangat sesuai sekiranya anak2 anda jenis yang:
- cerewet dan memilih makanan
- tiada selera makan
- kurang makan sayur dan buah-buahan
- kurang berat badan atau terlalu kurus
- ada masalah kulit seperti eczema dan berparut
- ada masalah sembelit




Namun, mealshake ini tidak disarankan untuk diberi kepada anak2 berusia di bawah umur setahun. Sejak dilahirkan sehingga umur setahun saya tetap sarankan susu ibu sebagai makanan terbaik untuk kanak2 tersebut. Mealshake boleh diberi seminggu 2 atau 3 kali kebapa kanak2 berusia setahun hingga 3 tahun dengan satu sudu teh sekali hidangan. Bagi kanak2 berusia 3 tahun ke atas pula boleh diberi mealshake setiap hari dengan sukatan satu atau dua sudu sekali bancuhan.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Tuesday, 3 September 2013

Bagaimana memilih kolagen?

Assalamualaikum. Maaflah, lama sungguh tak menaip di blog saya ini. Sedikit sibuk sebab adik saya baru bersalin dan tgh berpantang kat rumah ni. Memang meriah! hehe

Oklah, topik yang saya nak sembang harini ialah pasal kolagen. Sekarang ni banyak sungguh org jual kolagen yer. Jadi bagaimana nak pilih kolagen yang terbaik supaya kesannya keatas kulit kita pun terbaik juga?

Ada yang suruh makan rumpai laut..masa jual siap cakap marine kolagen .las2 sepeket rumpai laut jer sampai! huhu..bukan nak mengata tapi just rasa cam tertipu laa sikit kan. dahtu..keluar pulak statement dalam paper.."Rumpai laut tidak mengandungi kolagen". erkkk..tercekik terus. dah dah..tak baik kutuk2 org..astagfirullah.

Anyway, saya ni bukan lah expert dalam kolagen ni. Tapi sebab saya pun perlu guna sebab kulit dan mule menunjukkan tanda2 kurang muda..itu yang mula cari kolagen tu. hehe. Setelah belek2 google, buat comparison sikit..search lagi... saya yakin kolagen shaklee adalah yang terbaik untuk saya. Kenapa? sebab..

1. Shaklee Collagen Powder ialah hasil dari kajian yang memakan masa bertahun lamanya dan mengambil kos berjuta2 untuk mendapat kolagen yang terbaik..yang paling efektif dan juga selamat.

2.Sumbernya ialah dari kolagen marin premium (bukan rumpai laut ya) iaitu ekstrak sisik ikan merah yang diketahui tinggal di laut jauh paling dalam, paling jauh dari pencemaran

3. Berat molekularnya yang paling rendah - 1,000 Dalton yg menyebabkan ia mudah dan pantas diserap ke dalam tubuh. Kebayakan struktur molekul kolagen lain adalah sangat besar.

4. Cara pengambilannya - kena makan/minum kolagen tu. kebanyakan struktur kolagen adalah sgt besar molekulnya jadi kalau takat sapu je atas kulit kolagen tu tak boleh nak tembus masuk.

5. Kesan keatas keseluruhan tubuh - termasuk rambut dan kuku yang akan jadi semakin kuat dan juga akan mengurangkan kesan parut.

6. 7 ramuan tambahan untuk tambah ummphh collagen tersebut seperti vitamin C (utk menggalakkan penghasilan kolagen tubuh dgn semulajadi), vitamin b (untuk tenaga yang diperlukan dalam menghasilkan kolagen oleh tubuh) dan juga lactobasillus acidophilus (untuk menggalakkan penyerapan kolagen plus bagus untuk kesihatan usus)

7. Shaklee sememangnya produk yang dibuat dari 100% bahan semulaji..takde pengawet, takde pewarna tiruan dan takde perasa tiruan. Ini penting untuk memastikan supplement yang kita makan tu tak akan menjadi racun yang boleh mendatangkan kesan buruk di kemudian hari.

8. Sememangnya Shaklee sudah disahkan selamat oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan juga mendapat pengesahan HALAL oleh ISlamic Services of America (ISA) yang telah diikhtifar oleh JAKIM sebagai badan pengeluar sijil Halal yang sah.



Jadi, kenapa masih nak guna produk yang tak pernah dikaji dengan terperinci, dibuat dengan bahan2 sintetik, tidak mendapat kelulusan KKM dan juga tidak pernah disahkan status Halal nya? Semua sebab nak murah? Pada pendapat saya, daripada menggunakan produk2 yang meragukan sebab harganya yang murah...lebih baik tak guna apa2 produk. Confirm takkan jadi racun dalam tubuh kita. Tapi, kulit makin berkedut, berjeragat, kasar, kusam dan semamangnya tak best. hehe. Apa-apa pun, buatlah pilihan bijak semasa memilih produk kecantikan..tak kira lah kolagen ke..cream ke apa. Sentiasa ingit, tubuh badan kita adalah amanah dari Allah..adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya sebaik mungkin. Insya allah!

Eh, laa saya ada buat promosi untuk kolagen rupenya? Hehe. Memang berbaloi harga promosi ni tau. Rugiiii sangat kalau tak ambil peluang ni untuk mencuba Shaklee Collagen Powder. Digabungkan pula dengan ESP, perghhh..memang mantap kesannya. Terus jadi awek muda! 

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Thursday, 22 August 2013

Bantuan bagi penghidap penyakit serious atau susah diubati



KEBAIKAN VIVIX!

  • Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan 
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius 
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung 
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf 
  • Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk 
  • Membantu dlm proses penurunan berat badan 
  • Menyokong kesihatan mata 
  • Meningkatkan kesihatan imum badan 
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan



Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912



Tuesday, 20 August 2013

Saya nak sendi yang sihat!!

Lebih sejuta orang menderita dari penyakit yang berkaitan dengan sendi. Diet seharian kita tidak mampu membekalkan semua nutrisi yang diperlukan untuk sendi yang sihat. Semakin hari, sedikit demi sedikit badan kita hilang kebolehannya untuk memperbaharui struktur "cartilage" atau rawan yang menyelaputi sendi dan tulang. 

Sendi yang Sihat:

  • Menyerap hentakan - membantu memelihara rawan dan tulang
  • memelihara tisu penghubung yang sihat 
  • memberi kekuatan kepada struktur rawan, sendi dan tulang


Sendi yang bermasalah:

  • Rawan menjadi lemah dan rapuh
  • Berlakunya geseran antara tulang yang menyebabkan ketidakselesaan
  • Mengekang pergerakan dan menghadkan mobiliti


Bagaimana menjaga sendi untuk lebih baik dan tahan lama 

  • Menjaga dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Melakukan aktiviti senaman fizikal
  • Berehat bila diperlukan, jangan melakukan kerja yang membebankan sendi
  • Makan makanan yang sihat
  • Mengambil supplemen seperti Advanced Joint Health Tablet


Advanced Joint Health Tablet telah diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang berkesan mengurangkan kesakitan dan masalah-masalah yang dikaitkan dengan kesihatan sendi dan rawan. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi. Ia mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

Advanced Joint Health Tablet telah berjaya membantu ramai orang dengan memberi keselesaan dan kelegaan untuk kesakitan yang dialami. Mengapa anda mahu tunggu lagi? Mengapa anda perlu menderita kesakitan lagi? Cubalah sekarang untuk keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian anda!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912



Sunday, 18 August 2013

Jangan kurus sebab ingin cantik..kurus sebab nak sihat!

Berat badan anda semakin meningkat? BMI anda sudah jauh terkeluar dari tahap sihat? Anda mengalami obesiti? Sudah cuba berdiet tetapi langsung tidak berkesan? Apa kata anda cuba dengan cara sihat?

Cubalah set kurus dari shaklee!! Shaklee diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, TANPA sebarang pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Ianya juga dijamin HALAL dan mendapat pengiktirafan dari Islamic Services of America (yang tersenarai dalam list badan yang diikhtiraf JAKIM).



Dengan Shaklee, anda boleh kurus melalui 3 proses penting iaitu dengan membakar lemak, membuang toksin dan membina otot. Untuk membakar lemak-lemak dalam badan dengan selamat, anda boleh memilih samada produk Omega Guard ataupun Lecithin. Untuk membuang toksin yang telah lama terkumpul dalam badan kita, pilihlah samada produk Alfalfa Complex ataupun Herb-Lax. Akhir sekali, anda perlukan otot-otot di tubuh anda untuk kelihatan sihat dan dengan itu, produk Cinch ataupun ESP adalah produk yang tepat sekali untuk anda. 

Selain dari mengamalkan set kuruskan badan ini, anda juga perlu minum air dengan kuantiti yang cukup. Bagi kita yang tinggal di negara yang beriklim panas, kita sering kehilangan air melalui peluh. Kita perlu minum air sebanyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari semalam. Air sangat penting untuk melawas dan menyingkirkan toksin dalam badan. Lemak-lemak dalam badan juga dapat dikeluarkan melalui air kencing secara semulajadi. Untuk memastikan anda minum air yang mencukupi, saya sarankan anda membeli botol air 2 liter dan pastikan anda habiskan semua air tersebut dalam sehari. 

Tabiat pemakanan anda juga perlulah diubah. Disini bukanlah maksud saya anda perlu makan sayur sahaja atau terus berpantang dari makan nasi atau benda2 berat. Cuma, kurangkanlah sedikit kuantiti makanan ringan dan makanan yang tidak elok untuk badan anda. Makanan yang terlalu berlemak, mengandungi pengawet, pewarna dan perisa tambahan dan yang tidak berkhasiat sememangnya boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh kita. Jadi, kurangkanlah atau buanglah terus makanan tersebut dari menu anda. 

Tubuh badan kita ini ialah amanah kita dari Tuhan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga tubuh badan kita sendiri. Berdoalah dan yang paling penting jangan berhenti berusaha dan berjuang kearah mencapai kesihatan tubuh badan. Insya allah kita semua boleh sihat!

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang set kurus shaklee atau apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912

Saya nak bebas dari resdung!!

Assalamualaikum semua! Lama sungguh saya tidak menulis entry baru. Maklumlah, sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Asyik travel dan makan. hehe. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pemabca.

Di peluang yang ada ni saya ingin bercerita pula tentang bagaimana anda boleh bebas dari kegatalan, hidung asyik berair, asyik bersin2, sering sakit kepala dan macam-macam lagi yang sering dikaitkan dengan RESDUNG.

Pertama sekali...apa itu resdung??? Seringkali kita terdengar penyakit ini dikaitkan dengan org yang sering mengalami simptom-simptom seperti gatal-gatal, tersumbat hidung, hidung berair, sakit kepala, berkahak dan macam-macam lagi..namun apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita bertindak sedemikian?

Sebenarnya, resdung itu sendiri ialah tindak balas badan kita terhadap bahan-bahan yang sebenarnya kita alah dengannya. Ya, sebenarnya apa yang kita alami itu ialah simptom-simptom alahan. Antara benda-benda yang mungkin "trigger" atau menyebabkan alahan tersebut mungkin terdiri daripada:
- makanan laut
- bijirin dan kekacang
- habuk
- bulu binatang
- asap 
- debu dan hama
- parasit
- kutu



Bagaimana pula untuk mencegah penyakit ini?? Sebelum ini, antara perkara-perkara yang selalu dicadangkan ialah dengan mengelak/menjauhkan diri dari perkara-perkara yang menyebabkan kita alergik itu. Ini bermakna, jangan pelihara haiwan berbulu, jangan makan seafood, jangan makan kekacang dan perlu berwaspada dengan setiap yang kita lakukan agar tidak berdekatan, tersentuh atau termakan dengannya.

Namun kini, anda tidak perlu lagi terlalu fobia dan trauma dengan perkara2 yang menyebabkan tindakan alergik ini. Apa kata anda cuba set resdung/alergik dari Shaklee?? Sudah ramai mencubanya dan hasilnya sungguh menakjubkan. Yang tidak boleh makan udang dan sotong...sekarang boleh makan tanpa perlu risau kesannya! Yang tidak boleh terkena habuk..sekarang tidak perlu fobia lagi!

Untuk sebarang pertanyaan atau untuk harga istimewa, hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel : 012-5927912



Monday, 5 August 2013

Mustahil untuk kita kurus!!

Sudah terlalu banyak tip berdiet dan produk slimming yang anda cuba..namun tiada hasilnya?

Mungkin ada produk yang berjaya membuat anda kurus..tetapi berat badan naik mendadak selepas anda berhenti menggunakan produk tersebut?

Kian lama berat badan semakin naik. Figure juga sudah seperti ubi kentang...



Kadangkala terasa seperti mustahil untuk kita menjadi kurus. Pada pendapat saya, ini adalah kerana kebanyakan dari kita terlalu yakin bahawa dengan hanya mengikut satu plan diet atau dengan mengambil satu produk pelansingan boleh menjadikan kita kurus serta merta.

Kebanyakan plan diet dan produk pelansingan memberi jaminan pasti kurus namun tidak semua yang berkesan. Malah banyak yang memberi kesan negatif ke atas kesihatan pengguna.Kebanyakan diet meletakkan larangan yang melampau dan terlalu mengutamakan bahan makanan dari barat. "jangan makan nasi..makan roti sahaja!" "makan cuma sebiji epal untuk satu sajian!" "Cuma minum shakes sebagai pengganti makanan!"

Kita sebagai rakyat malaysia, tidak perlu mengikut 100% diet seperti yang disarankan media barat. Ini kerana makanan yang mereka sarankan adalah mengikut makanan yang mudah didapati di negara barat. Antara makanan yang sering disebut dalam tips berdiet termasuklah buah epal, ikan salmon, strawberry, blueberry, daun2 salad dan sebagainya yang harganya di Malaysia SANGAT mahal.



Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk kuruskan badan?
1. Makan mengikut piramid makanan dan dalam kuantiti yang sihat. 

Setiap hari kita perlukan 3 sajian lengkap untuk memberi tubuh badan kita nutrisi yang cukup untuk kita berkerja dan melakukan aktiviti harian kita dengan sempurna. Ikutlah porsi makanan seperti di atas setiap kali kita makan.

Pastikan separuh dari pinggan kita itu dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Bijirin seperti nasi atau roti hanya 1/4 dari pinggan kita dan baki 1/4 lagi perlu diisi dengan protein seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya. Makanan kita juga perlu mengandungi minyak yang sihat seperti minyak zaitun ataupun minyak kelapa sawit (seperti minyak carotino).

Pilihlah bahan-bahan yang sememangnya sedia ada di negara kita bila memasak. Sayur-sayuran seperti bayam, kobis, kangkung, dan kailan serta buah-buahan tempatan seperti manggis, pisang, betik, mangga dan tembikai juga SANGAT bagus untuk badan. Manakala ikan seperti ikan siakap, ikan patin, ikan merah dan ikan kembung juga berkhasiat tinggi dan cukup untuk memberi nutrien. Bahan-bahan ini jauh lebih murah harganya berbanding makanan yang diimpot dari negara barat sepeti salads, avocado, apple, strawberry, salmon dan sebagainya.

Akhir sekali, antara bahan yang paling penting untuk kita kuruskan badan namun seringkali dipandang ringan ialah minum air secukupnya. Badan kita memerlukan air untuk proses kumbuhan dan oleh kerana cuaca kita di Malaysia ini adalah panas sepanjang tahun, kita perlukan lebih banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.




2. Bersenam secara konsisten
Kebanyakan kita akan terfikir untuk ke gim bila terdengar perkataan bersenam. Setidak-tidaknya pun fikir untuk ke taman rekreasi untuk jogging. Itu akan membuat kita lebih malas untuk bersenam kerana keahlian gim yang mahal dan masa terluang yang diperlukan untuk pegi ke taman rekreasi tersebut.

Sebenarnya, untuk sihat kita cuma perlu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari. Bunyi mcm banyak jerrrr... sebenarnya tidak! Bayangkan, ketika kita bershopping kita berjalan dari kedai ke kedai lain dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Sebenarnya, dari situ sahaja kita mungkin sudah berjalan sehingga 3500 langkah dalam sejam. Untuk menjadikan aktiviti shopping anda lebih sihat, letakkan kereta anda jauh sedikit dari pasaraya yang ingin anda kunjungi dan gunakan tangga bila ingin naik atau turun ke tingkat yang lain.

Namun, untuk kurus kita perlulah bersenam lebih sedikit. Cuma berjalan setiap hari tidak cukup untuk kurus..cuma untuk sihat. Untuk kurus, jadikan pula aktiviti harian kita sebagai senamam. Yang ada anak, boleh bermain dengan anak anda dengan mangangkat mereka berulang-ulang kali atau ketika keluar berjalan-jalan, janganlah diletakkan anak di dalam stroller. Sebaiknya, dukunglah anak anda. Selain kita bersenam secara tidak langsung, kita juga boleh memupuk hubungan yang lebih erat dengan anak.



3. Pastikan nutrisi didalam badan mencukupi
Tahukah anda, apabila kita memasak bahan mentah seperti sayur-sayuran banyak nutrisinya akan hilang sebelum kita sempat memakannya. Suhu tinggi, waktu memasak yang lama dan kuantiti air yang banyak akan menyebabkan pelbagai nutrisi hilang. Vitamin seperti vitamin C, thiamin, riboflavin, vitamin B-6 dan B-12, niacin dan folate akan larut didalam air dengan mudah. Oleh itu, kita juga perlu mengambil nutrisi tambahan dalam bentuk supplements.

Kebolehan badan untuk menyerap nutrien juga akan berkurangan semakin umur kita meningkat. Jadi kita perlukan supplement yang senang diserap badan dan yang tidak mengandungi pengawet, pewarna atau perasa tiruan.



4. Tidur yang cukup
Badan kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan sempurna. Apabila kita kekurangan tidur, fungsi badan akan terjejas kerana kita tidak cukup tenaga dan kekurangan tidur akan menambah stress kepada tubuh kita. Apabila kita tidur, organ-organ di dalam tubuh akan berehat dan sel-sel badan boleh bertukar ganti dengan sempurna. Tidurlah selama 7 hingga 9 jam sehari.



Saya doakan semoga penulisan saya kali ini boleh membantu anda untuk menjadi lebih sihat, insya allah. Badan kita adalah amanah Allah untuk dijaga dengan baik. Marilah kita berusaha untuk menjadi lebih sihat!

[PESANAN PENAJA]

Shaklee ialah jenama produk supplement yang sememangnya menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa bahan pengawet mahupun pewarna dan perasa tiruan.

Untuk membantu anda menguruskan badan, terdapat beberapa produk shaklee yang boleh anda cuba.


Jika orang lain boleh kurus kenapa anda masih mahu gemuk dan obes???

Hubungi saya, Arfah Umar ID #: 959091 Pengedar sah produk Shaklee dengan email: sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/telefon saya di nombor 012-5927912.



Sunday, 4 August 2013

Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 3

Di sini saya akan menceritakan tentang rawatan dan usaha yang telah mak saya lakukan untuk kembali sihat setelah disahkah menghidap penyakit canser. Jika anda ingin baca dari awal cerita ini, sila klik disini.

Mak saya telah disahkan menghidap canser dan telah disarankan agar menjalani rawatan chemoteraphy, radioteraphy dan juga masectomy untuk membuang tumor yang ada.

Apa yang telah kami lakukan?
Pertama sekali, kami mengikut rawatan yang telah disarankan oleh doktor. Sehebat mana pun kita membuat kajian di internet, doktor-doktor ini jauh lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam melawan penyakit canser ini. Jadi, ikutlah rawatan yang telah doktor sarankan.

Namun begitu, kita juga perlu usaha habis-habisan dan berikhtiar mencuba setiap jalan yang ada untuk sembuh. Jangan berserah kepada doktor semata-mata. Biarkan doktor buat apa yang dia pandai buat, kita ikhtiar pula cari lain untuk membantu proses rawatan.

Setelah membuat sedikit kajian di internet, saya mendapati bahawa terdapat makanan yang perlu dijauhi kerana makanan ini menjadi "makanan" kepada sel canser dan boleh membuat sel canser ini bercambah. Dan, terdapat juga makanan yang perlu dimakan kerap kerana makanan ini mengandungi elemen-elemen yang boleh membunuh sel-sel canser.

Jadi, langkah pertama dalam melawan canser..JAGA PEMAKANAN.

Makanan yang PERLU dijauhi:- 

1. Gula
2. Daging merah (daging lembu, kambing dan sebagainya)
3. Susu
Makanan yang boleh juga dijauhi:-
4. Makanan ringan dan "fast food"
5. Makanan yang dijeruk atau diperam
6. Makanan yang telah dipanaskan berulang kali
7. Makanan yang mengandungi yis (seperti roti)
8. Makanan yang dicuci dengan peluntur (bleached food) untuk memutihkannya

Makanan yang PERLU dimakan dengan kerap:-

1. *Sayur-sayuran seperti:
     - brocolli
     - carrot
     - kubis
     - ubi bit (beetroot)
     - bunga kubis (cauliflower)
     - bawang putih
     - bayam
     - cili
     - tomato
     **apa-apa sayuran yang berwarna terang adalah sangat bagus
2. *Buah-buahan seperti:
     - buah naga
     - delima
     - pisang
     - apple
     - limau
     - buah beri (strawberry, blueberry, blackberry dan sebagainya)
     - tin
     - kurma
     - mangga
     - manggis
     - betik
(*pastikan anda mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut dengan elok kerana kebenyakannya dipenuhi racun perosak dan baja yang merbahaya)
3. Rumpai laut (seaweed)
4. Kekacang (almond, hazelnut, pistachio dan sebagainya)
5. Produk soya (tauhu, fuchuk, air soya dan sebagainya)
6. Teh hijau
7. Ikan (salmon, kembung, haruan..se-eloknya carilah ikan yang organis dan bukan dibela)

Selain makanan yang telah saya sebutkan di atas, saya juga telah membeli produk Vivix dari Shaklee. Untuk membaca sedikit penerangan tentang Vivix, sila klik disini. Setelah beratus testimoni yang telah saya baca di internet tentang Vivix, saya membuat keputusan untuk membeli produk ini sebagai ikhtiar demi merawat penyakit canser mak saya. Harganya saya akui agak mahal tetapi saya sanggup mencuba kerana rata2 testimoni menceritakan bagaimana Vivix membantu menyambuhkan pelbagai jenis penyakit.

Vivix ini adalah satu formula konsentrasi yang mengandungi anti-oksida yang saaaaangat tinggi. Satu hari cuma perlu meminum satu sudu teh dan sebotol boleh bertahan lebih kurang sebulan. Memang berbaloi membeli vivix kerana produk ini sangat bagus dalam membantu sel2 badan "regenerate".

Langkah kedua dalam melawan canser ialah BERSENAM.
Kita sebenarnya sangat kurang bersenam. Antara alasannya ialan tiada masa untuk bersenam dan ada juga yang menjadikan alasan yuran gim yang mahal membuatnya tidak bersenam. Sebenarnya, bersenam itu sesuatu yang sangat penting. Tidak perlu ke gim untuk bersenam. Malahan tidak perlu berlari maraton mahupun mengangkat berat untuk bersenam. Cuma perlu berjalan...Ya! BERJALAN dengan perlahan setiap hari sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari sudah cukup untuk menyihatkan tubuh badan kita. Tiada alasan untuk kita tidak berjalan (kecuali kalau kita tiada kaki atau lumpuh kakinya).

Langkah ketiga dan yang saya rasa PALING PENTING ialah....BERDOA! Tuhan lah yang telah menguji kita dengan penyakit ini dan hanya Dia yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut. Jika sebelum ini kita tidak pernah solat...ambillah air wudhuk dan bersolat lah. Masih tidak terlambat untuk kita mengadu dan berserah kepada-Nya. Rajin-rajin lah melakukan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, bersedekah, membaca al-quran dan sebagainya. Insya allah, setial amalan tersebut akan membantu kita dalam proses penyembuhan dari penyakit.

Alhamdulillah, sekarang mak saya makin pulih dan harapan untuk dia muncul sebagai wira dalam perjuangan melawan canser ini sangat cerah. Saya harap pengalaman kami sekeluarga melawan penyakit canser ini dapat membantu anda. Segala yang baik-baik itu dari Allah dan segala kekurangan itu adalah dari saya sendiri.

Jika anda berminat untuk mencuba Vivix, sila hubungi saya, Arfah Umar di email - sayanak.sayanak@gmail.com atau hubungi menerusi whatsapp/sms/telefon di nombor 012-5927912.





Saturday, 3 August 2013

Saya nak rasai kehebatan Vivix

Apa itu Vivix?
Produk Vivix™ dari Shaklee merupakan satu penemuan menakjubkan bagi membantu melambatkan penuaan di peringkat sel. Saintis dari Shaklee telah menghabiskan masa bertahun lamanya untuk menyelidik dan mencipta formula khas Vivix yang mengandungi kandungan Resveratrol tinggi.




Apakah bahan utama Vivix?
Antara ramuan istimewa vivix ini ialah anggur Muscadine dari eropah yang mengandunyi kandungan Polyphenol yang tinggi. Pasti anda sering dengar org barat yang mengagungkan "red wine" dan sering mengatakan bahawa ianya bagus untuk kesihatan badan. Nah..dengan Vivix ini, kita juga dapat memperoleh khasiat seperti mereka namun tidak perlu meminum walau sedeguk pun arak tersebut. Anggur Muscadine ini mengandungi 6 kali ganda kandungan Resveratrol (bahan penting dalam Polyphenol) berbanding anggur biasa yang bertindak sebagai anti-oksida.
















Apakah kebaikan Vivix?
- ianya bertindak ke-atas sel-sel badan dengan melindungi DNA sel tubuh kita dari radikal bebas dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Dengan ini ianya secara langsung membantu melambatkan proses penuaan dari peringkat sel.

- membantu meingkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular badan. (sangat bagus bagi pesakit jantung)

- melindungi badan dari penyakit dan melawan penyakit dengan kandungan anti-oksida yang tinggi. (membantu pesakit kanser melawan sel-sel kanser)

- senang diserap kedalam sel badan kerana ianya dalam bentuk cecair berbanding menelan pill yang mengambil masa yang lama untuk diurai. (sangat bagus untuk warga tua kerana sistem pencernaan mereka semakin lemah)

JIka anda ingin mencuba vivix, jangan segan silu..hubungi saya - Arfah Umar melalui email sayanak.sayanak@gmail.com atau whatsapp/sms/telefon saya di 012-5927912.


Friday, 2 August 2013

Saya nak kulit sihat!!!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Saya doakan semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya..insya Allah. Baiklah, produk pertama yang ingin saya perkenalkan kepada anda ialah Shaklee Collagen Powder.




Kenapa saya promote produk ini? Sebab utamanya ialah saya pun guna produk ini dan ternyata ia berkesan untuk saya. Kulit saya mmg bermasalah...kering, tona tak sekata dan sering terkupas dan berkuping. Banyak produk saya guna tapi sebab kulit saya sensitif, selalunya akan jadi ok sekejap tapi after a while akan jadi laaaagi teruk. Kulit jadi nipis dan mula pedih2..pecah2 dan memang tak selesa. Sebab tu, saya memang tak guna produk kecantikan walaupun banyak dah beli dan ada dirumah.

Tak tahu kenapa, saya terbuka hati untuk mencuba collagen Shaklee ini. Setelah 3 hari guna produk ini saya sudah boleh rasa dan nampak perbezaannya. Kulit saya jadi licin dan lembut. Kalau dulu di sekeliling hidung dan tepi mulut saya sedikit gelap..sekarang tona dan sekata. Alhamdulillah Shaklee Collgen Powder berkesan membuat kulit saya lebih sihat. Bagi saya itu yang lebih penting..kulit yang sihat.

Kalau ada sesiapa yang ingin merasai kehebatan Shaklee Collagen powder ini sila hubungi saya melalui facebook saya siti noor arfah, email saya sayanak.sayanak@gmail.com ataupun whatsapp/telefon saya dengan nombor 012-5927912.

Semoga kulit anda juga insya allah menjadi lebih cerah, licin, gebu dan yang paling penting..lebih sihat!

Lots of Love,
Arfah Umar