Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label kanser payudara. Show all posts
Showing posts with label kanser payudara. Show all posts

Sunday, 4 August 2013

Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 3

Di sini saya akan menceritakan tentang rawatan dan usaha yang telah mak saya lakukan untuk kembali sihat setelah disahkah menghidap penyakit canser. Jika anda ingin baca dari awal cerita ini, sila klik disini.

Mak saya telah disahkan menghidap canser dan telah disarankan agar menjalani rawatan chemoteraphy, radioteraphy dan juga masectomy untuk membuang tumor yang ada.

Apa yang telah kami lakukan?
Pertama sekali, kami mengikut rawatan yang telah disarankan oleh doktor. Sehebat mana pun kita membuat kajian di internet, doktor-doktor ini jauh lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam melawan penyakit canser ini. Jadi, ikutlah rawatan yang telah doktor sarankan.

Namun begitu, kita juga perlu usaha habis-habisan dan berikhtiar mencuba setiap jalan yang ada untuk sembuh. Jangan berserah kepada doktor semata-mata. Biarkan doktor buat apa yang dia pandai buat, kita ikhtiar pula cari lain untuk membantu proses rawatan.

Setelah membuat sedikit kajian di internet, saya mendapati bahawa terdapat makanan yang perlu dijauhi kerana makanan ini menjadi "makanan" kepada sel canser dan boleh membuat sel canser ini bercambah. Dan, terdapat juga makanan yang perlu dimakan kerap kerana makanan ini mengandungi elemen-elemen yang boleh membunuh sel-sel canser.

Jadi, langkah pertama dalam melawan canser..JAGA PEMAKANAN.

Makanan yang PERLU dijauhi:- 

1. Gula
2. Daging merah (daging lembu, kambing dan sebagainya)
3. Susu
Makanan yang boleh juga dijauhi:-
4. Makanan ringan dan "fast food"
5. Makanan yang dijeruk atau diperam
6. Makanan yang telah dipanaskan berulang kali
7. Makanan yang mengandungi yis (seperti roti)
8. Makanan yang dicuci dengan peluntur (bleached food) untuk memutihkannya

Makanan yang PERLU dimakan dengan kerap:-

1. *Sayur-sayuran seperti:
     - brocolli
     - carrot
     - kubis
     - ubi bit (beetroot)
     - bunga kubis (cauliflower)
     - bawang putih
     - bayam
     - cili
     - tomato
     **apa-apa sayuran yang berwarna terang adalah sangat bagus
2. *Buah-buahan seperti:
     - buah naga
     - delima
     - pisang
     - apple
     - limau
     - buah beri (strawberry, blueberry, blackberry dan sebagainya)
     - tin
     - kurma
     - mangga
     - manggis
     - betik
(*pastikan anda mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut dengan elok kerana kebenyakannya dipenuhi racun perosak dan baja yang merbahaya)
3. Rumpai laut (seaweed)
4. Kekacang (almond, hazelnut, pistachio dan sebagainya)
5. Produk soya (tauhu, fuchuk, air soya dan sebagainya)
6. Teh hijau
7. Ikan (salmon, kembung, haruan..se-eloknya carilah ikan yang organis dan bukan dibela)

Selain makanan yang telah saya sebutkan di atas, saya juga telah membeli produk Vivix dari Shaklee. Untuk membaca sedikit penerangan tentang Vivix, sila klik disini. Setelah beratus testimoni yang telah saya baca di internet tentang Vivix, saya membuat keputusan untuk membeli produk ini sebagai ikhtiar demi merawat penyakit canser mak saya. Harganya saya akui agak mahal tetapi saya sanggup mencuba kerana rata2 testimoni menceritakan bagaimana Vivix membantu menyambuhkan pelbagai jenis penyakit.

Vivix ini adalah satu formula konsentrasi yang mengandungi anti-oksida yang saaaaangat tinggi. Satu hari cuma perlu meminum satu sudu teh dan sebotol boleh bertahan lebih kurang sebulan. Memang berbaloi membeli vivix kerana produk ini sangat bagus dalam membantu sel2 badan "regenerate".

Langkah kedua dalam melawan canser ialah BERSENAM.
Kita sebenarnya sangat kurang bersenam. Antara alasannya ialan tiada masa untuk bersenam dan ada juga yang menjadikan alasan yuran gim yang mahal membuatnya tidak bersenam. Sebenarnya, bersenam itu sesuatu yang sangat penting. Tidak perlu ke gim untuk bersenam. Malahan tidak perlu berlari maraton mahupun mengangkat berat untuk bersenam. Cuma perlu berjalan...Ya! BERJALAN dengan perlahan setiap hari sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari sudah cukup untuk menyihatkan tubuh badan kita. Tiada alasan untuk kita tidak berjalan (kecuali kalau kita tiada kaki atau lumpuh kakinya).

Langkah ketiga dan yang saya rasa PALING PENTING ialah....BERDOA! Tuhan lah yang telah menguji kita dengan penyakit ini dan hanya Dia yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut. Jika sebelum ini kita tidak pernah solat...ambillah air wudhuk dan bersolat lah. Masih tidak terlambat untuk kita mengadu dan berserah kepada-Nya. Rajin-rajin lah melakukan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, bersedekah, membaca al-quran dan sebagainya. Insya allah, setial amalan tersebut akan membantu kita dalam proses penyembuhan dari penyakit.

Alhamdulillah, sekarang mak saya makin pulih dan harapan untuk dia muncul sebagai wira dalam perjuangan melawan canser ini sangat cerah. Saya harap pengalaman kami sekeluarga melawan penyakit canser ini dapat membantu anda. Segala yang baik-baik itu dari Allah dan segala kekurangan itu adalah dari saya sendiri.

Jika anda berminat untuk mencuba Vivix, sila hubungi saya, Arfah Umar di email - sayanak.sayanak@gmail.com atau hubungi menerusi whatsapp/sms/telefon di nombor 012-5927912.





Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 2

Mari saya sambung kisah kami sekeluarga melawan canser. Ya, kami sekeluarga...walaupun cuma seorang yang terkena penyakit canser..tetapi bila nak lawan penyakit ini, memang SEMUA ahli keluarga perlu berganding bahu melawan penyakit ini.

Di mana saya..oh ya, kami sekeluarga dapat tahu yang mak menghidap kanser payudara..malignant! Belum baca cerita ini dari mula? Baca disini.

Apa saya sebagai anak, boleh lakukan?
Pertama sekali...walau macam mana sedih dan takut dan hancur perasaan kita...TOLONGLAH jangan tunjukkan sangat perasaan kita kepada pesakit canser tersebut. Kita yang kena sentiasa positif..kena pasang niat dan yakin bahawa dia (mak saya) akan sembuh dari penyakit ini. Saya tahu, walaupun mak saya tak tunjukkan perasaan dia, di dalam hati betapa takutnya dia. Jadi kitalah yang kena extra strong dan yakinkan dia bahawa dia tentu boleh sembuh. Jika beratus ribu orang lain boleh sembuh dan boleh menyambung kehidupan selepas terkena canser..mengapa mak kita tak boleh?? Selalulah cakap pada dia dan yakinkan dia, penyakit ini bukan lah penamat..this is not the end.

Kedua, buat penyelidikan sendiri tentang penyakit canser tersebut. Walaupun kita ni bukan doktor dan tiada pengetahuan dalam bidang perubatan, tak bermakna kita boleh lepas tangan macam tu aje. Cuba google dan cari sedikit sebanyak tentang penyakit canser ni. Sedikit sebanyak kita tahu apa yang berlaku, apa yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan bagi membantu pesakit.

Apa itu canser?
Canser terjadi akibat mutasi atau perubahan abnormal yang berlaku di dalam gen yang bertanggungjawab memastikan sel tubuh berkembang dan membesar dengan sihat. Sepatutnya sel2 kita berkembang dan silih berganti apabila sel lama mati. Namun, apabila berlaku mutasi sel, sel2 yang sepatutnya dibuang, masih lagi membesar dan bertambah manakala sel2 yang sepatutnya berkembang, menjadi terbantut. Sel2 yang rosal tersebut bercambah dan inilah yang membentuk tumor atau ketumbuhan.

Apakah rawatan yang perlu dijalani?
Doktor telah menasihati mak saya agar menjalani rawatan chemoteraphy dahulu bagi mengecilkan sedikit tumor mak saya kerana saiznya agak besar dan terdapat beberapa ketulan yang bebeza saiznya. Mak saya juga akan dibedah untuk membuang sebahagian besar tumornya itu dan kemudiannya dia juga perlu menjalani radiotherapy. 

Apakah rawatan yang mak saya jalani untuk sihat semula? Nantikan pula di post yang seterusnya - Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 3.

Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 1

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak sharekan cerita bagaimana ibunda tercinta saya melawan canser payudara dan alhamdulillah semakin hari semakin sembuh.

Bagaimana dapat tahu? 
Mak saya mula perasan bahawa payudaranya sebelah kanan sedikit membesar berbanding payudara kirinya. pada mulanya dia abaikan aje sebab kalau diikutkan memang sejak asal lagi payudara memang tidak sama saiz. Setelah beberapa ketika makin membesar pula payudara kanannya itu. Dia mula rasa pelik dan mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

Apa yang doktor buat?
Mula-mula doktor suruh buat mammogram. Keputusannya menunjukkan ada kawasan yg seperti ada ketulan. "Ini yang kita tak suka ni.." keluh doktor tersebut. Mak saya dah mula rasa risau. Doktor suruh pula mak saya buat ultrasound untuk ketahui saiz sebenar dan sejauh mana ketulan itu merebak.

Gambar sekadar hiasan..ini bukan mak saya. 
Keputusannya???
Keputusannya menunjukkan bahawa terdapat beberapa ketulan tumor didalam payudara mak saya. kemudiannya doktor membuat biopsy untuk mengambil sedikit sel2 dari tumor tersebut untuk melihat jika tumor itu merbahaya atau tidak.

Setelah lebih kurang seminggu, mak saya diberitahu untuk pergi mengambil keputusan biopsi dan bertemu dengan doktor. Keputusannya SANGAT mengejutkan kami sekeluarga. Tumor mak saya itu malignant..atau bahasa senang faham...sel yang bahaya dan boleh merebak dengan cepat.

Hancur perasaan saya dan adik-adik. tak pernah kami bayangkan perkara sebegini berlaku kepada kami sekeluarga. Sebelum ini, memang keluarga kami tidak pernah ada orang yang terkena penyakit canser ini. Darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung..ya, pernah ahli keluarga diuji dengan penyakit tersebut. tetapi kanser memang tak pernah terlintas pun dalam pemikiran kami sekeluarga.

Apa berlaku seterusnya? Akan saya sambung didalam Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 2