Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak sharekan cerita bagaimana ibunda tercinta saya melawan canser payudara dan alhamdulillah semakin hari semakin sembuh.
Bagaimana dapat tahu?
Mak saya mula perasan bahawa payudaranya sebelah kanan sedikit membesar berbanding payudara kirinya. pada mulanya dia abaikan aje sebab kalau diikutkan memang sejak asal lagi payudara memang tidak sama saiz. Setelah beberapa ketika makin membesar pula payudara kanannya itu. Dia mula rasa pelik dan mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.
Apa yang doktor buat?
Mula-mula doktor suruh buat mammogram. Keputusannya menunjukkan ada kawasan yg seperti ada ketulan. "Ini yang kita tak suka ni.." keluh doktor tersebut. Mak saya dah mula rasa risau. Doktor suruh pula mak saya buat ultrasound untuk ketahui saiz sebenar dan sejauh mana ketulan itu merebak.
Gambar sekadar hiasan..ini bukan mak saya. |
Keputusannya menunjukkan bahawa terdapat beberapa ketulan tumor didalam payudara mak saya. kemudiannya doktor membuat biopsy untuk mengambil sedikit sel2 dari tumor tersebut untuk melihat jika tumor itu merbahaya atau tidak.
Setelah lebih kurang seminggu, mak saya diberitahu untuk pergi mengambil keputusan biopsi dan bertemu dengan doktor. Keputusannya SANGAT mengejutkan kami sekeluarga. Tumor mak saya itu malignant..atau bahasa senang faham...sel yang bahaya dan boleh merebak dengan cepat.
Hancur perasaan saya dan adik-adik. tak pernah kami bayangkan perkara sebegini berlaku kepada kami sekeluarga. Sebelum ini, memang keluarga kami tidak pernah ada orang yang terkena penyakit canser ini. Darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung..ya, pernah ahli keluarga diuji dengan penyakit tersebut. tetapi kanser memang tak pernah terlintas pun dalam pemikiran kami sekeluarga.
Apa berlaku seterusnya? Akan saya sambung didalam Saya nak lawan canser..dan menang! - Bahagian 2
0 comments:
Post a Comment