Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label penyakit jantung. Show all posts
Showing posts with label penyakit jantung. Show all posts

Saturday, 30 November 2013

Wanita muda tetapi risiko penyakit jantung yang tinggi!

Anda wanita muda? tahukah bahawa anda juga mungkin berisiko terkena penyakit jantung.

John Hopkins, salah satu pusat penyelidikan terkenal di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengeluarkan statement bahawa "Wanita berumur bawah 60 tahun dan ada penyakit kencing manis atau diabetes adalah berisiko tinggi untuk terkena penyakit jantung". Hasil penyelidikan yang dijalankan di institut tersebut mendapati bahawa wanita muda dan pertengahan umur dengan penyakit diabetes "Type 2" adalah sangat berisiko tinggi kepada penyakit koronari arteri berbanding yang diketahui sebelum ini.

Secara amnya, wanita berumur bawah 60 tahun adalah berisiko rendah untuk penyakit koronari arteri berbanding lelaki di usia yang sama. Namun, jika wanita dalam lingkungan usia tersebut mempunyai penyakit kencing manis, risiko untuk mereka terkena penyakit jantung meningkat sebanyak EMPAT kali ganda! Ini menyebabkan wanita (tidak kira usia) yang mempunyai kencing manis haruslah berjaga-jaga kerana kebarangkalian mereka ini terkena penyakit jantung adalah tinggi.

Walaupun lelaki secara amnya dilaporkan lebih kerap terkena penyakit jantung berbanding wanita, penyelidikan ini mendapati bahawa jika mereka menghidap penyakit kencing manis, risiko untuk penyakit jantung hampir tiada bezanya.

Penyelidikan yang dilakukan ini yang pertama memberi fokus secara terperinci kepada perbezaan dari segi jantina dikalangan mereka yang masih muda ataupun pertengahan usia yang memang ada penyakit kencing manis. Lebih dari 10,000 orang telah terlibat dalam penyelidikan ini dan kesemua mereka tiada sejarah penyakit jantung dalam keluarga. Penyelidikan ini membuktikan bahawa walaupun tanpa genetik penyakit jantung, seseorang wanita itu juga berisiko untuk penyakit jantung sekiranya terkena penyakit kencing manis.

Penyakit jantung sudah diketahui merupakan pembunuh no. 1 dikalangan penduduk di Malaysia dan ramai yang masih tidak tahu bahawa lebih ramai wanita yang mati akibat penyakit ini sekarang. Jadi, jika anda seorang wanita dan anda atau orang yang anda sayangi diketahui ada penyakit kencing manis, segeralah bertindak. Lakukanlah perubahan pada cara hidup anda agar anda tidak termasuk dalam statistik kematian akibat penyakit merbahaya ini.

Antara saranan yang seringkali diberi dan saya rasa akan sangat membantu adalah dengan menjaga pemakanan - makan makanan seimbang, bersenam secara konsisten, kurangkan stress dalam kehidupan, dapatkan tidur yang secukupnya dan yang paling penting...tingkatkan amalan rohani dan banyakkan berdoa, berzikir dan melakukan ibadah. Kita hanya boleh merancang...namun segala yang akhirnya berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.

Semoga entri kali ini dapat membantu anda dalam misi untuk meningkatkan tahap kesihatan anda!

Lots of Love,
Arfah Umar


Friday, 27 September 2013

7 langkah untuk mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok) sering kali dikaitkan dengan kaum lelaki, warga emas dan golongan berpendapatan tinggi. Namun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa penyakit kardiovaskular merupakan penyebab kematian nombor satu di hospital-hospital kerajaan.

Ia menyumbang kepada 25.6% dari jumlah kematian bagi tahun 2011, dan turut menyebabkan satu dalam empat kematian wanita di Malaysia.

Pencegahan penyakit kardiovaskular dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula dari awal iaitu dengan mengaktifkan diri setiap hari dan mengamalkan pemakanan sihat. Makanan segera, kekerapan makan di luar rumah dan tempoh masa yang lama dihabiskan di hadapan televisyen dan gajet-gajet IT dan komunikasi telah dikenalpasti sebagai faktor risiko kepada masalah obesiti, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Peranan ibu bapa amat penting dalam memupuk budaya hidup sihat kerana ibu bapalah yang mencorakkan tingkah laku anak dalam aspek kesihatan. Terapkan amalan pemakanan yang sihat di mana jua berada baik ketika di rumah atau di luar rumah. Galakkan dan sertailah aktiviti fizikal bersama anak-anak.

7 Langkah untuk mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular:

1.Kekal aktif setiap hari. Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu dengan intensiti sederhana;
 
2. Kekalkan BMI unggul sebanyak 18.0 hingga 22.9 kg/m2, dan ketahuilah bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% setiap minggu mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes;
 
3. Kurangkan garam kepada kurang dari 5 gram sehari (bersamaan dengan 1 sudu teh), gula dan lemak dalam diet harian anda dan lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pinggan hidangan anda. Makanlah mengikut keperluan kalori harian anda kerana keseimbangan keperluan kalori dan tahap aktiviti fizikal harian anda adalah penting dalam mengekalkan bentuk tubuh yang anggun dan kesihatan jantung anda;
 
4. Ketahui status kesihatan anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tekanan darah, paras gula dan tahap kolesterol dalam darah anda sebagai langkah pencegahan penyakit kardiovaskular;
 
5. Ketahui sejarah kesihatan keluarga anda. Jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, hipertensi dan sakit jantung pra-matang (berumur kurang dari 55 tahun bagi lelaki dan kurang dari 65 tahun bagi wanita) berwaspadalah kerana anda berisiko tinggi! Jalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap dan berikan keutamaan lebih kepada tahap kesihatan.
 
6. Berhentilah merokok. Merokok merosakkan salur darah. Ia bukan sahaja berbahaya kepada perokok malah perokok pasif disekelilingnya.
 
7. Tangani stres dengan berkesan. Belajarlah kaedah untuk mengurangkan stres.  Stres adalah penyumbang kepada amalan tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan dan makan secara berlebihan.
 
Jadi, saya ingin menyarankan agar kaum wanita terutama yang berusia 30 tahun dan ke atas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan anda. Jauhkan anak-anak anda dari menjadi “couch potato” dan pastikan mereka aktif dan makan secara sihat.

Ibubapalah penentu tahap kesihatan anak-anak. Sesungguhnya anak-anak yang sihat dan cergas bakal menghasilkan generasi yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Masa hadapan mereka bermula di rumah.

Artikel ini dipetik dari kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sempena hari jantung sedunia pada 29 September 2012

Thursday, 19 September 2013

Memelihara kesihatan jantung

Sedarkah anda 1 daripada 6 kematian di negara ini berpunca daripada penyakit jantung? 

Penyakit jantung ini merbahaya kerana bila mula terkena penyakit ini, kita takkan sedar bahawa jantung kita mula bermasalah. Apabila penyakit jantung ni dah kronik barulah ia mula menyerang dan selalunya ia akan membawa kesan yang sangat drastik.

Jangan biarkan diri anda dan keluarga dikejutkan dengan kematian secara tiba2 akibat penyakit jantung. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan seperti:

- banyakkan bersenam
- elakkan atau kurangkan makanan berkolesterol tinggi
- hentikan tabiat buruk seperti merokok, minum arak dan sebagainya
- lakukan perubahan dalam gaya hidup sedikit demi sedikit (mulakan dengan menggunakan tangga apabila ingin naik ke tingkat atas)
- lakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali
- banyakkan makanan yang sihat untuk jantung seperti oat, almond, ikan (seperti salmon dan tuna), bayam, carrot, betik, teh dan banyak lagi

Anda juga boleh mengambil supplement dari Shaklee yang membantu meningkatkan kesihatan jantung seperti Omega Guard, COQHealth Lecithin dan Vivix. Supplement2 ini membantu menyihatkan jantung dengan mengawal tahap kolesterol dalam badan dan dengan membantu pemuliharaan sel2 badan yang mengawal sistem kardiovaskular badan.

Jika inginkan maklumat lanjut, hubungi saya!

Arfah Umar
Shaklee Independent Distributor
ID#: 959091

Tuesday, 27 August 2013

Ikhtiarlah buat mereka yang menderita penyakit kronik.

Anda atau orang yang anda sayangi menderita penyakit kronik? Doktor pun sudah angkat bendera putih? Ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana? Mari kita ikhtiar...



Apa itu keadaan kronik? Keadaan kronik merujuk kepada kondisi kesihatan atau penyakit yang sukar disembuhkan ataupun mempunya kesan jangka panjang. Perkataan kronik selalunya digunakan sekitanya sesuatu penyakit itu berlanjutan selama lebih dari 3 bulan. Contoh-contoh penyakit kronik termasuklah kanser, serangan jantung, strok, arthritis, serangan asma, kencing manis dan banyak lagi.

Penyakit kronik adalah penyebab utama jumlah kematian di seluruh dunia. Berjuta kematian setiap tahun adalah disebabkan penyakit-penyakit kronik ini. Antara penyakit yang paling tinggi penghidapnya termasuklah canser, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Merawat penyakit-penyakit seperti ini adalah sangat sukar dan mungkin memakan kos yang sangat tinggi. Oleh ini, cara terbaik menangani masalah penyakit kronik ini ialah melalui pencegahan. Sebelum sesuatu kondisi kesihatan menjadi kronik, rawatlah dahulu sebelum ia berlarutan. Setiap benda yang besar itu bermula dari sesuatu yang kecil. Jika dibiarkan..benda yang kecil itu akan membesar dan besar kemungkinan akan menular dan bercambah menyebabkan kemungkinan penyakit lain menjangkiti tubuh kita.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mencegah dari terkena penyakit kronik ini? Pelbagai jenis perubahan boleh dilakukan oleh setiap individu untuk mencegah penyakit kronik. Kebanyakannya merangkumi penukaran cara hidup kearah yang lebih sihat. Perkara-perkara seperti berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan juga melakukan aktiviti senaman secara konsisten secara langsung akan menjadikan tubuh kita lebih sihat dan boleh mencegah penyakit kronik.

Jadi, apa yang shaklee boleh tawarkan kepada anda dalam perjuangan menentang penyakit kronik???

Ada macam-macam produk shaklee yang boleh membantu mencegah dan juga merawat penyakit kronik. Dengan pengambilan supplement yang konsisten, kita boleh membantu tubuh kita dengan mencukupkan semua nutrisi, zat-zat dan mineral yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Ini akan meningkatkan kebolehan tubuh untuk melawan penyakit yang melanda diri.

Namun, kali ini saya ingin menceritakan tentang satu produk yang dipanggil Vivix dari Shaklee. Apa istimewanya vivix ni? Haa..memang banyak keistimewaan Vivix!

Kalau nak diikutkan, Vivix ini kirenya seperti "anak emas" Shaklee lah sebenarnya. Kalau ada orang bertanya apakah produk shaklee yang paling bagus...jawapannya ialah VIVIX!!!!



Vivix sangat disyorkan untuk warga emas yang susah untuk menelan pill dan yang juga fungsi penghadamannya semakin kurang efisien. Ia senang dihadam dan diserap oleh tubuh badan. Pesakit-pesakit bagi penyakit kronik lain seperti strok (membaiki sel otak yang rosak dan mengaktifkan neufon dan saraf bagi pemulihan pergerakan), kencing manis, kanser (merencat sel kanser dari menular), penyakit kardiovaskular (melindungi jantung) dan juga pesakit yang menderita dari kesan penuaan akan memperoleh sangat banyak manafaat dari produk ini.

Jika anda atau orang yang anda sayangi ada menderita dari penyakit kronik ini...cubalah ikhtiar dengan menggunakan vivix. insya allah, jika ramai org lain yang berjaya sembuh dengan pengambilan vivix ini..anda juga pasti boleh. Insya allah..setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati (sabda Nabi Muhammad SAW).

Untuk mengetahui harga dan untuk sebarang pertanyaan tentang apa juga produk shaklee hubungi saya - Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912