Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label m-health. Show all posts
Showing posts with label m-health. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Resepi Spaghetti Bolognaise Bersayur

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah makan dah? Harini Arfah nak share dengan semua resepi Spaghetti Bolognaise bersayur yang bila Arfah masak sering mendapat pujian dari mereka yang makan tu. Resepi ini juga sangat sangat digemari oleh anak-anak Arfah dan merupakan cara yang mudah untuk masukkan sayur-sayuran kedalam diet anak-anak. Selamat mencuba~


Spaghetti Bolognaise Bersayur
Bahan-Bahan:
1 peket spaghetti kering
1 biji Bawang besar
2 ulas bawang putih
300 gram daging cincang
3 biji lada benggala / bell pepper (merah, hijau dan kuning)
3 biji tomato
1 pack/bekas cendawan
3/4 botol kecil Sos tomato
1 sudu besar tomato paste/puree
Rempah2 (oregano, Thyme, Basil, Rosemary)
Sedikit cili kering serbuk (mengikut cita rasa sendiri)
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit gula

Cara-cara:
1. Potong bawang besar menjadi dadu kecil dan potong bawang putih menjadi halus seperti dalam gambar di bawah.

2.  Tumis bawang besar dalam minyak dahulu sehingga menjadi lembut dan keluar bau wangi. Kemudian baru masukkan bawang putih. (Saya tumis bawang besar dahulu sebab bawang besar ambil masa lebih lama untuk masak..kalau masukkan bawang putih dulu nanti bawang putih itu akan hangit sebelum bawang besar sempat masak sepenuhnya)

3. Pastikan daging cincang atau minced meat yang anda gunakan tidak frozen tau. Kalau frozen, keluarkan dan biarkan daging itu defrost dahulu dan mencapai suhu bilik sebelum memasak. Kalau tak ada daging cincang (minced meat)...anda boleh beli daging yang seketul tu dan cincang aje sendiri.  

4. Apabila kedua2 bawng putih dan bawang besar dah wangi kaw2 dan sedikit keperangan, masukkan pula daging cincang tadi. 

5. Masak sambil mengacau selalu daging dan bawang tadi sampai daging itu 2/3 masak dan berubah warna menjadi koko pucat seperti dibawah ini.

6. Sementara menunggu daging masak, pastikan lada benggala atau bell pepper anda dah dipotong dadu seperti dalam gambar dibawah. Saya suka gunakan 3 jenis bell pepper ini (merah, kuning dan hijau) sebab bila masak akan nampak menarik dengan pelbagai warna. Kalau tak ada 3 warna pun tak apa...mana2 pun ok aje. 

7. Apabila daging tu dah masak, tuangkankan bell papper di atas daging tu tapi jangan terus kacau dulu. Terus tutupkan periuk lepas masukkan sayur tu. Saya suka biarkan sayuran itu stim diatas daging tu dulu.

8. Hiris cendawan butang macam ni.

 9. Lepas 2 minit masukkan cendawan pula atas longgokan bell pepper tadi. Tutup tudung periuk kembali dan stimkan cendawan pula.

 10. Lepas 2 minit lagi masukkan tomato yang telah dipotong dadu macam ni.

11. Lepas masukkan tomato tu pun saya suka biarkan ia stim dalam seminit dulu sebelum mengacau semua bahan2 dalam periuk tu.

12. Once semua sayur dan daging dah sebati, masukkan pula rempah ratus bolognaise. Anda boleh beli sebotol rempah yang dah siap dicampur. Tapi time cari tadi tak jumpa pula..mungkin dah kehabisan stok. Jadi saya beli Rosemary, Thyme, Oregano dan Chilli Flakes. Selalunya saya masukkan juga Basil leaves tapi tak ada pula tadi. Chilli flakes tu orang putih selalunya tak letak pun. Tapi biasalah...tekak melayu ni kalau tak pedas memang rasa macam tak sedap...jadi saya letakkan sekali utk kasi ummphhh~
 

 13. Masukkan semua rempah ratus tadi bersama-sama sesudu besar tomato paste, 3/4 botol kecil sos tomato, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Saya juga masukkan lebih kurang satu sudu gula kedalam ni. Fungsi gula itu ialah untuk potong rasa masam tomato paste dan tomato paste yang kita guna. Jangan sampai terasa manis pula kerana memang tak sesuai kottt sos bolognaise ni rasa manis.

14. Gaulkan semua bahan-bahan dalam periuk tadi sehingga sebati. Tadaaa~~ Dah siap sos bolognaise anda.

15. Rebuskan spaghetti anda dalam air yang diletakkan garam dan minyak. Garam untuk menambah rasa dan minyak untuk elakkan spaghetti itu melekat sesama sendiri. Pastikan anda kerap kacau semasa memasak spaghetti untuk elakkan dia melekat menjadi berketul-ketul. Masak spaghetti ni sampai dia jadi lembut tapi tidak lembik. Ikut arahan di bungkusan spaghetti tu yer...tapi bila masak angkat sehelai dan cuba potong dengan jari...kalau masih rasa keras...sambung masak. kalau dah lembut tu dah boleh toskan.

 16. Letakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan sosnya diatas. Kalau nak, anda boleh taburkan keju parut diatas atau letakkan sekeping cheese cheesedale tu. Tapi pastikan spaghetti dan sos tu masih panas bila letakkan cheese. Baru ianya cair dan meleleh. Terbaikkk~~


Anak-anak Arfah semua memang suka sangat makan spaghetti ni. Kalau time2 derang tak berapa nak ada selera untuk makan, Arfah akan masakkan spaghetti ni. Insya Allah derang akan pulun. Ini juga salah satu cara untuk beri anak-anak makan sayur. Kalau nak boleh juga tambah sayuran seperti bayam, carrot atau kubis untuk tambah kandungan sayuran dalam menu ni.

Ini muka senyum anak ke-tiga saya sambil makan spaghetti. Habis comot mulut, tangan dan pakaian dia. Hehehe. Tak apa lah..kotoran itu boleh dicuci. Tapi, kebahagiaan dan kesihatan anak-anak itu tidak ternilai. 

Arfah harap semoga anda boleh mencuba resipi ini dengan berjaya. Yang baik-baik itu dari Allah manakala segala cacat cela itu ialah daripada Arfah sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

Wednesday, 5 March 2014

Anda mungkin kekurangan protin...



Adakah anda mengalami simptom2 berikut :
1. Kulit wajah yang kusam?
2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4. Rambut sering gugur?
5. Lemah dan tidak bertenaga?


Tahukah anda ia antara tanda-tanda kekurangan protien?


Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
1. 
Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. 
Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3.
 Liver (penyakit hati)
4. 
High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5.
 Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. 
Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. 
Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. 
Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. 
Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. 
Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. 
Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. 
Irritability (Badan menggeletar)
13. 
Fatigue (Letih lesu)
14. 
Weakness (Lemah)
15. 
Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. 
Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17.
 Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitana

Jangan biarkan diri anda terdedah kepada risiko-risiko tersebut! Dapatkan bekalan protin anda melalui ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee sekarang!
Fakta ringkas ESP:
  • Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. 
  • ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • ESP mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 
  • ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  •  Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. 
  • Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet
Jika anda ingin cuba ESP hari ni, sila hubungi Arfah melalui whatsapp/SMS/Tel di nombor - 012-5927912, melalui Facebook Arfah - https://www.facebook.com/sitinoorarfah atau email Arfah - sayanak.sayanak@gmail.com

Yang baik-baik itu semua datangnya daripada Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari saya sendiri. Wallahuwalam.

Lots of Love,
Arfah Umar 

Sunday, 2 March 2014

MAUWL5KBEOF..upss~ Adjust sikit....

Assalamualaikum. Kalau ada yang pernah baca post Arfah about sebulan setengah yang lepas...ada Arfah buat post tentang misi Arfah Umar untuk turunkan berat badan sebanyak 5kg by end of February. Well, harini dah 2 Mac...dan harus saya akui...misi itu belum berjaya dilaksanakan. =( Walaupun sedikit sedih dan kecewa dengan diri sendiri...Arfah masih belum give-up!!



Dalam peperangan untuk memperbaiki diri sendiri memang sometimes kita tak boleh nak meet target kita mengikut yang dirancang. Namun, tak bermakna kita harus give-up dan berhenti mencuba. Misi ini ialah sesuatu yang dibuat bukan untuk niat lain selain untuk memastikan Arfah sendiri sihat dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit berbahaya yang mungkin terjadi sekiranya tubuh terlebih berat badan.

Kenapa misi ni tak berjaya? Hmmm..macam-macam sebab boleh diberi...tapi at the end of the day, semuanya alasan semata-mata..betul tak?? Jadi, Arfah taknak buang masa fikir kenapa misi nak turunkan 5kg ni tak dapat dicapai. Arfah salahkan diri sendiri yang tak cukup berusaha...and let it go~

So, what's next? Seterusnya..Arfah lancarkan misi baru.....muahahaha~ Misi Arfah Umar Will Lose 5Kg By End Of March or MAUWL5KBEOM!! Hehehehe. Kita adjust sikit. Cuba lagi bulan ini. No reason why not betul tak? You can do it Arfah!!



Ok lah...setakat ini ajelah entry kali ini. Perut dah lapar..nak pergi cari something untuk isi perut ni. Doakan semoga Arfah berjaya dalam misi ini pula yer! Thanks semua~~

Semua yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan semua cacat cela itu adalah daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Sunday, 9 February 2014

Cinch Shake Shaklee...Apa? Kenapa? dan Bagaimana?

Salah satu pilihan sumber protin yang anda boleh pilih dalam set slimming Shaklee ialah Cinch Shake. Sebenarnya, apa itu Cinch Shake dari Shaklee?? Ia datang dalam 3 perisa iaitu Vanilla, Chocolate dan juga Cafe Latte. Namun, tahukan anda apa fungsi sebenar Cinch Shake ini dan apa bahan-bahan yang ada dalam Cinch Shake ini?



Cinch Shake Shaklee ini sebenarnya ialah supplement pengganti makanan dalam bentuk minuman yang mengandungi nutrisi seimbang yang boleh membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan. Cara menyediakannya ialah dengan membancuh 2 scoop (scoop disediakan bersama setiap tong Cinch) serbuk cinch shaklee bersama-sama secawan (8 ounce) susu non-fat. Setiap porsi hidangan ini mengandungi lebih kurang 270 kalori, 35 gram karbohidrat, 24 gram protin, 3 gram lemak dan 6 gram serat dietari terlarut apabila dibancuh mengikut kaedah yang disarankan. Kandungan di dalam Cinch Shake ini mengandungi soya non-GMO (Genetically Modified) sebagai sumber protinnya yang tinggi. Protin soya secara biologinya ialah sama dengan protin di dalam susu atau telur.

Ini cara penyediaan yang diberikan di tong Cinch Shake Shaklee



Cinch Shake Shaklee merupakan makanan yang rendah glisemik, kolesterol, bebas laktosa serta bebas  lemak trans (trans fat). Cinch Shake ini membekalkan 35% dari keperluan nutrisi dieteri tubuh yang terdiri daripada 20 vitamin dan mineral penting dalam diet seharian kita termasuklah 80% DV (Daily Value) kromium, 25% DV zat besi dan 10% DV Vitamin A. Namun, ramuan istimewa yang membuatkan Cinch Shake Shaklee ini supplemen terbaik dalam menurunkan berat badan ialah kandungan Leucine nya.

Apa itu Leucine? Dan bagaimanakah ia membantu dalam menurunkan berat badan?

Leucine ialah sejenis asid amino penting yang membantu dalam proses sistesis protin. Dalam erti kata lain, ia merupakan salah satu dari 9 bahan asas protin yang cuma boleh diperolehi dari diet pemakanan kita dan tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ianya ada didalam makanan yang tinggi protin seperti susu, produk tenusu, tauhu, produk soya, ikan, ayam dan juga daging.

Apabila Leucine ini diserap oleh tubuh, ia akan bertindak terus keatas sel otot yang akan meng-aktivate-kan satu proses yang menghasilkan dan mengekalkan otot. Apabila tubuh kita mendapat bekalan Leucine yang mencukupi, ia mampu menghasilkan protin otot yang sihat dan lebih banyak leucine hadir di dalam tubuh, lebih banyak sel-sel otot boleh dibina.

Sekarang ni mungkin perkara yang terlintas di dalam pemikiran anda ialah..."Tapi saya bukan nak bina otot...saya nak turunkan berat badan. Tak nak lah otot banyak2..nanti jadi macam body builder pula."

Jadi mengapa perlu bina otot jika ingin turunkan berat badan??

Sebenarnya apabila kita melancarkan misi untuk turunkan berat badan melalui diet dan juga bersenam, berat badan kita turun kerana tubuh kita akan membakar lemak-lemak yang ada. Sebenarnya proses ini berlaku apabila tubuh kita menukarkan lemak-lemak yang telah terkumpul di dalam tubuh menjadi tenaga yang digunakan dalam setiap aktiviti tubuh.

Namun begitu, pada masa yang sama, kita juga akan kehilangan sel-sel otot sekali dengan lemak-lemak tersebut. Ini berlaku kerana bila kita mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit dari yang kita gunakan seharian, tubuh kita kekurangan tenaga untuk digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan samada semasa bersenam, berjalan, bernafas malah ketika kita tersenyum. Untuk membantu situasi ini, tubuh kita akan juga menggunakan sel protin otot sebagai sumber tenaga. Ini bukan sesuatu yang baik kerana otot kitalah yang akan membantu tubuh membakar kalori.

Kurangnya sel otot di dalam tubuh bererti kebolehan tubuh untuk membakar kalori akan terjejas. Inilah puncanya mengapa mereka yang berjaya menurunkan sejmlah berat badan yang banyak akan tiba-tiba cuma mampu mengekalkan berat badan yang sama walaupun kekal melakukan senaman yang sama dan menjaga diet pemakanan mereka. Dalam bahasa inggerisnya, ia disebut "plateau".

Dalam situasi inilah Leucine sangat berguna bagi mereka yang menurunkan berat badan. Apabila kita menurunkan berat badan, Leucine akan berfungsi dengan merangsang proses sistesis protin yang akan membantu tubuh menyimpan sel-sel otot dan cuma menggunakan sel-sel lemak yang terkumpul didalam tubuh. Hasilnya, sel-sel otot akan kekal dan sel-sel otot ini pula akan meningkatkan metabolisma tubuh yang penting bagi mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka masa panjang. Jadi, sel-sel otot penting sebenarnya bagi mereka yang menurunkan berat badan tau. Jangan memandang ringan kepentingan otot dengan mengatakan proses menurunkan berat badan cuma perlu melibatkan proses pembakaran lemak terkumpul.

Secara ringkasnya bagamana Cinch Shake Shaklee ini berfungsi ialah dengan membekalkan tubuh dengan nutrisi seimbang yang diperlukan tubuh tanpa menyumbang kepada penambahan kalori berlebihan. Pada masa yang sama kandungan Leucine yang terdapat didalamnya akan membantu tubuh mengekalkan sel-sel otot dan membakar  sel-sel lemak yang tersimpan. Sel-sel otot ini pula penting dalam memastikan tahap metabolisma tubuh tinggi agar tubuh boleh mengekalkan berat badan yang sihat setelah kita berjaya turunkan berat badan tersebut.




Bagaimana? Sekarang anda faham kan mengapa Cinch Shake Shaklee ini begitu berkesan dalam membantu proses menurunkan berat badan (dan mengekalkan berat badan sihat setelah berjaya turunkan berat badan tersebut). Kalau nak turunkan berat badan, jom kita ber-Cinch! Ada tiga perisa lazat dan perasa-perasa yang digunakan dalam Cinch ini semuanya dari bahan semulajadi tau...tanpa sebarang bahan perasa tiruan. Kalau anda macam Arfah dan sukakan perisa buah-buahan, anda boleh juga menggunakan cinch shake perisa vanilla sebagai asas lalu di-blend bersama-sama buah-buahan seperti strawberry, epal, mangga, pisang dan buah-buahan lain bagi menghasilkan rasa fruity gitu.

Ini cara Arfah minum Cinch - Cinch Vanilla + susu strawberry...sedapp~~ 
Kalau ada yang ingin mencuba Cinch Shake ini bolehlah hubungi Arfah melalui whatsapp/sms/tel di no 012-5927912 atau email ke sayanak.sayanak@gmail.com. Berapa harga satu tong Cinch Shake ni? Kalau nak diikutkan harga runcit satu tong Cinch Shake ini ialah RM178. Tapi Arfah bagi harga special buat semua pelanggan-pelanggan Arfah!! Memang murah..memang berbaloi! Cepatttt~ Jom kita ramai-ramai ber-cinch. Tengoklah mereka-mereka yang dah berjaya turunkan berat badan dengan cinch...




Macam mana? Hebat bukan?? Anda juga pasti boleh berjaya seperti mereka! Let's get cinched!! =)

Lots of Love,
Arfah Umar

Wednesday, 29 January 2014

Madu untuk kurus??

Madu seringkali disebut sebagai makanan semulajadi yang mempunyai seribu satu khasiat. Namun, tahukah anda madu juga boleh membantu mereka yang ingin turunkan berat badan?



Madu mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan ayurvedik untuk membantu pelbagai jenis penyakit.
Khasiat madu juga telah dinyatakan di dalam Al-Quran dalam surah An-Nahl (yang namanya itu bermaksud lebah) -
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: 'Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu'.
(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." Surah An-Nahl (ayat 68-69)

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu setiap hari. Baginda akan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Dan sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Mesti ramai yang tertanya-tanya, "bagaimanakah pula madu boleh membantu saya dalam misi menurunkan berat badan?". Sebenarnya madu membantu mereka yang ingin turunkan berat badan dengan membendung rasa lapar, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh. 

Sebuah kajian telah dilakukan keatas mereka yang sedang ber'diet' dengan cara mengurangkan kuantiti makanan dalam setiap hidangan. Kajian tersebut mendapati bahawa mereka yang mengambil satu sudu teh madu selepas setiap hidangan merasa lebih kenyang dan tidak terasa keinginan untuk makan lagi walaupon cuma makan dalam porsi kecil. Apabila ini berlaku, proses membakar lemak akan menjadi lebih efektif kerana anda mampu makan dalam jumlah yang sedikit tanpa memberikan rasa tidak puas atau rasa lapar lagi. Dengan ini badan anda perlu menggunakan lemak yang tersimpan untuk tenaga dan bukannya menyimpan makanan yang berlebihan sebagai lemak.

Ujian keatas atlit-atlit yang memerlukan tenaga yang banyak sepanjang hari, madu telah didapati mampu memberi tenaga berterusan tanpa membuat atlit tersebut merasa lemau di waktu tengah hari. Madu adalah sangat disyorkan sebagai 'energy booster' buat semua yang menjalani kehidupan yang aktif dan juga buat mereka yang menggunakan tenaga yang banyak sepanjang hari. Apabila ingin bersenam, cubalah amalkan meminum air yang dicampur madu. Ia mampu membekalkan tenaga yang diperlukan tanpa membebankan tubuh dengan rasa senak jika dibandingkan dengan makanan lain.

Puak Amish telah berkurun lamanya menggunakan madu bagi meningkatkan metabolisma tubuh. Mereka menggantikan gula dengan madu dalam setiap makanan atau minuman yang memerlukan pemanis. Berbanding gula, madu akan menyebabkan tubuh menggunakan lebih banyak tenaga untuk diproses dan dicerna. Apabila metabolisma tubuh meningkat, tubuh akan lebih banyak membakar lemak yang terkumpul untuk ditukarkan kepada tenaga jadi inilah yang mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Jadi, cara pengambilan madu bagi mereka yang ingin turunkan berat badan ialah dengan mencampurkan sesudu madu bersama setengan sudu teh serbuk kayu manis kedalam segelas air suam dan minum setiap pagi setengah jam sebelum makan dan juga pada waktu malam sebelum tidur. Amalkan juga tabiat meminum air yang dicampur madu setiap pagi walaupun anda tidak berniat untuk turunkan berat badan kerana ia sangatlah bagus untuk tubuh.

Semoga kita semua akan memperoleh khasiat yang terdapat dalam salah satu bahan semulajadi yang terhebat yang diciptakan oleh Allah ini. Sehingga bertemu kembali. Yang baik-baik itu semuanya dari Allah dan yang serba kekurangan itu datangnya dari saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Monday, 27 January 2014

MAUWL5KBEOF...apekah?

MAUWL5KBEOF...ishkk..apekebendenyetuh??

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua. Sebelum ni Arfah ada buat entry disini tentang MAUWL5KBEOF atau misi Arfah untuk turunkan berat badan. Dan saya ada janji yang saya akan buat post untuk menceritakan bagaimana Arfah nak jayakan misi tersebut. Maka entry Arfah kali ini ialah untuk menceritakan semua strategi-strategi yang akan digunakan dalam misi ini.

MAUWL5KBEOF...bagaimanakah??

Ada pelbagai cara dan tips untuk turunkan berat badan sebenarnya. Setiap orang berbeza kondisi tubuhnya, cara tubuhnya bertindak dan tahap metabolismanya. Ini bermaksud setiap orang perlu mengetahui dan mencari apakah kaedah yang paling sesuai untuk dirinya sendiri. Ada orang yang boleh turun berat badan dengan berdiet sahaja, ada yang cuma perlu bersenam, ada pula yang perlu bersenam dan juga berdiet untuk turunkan berat badan dan ada juga yang dan diet dan bersenam pun tak turun2 juga.

Pada pendapat Arfah, selain berdiet dan bersenam, ada lagi beberapa perkara lain yang perlu kita ketahui untuk memastikan kita dapat turunkan berat badan dengan berkesan dan juga mengekalkan berat badan yang sihat itu setelah berjaya menurunkan berat badan tersebut. Ini kerana jika kita cuma fokus kepada diet semata-mata, ada kemungkinan besar kita akan kembali kepada berat badan asal malah mungkin juga lebih berat dari itu selepas kita berhenti berdiet.

Bagi Arfah, dalam misi untuk menurunkan berat badan ini, Arfah akan cuba lakukan 7 perkara berikut:-

- Jaga pemakanan (ni tetap no 1)
- Senaman yang konsisten
- Intake air kosong yang secukupnya
- Protein intake (utk tambah otot...sebab otot akan membakar lebih banyak lemak)
- Tidur yang cukup
- Kurangkan stress dlm kehidupan
- Dan kalau nak...agen pembakar lemak seperti Lecithin Shaklee.

Jaga Pemakanan
Sebenarnya punca utama kebanyakan orang menjadi gemuk ialah disebabkan diet yang tak seimbang ataupun makan berlebihan. Kalau org tu tak bersenam tapi sentiasa jaga pemakanan, elak makanan ringan atau fast-food dan makan makanan yang cukup kadar nutrisinya, Insya Allah dia tidak akan gemuk (melainkan dia ada penyakit seperti thyroid atau masalah hormon). Antara tips2 bagi memastikan diet yang kita makan setiap hari itu seimbang termasuklah:

  • pastikan porsi makanan yang betul (1/4 karbohidrat, 1/4 protin dan 1/2 sayuran dan buah-buahan)
  • makan dengan porsi yang kecil tetapi lebih kerap (makan 5 kali sehari tetapi kecilkan porsi)
  • ikut guide Eat Breakfast Like a Queen, Lunch Like a King and Dinner Like a Slave (bersarapan dengan makanan yang ringan tetapi berkhasiat, makan tengah hari dengan makanan yang mengenyangkan dan makan malam dengan makanan yang sangat ringan atau kalau boleh cuma buah-buahan, sayur-sayuran atau minuman seperti jus.)
  • elakkan atau kurangkan makanan yang digoreng..sebaliknya pilih yang dimasak dengan cara yang sihat seperti merebus, stim, membakar, menyalai ataupun cuma stir-fry.
  • amalkan memakan ulam-ulaman atau salad...basically apa2 sayuran mentah setiap kali kita makan
  • kunyahlah makanan yang kita makan itu sehingga lumat sebelum menelan. Ada yang kata 30 kali ada yang kata 44...tapi yang penting kunyah sehingga lumat
  • cuma makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang


Senaman yang konsisten
Apa bila bercakap mengenai bersenam sangat ramai yang cuma akan bersenam bila ingin turunkan berat badan atapun apabila merasa tubuh mereka semakin kurang sihat. Sebenarnya kita PERLU bersenam dengan konsisten...dan jika boleh, setiap hari. Dengan senaman aje ramai yang hanya fikir untuk pergi berjogging di taman atau menggangkat berat di gym.

Sebenarnya banyak benda yang boleh dilakukan untuk bersenam ketika berada di rumah. Senaman pula tidak perlu yang berat2 sangat yang akan membebankan tubuh. Pelbagai senaman ringan boleh dilakukan dengan syarat ia dilakukan dengan konsisten. Senaman yang dilakukan selama 20minit setiap hari adalah sudah mencukupi untuk kita kekal sihat.

Antara benda2 yang boleh dilakukan untuk bersenam:-


Memandangkan masa agak suntuk dan anak2 Arfah dah meraung2 minta attention, Arfah terpaksa berhenti setakat ini buat kali ini. Dalam post yang akan datang, Insya Allah Arfah akan sambung lagi mengenai tips2 yang akan Arfah amalkan dalam misi untuk turunkan berat badan ini.

Sehingga bertemu lagi. Yang baik2 itu semuanya datang dari Allah dan yang serba kekurangan itu datangnya dari Arfah. Minta Maaf yer kalau ada yang terkurang atau tak berapa best. =)

Lots of Love,
Arfah Umar

Saturday, 18 January 2014

Arfah Umar dan misinya untuk turunkan berat badan

Misi Arfah Umar Turunkan Berat Badan

Assalamualikum semua. Apa khabar? Semoga sihat sentiasa. Speaking of which, baru-baru ni Arfah ada timbang berat badan...OMG I AM 7KGS OVERWEIGHT!!!

Arfah ni bukan jenis yang pentingkan kecantikan. Selama ni pun tak pernah nak hiraukan pasal berat badan sebab saya rasa saya memang tak gemuk. Saya rasa saya masih boleh dikira sebagai sihat. Takde maknanya Arfah nak gi timbang berat and ukur lilit badan setiap hari.

Jadi kenapa nak turunkan berat Badan???

Tapi lately mmg Arfah perasan banyak juga pakaian especially seluar yang dah ketat sangat sampai button dan zip pun dah macam nyawa-nyawa ikan bila pakai. Siap ada yang memang dah tak boleh pakai. Oh NO!! Could it be?? Adakah?? Mungkinkah? Ishkkk..takkan kottt?? Haha...self-denial Arfah mmg sgt melampau (dan penuh drama  =P~)

Itu lah sebab utama Arfah akhirnya tergerak hati untuk timbang berat sendiri. Rasanya last timbang berat is tahun lepas kottt. Tu pun saje suke suki nak cuba penimbang dlm bilik hotel tu yang nampak mcm bestttt jer. Ekeekeke

Anyway, utk ketinggian Arfah, 153cm (yer..saya tahu saya ketot! Haihhh) berat ideal mengikut BMI should be around 51-53kgs. So Arfah selalu ingat dlm kepala ideal weight saya is 53kg. Kita amik yg plg berat yer...ahaks! And hasil timbangan kali ini..beratku sekarang ialah 60KG!!! Lebih 7 kilo uolls!!

Oh..satu lagi benda yang Arfah selalu ingat dlm kepala...ikut BMI juga..kalau berat lebih dari 55kg saya dah masuk ke kategori OVERWEIGHT! Kuang kuang kuang. Berat badan Arfah confirm laa tak pernah underweight. Arfah ni mmg alergik sikit bab makanan...kene selalu pantang. PANTANG NAMPAK or PANTANG TERINGAT. Haha. Ni memang kriptonite Arfah laa. Saya mmg suka makan. Tapi selama ni alhamdulillah..Allah bagi Arfah metabolisma yang agak hebat yang boleh kawal berat and jarang sangat berat melebihi 55kg.

But how now?? Dah 60 kilo beb! Kalau nak masuk kategori acceptable weight pun kene turun 5 kilo. Nak ideal weight kalau, kene turun minima 7kg ok! Rasa cam banyakkkk jer. Cam susah jer...cam kene gila2 diet jerrrr.

Haaa..sebab tu Arfah dah declare war. Arfah lancarkan Misi Arfah Umar Will Lose 5kg By End Of February....or nama pendek dia MAUWL5KBEOF! Erkkk...awat mcm tak berapa pendek jer. Haha. Belasah ajelah labuuu~~

Anyway..mcm nama dia lah...basically Arfah akan cuba utk buang 5kilo lemak (dan bahan2 lain yg akan terbuang bila kita lose weight..apa dia?? Arfah pon tak tau. Sila google sendiri yer. Hehe) by end of February 2014.

Mesti ada yang dok fikir "apsal 5 kilo jer?? Kalau nak berat ideal kan kena turun 7 kilo." Haaa...jawapannya ialah suke hati Arfah lah. Arfah yang nak buat misi ni dan Arfah berniat nak turunkan 5 kilo dulu. Bila set target tu make sure ia something yang kita confident boleh buat. Sebabnya takut nanti tak dapat result yang kita nak pastu down...rasa nak give up jer sebab hasil kurang best.

For now Arfah nak keluar dari zon overweight dulu. So Arfah tekad untuk turun 5 kilo dulu sebagai first mission. Lepas dah berjaya capai target ni..Arfah akan buat misi baru pula for further weight reduction.
Nak tahu apa Arfah buat utk jayakan misi ini?? Ikuti perkembangannya dalam post akan datang. Kalau ada sesiapa yang nak join misi ini Arfah sangat mengalu-alukan anda. Jom kita sama2 turunkan berat badan untuk memastikan tubuh kita sihat dan untuk elak dari pelbagai penyakit merbahaya!!!

Anyway...as of now, Arfah dengan segala hormatnya melancarkan MAUWL5KBEOF!!! Hehehe.

Lots of Love,
Arfah Umar