Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label m-motivational. Show all posts
Showing posts with label m-motivational. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

MAUWL5KBEOF..upss~ Adjust sikit....

Assalamualaikum. Kalau ada yang pernah baca post Arfah about sebulan setengah yang lepas...ada Arfah buat post tentang misi Arfah Umar untuk turunkan berat badan sebanyak 5kg by end of February. Well, harini dah 2 Mac...dan harus saya akui...misi itu belum berjaya dilaksanakan. =( Walaupun sedikit sedih dan kecewa dengan diri sendiri...Arfah masih belum give-up!!



Dalam peperangan untuk memperbaiki diri sendiri memang sometimes kita tak boleh nak meet target kita mengikut yang dirancang. Namun, tak bermakna kita harus give-up dan berhenti mencuba. Misi ini ialah sesuatu yang dibuat bukan untuk niat lain selain untuk memastikan Arfah sendiri sihat dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit berbahaya yang mungkin terjadi sekiranya tubuh terlebih berat badan.

Kenapa misi ni tak berjaya? Hmmm..macam-macam sebab boleh diberi...tapi at the end of the day, semuanya alasan semata-mata..betul tak?? Jadi, Arfah taknak buang masa fikir kenapa misi nak turunkan 5kg ni tak dapat dicapai. Arfah salahkan diri sendiri yang tak cukup berusaha...and let it go~

So, what's next? Seterusnya..Arfah lancarkan misi baru.....muahahaha~ Misi Arfah Umar Will Lose 5Kg By End Of March or MAUWL5KBEOM!! Hehehehe. Kita adjust sikit. Cuba lagi bulan ini. No reason why not betul tak? You can do it Arfah!!



Ok lah...setakat ini ajelah entry kali ini. Perut dah lapar..nak pergi cari something untuk isi perut ni. Doakan semoga Arfah berjaya dalam misi ini pula yer! Thanks semua~~

Semua yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan semua cacat cela itu adalah daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Saturday, 15 February 2014

Bila rasa diri sendiri sungguh lemah dan sering gagal...

Assalamualaikum semua pembaca. Pernahkah anda rasa macam tu? Rasa macam diri sendiri sangatlah lemah...rasa tak terdaya...rasa macam apa jua yang kita buat semuanya gagal?? Ya, adakalanya Arfah pun rasa macam tu. Lebih-lebih lagi bila kita buat sesuatu bersama-sama org lain. Orang lain berjaya dengan cemerlang sekali tetapi kita masih gagal...masih merangkak-rangkak...masih tidak mencapai apa yang kita inginkan.

Sebenarnya kita tidak seharusnya membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Apa juga yang berlaku kepada kita semua adalah takdir dari Allah dan merupakan ujian buat kita. Adakalanya kita berusaha dengan begitu bersungguh-sungguh, begitu keras dan buat sehabis daya untuk menjayakan sesuatu. Tetapi, hasilnya tidak seperti yang kita harapkan. Kita rasa macm nak menyerah kalah aja...nak give up.

Haaa...bila Arfah rasa macam itu, benda yang Arfah suka lakukan ialah suka baca or tengok kisah bagaimana orang yang pada mulanya tiada apa-apa, bermula dengan kosong atau memang dikata tiada harapan untuk berjaya...tetapi berkat usaha yang tidak putus-putus, akhirnya berjaya dengan begitu cemerlang sekali.

Antara video yang setiap kali tengok pun akan buat air mata Arfah menitik..yang setiap kali tengok pun akan buat Arfah rasa nak berjaya juga walaupun sudah gagal beberapa kali..ialah video di bawah ini. Video ini ialah kisah transformasi seorang veteran perang US yang cacat akibat kecederaan yang dialami. Belia telah diberitahu oleh doktor bahawa beliau takkan boleh berjalan seperti normal lagi...dan buat satu masa yang sangat lama beliau mempercayai apa yang doktor itu beritahu padanya. Jom tengok kisah Arthur...





Macam mana? Hebat kan transformasi beliau?? Rasa bersemangat sikit tak? Yelah...Arthur yang cedera...disahkan oleh doktor takkan boleh berjalan...akhirnya berlari! Bukan berjalan..malah BERLARI!!

Ingat tak apa yang dikata oleh Arthur dalam klip video itu? Antara benda yang paling penting ialah...

Just because I can't do it today...doesn't mean I can't be able to do it someday.

Jika saya tidak mampu lakukan sesuatu hari ini...tak bermaksud saya takkan berjaya lakukannya suatu hari nanti.



Never underestimate what you can achieve...when you believe in yourself.

Jangan pandang rendah kemampuan anda...jika anda percaya dengan diri sendiri.



Never Give up!

Jangan Menyerah Kalah!

Semoga video yang sering menjadi inspirasi saya ini dapat membantu anda juga. Sentiasa ingat bahawa kejayaan tidak akan datang berguling dengan mudah. Untuk kita berjaya, kita perlu berusaha sehabis daya, jangan sesekali menyerah kalah dan yang paling penting percaya dengan kemampuan diri sendiri. Sambil kita berusaha, jangan pula lupa berdoa dan memohon kepada Allah SWT. Kerana walau sekeras mana pun usaha kita...takkan ada apa yang berlaku jika Allah tidak mengizinkannya.

Sekian, sampai sini sahaja entry saya buat kali ini. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari kesilapan saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar