Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Showing posts with label m-family. Show all posts
Showing posts with label m-family. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

MAUWL5KBEOF..upss~ Adjust sikit....

Assalamualaikum. Kalau ada yang pernah baca post Arfah about sebulan setengah yang lepas...ada Arfah buat post tentang misi Arfah Umar untuk turunkan berat badan sebanyak 5kg by end of February. Well, harini dah 2 Mac...dan harus saya akui...misi itu belum berjaya dilaksanakan. =( Walaupun sedikit sedih dan kecewa dengan diri sendiri...Arfah masih belum give-up!!



Dalam peperangan untuk memperbaiki diri sendiri memang sometimes kita tak boleh nak meet target kita mengikut yang dirancang. Namun, tak bermakna kita harus give-up dan berhenti mencuba. Misi ini ialah sesuatu yang dibuat bukan untuk niat lain selain untuk memastikan Arfah sendiri sihat dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit berbahaya yang mungkin terjadi sekiranya tubuh terlebih berat badan.

Kenapa misi ni tak berjaya? Hmmm..macam-macam sebab boleh diberi...tapi at the end of the day, semuanya alasan semata-mata..betul tak?? Jadi, Arfah taknak buang masa fikir kenapa misi nak turunkan 5kg ni tak dapat dicapai. Arfah salahkan diri sendiri yang tak cukup berusaha...and let it go~

So, what's next? Seterusnya..Arfah lancarkan misi baru.....muahahaha~ Misi Arfah Umar Will Lose 5Kg By End Of March or MAUWL5KBEOM!! Hehehehe. Kita adjust sikit. Cuba lagi bulan ini. No reason why not betul tak? You can do it Arfah!!



Ok lah...setakat ini ajelah entry kali ini. Perut dah lapar..nak pergi cari something untuk isi perut ni. Doakan semoga Arfah berjaya dalam misi ini pula yer! Thanks semua~~

Semua yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan semua cacat cela itu adalah daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Thursday, 23 January 2014

Ujian oh ujian

Assalamualaikum. Pernah tak korang melalui hari di mana semua benda tak jadi atau semua benda bermasalah buat anda? Harini saya melalui hari yang sebegitu...sangat menguji kesabaran dan ketabahan.

Dari pagi bangun dah macam2 hal. Semua benda rasa negatif aje..semua benda tak menjadi. Dah laa urusan tak kesampaian...diuji pula dengan kesakitan. Makan char koay teow...lepas tu sakit perut dan muntah. Nasib baik lahhh ada pill peppermint-ginger shaklee. Lega sikit rasa tak selesa dan kembung akibat masalah perut. Ramai yang ingat peppermint-ginger ni utk membantu masalah angin jer. Sebenarnya ramuan dalamnya juga bagus untuk masalah perut seperti food poisoning, diarrhea, gastrik dan juga heart-burn.

Ehh..ehhhh...lari tajuk pulak. Selamber sempat iklan pasal peppermint-ginger...padahal nak buat entey topik ujian. Hehe. Sorry lah yer...saya ni mmg senang distracted dan lari tajuk. Ya ampunnnn~ huhu

Anyway, back to topik sebenar...hari yang penuh ujian dimana segala-galanya rasa tak menjadi.
Sebenarnya walaupun kita nampak dan rasa cuma benda negatif aje berlaku kepada kita...sebenarnya banyak lagi benda yang elok-elok berlaku. Cuma kita jarang nak perasan benda yang baik-baik jika ianya bukan sesuatu yang significant.

Di penghujung hari yang penuh ujian...cuba renung balik dan ingat benda-benda yang baik yang berlaku. Sebenarnya benda baik yang berlaku jauh lebih banyak dari uang buruk walaupun benda kecil-kecil. Tapi sebab kita fokus kepada perkara negatif yang kita rasa penting, kita terus overlook benda-benda elok.
Jadi, sebagai peringatan dan muhasabah diri...jom kita cuba amalkan sikap positif setiap waktu. Kalau benda tu negatif...lupakan. Kita ingat yang positif-positif aje.

- pagi tadi mak tolong mandikan anak2 saya
- pagi tadi mak masak bihun goreng yang sgt sedap
- pagi tadi ada customer yang dah tergerak hati untuk join jadi member shaklee sebagai downline saya
- pergi branch shaklee org tak ramai so tak perlu tunggu lama
- produk yg saya nak tapi dah lama takde stok dah ada
- dapat makan nasi ayam yang sedap

....macam-macam lagi lah perkara baik-baik berlaku kepada saya harini. Bagaimana dengan awak pula?

Bila kita cuma nampak positif-side dalam setiap perkara Insya Allah hidup kita akan sangat kurang stress dan lebih happy. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya...kita perlu pegang teguh dengan perkara ini. Baru hidup lebih ceria~

Lots of Love,
Arfah Umar

Saturday, 18 January 2014

Arfah Umar dan misinya untuk turunkan berat badan

Misi Arfah Umar Turunkan Berat Badan

Assalamualikum semua. Apa khabar? Semoga sihat sentiasa. Speaking of which, baru-baru ni Arfah ada timbang berat badan...OMG I AM 7KGS OVERWEIGHT!!!

Arfah ni bukan jenis yang pentingkan kecantikan. Selama ni pun tak pernah nak hiraukan pasal berat badan sebab saya rasa saya memang tak gemuk. Saya rasa saya masih boleh dikira sebagai sihat. Takde maknanya Arfah nak gi timbang berat and ukur lilit badan setiap hari.

Jadi kenapa nak turunkan berat Badan???

Tapi lately mmg Arfah perasan banyak juga pakaian especially seluar yang dah ketat sangat sampai button dan zip pun dah macam nyawa-nyawa ikan bila pakai. Siap ada yang memang dah tak boleh pakai. Oh NO!! Could it be?? Adakah?? Mungkinkah? Ishkkk..takkan kottt?? Haha...self-denial Arfah mmg sgt melampau (dan penuh drama  =P~)

Itu lah sebab utama Arfah akhirnya tergerak hati untuk timbang berat sendiri. Rasanya last timbang berat is tahun lepas kottt. Tu pun saje suke suki nak cuba penimbang dlm bilik hotel tu yang nampak mcm bestttt jer. Ekeekeke

Anyway, utk ketinggian Arfah, 153cm (yer..saya tahu saya ketot! Haihhh) berat ideal mengikut BMI should be around 51-53kgs. So Arfah selalu ingat dlm kepala ideal weight saya is 53kg. Kita amik yg plg berat yer...ahaks! And hasil timbangan kali ini..beratku sekarang ialah 60KG!!! Lebih 7 kilo uolls!!

Oh..satu lagi benda yang Arfah selalu ingat dlm kepala...ikut BMI juga..kalau berat lebih dari 55kg saya dah masuk ke kategori OVERWEIGHT! Kuang kuang kuang. Berat badan Arfah confirm laa tak pernah underweight. Arfah ni mmg alergik sikit bab makanan...kene selalu pantang. PANTANG NAMPAK or PANTANG TERINGAT. Haha. Ni memang kriptonite Arfah laa. Saya mmg suka makan. Tapi selama ni alhamdulillah..Allah bagi Arfah metabolisma yang agak hebat yang boleh kawal berat and jarang sangat berat melebihi 55kg.

But how now?? Dah 60 kilo beb! Kalau nak masuk kategori acceptable weight pun kene turun 5 kilo. Nak ideal weight kalau, kene turun minima 7kg ok! Rasa cam banyakkkk jer. Cam susah jer...cam kene gila2 diet jerrrr.

Haaa..sebab tu Arfah dah declare war. Arfah lancarkan Misi Arfah Umar Will Lose 5kg By End Of February....or nama pendek dia MAUWL5KBEOF! Erkkk...awat mcm tak berapa pendek jer. Haha. Belasah ajelah labuuu~~

Anyway..mcm nama dia lah...basically Arfah akan cuba utk buang 5kilo lemak (dan bahan2 lain yg akan terbuang bila kita lose weight..apa dia?? Arfah pon tak tau. Sila google sendiri yer. Hehe) by end of February 2014.

Mesti ada yang dok fikir "apsal 5 kilo jer?? Kalau nak berat ideal kan kena turun 7 kilo." Haaa...jawapannya ialah suke hati Arfah lah. Arfah yang nak buat misi ni dan Arfah berniat nak turunkan 5 kilo dulu. Bila set target tu make sure ia something yang kita confident boleh buat. Sebabnya takut nanti tak dapat result yang kita nak pastu down...rasa nak give up jer sebab hasil kurang best.

For now Arfah nak keluar dari zon overweight dulu. So Arfah tekad untuk turun 5 kilo dulu sebagai first mission. Lepas dah berjaya capai target ni..Arfah akan buat misi baru pula for further weight reduction.
Nak tahu apa Arfah buat utk jayakan misi ini?? Ikuti perkembangannya dalam post akan datang. Kalau ada sesiapa yang nak join misi ini Arfah sangat mengalu-alukan anda. Jom kita sama2 turunkan berat badan untuk memastikan tubuh kita sihat dan untuk elak dari pelbagai penyakit merbahaya!!!

Anyway...as of now, Arfah dengan segala hormatnya melancarkan MAUWL5KBEOF!!! Hehehe.

Lots of Love,
Arfah Umar