Saturday 22 March 2014

Vitamin untuk rambut

Assalamualaikum semua. Apa khabar. Dalam entry kali ini Arfah nak cerita sikit tentang vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan rambut. Arfah tahu ramai yang ada masalah rambut. Ada yang rambut gugur, ada yang masalah rambut rapuh dan muda patah, ada masalah rambut kering dan kasar, ada masalah rambut nipis.



Sebenarnya bila bercerita masalah rambut ni ada banyak faktor yang menyumbang kepada pelbagai masalah rambut tersebut. Antaranya termasuklah:


  • Diet - diet yang tidak seimbang mungkin menyebabkan masalah kepada rambut anda. 
  • Penyakit - ada beberapa penyakit yang boleh mengakibatkan rambut gugur atau beruban. 
  • Stress - reseptor hormon stress wujud di dalam dan sekeliling folikel rambut kita. apabila kita stress, neurochemicals adrenalin dan kortisol yang dibebaskan akan menyebabkan kerosakan kepada rambut
  • Hormon - peningkatan dan penurunan tahap hormon estrogen yang berlaku ketika mengandung, menopaus dan ketika haid akan menyebabkan rambut menjadi cantik dan bersinar atau kering, rapuh dan mudah gugur.
  • Ubat-ubatan - ada beberapa jenis ubat yang mungkin memberi kesan sampingan kepada kulit kepala yang seterusnya akan mengakibatkan rambut rosak atau gugur
  • Pendedahan kepada bahan kimia dan haba yang kerap - setiap kali kita ke saloon untuk mendandan dan menggayakan rambut, pelbagai jenis bahan kimia yang digunakan. bahan-bahan kimia dan haba yang tinggi ini akan menyebabkan rabut menjadi lemah dan rosak. 
  • Genetik - antara perkara yang paling penting yang akan menentukan samada rambut kita jenis yang sihat dan lebat atau bermasalah dah gugur ialah DNA kita sendiri. 


Ada beberapa faktor yang di luar kawalan kita seperti genetik, hormon dan penyakit. Untuk masalah rambut yang berpunca dari masalah tersebut, tidak banyak yang boleh dilakukan. Tetapi untuk perkara lain seperti stress dan diet, pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk membantu rambut kita menjadi sihat dan cantik semula.



Dalam entry kali ini, Arfah cuma nak fokus kepada diet iaitu bahan-bahan atau vitamin dan mineral yang perlu kita ambil melalui pemakanan untuk menjaga kesihatan rambut. Jadi, apakah bahan-bahan, vitamin atau mineral yang diperlukan untuk kita dapatkan rambut yang sihat dan cantik??

Protin
Bahan yang paling utama sekali diperlukan untuk rambut sihat ialah protin. Protin merupakan bahan utama didalam rambut dan jika tubuh kekurangan protin, ia akan jelas terlihat di rambut. Oleh itu amatlah penting untuk kita pastikan diet kita mengandungi jumlah protin yang mencukupi. Protin hadir dalam makanan seperti soya, kekacang, ikan, daging, telur, susu dan bproduk tenusu.

Zat Besi (Iron)
Zat besi merupakan komponen penting didalam hemoglobin yang membawa bekalan oksigen ke rambut. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia, rambut rapuh dan keguguran rambut. Namun pengambilan zat besi yang berlebihan pula mungkin boleh merosakkan organ hati. Jumlah zat besi yang diperlukan oleh seseorang itu berbeza mengikut jantina, umur dan kondisi tubuh. Sumber-sumber zat besi termasuklah daging, ikan, kacang dal, bayam dan telur.

B-kompleks
Vitamin B-kompleks penting untuk menyuburkan folikel rambut dan menguatkan rambut. Kekurangan b-kompleks boleh menyebabkan rambut menjadi lemah, rapuh dan mudah gugur. Anda boleh dapatkan bekalan vitamin b-kompleks dari makanan seperti pisang, kentang, ikan, telur, bayam, broccoli dan kekacang.

Zink
Zink diperlukan untuk memastikan pembentukan sel folikel rambut yang normal dan sihat. Kekurangan zink akan menyebabkan berlakunya keguguran rambut. Untuk mendapatkan mineral yang membantu pertumbuhan rambut ini, makanlah makanan yang tinggi kandungan zink-nya seperti tiram, daging, bayam, kekacang, bijirin dan cendawan.  

Vitamin C
Vitamin C penting agar tubuh boleh menghasilkan kolagen yang hadir dalam tisu sekeliling folikel rambut. Vitamin C juga merupakan anti-oksidan yang melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas. Vitamin C akan membantu tubuh hasilkan sel-sel rambut yang sihat dan kuat. Antara sumber-sumber vitamin C termasuklah buah oren, lemon, jambu batu, lada benggala (bell pepper), kailan, tomato dan betik.

Jadi kalau anda inginkan rambut yang sihat, lebat, cantik dan berseri pastikan anda mendapat bekalan protin, zat besi, b-kompleks, zink dan vitamin C yang secukupnya melalui diet seharian anda. Makanlah makanan yang pelbagai seperti sayuran, buah-buahan, bijirin, kekacang, daging, ikan, telur dan susu. Kalau setakat makan nasik dengan kicap atau fast-food setiap hari...rambut anda mungkin akan terjejas.

Jika anda inginkan cara mudah tetapi selamat untuk dapatkan nutrisi penting tersebut untuk rambut anda, anda boleh mencuba supplement Shaklee yang dirumus khas dari sumber semulajadi dan organik. Arfah rekomenkan set supplement untuk kesihatan rambut yang mengandungi semua vitamin dan mineral lengkap untuk rambut sihat, kuat dan cantik seperti berikut:-


 Jika anda berminat, bolehlah hubungi Arfah untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja dari Arfah buat kali ini. Semua yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment