Wednesday 26 February 2014

Menyampah dengan MLM

Ramai benar yang menyampah, meluat dan benci tahap naga berapi dengan MLM. Sebut aje MLM mata jadi merah...siap keluar asap dari telinga..hehe. Arfah faham...sebenarnya Arfah dulu pun benci gila gila gilaaaaaa dgn MLM ni. Mana tak nya...bukan sekali..malah DUA kali terkena dgn MLM yang merugikan duit semata-mata tanpa sebarang hasil. Bagi Arfah, semua MLM cuma scam utk tipu duit orang. Adakah anda pun sama macam tu??

Abis tu...kenapa Arfah boleh join Shaklee pula? Shaklee kan MLM juga?? Nak pisang berbuah 3 kali ker??

Hehe...sebenarnya masa Arfah mula2 join Shaklee dulu tak tahu pun Shaklee ni MLM. Ekekekee...dah masuk baru tahu...owhhhhhh MLM rupanya. Actually Arfah join pun sebab dah berbulan dok consume supplement Shaklee and dok beli atas orang...baik Arfah join ajer jadi member..boleh dapat harga member and bila cukup UV dapat pula cash bonus (Arfah anggap bonus tu macam cash rebate). Itu sebab utama Arfah join Shaklee. Dah jadi member baru mummy (upline) Arfah cerita lebih lanjut and baruuuuuu tahu Shaklee ni MLM rupanya.

Tapi sebab Arfah pun mula aktif dan promote Shaklee ni sebagai satu bisness yang terbaik untuk dicuba ialah sebab Arfah yakin Shaklee ialah satu MLM yang patuh syariah dan tidak akan menzalimi ahli-ahli nya. Bab patuh syariah tu Arfah yakin sebab ada seorang ustaz ni yang memang berpengetahuan tinggi bab hukum agama telah menjelaskan tentang hukun syariah MLM Shaklee ini. Kalau nak baca sila ke blog Cikgu Mat disini. Ilmu saya dalam bidang syariah ni tak tinggi jadi kalau ada isu nak tanya tentang soal syariah tanye aje dengan Cikgu Mat terus kay.

Anyway..haritu ada terbaca ada komen salah seorang SID yang ada dalam Facebook saya. Post dia buat saya terfikir panjang tentang kenapa orang rasa teraniaya bila join MLM. Sebenarnya, ramai yang tak suka MLM sebab kebanyakan MLM yang tak patuh syariah akan menyebabkan upline2 kaya raya hasil dari usaha downline2. Orang bawah berkerja susah payah, berpenat lelah...last2 upline juga yang lagi kaya...downline tak ada harapan nak dapat pendapatan lebih dari upline. Betul tak?? Ramai yang rasa MLM ni zalim disebabkan ini kan?? Haaa...tahukah anda bahawa dengan MLM yang patuh syariah (macam Shaklee) downline bila-bila masa pon boleh potong upline2 sendiri. Kalau downline rajin, bijak dan berusaha...tak ada masalah untuk derang dapat income sama or even lebih banyak dari income upline mereka. Actually ini dah terjadi kepada upline saya sendiri dalam shaklee ni. Sideline saya dan naik rank lebih tinggi daripadanya dan dah dapat income lebih tinggi dari upline kami itu.

Sebenarnya tak semua MLM sama. Walaupun saya dah 2 kali terkena dengan MLM yang zalim...Alhamdulillah kali ke-3 ditemukan secara tak sengaja dengan MLM yang patuh syariah dan berlaku adil kepada distributor-distributornya. Sebenci-benci saya dengan MLM setelah dua kali terjebak dan rugi...akhirnya takdir Allah lebih hebat...terjebak pula buat kali ke-tiga dengan MLM Shaklee. Dan kali ini, Alhamdulillah saya rasa ianya suatu rahmat dari Allah dan saya yakin ini cara-Nya untuk salurkan rezeki buat saya yang tidak berkerja kerana ingin menjaga anak-anak dan suami dengan air tangan sendiri. Bila saya tinggalkan kerja (yang saya sayang sangatttt) kerana saya lebih sayangkan anak-anak dan suami...Allah balas dengan satu cara untuk saya mencari rezeki yang bakal menjana pendapatan berganda-ganda berbanding gaji yang saya terima semasa berkerja dulu. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Kita aje yang selalu meraguinya dan tak yakin.

Semoga kita semua akan dilindungi Allah dari kezaliman manusia. Insya Allah. Setakat ini sahaja dari Arfah buat kali ini. Semua yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya daripada saya sendiri. Wallahuwalam.

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment