Wednesday 19 February 2014

Aku miskin..atau mungkinkah sebenarnya aku kaya??

Assalamualaikum semua..apa khabar anda hari ini? Adakah sudah bersarapan? Sudah makan tengah hari? Atau mungkin makan malam semasa anda membaca entry Arfah kali ini?? Hari ini Arfah nak cerita tentang isu miskin dan kaya.

Bolehkah anda kata dengan ikhlas dan jujur, apakah status anda sekarang? Adakah anda seorang yang kaya, atau adakah anda seorang yang miskin? Apa definisi kaya? Ada ramai orang yang dah ada duit berkopak-kopak, harta benda yang banyak...namun masih rasa tidak cukup. Masih anggap dirinya miskin...serba kekurangan. Namun, ada pula orang yang kais pagi, makan pagi...kais petang, makan petang...tetapi merasa hidupnya serba lengkap dan sudah cukup semuanya.

Kaya kah??

Miskin kah??


Sebagai seorang hamba yang lemah, perasaan suka membandingkan diri dengan orang lain itu sangat susah dibuang dari benak hati. Bila kita tengok orang lain berjaya..kita akan rasa nak juga kejayaan itu. Bila kita tengok orang lain dapat rezeki melimpah ruah, kita akan rasa - kenapa aku tak dapat rezeki macam tu. Walaupun ini sesuatu yang sukar untuk kita buang, cubalah.

Arfah sendiri pun akui, sering juga rasa diri ini serba kekurangan. Sering rasa tak cukup dan rasa nak macam-macam lagi dalam hidup. Tapi, bila Arfah fikir semula..bila tengok sekeliling...sebenarnya diri ini sudah sangat kaya. Bukan nak kata Arfah ni orang kaya yang banyak harta dan duit...Noooo~~

Rasa kaya ni timbul sebab bila tengok balik...setiap hari Alhamdulillah Arfah ada makanan untuk dijamah...sekurang-kurangnya 3 kali sehari..Insya allah mesti ada makanan. Bila tengok sekeliling...rupanya ramai orang yang nak dapat makan sekali sehari pun susah. Betapa kayanya aku ni sebenarnya....



Rasa kaya ni terbit bila fikir balik...setiap malam Arfah tidur atas katil, atas bantal empuk, dibalut selimut bila sejuk, pasang kipas (or air-con) bila panas. Bila tengok sekeliling...rupanya ramai orang yang tidur cuma beralaskan sehelai kain, even ada yang cuma beralaskan surat khabar untuk tidur setiap malam. Betapa kayanya aku ni sebenarnya...



Rasa kaya ni datang bila...setiap kali anak-anak arfah datang peluk, cium atau katakan bahawa mereka sayangkan ummi...atau setiap kali suami arfah cium dahi dan katakan bahawa dia cintakan Arfah. Bila tengok sekeliling...rupanya ramai orang yang hidup sebatang kara...tanpa sesiapa untuk memberikan kasih sayang buat mereka. Betapa kayanya aku ni sebenarnya...

Jadi, bila rasa diri ni kekurangan dan rasa tidak cukup itu timbul...tengok sekeliling anda. Baca di surat khabar mahupun di internet. Tengok gambar dan video yang berlambak-lambak ada di merata-rata tempat yang menceritakan nasib malang orang lain yang jauhhhh lebih berat diturunkan ujian. Bila kita bandingkan dengan orang yang macam ni...kita akan rasa diri kita ni sangat kaya sebenarnya. Apa yang kita rasa sebagai kekurangan itu sebenarnya dah cukup buat kita, maka bersyukur lah. Banyakkan menyebut Alhamdulillah...


Sampai di sini aja buat kali ini. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat-cela itu datangnya dari saya sendiri. Insya Allah, semoga bermanfaat buat anda.

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment