Friday, 13 September 2013

Kepentingan air untuk tubuh

Kita selalu diberitahu bahawa minum air itu penting untuk tubuh kita. Namun, mesti ramai yang masih tertanya2 kenapa? Bagi sesetengah orang, bila minum air banyak asyik nak ke toilet atau pun ada juga yang akan mengalami kembung perut. Jadi, kenapa perlu kita minum air yang banyak setiap hari?



Sebenarnya air sangat penting bagi tubuh kita kerana di dalam tubuh kita ini, air merangkumi lebih kurang 55-65% air. Betul ke ada air sebanyak tu dalam badan? Betullll...sebagai contoh..otak kita adalah 70% air, darah kita 82% dan paru-paru 90% air. Tapi bagaimana air boleh ada sebanyak itu dalam tubuh? Kita mungkin tidak nampak jumlah air yang banyak ini kerana jumlah air itu sendiri berada didalam setiap sel tubuh kita. Sel kita adalah seperti satu bekas yang berisi air dan protin didalamnya. Airlah yang membolehkan nutrisi dan protin disebarkan dan dihantar ke setiap anggota tubuh yang memerlukannya. Sebab itulah, bila kita mengambil supplement Shaklee ini, kita akan disuruh minum air sekurang2nya 2 liter setiap hari. Kekurangan air ini akan menyebabkan tubuh kita sukar untuk memposes supplement tersebut dan menyerap nutrisi dan mineral yang kita perlu.

Fungsi-fungsi air untuk tubuh:-
- sebagai pelawas
- bahan asas semua jenis cecair didalam tubuh seperti air mata, peluh, darah, enzim dan sebagainya
- membantu mengawal suhu asas badan melalui proses peluh (dan ketika tubuh sakit, melalui muntah)
- membantu melarutkan makanan untuk memudahkan penyerapan nutrisi dan mineral
- membuang toksin dari tubuh melalui air kencing dan peluh
- melancarkan peredaran darah dan dapat mencegah masalah jantung dan penyakit darah tinggi
- meningkatkan metabolisma badan
- melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit
- memberi kelembapan untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat
- mengekalkan keanjalan diantara lapisan kulit dan otot
- meningkatkan kebolehan tubuh untuk melawan penyakit

Jumlah air yang diperlukan oleh setiap orang pula berbeza mengikut jantina, berat badan, diet dan aktiviti harian masing2. Secara amnya, kita di Malaysia disarankan untuk meminum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari. Namun seboleh-bolehnya cubalah untuk meminum sehingga 3 atau 4 liter sekiranya kita bertubuh besar atau membuat aktiviti yang banyak berpeluh. Janganlah takut atau risau akan kerap ke bilik air. Sebenarnya membuang air itu adalah bagus untuk badan kerana melalui proses kumbahan ini sangat banyak toksin yang akan dibuang melalui proses kumbahan ini. Lebih-lebih lagi bagi yang ingin kuruskan badan..air akan sangat banyak membantu anda mengurangkan berat badan anda.

Seelok-eloknya minumlah air kosong atau air putih setiap hari. Sebaik mungkin, cuba kurangkan pengambilan air manis dan yang mengandungi perasa dan pewarna tambahan seperti air soda. Air jus yang dibuat dengan buah-buahan segar juga sangat bagus untuk tubuh kerana ia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang berguna untuk tubuh. Cara tubuh kita untuk memberitahu bahawa kita kekurangan air ialah dengan berasa haus. Apabila tekak terasa haus, minumlah air sengan segera.

Antara tanda-tanda tubuh kekurang air termasukah:-

- mulut menjadi kering dan sukar menelan
- air kencing berwarna kuning pekat
- sukar membuang air besar
- kulit terasa kering dan kurang anjal
- jantung sering terasa berdebar-debar tanpa sebab
- sering kekejangan otot
- sering terasa pening dan pitam
- mudah penat
- mata terasa kering dan tiada berair mata
- tubuh terasa panas didalam

Jadi, ingatlah bahawa air itu memang sangat penting untuk tubuh. Pastikan kita meminum air yang secukupnya setiap hari.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya, Arfah Umar, Pengedar Sah Shaklee (ID#: 959091) melalui email - sayanak.sayanak@gmail.com atau melalui whatsapp/sms/tel - 012-5927912


2 comments:

  1. Cool blog Arfah.. a lot of Info.. sistematik plak tuh...keep it up!! caiyok!!

    ReplyDelete