Ada seorang customer Shaklee Arfah ni sangat konsisten beli Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) untuk mak dia yang dah berumur. Katanya gabungan kedua-dua tu alhamdulillah banyak membantu mak dia yang dah berumur dan biasalah sakit-sakit sendi dan selalu lenguh-lenguh. Bila ada orang sebut pasal kebaikan Ostematrix dan AJHT ni tetiba Arfah teringat satu insiden yang berlaku masa Arfah pergi ke branch Shaklee di Ipoh satu hari dulu.
Masa tu Arfah balik kampung suami di Kuala Kangsar dan ada nak beli produk Shaklee untuk customer. Internet tak ada...maka pujuk lah suami Arfah untuk gi branch Shaklee di Ipoh untuk beli barang. Nasib baik suami Arfah ni memang supportive dan penyayang. hehe. Walaupun keberatan dia bawa juga kami sekeluarga ke Ipoh untuk mencari branch Shaklee.
Sampai sana sebelum tengah hari tapi Subhanallahhhh...orang dan penuhhhhh menunggu turn untuk beli barang. Adeiiih~ Arfah pun ambil nombor dan cari tempat untuk duduk. Nasib baik ada tempat.
Masa Arfah tengah tunggu turn tu, ada seorang makcik ni masuk. Dia nampak agak berumur dan pakai baju kurung lusuh. [Bukan nak mengutuk yer..cuma nak describe] Gayanya sedikit kekampungan. Lepas dah masuk branch Shaklee tu gaya dia macam sedikit 'lost'. Dia masuk..tengok-tengok artikel yang dilekat di dinding dan lepas tu duduk sebelah Arfah.
Dengan niat nak tolong, Arfah pun tanya lah..."makcik ni dah ambil nombor ke?"
"Dah". Jawab dia.
Saya tanya lagi.. "Makcik ni dah jadi ahli ke?"
"Dah". Dia jawab sambil senyum.
Ok. Fine. Maksudnya dia tahulah apa yang dia buat dan tak 'lost'. hehe. Maka saya sambung mengelamun sambil tunggu nombor giliran saya naik.
Tetiba Makcik tu tanya pula "Adik ni nak beli apa kat sini?"
"Nak beli vivix untuk mak dan bapa mertua". Saya jawab ringkas. Sebab memang itu antara benda yang saya nak beli tadi ada tambahan lagi untuk pelanggan-pelanggan. Malas nak cerita panjang so itu jer yang saya jawab.
Tetiba makcik tu macam bersemangat dan cerita dengan Arfah. "Adik beli lah Ostematrix dengan AJHT tu untuk mak ayah adik. Bagus sangat dua tu."
"Ye ke? Makcik ambil dua tu ke?" Arfah memang dah belikan pun dua tu untuk mak dan ayah mertua. Tapi sebab malas nak cerita panjang, Arfah layan aje Makcik tu cerita.
"Makcik ni tukang urut kampung. Memang makcik suruh semua palanggan-pelanggan makcik ambil dua tu kalau yang sakit tulang, sakit sendi, lenguh-lenguh, patah tulang, strok ke...alhamdulillah, dengan izin Allah memang bagus."
Arfah angguk jer.
"Mula dulu suami makcik kena strok. Sebelah badan dia tak boleh gerak. Lepas tu ada orang rekomen suruh bagi Ostematrix dengan AJHT tu. Makcik pun beli dari orang tu, bagi pada suami. Alhamdulillah sekarang dah boleh jalan dah suami makcik tu. Tapi, masih tak sempurna lah. Ada lagi sikit-sikit yang tak boleh buat tapi dah banyak dah perubahan pada dia. Lepas tu memang untuk orang-orang yang makcik urut pun semua makcik suruh makan ubat Shaklee ni. Ramai kata bagus"
"Wahh..Alhamdulillah laa Makcik. Tapi makcik pakai dua tu aje ke untuk semua? Tak cuba benda lain?" Saya tanya sebab dah tertarik dengar cerita makcik tu.
"Makcik bagi dua tu aje. Hehe. Makcik tak pandai sangat tentang ubat-ubat Shaklee yang lain tu" Makcik tu jawab sambil tersengih-sengih.
Lepas tu anak-anak saya dah datang minta attention. Suami saya pula ajak keluar sebab anak-anak dah tak nak duduk diam. Maka, dah tak dapat sambung sembang dengan makcik urut tu.
Tapi, dalam hati saya bercakap sendiri..."Wahhhh...sekarang ni makcik urut kampung pon dah pandai rekomen supplement kepada pesakit dia.". Sebelum ni kalau sebut makcik urut jer...mesti terbayang makcik yang berusut cara tradisional sambil rekomen minyak akar kayu atau minyak-minyak tradisional ni. Nah, amik kau...jumpa dah makcik urut yang rekomen supplement Shaklee pula kepada pelanggan dia.
Selalunya orang yang mengamalkan perubatan tradisional macam berurut ni skeptikal tentang perubatan moden. Pernah saya dengan orang yang patah tulang tapi taknak dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor tapi cuma ikut nasihat dan berurut dengan tukang urut tradisional. Tapi, alhamdulillah...makcik urut yang saya jumpa tu dah maju. Saya doakan semoga makcik urut tu diberkati dan di rahmati Allah. Pekerjaan dia sangat berat sebenarnya. Mengurut orang ni bukan kerja ringan.
OKlah. Setakat ini aje cerita Arfah kali ini. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri.
Lots of Love,
Arfah Umar
PS...kalau berminat untuk dapatkan Ostematrix atau AJHT bolehlah hubungi Arfah melalui Whatsapp/SMS/Tel di 012-592 7912 atau FB Siti Noor Arfah.
0 comments:
Post a Comment