Tuesday, 27 May 2014

Cara menaikkan selera makan anak dengan Mealshake

asArfah ada seorang anak berumur 2 tahun++ ni yang sangat susah bab nak bagi dia makan. Selera makan dia ni macam sangat limited. Ada time-time yang dia cuma nak minum susu aje seharian...langsung tak nak jamah apa-apa makanan. Nak bagi makan nasi dengan kuah aje pun puas pujuk, kejar dan buat pelbagai aksi. Sayur dengan buah-buah tu takyah cakap lahhhhh...langsung tak nak sentuh.


Lebih kurang camni lah rupa anak saya tu time nak bagi makan
(Gambar hiasan dari Google)

Nak dijadikan cerita, pada hujung tahun 2013, kami sekeluarga bersama-sama keluarga ipar Arfah pergi melancong ke Vietnam. Lepas lebih kurang dua hari di sana, anak-anak Arfah kene cirit birit dan muntah-muntah. Allahuakbar, kesian sangat tengok derang...masuk makanan aje keluar balik. Tambah anak arfah yang kerap sembelit tu...lagiiiii kesian. Sebelum tu pun dia memang dah kurus. Lepas kena cirit-birit tu terus jadi kurus kering...sampai nampak semua tulang rusuk dia. Siap adik Arfah cakap dah ala kanak-kanak Somalia. 

Semasa anak-anak Arfah cirit-birit tu Arfah beri derang Mealshake Shaklee. Tak susah pun, campur aje dengan susu. Sebab Arfah beri Mealshakes tu ialah kerana takut derang tak cukup nutrisi sebab asyik muntah-muntah aje and taknak makan sangat. Tak ada selera agaknya sebab tak sihat.

Alhamdulillah, slow-slow derang pulih dari "traveller's diarrhea" (seperti yang di-diagnose oleh doktor sebaik pulang ke Malaysia) and dah tak cirit-cirit or muntah-muntah lagi. Antara yang saya rasa sangat membantu ialah campuran segelas air dengan satu sudu madu.

Tapi setelah baik pun semua anak-anak saya jadi kurus kering. Sedih saya tengok anak-anak sendiri. Maka bermulalah misi saya untuk naikkan semula berat badan mereka.

Sebagai ikhtiar untuk naikkan selera makan mereka, saya konsisten beri Mealshake kepada anak-anak setiap hari. Dan Alhamdulillah memang selera mereka naik. Banyak derang makan dengan berseleranya.

Even anak saya no 2 yang susah nak makan tu pun bertambah-tambah selera dia. Sometimes dia yang makan paling banyak. hehe

Setelah lebih kurang 3 bulan konsisten memberi Mealshake kepada anak-anak, ini hasilnya...

Di sebelah kiri ialah anak saya yang no. 2 tu selepas kena cirit birit tu dan di sebelah kanan pula gambarnya setelah lebih kurang 3 bulan dengan Mealshake. Pipi dah mula tembam, tangan dah berisi, tulang rusuk dah tak nampak sangat dan perut dah boroi. hehehe.

Sebagai seorang ibu, antara kerisauan utama Arfah ialah kalau anak-anak tak cukup makanan (actually zat dan nutrisi dari makanan tu sebenarnya). Bila anak-anak dah tembam dan berisi macam ni memang rasa lega~

Kalau anda ada anak-anak yang kurus sangat sebab tak ada selera makan, jangan risau. Hubungi Arfah melalui Whatsapp, SMS atau telefon terus ke 012-592 7912 atau email ke sayanak.sayanak@gmail.com dan dapatkan Mealshakes untuk anak anda sekarang. Insya Allah Mealshake ini mampu membantu naikan selera makan anak anda.

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment