Assalamualaikum. Semoga anda semua sihat sejahtera. Sebagai ibu atau bapa...antara masalah yang pasti akan kita hadapi ialah masalah anak yang sembelit.
Well, anak Arfah yang second tu sangat sangat kerap kena sembelit. Memang sejak dia baby sistem penghadaman dia macam selalu bermasalah. Perut dia almost always kembung and berangin. Memang kesian sangat sebab dia akan kerap menangis sebab perut rasa tak selesa.
Tapi sejak dah besar sikit ni Alhamdulillah dia dah kurang meregek sebab kembung perut. Hopefully masalah kembung perut dia tu akan pulih sepenuhnya.
Tapi, masalah sembelit dia memang sampai sekarang masih kerap terjadi. Dia pula jenis yang tak nak makan sayur atau buah-buahan which sangat tidak membantu masalah sembelit dia tu.
Saya pernah baca (sorry....tak ingat dimana) antara punca anak sembelit ialah mungkin disebabkan oleh penyakit, kekurangan air, kekurangan fiber atau serat dan susu formula. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh dapatkan maklumat tentang sembelit terus dari laman web yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini.
Anyway, dari faktor-faktor tu tadi memang saya rasa anak saya tu maybe ada kesemuanya except maybe faktor penyakit tu. Wallahhuwalam. Tapi, dia memang tak suka minum air kosong banyak, tak suka makan buah or sayur and memang minum susu formula. Oh..and satu lagi punca yang akan buatkan anak saya sembelit is kalau dia ada minum air milo (or sometimes air yang ada serbuk koko). Ya Allah...memang saya cuba elak bagi dia minum milo tu. Masalahnya dia suka sangat air Milo tu. And kalau dia tak minta, anak-anak yang lain pula nak. Adeii. Sekarang ni selagi boleh memang tak bagi dia minum milo. Saya cuba gantikan dengan air teh hijau, teh krisentimum atau ribena.
Sebab kenapa milo tu menyebabkan sembelit ialah kerana kandungan kafein yang tinggi dalam serbuk koko. Makanan dan minuman berkafein ni sangat sangat puaka untuk mereka yang mudah kena sembelit. Alasannya ada diceritakan di sini, tapi ini website bahasa inggeris laa. hehe
Antara petua-petua yang saya pernah come across untuk atasi masalah sembelit ni termasuklah:
1. Beri makanan yang berair seperti bubur atau puree yang ditambah air agar cair sedikit.
2. Beri minum air buah yang dibuat fresh (blend aje dengan sedikit air) tanpa gula. Antara yang berkesan termasuklah buah limau, betik, tembikai, prun atau aprikot.
3. Tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau bijirin penuh seperti oat.
4. Buat exercise kaki seakan kayuh basikal tu. Baringkan dia and gerakkan kaki ke atas dan ke bawah dalam bentuk bulatan satu demi satu.
5. Masukkan sekali satu sudu teh tepung sagu atau tepung kanji semasa membancuh susu susu dua kali sehari.
6. Of course...beri minum air kosong yang banyak dan kerapkan pengambilan air kosong tu.
Kalau ikut pengalaman Arfah, memang dengan beri jus buah-buahan memang agak berkesan untuk bantu masalah sembelit ni.
TAPI, guess what?? Sekarang ni alhamdulillah anak saya tu dah sangat kurang sembelitnya. Nak kata dah tak ada langsung tu tak juga sebab sometimes masih meneran kuat gak masa nak membuang. Tapi memang dah sangat sangat kurang terjadi berbanding dulu.
And apa perubahan yang Arfah buat is only beri dia MealShakes Shaklee satu sudu sehari dalam bancuhan susu dia. Masya Allah...sangat nyata perubahan dia.
Dulu, sometimes dia nak membuang tu perlu 4-5 attemp baru nak keluar. Kadang sampai nangis-nangis lah. Bila jadi macam tu saya pun rasa nak nangis sekali sebab tak boleh nak tolong dia sangat.
Sekarang ni dah takde sampai nangis dah sejak beri Mealshake ni, and memang dah almost setiap hari akan membuang. EXCEPT kalau dia ada minum milo. Adeihh...memang palang laa air milo tu. Nak kena ban dari pandangan mata dia. Huhu. Sometimes ade lah perasan dia cam kerut-kerut sikit meneran untuk membuang. Tapi alhadulillah lega sebab memang nampak dah tak teruk macam dulu.
Arfah mula bagi dia minum susu campur MealShakes hari-hari tu since about sebulan yang lepas camtu. Sebelum tu Arfah bagi juga tapi tak berapa konsisten. Sometimes seminggu dua or tiga kali..sometimes skip seminggu dua. Huhu. Sorry nak~ Insya Allah mulai sekarang ummi akan bagi MealShakes hari-hari yer sayang.
Oh, satu lagi Arfah nak tambah. Arfah perasan lepas dok bagi anak-anak Arfah MealShakes setiap hari ni memang derang macam berselera laa makan nasi. Kalau dulu nak suap nasi jenuh kejar. Sekarang ni derang pula dah pandai tunjuk pinggan minta nak makan nasi. And makan tu pon dah pandai bertambah...kot tak sepinggan yang diberi tu tak abis pun. Memang Mealshake ni bagus untuk naikkan selera makan anak-anak juga.
Kalau ada yang risau nak beri supplement kepada anak yang masih kecil. Well, don't worry. As long as anak anda lebih dari dua tahun, then dah boleh start beri supplement AS LONG AS BUKAN SUPPLEMENT DARI BAHAN KIMIA SINTETIK. Haa, Arfah caps kan semuanya tu sebab ini sangat sangat SANGATTTT penting. Supplement ni bukan semuanya bagus tau. Ada yang dibuat dari campuran bahan kimia untuk hasilkan vitamin dan ini boleh membahayakan kesihatan. Make sure anda cuma berikan anak anda supplement yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi, organik dan non-GMO (macam Shaklee of course~).
Semoga entri ini akan dapat memberi manfaat buat anda (dan anak-anak anda..hehe). Yang baik-baik itu dari Allah manakala semua cacat-cela itu daripada saya sendiri.
Lots of Love,
Arfah Umar
NEW LANDING PAGE 4 POSTER
3 months ago
0 comments:
Post a Comment