Friday 23 May 2014

AWAS jika anda seorang muslimah yang suka solat di saf hadapan

Arfah terniat nak buat entry ni sebab ada musibah yang berlaku dihadapan mata Arfah sendiri semasa tengah solat di saf hadapan di bahagian wanita. Benda ni sangat selalu kita lakukan dan pandang remeh aje tetapi bila dah terjadi, memang rasa fobia.


Benda apakah itu? Perkara itu ialah meletakkan handbag di hadapan kita (bagi saf pertama) di penghadang untuk kawasan jemaah wanita

Arfah memang akan letakkan beg Arfah dihadapan ketika solat. Ianya adalah supaya boleh nampak kalau ada orang cuba mencuri beg itu atau ambil apa-apa di dalam beg tersebut. 

Tapi beberapa hari yang lepas, Arfah tengah solat berjemaah di masjid. Di masjid ini kawasan wanita di bahagikan dengan menggunakan curtain sahaja seperti kebanyakan masjid yang Arfah pernah pergi. Dan seperti biasa para jemaah muslimah rata-rata meletakkan beg mereka di hadapan..iaitu di bawah/tepi curtain bahagian dalam kawasan jemaah muslimah.

Imam mulakan solat dan semua orang solat seperti biasa. Tengah kami bersolat tu Arfah perasan ada orang tengah merangkak di luar curtain pembahagi itu (di kawasan tengah-tengah curtain itu see-through. Jadi boleh nampak orang di luar kawasan solat wanita) tapi Arfah ingat mungkin orang itu nak menghormati orang yang tengah bersolat jadi tak fikir panjang. 

Rupa-rupanya orang itu menarik handbag salah seorang jemaah muslimah di saf hadapan dari luar curtain pembahagi itu!!! 

Ini lebih kurang contoh modus operandi yang dilakukan oleh suspek.
(gambar diambil dari http://respeksgroup.blogspot.com/)


Sebab kami masih bersolat, semua cuma mampu teruskan bersolat. Tetapi selesai sahaja memberi salam dua orang jemaah muslimah cepat-cepat angkat curtain dan keluar untuk cari orang yang mencuri handbag tadi. Tapi malangnya, orang itu dah sempat melarikan diri kerana orang tengah solat jadi tiada yang menghalang dia untuk larikan diri.

Kasihan makcik yang handbagnya itu dicuri orang. Sekelip mata hilang handphone, wallet (termasuk duit, IC, lesen, kad kredit, dsb) dan kunci kereta yang diletakkan di dalam beg. 

Astaghfirullah. Tak sangka dalam masjid pun ada orang sanggup nak mencuri!! Arfah pulak rasa geram. Boleh tu ambil kesempatan semasa orang tengah berjemaah untuk mencuri. Semoga Allah berikan orang itu balasan yang setimpal dengan perbuatannya tersebut. 

Sejak kejadian itu Arfah memang rasa fobia nak bawak handbag bersama ketika bersolat. Kalau ada bawa beg pun Arfah akan keluarkan benda-benda penting macam wallet, handfon dan kunci kereta. Wallet tinggalkan aja dalam kereta dan handfon serta kunci kereta itu letakkan dalam poket. Kalau tak pun letakkan atas sejadah tapi di tengah-tengah sejadah...bajet tempat yang atas sedikit dari tempat yang kita akan letakkan lutut semasa sujud dan semasa duduk antara dua sujud atau tahiyyat. 

Apa-apa pun mari kita ambil iktibar dari kejadian ini ya kawan-kawan. Lepas ni kalau solat di masjid, lebih baik tinggalkan barang berharga di tempat lain yang selamat. Semoga kita semua dijauhi dari musibah seperti ini. Nauzubillahhiminzaalik.

Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat-cela itu datangnya daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment