Tuesday, 20 May 2014

Theory of Laksa

Arfah balik Pulau Pinang hari Jumaat malam and Ahad tengah hari dah bertolak balik KL semula. Berada di Pulai Pinang lebih kurang sehari setengah laa kalau nak diikutkan. Tapi rasa best and puas sebab dapat makan makanan favourite Arfah of all time - Laksa Penang~~~~

Bukan sekali, bukan dua kali...tapi 3 kali makan laksa sepanjang sehari setengah tu. Hehe. Puas hati~~~

Arfah ni mmg dari kecik mmg suka sangat sangat makan laksa. Sampai saudara mara gelar 'hantu laksa'.
Masa muda dulu Arfah boleh kata akan makan laksa paling kurang pun seminggu sekali. Kadang tu mak Arfah masak laksa di rumah...selama 2-3 hari tu Arfah mmg makan laksa jer.

Arfah ni dulu memang jenis yang kuat makan. Kalau makan nasi tu memang akan tambah. Kadang tu sampai dua kali tambah. Memang kuat makan. TAPI, yang bestnya Arfah tak pernah sampai gemuk atau obes. Sometimes Arfah wonder juga macam mana laa boleh maintain jer.

A while ago, Arfah tetiba ternampak satu artikel ni. Tajuk dia something like 'new miracle fruit for weight loss' or something macam tu lah...sorry, tak ingat sangat. Tapi main point artikel itu ialah kehebatan sejenis buah yang diberi nama Garcinia Cambogia untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Siap ada video menunjukkan satu episod The Dr. OZ Show, dimana Dr. Oz mewarwarkan Garcinia Cambogia sebagai penemuan terbaru untuk weigh loss. Anda boleh lihat sendiri videonya di bawah ini.






Atas rasa curiosity yang tinggi Arfah pun search encik Google untuk tahu apa benda nya Garcinia Cambogia nih. Nak tahu tak bagaimana rupanya buah "miracle" untuk weight loss ni???



Haa..ini dia~~



Rupa-rupanya Garcinia Cambogia tu ASAM GELUGUR!!!



Hahaha...nasib baik tak tersedak~ Adeilaa. Orang putih ni bukan main gembar-gemburkan buah ni. Arfah pun dah rasa berminat nak cuba cari. Mana tahu kot kot boleh turun 10kg dalam sebulan ker kannnn~~ Rupanya cumalah asam gelugur yang sejak pakai pampers lagi kot Arfah dah memang dok makan (dalam masakan).



Maka kembali ke tajuk post Arfah ni...Teori of Laksa! Teorinya ialah Arfah dan adik beradik serta sepupu sepapat Arfah tak gemuk walaupun makan banyak gilaaaaaaa mungkin adalah kerana rajin makan laksa. Kerana bahan utama untuk buat laksa tu termasuklah Garcinia Cambogia aka asam gelugur.



Antara masakan lain yang Arfah suka makan juga termasuklah asam pedas, masak pindang dan gulai ikan sungai...where asam gelugur ini juga digunakan dalam proses memasaknya.



So, tips baru untuk mereka yang ingin turunkan berat badan - makan makanan yang dimasak menggunakan asam keping ni tetiap hari. hehe. Kita dah tiap-tiap hari boleh dapatkan buah ini dengan mudah dan murah sedangkan orang barat bukan main hype lagi dengan buah ni. Mungkin sebab ianya bukan sesuatu yang ada di negara mereka. Jadi, kalau ada sesiapa yang mencuba tu nanti boleh lah sharekan di sini yer. Adakah hasilnya memuaskan??



Sekian sahaja post Arfah buat kali ini. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri.



Lots of Love,

Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment