Assalamualaikum semua. Apa khabar? Arfah doakan semoga semua sihat walafiat. Utk post kali ini Arfah tergerak nak perosalkan botol susu yang kita gunakan utk susukan anak2 kita. Tak kisahlah samada susu tu susu formula atau susu ibu.
Selalunya untuk anak first kita akan buat dan pilih yang terbaik untuk anak-anak kita betul tak? Hehe. Maklumlah
..anak pertama. First time nak buat semuanya. Selagi boleh nak yang paling elok paling selamat lah.
Nk pilih botol susu tu pun bukan main...kena yang bpa-free ajer...puting nak yang anti-colic, anti-jongang...macam-macam lah syarat nya.
Mahal pun sanggup. Malah bagi sesetengah tu, lagi mahal lagi dirasa bagus utk anak-anak.
Tapi satu benda yang ibu bapa selalu lupa atau tak terfikir pun semasa buat persediaan untuk anak-anak. Benda yang selalu dilupa ialah lepas beli botol tu kita akan kena maintain botol tu. Maksud saya disini ialah penjagaan botol itu dari segi hygiene dan keselamatan.
Basically secara ringkasnya follow dan ulangi step2 berikut:
- Botol baru dibeli perlu dicuci dgn sabun
- Kemudian disterilkan samada dgn merebus, direndam air yang dilarutkan dengan bahan pensteril atau nak mudah - masukkan dlm micro-wave
- Bancuh/panaskan susu dalam botol (pastikan tangan dan tempat membancuh susu adalah bersih)
- Terus cuci selepas susu habis diminum (kalau dibiar terlalu lama susu akan kering dan melekat di botol dan puting)
- Cuci botol dengan air yang bersabun
- Pastikan puting dan penutup botol dibuka dan dicuci berasingan untuk memastikan tiada baki susu yang terlindung
- Sterilkan semula botol tersebut
Rasanya step-step mencuci botol ini ramai yang memang dah tahu. Tetapi ramai yang terlepas pandang bab pencuci yg kita guna. Adakah kita cuma gunakan sabun cuci pinggan..or maybe ada yang tak menggunakan sabun pun?
Susu tu mengandungi lemak tau. Selepas botol itu digunakan untuk memberi susu kepada anak-anak ianya pasti akan end up berminyak. Kalau kita tak cuci betul-betul dengan sabun, akan ada selaput minyak didalam botol dan puting tersebut. Walaupun disterilkan, minyak ini masih akan ada. Jadi, pastikan setiap kali kita cuci botol itu kita gunakan sabun ya.
Kalau kita ibu bapa yang cerewet memilih botol untuk anak-anak atau tidak, silalah cerewet dalam memilih sabun yang digunakan untuk mencuci botol tu pula yer. Jangan main taram je guna sabun cuci pinggan atau sabun mandi tu. Semua tu mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh tinggalkan kesan keatas anak-anak.
Sebaik-baiknya carilah sabun yang organik dan selamat untuk mencuci botol susu itu. Arfah pilih untuk guna Get Clean Hand Dish Wash Liquid Concentrate dari Shaklee.
Get Clean Hand Dish Wash ini 100% diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Ianya hipoalergenik, lembut pada tangan dan berkesan menanggalkan kotoran berminyak. Ianya liquid concentrate jadi tak perlu guna banyak. Cuma satu titik sudah cukup untuk mencuci sehingga 6 botol susu anak-anak. Hehe.
Anak-anak Arfah ada 3 org semuanya dan setiap seorang ada dua botol susu. Jadi adakalanya Arfah akan cuci kesemua enam2 botol tersebut sekaligus. Mula-mula arfah bilas kesemua botol-botol tu dengan air untuk buang kesemua bekas susu yang masih ada. Kemudian arfah letakkan setitik Get Clean Hand Dish Wash kedalam salah satu botol dan masukkan air separuh penuh kedalam botol itu tadi. Maka, sentallah dengan berus botol tu sambil mencelup dalam air sabun dlm botol tu. Bila dah habis...tuang aje air sabun tu ke botol yang kedua dan ulang sental dengan berus. Arfah and recycle air sabun itu untuk keenam-enam botol susu tadi dalam sekali cucian sebelum buang air sabung itu. Memang sangat berkesan menanggalkan minyak dan apa-apa kesan kotoran yang masih ada di botol. Lepas dah sental dgn air sabun, bilas semula botol dengan air biasa.
Oklah. Semoga entry kali ini memberi manfaat buat semua. Yang baik itu datangnya dari Allah, segala cacat cela itu adalah dari saya sendiri.
Lots of Love,
Arfah Umar
0 comments:
Post a Comment