Friday, 30 May 2014

Tips mudah nak potong kuku anak-anak

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat. Antara benda sunat untuk kita lakukan dihari Jumaat ini ialah memotong kuku. Arfah memang akan cuba untuk potong kuku sendiri dan anak-anak setiap Jumaat selagi boleh. Iye lah buat benda biasa macam ni tapi boleh dapat pahala sunat sebab potong di hari Jumaat. Jangan sia-sia kan pahala mudah macam ni. hehe

Arfah tahu...nak potong kuku anak-anak memang susah. Derang taknak duduk diam-diam dan macam memang tak suka memotong kuku. Jadi hari ini Arfah nak sharekan satu tips yang Arfah selalu buat bila nak potong kuku anak-anak Arfah.

Bila potong kuku anak Arfah, Arfah akan tinggalkan sikit di hujung tu supaya kuku tak terpotong sepenuhnya. Means, kuku tu akan masih bersambung sikit je di hujung macam dalam gambar di bawah ni.

Sebabnya Arfah tinggal kuku tu supaya tak terpotong habis ialah supaya anak Arfah tadi tu boleh cabut sendiri kuku dia. For some reason, anak-anak Arfah memang suka betul cabut kuku sendiri bila dah dipotong macam ni. Memang khusyuk aje derang mencabut kuku derang sendiri. 


Sometimes, ada pula aksi orang lain yang cuba mencabut kuku orang lain pula. hehe. Memang kelakar bila insiden macam tu terjadi. Kita pun tak tahu nak react macam mana. 

Anyway, ini saja entry Arfah buat kali ini. Tak panjang, tapi semoga tips Arfah untuk mudah potong kuku anak-anak ni boleh membantu para ibu yang ada masalah anak tak nak potong kuku tu. 

Sampai di sini aja, yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment