Friday 11 April 2014

Anak demam...tangani dengan cara yang selamat dan semulajadi

Assalamualaikum semua. Lama betul Arfah tak update blog ni yer. Arfah minta maaf banyak-banyak. Lately asyik sibuk dan anak pula semua dah pandai nak layan games dan video di fon, tab dan juga computer jadi nak guna alat-alat tu semua kena beperang dengan derang dulu. hehehe. 

So kali ini topik yang Arfah nak share is tentang apa nak buat bila anak-anak demam atau more specifically macam nak demam. Anyway, Arfah tergerak nak tulis entry ni sebab semalam semasa tengah pegang/peluk/main2 dengan anak Arfah yang no dua yang bernama Hassan, Arfah rasa badan dia macam suam-suam. Mungkin nak demam agaknya. Hassan ni dilahirkan dengan masalah G6PD dan memang antara ketiga-tiga anak Arfah, dia yang paling senang kena penyakit dan yang paling lambat/susah sembuh. So kalau dia macam nak demam tu, Arfah dah start risau dah. 

From pengalaman Arfah as full time housewife dengan 3 org anak. Takde lah pengalaman yang boleh kire macam veteren tapi ada lah sikit-sikit pengalaman tu kannnn. Hehe. Actually time2 ceni (yg baru start and belum sampai stage demam betul2) yang kita kena ambil tindakan terus. Dan apa yang Arfah akan buat is Arfah mmg akan tempek siap2 cool fever and bagi dia minum Nutriferon Shaklee. 

Nutriferon ni datang dalam bentuk serbuk dalam sachet-sachet kecil. Ini rupa sachet2 tu. 

Ini pula rupa serbuk yang ada dalam sachet tu.

Kalau dibancuh dengan air kosong, ini rupa dia.


Dulu Arfah selalu bancuh dengan dua atau tiga sudu besar air kosong dan bagi anak minum dalam cawan ajer. Rasanya manis-manis dan ada rasa macam "woody" sikit. Tapi lately derang dah taknak minum macam tu, jadi semalam tu Arfah tuang aje serbuk tu dalam susu Hassan. 

Bagi Arfah, Arfah akan sentiasa pilih cara yang Arfah yakin takkan ada tinggal side effect pada dia. Sebagai ibu bapa memang kita risau sangat bila anak2 demam atau sakit. Tapi kerap kalinya bila sakit aje, kita sumbat dengan pelbagai jenis ubat-ubatan. Sedarkah kita yang ubat2 tu semua sintetik dan akan meninggalkan kesan buruk keatas tubuh anak kita tu? Paling tidak pun organ hati dan buah pinggang memang akan dibebankan. Kalau kerap sangat makan ubat, dikhuatiri kedua-dua organ tersebut mungkin akan rosak.

Bagi Arfah, sebaiknya cuba cari kaedah yang semulajadi atau natural remedies untuk rawat mereka. Sebagai contoh...asam jawa untuk kawal demam, kunyit hidup untuk hidung selsema, madu atau minyak kayu putih untuk kahak dan batuk. Ada juga cara lain seperti percussion atau tepukan untuk longgarkan kahak ataupun dengan memberi anak-anak yang selsema dan berkahak menghidu stim dari air panas untuk cairkan mukusnya. 

Sometimes dengan cara ni nampak macam anak-anak kita tu macam lebih teruk...sebagai contoh, kalau kita beri anak-anak hidu stim air tu..memang hingus akan keluar banyak dan kadang-kadang anak itu akan sampai memuntahkan lendir. Tapi, jangan risau. Ini bagus sebenarnya kerana ini cara semulajadi tubuh untuk singkirkan mukus atau lendiran yang selama ini tersekat di saluran pernafasan mereka. Percayalah..selepas keluar lendir-lendir itu anak kita akan kelihatan dan rasa lebih selesa dan lega.

Anyway, back to cerita asal saya. Cara yang saya gunakan bila anak-anak macam nak demam (macam nak yer...bukan dah demam panas yang tinggi) ialah dengan tempak Cool Fever dan beri anak saya Nutriferon dari Shaklee. Nutriferon ni dibuat oleh pakar imun terkenal jepun. Dan bahan2 yg digunakan semuanya 100% bahan semulajadi macam bunga-bungaan, daun dan lain-lain bahagian tumbuh-tumbuhan terpilih. Insya Allah selamat buat tubuh anak yang masih kecil.

Ini rupa kotak Nutriferon tu

Ini tulisan di belakang kotak tadi

Saya percaya dan yakin dengan produk shaklee sebab itu janji utama shaklee. Moto Shaklee dalam penghasilan setiap produknya ialah Always safe! Always Works! Always Green!. Bahan2 yg digunakan untuk setiap produk Shaklee semua dari sumber tumbuhan atau haiwan yang berkualiti tinggi dan organik sahaja.

Ada sesetengah produk yang sering kehabisan stok dan lama juga perlu tunggu untuk stok baru. Sebabnya ialah ada bahan yang diperlukan dalam pembikinan produk tu yang susah nak didapati atau kualiti bahan yang sedia ada tidak memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Dalam setiap produk Shaklee cuma bahan2 yang paling elok akan diguna. Kalau bahan itu tak ada atau yang ada itu tak 'up to standard', mereka lebih sanggup tunggu sehingga ada bahan yang elok dahulu. 

Eh...melalut lagi Arfah ni. Minta maaf lah yer. Arfah bila cerita bab Shaklee ni memang bersemangat sikit. hehe. OKlah sambung lagi...Pagi ni, Alhamdulillah..hassan mcm tak jadi demam. Syukurrrrr. Dengan izin Allah, tempek cool fever dan bagi dia Nutriferon mmg berkesan. Badan masih suam sedikit tapi rasanya tak akan jadi serious kot. Nanti lepas mandi should be ok, Insya Allah. 

Moral of the story, sebagai ibu bapa, pandai-pandailah kita menilai yang mana yang terbaik untuk anak-anak. Nak cara mudah dan senang dengan harapkan ubat doktor atau nak cari cara yang maybe makan masa lama sedikit untuk betul-betul pulih dan yang memerlukan kita untuk usaha lebih sedikit...tetapi cara yang selamat dan semulajadi. Jangan sesekali kita pandang rendah dengan kebolehan tubuh kita untuk membaikpulih dan melawan penyakit. Apa yang penting, kita ikhtiar...selebihnya serahkan kepada Allah untuk sembuhkan. Insya Allah.

Itu saya buat kali ini, Insya Allah semoga entri kali ini memberi kebaikan buat anda. Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya daripada saya sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment