Friday 25 April 2014

Reward diri sendiri dengan pahala

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Tajuk entry Arfah kali ini maybe lari sedikit dari tajuk biasa iaitu health and lifestyle. Reward diri sendiri dengan pahala. Mesti ramai yang dah terfikir macam-macam kan?



Bila kita dapat duit hasil dari usaha kita seperti gaji atau hasil dari bisnes atau apa-apa lah. Sebaiknya kita dah bahagi siap-siap sebelum kita dapat duit itu bagaimana kita akan menggunakan duit itu.

Kalau ikutkan Arfah, sebaik-baiknya 30% lagi digunakan untuk perbelanjaan harian seperti untuk makanan, transport, pakaian dan perkara-perkara lain yang penting. 20% duit itu kita gunakan untuk membayar semua hutang-hutang dan bayaran tertunggak yang kita ada. 25% dari gaji kita pula kita peruntukkan untuk digunakan untuk diberi kepada ibu bapa kita atau diinfakkan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, fakir miskin, badan-badan amal ataupun sesiapa yang memerlukan bantuan kita. 15% pula kita masukkan ke dalam tabungan atau jadikan sebagai simpanan untuk keperluan di masa depan atau apabila kita betul-betul memerlukannya. Yang balance lagi 10% tu boleh lah kita guna untuk reward diri kita untuk beli apa yang kita mahu.


Bagaimana anda bahagikan pendapatan anda terpulanglah. Ini cuma berdasarkan pendapat Arfah jer kay. Arfah tak nak diskas isu bagaimana membahagikan pendapatan. Dalam post kali ini Arfah cuma nak berikan satu cadangan tentang bagaimana untuk belanjakan yang 10% (atau berapa jua yang anda peruntukkan) untuk self reward tu.

Sebenarnya Arfah tergerak untuk tulis entry sebab dok fikir nak bagi reward apa untuk diri sendiri dengan hasil dari bisnes Shaklee ni. Selalunya bila sebut reward ni mesti kita nak bagi benda best-best yang kita dah lama inginkan tapi rasa mahal untuk beli time-time biasa. Betul tak? Tapi apa kata starting dari sekarang kita ubah sikit pemikiran tu?

Reward untuk diri sendiri tidak semestinya bermaksud kita membeli barangan untuk diri sendiri. Apa kata kita reward diri kita dengan pahala pula. Bagaimana tu? Well, instead of menggunakan wang yang telah kita peruntukkan untuk reward diri tu dengan membeli barang untuk diri sendiri, apa kata kita gunakan wang itu untuk membantu orang lain. Dengan kata lain, kita gunakan duit itu untuk dapatkan pahala instead of barangan duniawi.

Bukan kah kita hidup di dunia ini untuk mencukupkan bekalan ke syurga? Jadi apa salahnya kita lebihkan sedikit porsi yang sudah kita tetapkan untuk diinfakkan? Bukan lah maksud Arfah jangan beli apa-apa untuk diri sendiri..cuma mungkin sekali sekala bila kita tidak ada benda yang perlu atau ingin dibeli untuk diri sendiri.

Anyway, saya cuma cuba mencetus idea untuk menambah saham di akhirat. Di sanalah tujuan kita yang sebenar...dunia ini cuma satu perjalanan untuk mengumpul bekalan di sana. Insya Allah.

Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan segala cacat cela itu daripada saya sendiri. Wallahuwalam.

Lots of Love,
Arfah Umar




0 comments:

Post a Comment