Saturday 30 November 2013

8 panduan untuk hidup lebih lama

Nak hidup lebih lama? Ikut panduan ni..

Kali ini saya ingin menceritakan tentang langkah2 mudah yang boleh dijadikan panduan untuk menguatkan dan menyihatkan sistem penghadaman. Kenapa nak sihatkan sistem penghadaman untuk hidup lebih lama? 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa "Perut adalah punca segala penyakit di badan". Dan ini sememangnya terbukti melalui pelbagai kajian saintifik yang dijalankan dimana mereka mendapati kebanyakan penyakit dapat dielak jika tubuh mendapat nutrisi yang lengkap dan jika tubuh tidak gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan.

Sebenarnya saya ingin berkongsi 8 panduan untuk tingkatkan kesihatan system penghadaman, menyembuh penyakit dan menurunkan berat badan

Organ penghadaman yang terdiri daripada mulut, esofagus, perut, hati, pankreas, usus besar dan usus kecil terpaksa berkerja keras untuk memproses, menyerap nutrisi dan zat dari makanan dan membuang bahan-bahan yang didak dapat dihadam oleh tubuh. Apabila kita meningkat dewasa, akan ada pelbagai toksin dan bahan-bahan lebihan dari proses penghadaman yang tertinggal dan melekat di dinding usus kita.

 8 panduan ini akan bertindak dengan mencuci organ-organ yang terlibat dan menguatkan organ-organ tersebut bagi melancarkan proses penyerapan nutrisi dan sat oleh tubuh. Ini sedikit demi sedikit akan meningkatkan kesihatan, menajamkan fikiran, mengimbangkan berat badan dan memanjangkan jangka hayat kita, Insya Allah.

Jika anda ikhlas inginkan perubahan dan ingin meningkatkan tahap kesihatan anda sendiri, saya yakin 8 panduan ini pasti boleh membantu. Namun anda perlulah konsisten dan amalkannya dengan patuh dan tanpa rasa jemu atau cepat mengalah. Bukan senang untuk lakukan perubahan dalam rutin harian…lebih-lebih lagi melibatkan perkara seperti diet dan aktiviti harian kita.

Jadi, saya mulakan dengan panduan-panduan tersebut…

1.       Elakkan memakan makanan atau minumam yang sejuk
2.       JANGAN memakan makanan solid selepas waktu maghrib
3.       Makan sehingga anda 80% kenyang..kemudian BERHENTI makan
4.       JANGAN makan ketika emosi anda terganggu (tidak kira samada tengah marah, sedih, panic, risau, terkejut, tension, teruja atau apa jua emosi…pastikan anda tenang ketika ingin makan)
5.       JANGAN makan sambil membuat aktiviti lain
6.       Tentukan makan yang anda alergik atau yang meninggalkan kesan negative keatas tubuh
7.       Minum smoothies hijau setiap hari
8.       Berhubung dan ”berkomunikasi” dengan perut anda secara spiritual

Mengapa anda perlu ikut 8 langkah ini? Dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan kesihatan anda?Mungkin juga ada beberapa langkah yang anda tidak faham..atau  tidak tahu apa maksudnya. Nantikan entri saya yang akan datang untuk mengetahui secara terperinci apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan setiap panduan tersebut.

Sampai sini sahaja entri saya buat kali ini. Yang baik-baik semuanya dating dari Allah dan segala cacat cela adalah daripada kekurangan saya sendiri. Semoga entri ini membawa manfaat buat anda. Insya Allah.

Lots of Love,

Arfah Umar

0 comments:

Post a Comment