Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

welcome to www.arfahumar.com

The place where I share my thoughts and ideas.

Friday, 30 May 2014

Tips mudah nak potong kuku anak-anak

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat. Antara benda sunat untuk kita lakukan dihari Jumaat ini ialah memotong kuku. Arfah memang akan cuba untuk potong kuku sendiri dan anak-anak setiap Jumaat selagi boleh. Iye lah buat benda biasa macam ni tapi boleh dapat pahala sunat sebab potong di hari Jumaat. Jangan sia-sia kan pahala mudah macam ni. hehe

Arfah tahu...nak potong kuku anak-anak memang susah. Derang taknak duduk diam-diam dan macam memang tak suka memotong kuku. Jadi hari ini Arfah nak sharekan satu tips yang Arfah selalu buat bila nak potong kuku anak-anak Arfah.

Bila potong kuku anak Arfah, Arfah akan tinggalkan sikit di hujung tu supaya kuku tak terpotong sepenuhnya. Means, kuku tu akan masih bersambung sikit je di hujung macam dalam gambar di bawah ni.

Sebabnya Arfah tinggal kuku tu supaya tak terpotong habis ialah supaya anak Arfah tadi tu boleh cabut sendiri kuku dia. For some reason, anak-anak Arfah memang suka betul cabut kuku sendiri bila dah dipotong macam ni. Memang khusyuk aje derang mencabut kuku derang sendiri. 


Sometimes, ada pula aksi orang lain yang cuba mencabut kuku orang lain pula. hehe. Memang kelakar bila insiden macam tu terjadi. Kita pun tak tahu nak react macam mana. 

Anyway, ini saja entry Arfah buat kali ini. Tak panjang, tapi semoga tips Arfah untuk mudah potong kuku anak-anak ni boleh membantu para ibu yang ada masalah anak tak nak potong kuku tu. 

Sampai di sini aja, yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri. 

Lots of Love,
Arfah Umar

Wednesday, 28 May 2014

Luahan hati seorang suami beristerikan pengedar sah shaklee


Shaklee punya penangan , kalau tak betul gaya silap haribulan boleh bergaduh suami isteri.
Mana tidaknya si suami balik rumah tengok isteri asyik main telefon dan menghadap komputer sahaja. Si isteri cuba nak terangkan, suami pula tak nak dengar. Akhirnya mula masam muka.


Jom saksikan video luahan hati si suami pengedar shaklee di bawah ini.




Itulah dia, luahan hati ini ditulis sendiri oleh suami Arfah. Pada yang lain tu sebelum buat shaklee tu mintalah izin dan restu dari suami dahulu. Walaupun niat baik nak membantu keluarga, tapi tanggungjawab sebai isteri dan ibu janganlah kita baikan. Pada para suami pula harap dapat memahami keadaan isteri. Kami semua buat ni untuk membantu keluarga dan supaya mendapat lebih masa bersama nanti. Jadi para suami, redhakanlah usaha kami ini ya.



Tuesday, 27 May 2014

Bantu anak hilangkan sembelit dengan Mealshake Shaklee

Sebelum ni Arfah ada pernah sharekan cara-cara untuk bantu anak-anak yang mengalami masalah sembelit. Semua teknik-teknik yang dalam itu ialah cara yang menggunakan bahan-bahan di rumah tanpa ubat-ubatan. Ini sebenarnya lebih selamat berbanding menggunakan ubat yang mungkin akan mendatangkan kesan sampingan kepada anak-anak yang sembelit tu.



Kalau ada yang tidak tahu bagaimana nak memastikan samada anak kita sembelit atau tidak, boleh baca artikel ini tentang sembelit dari Baby Center Malaysia.

OK. Sebenarnya Arfah tergerak untuk tulis post ini harini kerana ada yang bertanya pada Arfah bagaimana nak bantu anak-anak yang sembelit dengan menggunakan Mealshakes Shaklee. Sebenarnya jawapan kepada soalan ini tak sama buat semua anak-anak.

Mengapa tak sama?? Ini adalah kerana cara untuk memberi Mealshakes berbeza mengikut umur anak kita. Apa bezanya? Bezanya ialah kalau anak yang bawah setahun memang TIDAK DIGALAKKAN untuk diberi Mealshake (atau apa-apa juga supplement lain mahupun ubat sebenarnya. Sistem penghadaman mereka belum lagi mampu untuk memproses bahan-bahan seperti itu. Manakala anak-anak yang bawah 2 tahun tidak digalakkan untuk diberi Mealshakes setiap hari. Atas 2 tahun dah boleh mula beri Mealshake setiap hari mengikut sukatan yang betul.

Kalau anda ingin mencuba Mealshake untuk atasi masalah sembelit anak-anak anda, sila hubungi Arfah melalui Whatsapp, SMS atau Telefon di 012-592 7912 atau email kepada sayanak.sayanak@gmail.com. Insya Allah Arfah akan bantu anda sebaik mungkin.

Lots of Love,
Arfah Umar


Cara menaikkan selera makan anak dengan Mealshake

asArfah ada seorang anak berumur 2 tahun++ ni yang sangat susah bab nak bagi dia makan. Selera makan dia ni macam sangat limited. Ada time-time yang dia cuma nak minum susu aje seharian...langsung tak nak jamah apa-apa makanan. Nak bagi makan nasi dengan kuah aje pun puas pujuk, kejar dan buat pelbagai aksi. Sayur dengan buah-buah tu takyah cakap lahhhhh...langsung tak nak sentuh.

Lebih kurang camni lah rupa anak saya tu time nak bagi makan
(Gambar hiasan dari Google)

Nak dijadikan cerita, pada hujung tahun 2013, kami sekeluarga bersama-sama keluarga ipar Arfah pergi melancong ke Vietnam. Lepas lebih kurang dua hari di sana, anak-anak Arfah kene cirit birit dan muntah-muntah. Allahuakbar, kesian sangat tengok derang...masuk makanan aje keluar balik. Tambah anak arfah yang kerap sembelit tu...lagiiiii kesian. Sebelum tu pun dia memang dah kurus. Lepas kena cirit-birit tu terus jadi kurus kering...sampai nampak semua tulang rusuk dia. Siap adik Arfah cakap dah ala kanak-kanak Somalia. 

Semasa anak-anak Arfah cirit-birit tu Arfah beri derang Mealshake Shaklee. Tak susah pun, campur aje dengan susu. Sebab Arfah beri Mealshakes tu ialah kerana takut derang tak cukup nutrisi sebab asyik muntah-muntah aje and taknak makan sangat. Tak ada selera agaknya sebab tak sihat.

Alhamdulillah, slow-slow derang pulih dari "traveller's diarrhea" (seperti yang di-diagnose oleh doktor sebaik pulang ke Malaysia) and dah tak cirit-cirit or muntah-muntah lagi. Antara yang saya rasa sangat membantu ialah campuran segelas air dengan satu sudu madu.

Tapi setelah baik pun semua anak-anak saya jadi kurus kering. Sedih saya tengok anak-anak sendiri. Maka bermulalah misi saya untuk naikkan semula berat badan mereka.

Sebagai ikhtiar untuk naikkan selera makan mereka, saya konsisten beri Mealshake kepada anak-anak setiap hari. Dan Alhamdulillah memang selera mereka naik. Banyak derang makan dengan berseleranya.

Even anak saya no 2 yang susah nak makan tu pun bertambah-tambah selera dia. Sometimes dia yang makan paling banyak. hehe

Setelah lebih kurang 3 bulan konsisten memberi Mealshake kepada anak-anak, ini hasilnya...

Di sebelah kiri ialah anak saya yang no. 2 tu selepas kena cirit birit tu dan di sebelah kanan pula gambarnya setelah lebih kurang 3 bulan dengan Mealshake. Pipi dah mula tembam, tangan dah berisi, tulang rusuk dah tak nampak sangat dan perut dah boroi. hehehe.

Sebagai seorang ibu, antara kerisauan utama Arfah ialah kalau anak-anak tak cukup makanan (actually zat dan nutrisi dari makanan tu sebenarnya). Bila anak-anak dah tembam dan berisi macam ni memang rasa lega~

Kalau anda ada anak-anak yang kurus sangat sebab tak ada selera makan, jangan risau. Hubungi Arfah melalui Whatsapp, SMS atau telefon terus ke 012-592 7912 atau email ke sayanak.sayanak@gmail.com dan dapatkan Mealshakes untuk anak anda sekarang. Insya Allah Mealshake ini mampu membantu naikan selera makan anak anda.

Lots of Love,
Arfah Umar

Friday, 23 May 2014

AWAS jika anda seorang muslimah yang suka solat di saf hadapan

Arfah terniat nak buat entry ni sebab ada musibah yang berlaku dihadapan mata Arfah sendiri semasa tengah solat di saf hadapan di bahagian wanita. Benda ni sangat selalu kita lakukan dan pandang remeh aje tetapi bila dah terjadi, memang rasa fobia.

Benda apakah itu? Perkara itu ialah meletakkan handbag di hadapan kita (bagi saf pertama) di penghadang untuk kawasan jemaah wanita. 

Arfah memang akan letakkan beg Arfah dihadapan ketika solat. Ianya adalah supaya boleh nampak kalau ada orang cuba mencuri beg itu atau ambil apa-apa di dalam beg tersebut. 

Tapi beberapa hari yang lepas, Arfah tengah solat berjemaah di masjid. Di masjid ini kawasan wanita di bahagikan dengan menggunakan curtain sahaja seperti kebanyakan masjid yang Arfah pernah pergi. Dan seperti biasa para jemaah muslimah rata-rata meletakkan beg mereka di hadapan..iaitu di bawah/tepi curtain bahagian dalam kawasan jemaah muslimah.

Imam mulakan solat dan semua orang solat seperti biasa. Tengah kami bersolat tu Arfah perasan ada orang tengah merangkak di luar curtain pembahagi itu (di kawasan tengah-tengah curtain itu see-through. Jadi boleh nampak orang di luar kawasan solat wanita) tapi Arfah ingat mungkin orang itu nak menghormati orang yang tengah bersolat jadi tak fikir panjang. 

Rupa-rupanya orang itu menarik handbag salah seorang jemaah muslimah di saf hadapan dari luar curtain pembahagi itu!!! 

Ini lebih kurang contoh modus operandi yang dilakukan oleh suspek.
(gambar diambil dari http://respeksgroup.blogspot.com/)


Sebab kami masih bersolat, semua cuma mampu teruskan bersolat. Tetapi selesai sahaja memberi salam dua orang jemaah muslimah cepat-cepat angkat curtain dan keluar untuk cari orang yang mencuri handbag tadi. Tapi malangnya, orang itu dah sempat melarikan diri kerana orang tengah solat jadi tiada yang menghalang dia untuk larikan diri.

Kasihan makcik yang handbagnya itu dicuri orang. Sekelip mata hilang handphone, wallet (termasuk duit, IC, lesen, kad kredit, dsb) dan kunci kereta yang diletakkan di dalam beg. 

Astaghfirullah. Tak sangka dalam masjid pun ada orang sanggup nak mencuri!! Arfah pulak rasa geram. Boleh tu ambil kesempatan semasa orang tengah berjemaah untuk mencuri. Semoga Allah berikan orang itu balasan yang setimpal dengan perbuatannya tersebut. 

Sejak kejadian itu Arfah memang rasa fobia nak bawak handbag bersama ketika bersolat. Kalau ada bawa beg pun Arfah akan keluarkan benda-benda penting macam wallet, handfon dan kunci kereta. Wallet tinggalkan aja dalam kereta dan handfon serta kunci kereta itu letakkan dalam poket. Kalau tak pun letakkan atas sejadah tapi di tengah-tengah sejadah...bajet tempat yang atas sedikit dari tempat yang kita akan letakkan lutut semasa sujud dan semasa duduk antara dua sujud atau tahiyyat. 

Apa-apa pun mari kita ambil iktibar dari kejadian ini ya kawan-kawan. Lepas ni kalau solat di masjid, lebih baik tinggalkan barang berharga di tempat lain yang selamat. Semoga kita semua dijauhi dari musibah seperti ini. Nauzubillahhiminzaalik.

Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat-cela itu datangnya daripada saya sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Thursday, 22 May 2014

Vision Board Arfah untuk 2014

Assalamualaikum semua. Harini dah 20 Mei tapi baru nak buat post pasal vision board Arfah untuk 2014. Maaflah..bermula awal tahun ni sangat lah busy (haihh...alasannn~~~ )

Anyway, Vision Board baru ini Arfah buat dah agak lama. Cuma tak sempat nak sharekan di sini. Arfah buat dalam fon dan haritu ada cuba nak transferkan gambar tu ke fon tapi ada masalah dengan computer Arfah. Ni dah pergi format dan tukar harddisk baru....baruuuuuu dapat nak uploadkan. Hehe


Basically inilah benda-benda yang ingin Arfah capai dan lakukan untuk tahun 2014 ini.
1 - Arfah akan pregnant dengan anak perempuan
2 - Arfah akan turunkan berat badan sehingga berat Arfah 53kg
3 - Arfah akan menunaikan ibadah Haji
4 - Arfah akan mula jana pendapatan 5-angka setiap bulan mulai September 2014
5 - Arfah akan naik sehingga ke rank Key Coordinator pada bulan November 2014
6 - Arfah akan hafal surah Yaasin
7 - Arfah akan dapat average 500hits setiap hari di www.arfahumar.com
8 - Arfah akan mampu untuk beri mak dan bapak Arfah RM2,000 setiap bulan
9 - Arfah akan ajar anak sulung Arfah - Ahmad Aasim untuk menghafal sekurang-kurangnya 5 surah dari Al-Quran

Semoga Arfah akan berjaya lakukan dan capai semua yang dihajatkan ini...Aaminnnn~

Terima kasih atas doa anda semua. Semoga korang semua pun akan berjaya dalam apa juga yang korang lakukan. Insya Allah.

Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

Tuesday, 20 May 2014

Theory of Laksa

Arfah balik Pulau Pinang hari Jumaat malam and Ahad tengah hari dah bertolak balik KL semula. Berada di Pulai Pinang lebih kurang sehari setengah laa kalau nak diikutkan. Tapi rasa best and puas sebab dapat makan makanan favourite Arfah of all time - Laksa Penang~~~~

Bukan sekali, bukan dua kali...tapi 3 kali makan laksa sepanjang sehari setengah tu. Hehe. Puas hati~~~

Arfah ni mmg dari kecik mmg suka sangat sangat makan laksa. Sampai saudara mara gelar 'hantu laksa'.
Masa muda dulu Arfah boleh kata akan makan laksa paling kurang pun seminggu sekali. Kadang tu mak Arfah masak laksa di rumah...selama 2-3 hari tu Arfah mmg makan laksa jer.

Arfah ni dulu memang jenis yang kuat makan. Kalau makan nasi tu memang akan tambah. Kadang tu sampai dua kali tambah. Memang kuat makan. TAPI, yang bestnya Arfah tak pernah sampai gemuk atau obes. Sometimes Arfah wonder juga macam mana laa boleh maintain jer.

A while ago, Arfah tetiba ternampak satu artikel ni. Tajuk dia something like 'new miracle fruit for weight loss' or something macam tu lah...sorry, tak ingat sangat. Tapi main point artikel itu ialah kehebatan sejenis buah yang diberi nama Garcinia Cambogia untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Siap ada video menunjukkan satu episod The Dr. OZ Show, dimana Dr. Oz mewarwarkan Garcinia Cambogia sebagai penemuan terbaru untuk weigh loss. Anda boleh lihat sendiri videonya di bawah ini.






Atas rasa curiosity yang tinggi Arfah pun search encik Google untuk tahu apa benda nya Garcinia Cambogia nih. Nak tahu tak bagaimana rupanya buah "miracle" untuk weight loss ni???



Haa..ini dia~~



Rupa-rupanya Garcinia Cambogia tu ASAM GELUGUR!!!



Hahaha...nasib baik tak tersedak~ Adeilaa. Orang putih ni bukan main gembar-gemburkan buah ni. Arfah pun dah rasa berminat nak cuba cari. Mana tahu kot kot boleh turun 10kg dalam sebulan ker kannnn~~ Rupanya cumalah asam gelugur yang sejak pakai pampers lagi kot Arfah dah memang dok makan (dalam masakan).



Maka kembali ke tajuk post Arfah ni...Teori of Laksa! Teorinya ialah Arfah dan adik beradik serta sepupu sepapat Arfah tak gemuk walaupun makan banyak gilaaaaaaa mungkin adalah kerana rajin makan laksa. Kerana bahan utama untuk buat laksa tu termasuklah Garcinia Cambogia aka asam gelugur.



Antara masakan lain yang Arfah suka makan juga termasuklah asam pedas, masak pindang dan gulai ikan sungai...where asam gelugur ini juga digunakan dalam proses memasaknya.



So, tips baru untuk mereka yang ingin turunkan berat badan - makan makanan yang dimasak menggunakan asam keping ni tetiap hari. hehe. Kita dah tiap-tiap hari boleh dapatkan buah ini dengan mudah dan murah sedangkan orang barat bukan main hype lagi dengan buah ni. Mungkin sebab ianya bukan sesuatu yang ada di negara mereka. Jadi, kalau ada sesiapa yang mencuba tu nanti boleh lah sharekan di sini yer. Adakah hasilnya memuaskan??



Sekian sahaja post Arfah buat kali ini. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri.



Lots of Love,

Arfah Umar

Friday, 16 May 2014

Kisah makcik urut dan Shaklee

Ada seorang customer Shaklee Arfah ni sangat konsisten beli Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) untuk mak dia yang dah berumur. Katanya gabungan kedua-dua tu alhamdulillah banyak membantu mak dia yang dah berumur dan biasalah sakit-sakit sendi dan selalu lenguh-lenguh. Bila ada orang sebut pasal kebaikan Ostematrix dan AJHT ni tetiba Arfah teringat satu insiden yang berlaku masa Arfah pergi ke branch Shaklee di Ipoh satu hari dulu.

Masa tu Arfah balik kampung suami di Kuala Kangsar dan ada nak beli produk Shaklee untuk customer. Internet tak ada...maka pujuk lah suami Arfah untuk gi branch Shaklee di Ipoh untuk beli barang. Nasib baik suami Arfah ni memang supportive dan penyayang. hehe. Walaupun keberatan dia bawa juga kami sekeluarga ke Ipoh untuk mencari branch Shaklee.

Sampai sana sebelum tengah hari tapi Subhanallahhhh...orang dan penuhhhhh menunggu turn untuk beli barang. Adeiiih~ Arfah pun ambil nombor dan cari tempat untuk duduk. Nasib baik ada tempat. 

Masa Arfah tengah tunggu turn tu, ada seorang makcik ni masuk. Dia nampak agak berumur dan pakai baju kurung lusuh. [Bukan nak mengutuk yer..cuma nak describe] Gayanya sedikit kekampungan. Lepas dah masuk branch Shaklee tu gaya dia macam sedikit 'lost'. Dia masuk..tengok-tengok artikel yang dilekat di dinding dan lepas tu duduk sebelah Arfah. 

Dengan niat nak tolong, Arfah pun tanya lah..."makcik ni dah ambil nombor ke?"

"Dah". Jawab dia. 

Saya tanya lagi.. "Makcik ni dah jadi ahli ke?"

"Dah". Dia jawab sambil senyum. 

Ok. Fine. Maksudnya dia tahulah apa yang dia buat dan tak 'lost'. hehe. Maka saya sambung mengelamun sambil tunggu nombor giliran saya naik.

Tetiba Makcik tu tanya pula "Adik ni nak beli apa kat sini?"

"Nak beli vivix untuk mak dan bapa mertua". Saya jawab ringkas. Sebab memang itu antara benda yang saya nak beli tadi ada tambahan lagi untuk pelanggan-pelanggan. Malas nak cerita panjang so itu jer yang saya jawab.

Tetiba makcik tu macam bersemangat dan cerita dengan Arfah. "Adik beli lah Ostematrix dengan AJHT tu untuk mak ayah adik. Bagus sangat dua tu."

"Ye ke? Makcik ambil dua tu ke?" Arfah memang dah belikan pun dua tu untuk mak dan ayah mertua. Tapi sebab malas nak cerita panjang, Arfah layan aje Makcik tu cerita. 

"Makcik ni tukang urut kampung. Memang makcik suruh semua palanggan-pelanggan makcik ambil dua tu kalau yang sakit tulang, sakit sendi, lenguh-lenguh, patah tulang, strok ke...alhamdulillah, dengan izin Allah memang bagus."

Arfah angguk jer.

"Mula dulu suami makcik kena strok. Sebelah badan dia tak boleh gerak. Lepas tu ada orang rekomen suruh bagi Ostematrix dengan AJHT tu. Makcik pun beli dari orang tu, bagi pada suami. Alhamdulillah sekarang dah boleh jalan dah suami makcik tu. Tapi, masih tak sempurna lah. Ada lagi sikit-sikit yang tak boleh buat tapi dah banyak dah perubahan pada dia. Lepas tu memang untuk orang-orang yang makcik urut pun semua makcik suruh makan ubat Shaklee ni. Ramai kata bagus"

"Wahh..Alhamdulillah laa Makcik. Tapi makcik pakai dua tu aje ke untuk semua? Tak cuba benda lain?" Saya tanya sebab dah tertarik dengar cerita makcik tu.

"Makcik bagi dua tu aje. Hehe. Makcik tak pandai sangat tentang ubat-ubat Shaklee yang lain tu" Makcik tu jawab sambil tersengih-sengih.

Lepas tu anak-anak saya dah datang minta attention. Suami saya pula ajak keluar sebab anak-anak dah tak nak duduk diam. Maka, dah tak dapat sambung sembang dengan makcik urut tu. 

Tapi, dalam hati saya bercakap sendiri..."Wahhhh...sekarang ni makcik urut kampung pon dah pandai rekomen supplement kepada pesakit dia.". Sebelum ni kalau sebut makcik urut jer...mesti terbayang makcik yang berusut cara tradisional sambil rekomen minyak akar kayu atau minyak-minyak tradisional ni. Nah, amik kau...jumpa dah makcik urut yang rekomen supplement Shaklee pula kepada pelanggan dia. 

Selalunya orang yang mengamalkan perubatan tradisional macam berurut ni skeptikal tentang perubatan moden. Pernah saya dengan orang yang patah tulang tapi taknak dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor tapi cuma ikut nasihat dan berurut dengan tukang urut tradisional. Tapi, alhamdulillah...makcik urut yang saya jumpa tu dah maju.  Saya doakan semoga makcik urut tu diberkati dan di rahmati Allah. Pekerjaan dia sangat berat sebenarnya. Mengurut orang ni bukan kerja ringan. 

OKlah. Setakat ini aje cerita Arfah kali ini. Yang baik-baik itu dari Allah dan segala cacat cela itu datangnya dari Arfah sendiri.

Lots of Love,
Arfah Umar

PS...kalau berminat untuk dapatkan Ostematrix atau AJHT bolehlah hubungi Arfah melalui Whatsapp/SMS/Tel di 012-592 7912 atau FB Siti Noor Arfah.